Saya tinggal bersama Ayumi setelah kembali dari Kembara Budaya dan lain-lain tugas di Malaysia. Rumah ini jauh di utara Singapura. Semalam saya ke selatan untuk ke kedai yang memanggil saya datang menggambil laptop ini. Laptop ini tidak berfungsi selepas balik dari Malaysia dan terpaksa dirawat selama 10 hari.
Dalam perjalanan yang panjang ke selatan melintasi 20 stesen MRT dan 2 stesen bas ulang-alik, saya sempat memerhatikan berbagai gelagat manusia yang keluar-masuk tren.
Salah satu keluarga Melayu menarik perhatian saya. Sepasang suami isteri dalam linkungan umur awal 30'an bertutur bahasa Melayu bersama 4 orang anak dan yang sulungnya tidur dalam kereta bayi. Saya tersenyum sendiri terasa bangga anak-anak itu bertutur dengan petahnya dalam bahasa Melayu memandangkan ramai kanak-kanak sekarang di Singapura tidak fasih lagi bercakap dalam bahasa Melayu. Mungkin ibu-bapa mereka rasa rezeki datang dengan berkeletah dalam bahasa Inggeris (teringat gelaran banana-skin people (konon ingin jadi orang putih tapi terlupa pula kulitnya kuning!)
Mata saya berbalik kepada bapa dalam keluarga itu. Memakai baju-tee dan seluar paras lutut, badannya penuh calar-balar, larik-melarik gambar-gambar tatu, berjaring-jaring ikan sampai ke pergelangan tangan dan buku lali. Sama juga dengan isterinya yang bertempek-tempek dengan gambar-gambar tatu di lengan.
Saya perhatikan dengan sedih sambil mereka berjenaka dan bergurau kasar bersama.
Tapi satu kejadian berlaku yang betul-betul menyayat hati.
Salah seorang anak mereka jatuh dari kerusi tren tiba-tiba.
Ibu itu teriak dengan kuatnya, terkejut melihat anak itu jatuh, "Ya Allah!"
Saat itu juga hati ini berdoa untuk ibu dan bapa itu. Seandainya Allah ingin selamatkan kamu berdua setidak-tidaknya untuk penghidupan anak-anak yang membesar itu, turunkanlah taufik dan hidayah ke hati mereka. Jadikanlah mereka manusia yang mengenali Tuhan dan segala perintahnya. Hanya orang-orang yang menyayangi Tuhan dan mengikut segala perintah-Nya akan mengenal iman tanpa paksaan.
"Ya Allah, jadikan mereka orang-orang yang menyayangi-Mu dan segala perintah-Mu!"Amin. Senang sahaja.
*******
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



meremang bulu roma saya bila baca entry ni kak lela, entah kenapa pun tidak tahu
ReplyDeletesemoga keluarga itu di beri taufik dan hidayah
amin
ReplyDelete