Monday, November 28, 2011

Kembara Sastera & Budaya ke Ranong (& Pulau Dua)

Dua minggu sebelum berlepas ke Singapura, saya terbaca darihal Kembara ini yang dianjurkan oleh GAPENA. Sebaik sahaja membacanya, saya menghubungi pengetua kembara ini. Selepas majlis perkahwinan anak saudara, saya berpindah ke rumah Ayumi (anak ke-dua) dan pada 16 Nov. 2011, Rabu, saya memulakan perjalanan ini.
Pagi itu, saya keluar dari rumah Ayumi ke tempat bas eksprss di Beach Road. Jam 10 pagi, bas bergerak ke KL Sentral. Batuk yang bermula dua hari sebelum ini semakin menjadi-jadi. Tiba sahaja di KL, bas menurunkan saya di Jalan Pudu. Saya memberanikan diri menyeberang jalan yang sibuk dengan kenderaan laju dan akhirnya dapat juga sebuah teksi untuk ke KL Sentral. Kepala pening bersama batuk semakin teruk rasanya. Setiba di KL Sentral, terasa badan sangat lemah. Saya berehat sebentar di hadapan 7-11, menanyakan jika sesiapa boleh bantu menukarkan kad sim. Tiada siapa ingin membantu. Saya duduk lagi, tidak terdaya rasanya. Akhirnya saya gagahkan diri dan mencari kedai atau sesiapa yang dapat membantu. Alangkah gembiranya selepas seorang petugas kedai telefon sudi menukarkan kad sim yang dari Singapura ke Malaysia. Segera saya hubungi Dr. Maryam Chin. Dia sedang bermesyuarat di KL Sentral. Dia terus datang dan mengangkat bagasi saya dan mencari teksi. Beliau masukkan saya di rumahnya yang kedua. Saya terus baring dan hilang segalanya di alam ini. Dari maghrib, saya tidur selama 3 jam, hingga Dr. Maryam membangunkan saya untuk ke KL Sentral menyambung perjalanan dengan KTM ke Alor Setar.
Semalam-malaman, saya tidur di KTM (katil). Sesampai di Alor Setar, Puan Amelia Hashim sudah menunggu. Saya dibawa ke rumahnya dan bersarapan. Saya juga dibawa ke rumah cikpuan Jasmindar Aziz dan dari situ kami menunggu bas Gapena.


Tiba di sempadan Thai, selepas imigresen di Bukit Kayu Hitam.


Sedang bas kami, menepi di bahu jalan raya, cerminnya yang terjunjul, melanggar payung sebuah gerai. Payung besar itu diheret beberapa meter ke hadapan bersama menumpahkan isi kwali. Seorang kanak-kanak cedera akibat minyak tumpah dan dibawa oleh ambulan ke hospital. Dua orang dreber bas itu (orang Hindu-Malaysia), ditahan. Bas juga ditahan. Dua jam, kami menanti kes ini selesai. Hampir-hampir saya terfikir, kembara ini akan dibatalkan.
Akhirnya, kami diganti dengan bas pelancong bertingkat dua dan dua orang pemandu Thai. Bas yang digantikan itu, sangat luas dan selesai berbanding dengan bas asal yang terlibat dengan kemalangan itu.










Turut bersama dalam seminar setelah kami tiba di Ranung, En. Usman Ibrahim (penyair dari Kelantan-puisi beliau terbit di Berita Harian pada hujung minggu itu) dan En. CT Puspa (Facebook) dari Kelantan.



Rasanya ini Datuk Bandar Ranong (tak pasti) memberi ucap selamat datang kepada kumpulan kami.




1 comments:

  1. Jauh sungguh perjalanan dan mendapat banyak ilmu melihat negara orang!

    Tahniah Kak Leyla..

    ReplyDelete