Dibawa Cikpuan Aliff (nama gelaran), kami berehat sebentar makan cendul. Malangnya cendul yang saya ingin, cendul tapai sudah habis.
Geng BasikalCendul & geng basikal MBALupa pula meminta autograf penulisnya dalam kesibukan bergambar. Buku ini amat diperlukan bagi sesiapa yang ingin memulakan kerjaya dengan kerajaan atau yang sudah bertugas, disarankan buat rujukan untuk menyediakan diri ke tahap yang lebih tinggi.
Karya MBA
Malam itu selepas kunjungan ke rumah Puan Nisah Haron, saya menjengah sebentar rumah Cik Aliff. Cik Aliff membawa saya ke sebuah restoran yang berdekatan dengan Istana Sri Menanti. Kami menyelusuri sebuah jalan yang bersih menuju Kuala Pilah. Dalam keletihan hari itu sehari suntuk membimbing bengkel haiku, saya memang tidak boleh tahan mata yang amat mengantuk, pun begitu sekali sahaja terasa kerabu mangga, mata ini tercelik semula. Kerabu mangga saya makan bersama nasi Pattaya. Baru saya perasan, nasi pattaya sama dengan Omu-raisu di Jepun. Nasi ini dimasak dengan perasa ayam dan dibalut dengan telur goreng. Ini cara orang Jepun masak, nasi omelet atau omu-raisu. (ada saya sebut nasi ini dalam novel saya Pulut Sakura Serunding Kasih). Bukan promosi, tapi memang ada saya tulis hal nasi ini dalam novel itu.
"Apa nama air ini, Aliff?"
"Air Janda Pulang!" Aliff balas, tersenyum melihat mata saya terbeliak.
Apalah! Tak ada nama lain agaknya! saya kata sendiri.
Hirisan kelapa dibancuh bersama air gula dari apa? (dah lupa).
Usai makan malam itu, kekenyangan membuat saya tidak terdaya lagi. Alif menemani saya malam itu walaupun sebaik tiba di hotel, saya nyenyak sampai ke pagi.
Paginya selepas sarapan, saya ucapkan penghargaan saya kepada Puan Mahaya, Ketua Satu PEN dan saya dibawa ke stesen Seremban. Berlepas mengikuti KTM, saya melihat kelibat Alif hilang di belakang tren. Sampai di Singapura, saya turun di stesen Woodlands dan terus ke rumah anak saya yang kedua, Ayumi.
Keletihan kembara bermula dari 15 November dari Singapura, terus ke Kuala Lumpur, bersambung ke Jitra, Kedah hingga ke Myanmar melalui Phuket sampai ke Seremban yang tidak putus-putus ini selama 2 minggu tidak dapat saya lakarkan. Zahir dan batin, jasad dan emosi rasanya tidak tertanggung lagi kepenatannya. Saya bersyukur kepada-Nya selamat pergi dan balik dalam kembara ini. Bersyukur lagi segala yang saya ingin lakukan, dapat dilaksanakan. Walaupun beberapa janji bersama sahabat-sahabat lain tidak dapat saya langsaikan tapi saya telah melakukan segala yang terdaya.
Anak dekut hutan Separut,
Jumpa landak meniti batang;
Kalau takut karam di laut,
Saya tidak belayar seorang.
Sekalung penghargaan kepada Puan Maryam Chin, Puan Amelia Hashim, Cik Puan Jazmindar Aziz, Puan Nora Fuad, Tuan Yussof Ahamd dan isteri, Puan Mahaya, Puan Nisah Haron, Tuan MBA dan Geng Basikal akhir sekali Cik Muzalifah Mohamad Noor yang disayangi.
Banyak ubi perkara ubi,
Ubi Daik saya tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
Budi baik saya kenangkan.
**********************************************

Karya MBA




Thank you .... and so sorry because time too short.
ReplyDeletesama-sama Kak Leyla..akhirnya bersua juga kita!
ReplyDelete