
Ini Tony dari pangkalan tentera. Dalam keluarganya dan juga selama ini dalam keturunannya belum ada seorang pun yang Islam. Dialah memulakan KeIslaman dalam talian keturunannya selepas ini.
Tapi...dia belum nak kawin lagi, umur dah meningkat semakin tua. Maksud saya selagi tak kawin takkan dapat zuriat, macam mana nak sambung KeIslaman keturunanya nanti, betul?
Entah apa yang dia cari dalam calon isterinya pun, dia belum jumpa lagi. Padahal dia bebas mencari sesuka hati, bebas mencari di mana jua.
Dia sudah bertugas di pulau ini selama 6 tahun. Setiap tahun waktu kedua-dua hari raya, dia tak miss datang rumah ini. Hari raya lepas, dia tak datang. Saya tak hairan sangat sebab dia ada sikit kepala angin. Bila tak dengar siulan bayu rapsternya, muka hidung dia tak muncul.
Kan saya dah nekad tidak mau masak besar-besar hari raya korban ini, rasanya ingin relaks saja dengan berbagai jenis mi segera hantaran dari anak sulung itu.
Anyway, selepas saja habis solat jemaah pagi raya, hati ini rasa kasihan pula dengan anak-anak pelajar yang jauh dari mak-bapa dan kampung halaman.
Tak sampai hati betullah...
Jadi saya jemput juga datang ke rumah beraya lepas maghrib, setidak-tidaknya adalah masa untuk saya masak dan siapkan hidangan.
Kan saya sudah kata tak ingin masak, itu yang dapur tak berasap langsung hari raya ini.
Rumah pun berserak dengan buku-buku dan berbagai khazanah Otto. Terpaksalah kemas dan humbankan dalam bilik tidur.
Sementelah (hey, first time guna perkataan ini) berkemas, Otto gorengkan tauhu lebik dengan daun shungiku (sama jenis dengan bunga kek wa-chrysanthemum).
Hah, hari raya korban laki-bini makan daun shungiku...makanlah kita berdua lunch dengan amannya.
Daun dan bunga shungiku (sejenis bunga kek wa)Tiba-tiba...nasib baik jugalah sudah habis makan...
assalamualaikum...(alamak...siapa pulak yang sesat...aku tak jemput pun sesiapa siang-siang buta-berkata saya dalam hati).
Rupanya, Si Bujang terlanjak Tony-Ali datang. Sebenarnya dia sudah tukar nama Islam beberapa kali...Jabar, Hakim, Salih dan sekarang dia kata Ali...suka hati engkaulah Bujang terlajak...saya still panggil kamu Tony jugak.
Masuk-masuk saja dia minta kopi...macam kehausan sangat. Dari pagi solat jemaah entah mana dia merayap, sekarang dia end-up kat rumah saya.
Alamak satu benda saya tak masak, yang dah siap hanya roti canai dalam 50 biji (masih bebola lagi).
Saya minta dia duduk diam-diam, minum kopi, makan buah limau kopek yang bermusim sekarang dan tunggu saya masak.
Suami pun pergi kerja...laaaa...tinggallah kami berdua dalam rumah...kalau nak ikutkan hati, nak humban saja dia ke luar...yelah bukan maharam, berdua di rumah saya tanpa suami...hisshhh...orang mualaf nie kadang-kadang kalau kita ajar yang benar, dia kecil hati pulak!
Tergelak-gelak macam gajah mengaum sakit perut bunyi dia melayan DVD...apa yang kelakar pun saya tak faham, saya pun sudah tengok cerita itu tapi tak ada pulak tergelak macam gajah sakit perut!
Anyway, saya masak dalca kaw-kaw mamak, kari daging mamak dan nasi ayam dengan panggang ayam.
Bila dah habis masak, dia kata dia nak tolong tebarkan roti canai...ok, senang juga kerja aku...
Tebar punya tebar, dia buat sampai 20 keping, agaknya dah tak tahan lapar...dia rehat dan kebas 5 keping dalam 3 kali suap.
Alamak...kalau begini saya buat 50 biji, mesti habis kalau dia tak berhenti.
Jadi saya kata, pelajar datang lepas maghrib, kita sambung makan bersama mereka ye...pujuk tu...takut pulak dia kecil hati.
Kalau nak cakap keras boleh...hey, perut engkau perut gajah...engkau makan 50 keping roti canai beres dalam 20 minit memang no hal...
Anyway, dia tunggu...berdua dengan saya dalam rumah tanpa suami tu...saya nak baring tak boleh...pinggang nie rasa nak patah...itu yang saya tak suka bila orang datang rumah tanpa dijemput. Memang awal-awal lagi saya sudah pesan dengan semua pelajar, nak datang rumah calling-calling dulu, kalau tak calling tak sanggup auntie bukakan pintu.
Ini seorang mualaf tak reti punya orang.
Pelajar dan cik Milah kita pun datang sejam setengah lepas maghrib. Macam nak pitam saya tunggu...ya lah sambil mendengar segala cerita sedih dia dari satu girlfriend ke satu girlfriend.
Bila pelajar datang punyalah lega hati...untuk memastikan dia balik bersama pelajar, saya minta dia hantarkan cik mila bersama.
Dan...
cik mila pula ingin balik cepat...yahoo...
Nasi ayam dengan 2 ekor ayam panggang licin, roti canai saya terpaksa sembunyikan 4 keping, beres. Dalca tinggal sejemput dan kari daging tinggal secawan.
Tak kemas...tak sempat solat isyak, saya tercoma sampai jam 4 pagi baru terjaga semula...*sigh*
Tabik saya pada hadith yang mengatakan orang Islam menyambut hanya DUA PERAYAAN SAHAJA...kalau ada 3-4 setahun...nampak-nampaknya coma panjanglah saya!
nota kaki: Saya minta izin Tony-Ali siarkan foto ini dan dia kata gadis Msia sudi-sudilah berkenalan dengan dia (dengan harapan mendapat jodoh),
silalah emel padanya...bukan saya ye...tak sanggup saya jadi orang tengah...hish!
amazuloo@yahoo.com