Thanks Juliana for Sharing this.Hari ini entri saya dalam Facebook.
Cer-tot-tot hari ini: Masa saya di Amsterdam. Kami menyelusuri satu lorong. Senang saja nak tahu lorong itu, dekat dgn gereja terkenal di tengah bandar Amsterdam. Dari hulu lorong hingga hilir, tingkap2 kedai mempamerkan "cicak komodo" begini. Saya panggil "cicak komodo" sebab mereka memang jenis haiwan ini, gerak perlahan, tubuh bulat dan berat & lidah menjulur2. Mereka melambai2 lemah lembut kepada kaum lelaki tapi bila saya & wanita lain menjenguk tingkap, mereka menjulurkan lidah & menghalau kami.
*tamat cer-tot-tot buat hari ini*
Ada sebab saya tulis entri yang menggambarkan kehidupan rakyat Amsterdam. Salah satu sebab adalah saya pernah ke sana. Sebab satu lagi adalah ini pengalaman peribadi. Pengalaman begini saya akan jadikan bahan penulisan dalam adegan dan watak karya-karya saya.
Untuk meleraikan apa yang tersirat dalam hati ini adalah kebanyakan tempat yang saya isikan dalam karya-karya saya pernah saya lihat dengan mata kepala sendiri dan bukan dari hasil bahan bacaan lain.
Cerita di atas adalah dari pengalaman saya dan waktu kami menziarah tempat itu bukan malam tapi pagi selepas sarapan.
Rakyat sana rajin.
*******




Assalamualaikum Kak,
ReplyDeleteSeronok ya dapat berjalan- jalan ke/ di negara orang. Luar negara yang pernah saya pergi setakat ni cuma Singapura. Itupun berzaman dulu waktu ikut rombongan matrikulasi.
Tapi, thanks to kecanggihan teknologi, masih berpeluang tengok negara orang walaupun tak dapat jejak kaki..
p/s: Cer-tot-tot pasal cicak komodo ni memang pertama kali saya baca... :).
Yang saya tahu, kalau kena dengan air liur cicak komodo, memang tak ada harapan... Yang ni pun sama kot.. :)
waalaikumusalam ummifatihah,
ReplyDeleteMemang betul, kalau kena gigit dengan cicik komodo, racunnya tajam. Mata perlahan-lahan.
Cicak2 ini mengerumuni seekor kerbau. Dengan senang gigit kerbau itu. Mereka tunggu dua hari. Kerbau itu akhirnya rebah dan mereka buat shashimi, melapah ramai-ramai.
Samalah agaknya dengan cicak kodomo dalam tingkap itu, sesiapa yg kena air-airnya, lama-lama tumbang juga.
Semoga dijauhkan-Nya, amin.
ralat: mata perlahan-lahan=>mati
ReplyDeletesaya penah tengok..pegi sana dulu tahun 2003.bila saya tengok 'dia' dalam kotak kaca tu..igtkan patung.agaknya dia tensen,terus tutup langsir :-)
ReplyDeletesaya suka pegi sana..konon nak tengok tulip tapi bukan musim..so dpt tengok cicak komodo je la
Happyirfa,
ReplyDeleteMusim tulip berkuntum bulan Mei. Tulip itu bukan cahaya menarik pelancong, tapi ada lain hasil komesialnya. Irfa tahu tak apa?
(saya tahu, itulah saya tanya ^_^)
ralat: bukan cahaya=>sahaja
ReplyDeleteU KNOM I KNOW LA KIRANYA NI.
ReplyDeleteTP SAYA PALING SUKA GI KAWASAN LUAR BANDAR..
TPT BUAT KEJU/CHEESE..PERKAMPUNGAN NELAYANA.
HARAP DAPAT PEGI LAGI BERSAMA ANAK2..tapi bukan redlight district tu..
salam happyirfa,
ReplyDeleteoklah kalau dah tahu. tanya2 saja nak buat lawak tak jadi.
Tapi kenapa buat upper case (huruf besar) pulak?
Kalau dalam etiket penulisan, ini bermakna orang sedang menjerit2 sampai anak tekak nak tercabut!
Pekak dah tolingho den!
*****