Wednesday, December 21, 2011
Puan Rohani Din
Ini ketupat palas berisi kacang. Inilah pertama kali saya mencubanya. Rezeki merasa ketupat ini datang dengan tidak disangka-sangka. Saya dihidangkan dengan ketupat ini oleh penulis tersohor di Singapura, Puan Rohani Din, ketika menziarah rumahnya setelah rehat beberapa hari dari kembara panjang di Malaysia.
Pertama kali terlintas nama penulis ini ketika saya membaca novelnya yang mendapat anugerah berjudul "Anugerah untuk Syamsiah". Saya membaca novel ini sebelum pergi membuat ibadah haji. Beberapa adegan dalam buku ini menerangkan tempat-tempat di Tanah Haraman dan maklumat-maklumat ini membantu saya "melihat" suasana di Tanah suci sebagai persediakan.
Ini ruang tamu di rumah Puan Ani yang penuh dari bumbung ke lantai dengan buku. Saya sudah nampak beberapa ciri seorang penulis. Salah satu ciri ini ialah rumah penulis dihiasi dengan rak-rak buku contoh rumah para penulis yang saya sudah kunjungi, Puan Nisah Haron, Puan Mahaya Mohd. Yassin dan akhir-akhir ini Puan Rohani Din.
Inilah novel-novel Puan Rohani Din yang menambah koleksi rumah saya. Jangan main-main banyaknya. Saya jinjing 7 naskhah tebal menaiki bas dan MRT dengan kepuasan yang tidak terhingga.
Terima kasih, Puan Rohani Din.
Jangan disangka airnya tenang,
Tempat di situ mainan buaya;
Perkara yang lalu tetap dikenang,
Bila terkenang membawa bahagia.
==============================
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment