Saturday, December 31, 2011

O-misoka (Eve of 2011)


Today is O-misoka or New Year's Eve. These couple of days are the busiest for Japanese because they celebrate the calender New Year as their national new year as well. I went to the greengrocer yestersday, and was caught up with the occasion. Cars were lining up to enter the parking zone, I told hubby, "this is just like Singapore but in Singapore it happens everyday, not just on New Year festivity."
Like every other new year's eve, my family will be taking noodle for dinner while watching NHK Red and White Song contest. I'm looking forward for some new faces this year. The Girl Generation from Korea is invited this year. I like their dance step and the lacy, white hot pants is so faminine, so decorous. Then there is a hard, metal rock girl but strange thing she will sing a slow song, the theme song for the running morning drama-Carnation.
I heard Lady Gaga is invited as well. She will not make a personal appearance. I hope she won't be too skimpy in this video preformance.
Most families in Japan will be preparing toshi-koshi soba. Soba, a kind of noodle from bukewheat, is a normal everyday soba but eating this soba at the end of the year is very symbolic. Like bridging the old year into the new year.
Evey year, one of my sisters-in-law would do the flower but this year, she went for a trip and I have to do the flower. I should say my arrangement is not so bad at all.

May 2012 be better than 2011. May there be no child abuse. May Peace prevail on earth. May all of us, especially you (who have been so patient reading my life on this small screen) be healthy and happy (not necessary rich) to see another fruitful year ahead.

========

Wednesday, December 28, 2011

Left

My flight going back was due on 1 Jan. 2012 but I put myself on wait-list. Two days was about all the airlines people give to inform of available seat. I rushed to get the necessity edible things for home. Of course, I had excess baggage but this is the first time I have to pay like 5 man for it. I hate myself for this. Why can't I be like some smart lady who travel light and easy? I hate myself for this. Anyway, I found out there are some ways to avoid paying those excess baggage but this sudden knowledge only comes after I paid everything. There goes a sad ending. What is worse, my connecting flight left me. The first flight was delayed for an hour. This delay stretched the arrival time and I arrived one hour late. The connecting flight departed. The airline company gave me a free overnight stay with free dinner and breakfast. They promised me the first flight the next morning. Oh well! That is life. Things like this happened for a reason (I believe).


These are the books that I have to leave behind. What with baggage exceeding the normal 20 kg/person, I have like 20 kg of excess baggage. After making sad faces and pleading to the Chinese-speaking China Airlines officer, he agreed a certain allowance according to the airlines regulations (this he repeat often).


All these wonderful books below, gave a few pricks (like needle) in my heart to leave it but then my daughters assured me they will make sure it will reach me somehow.


Actually, I've some books bought last year that are still waiting for me to open the pages. So I should not be too greedy. What's important with books is to read it. READ IT! =========================================================

Friday, December 23, 2011

BENTOU-Berita Minggu



Terbitan Berita Minggu, Singapura (Ahad 20 November 2011)

CAMPURAN IKAN, ISI KETAM DAN SAYUR-SAYURAN: "Bentou" menjadi kegemaran kanak-kanak di Jepun kerana hidangannya ringkas. (Photo from Ayumi Asada)

MI UDON GORENG: Bagi anda yang pernah makan mi udon, mungkin hidangan "bentou" mi udon goreng di atas sedikit berbeza. Ia dilengkapi dengan telur "mata lembu" dan dijadikan makan bekal ke tempat kerja atau ke sekolah. (Photo from Ayumi Asada)

CAMPURAN IKAN, DAGING AYAM DAN SAYUR: Beginilah keadaannya hidangan "Bentou" di atas yang menyeidakan bahan-bahan bekal yang berkhasiat. (Photo from Ayumi Asada)

Dalam keadaan serba-serbi mahal sekarang ini, lebih menjimatkan jika kita membekalkan makanan untuk suami yang keluar bekerja ataupun anak-anak yang ke sekolah. Makanan yang dimasak di rumah lebih bersih dan lebih berkhasiat kerana kita sendiri boleh menentukan bahan-bahan yang digunakan. Minggu ini, kami siarkan rencana mengenai "bentou" yang dalam bahasa Jepun bermaksund makanan yang dibekalkan dalam bekas bertutup. Ia kiriman seorang wanita Melayu asal Singapura yang bernikah dengan warga Jepun dan telah 29 tahun tinggal di Okinawa, Jepun. Walaupun menyediakan "bentou" bukan merupakan budaya Melayu, tip yang diketengahkan Cik Leyla Shuri ini boleh dijadikan panduan apabila anda menyediakan bekal makanan untuk keluarga.
BAWA "BENTOU" LEBIH SIHAT DAN JIMAT

         Suri rumah di Jepun bangga jika dapat sediakan bekal makanan untuk suami ke tempat kerja dan anak-anak ke sekolah.

Kebolehan menyediakan bentou yang berkhasiat dan beraneka macam dan warna adalah sesuatu yang dibanggakan oleh suri-suri rumah di Jepun. Menyediakan bentou telah diterapkan ke dalam budaya Jepun sejak awal sejarah negara itu. Amalan ini masih dipraktikkan dalam rutin harian orang Jepun sekarang.

Ada beberapa perkara yang harus diperhatikan bagi menyediakan makanan untuk bekalan.
  1. Menu perlu difikirkan lebih awal. Setelah membuat pilihan menu, langkah seterusnya ialah persiapan ringkas untuk memudahkan proses memasak. Persiapan ringkas seperti membasuh dan memotong sayur, mengeluarkan daging dari peti sejuk perlu dilakukan pada malam sebelumnya untuk tidak mengambil masa memasak pada awal pagi.
  2. Menyediakan bekas. Terdapat pelbagai jenis di pasaran. Jika membekalkan nasi goreng, mi spageti atau mi goreng, seelok-eloknya diisikan ke dalam bekas segi empat tepat atau empat segi bujur. Kotak khas untuk membalut sandwic adalah ideal untuk roti sandwic.
  3. Bahagikan tiga ruang dalam bekas-setengah untuk nasi, suku untuk daging, ikan atau telur dan  baki suku bahagian untuk sayur.
  4. Makanan harus dimasak dengan sempurna. Elakkan mengisi telur separuh masak. Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna menjadi tempat bakteria membiak dan ini mengakibatkan keracunan dalam makanan. Jika menggunakan lauk-pauk yang dari baki hidangan, ia perlu dipanaskan dengan sempurna untuk dijadikan bekal.
  5. Buang air yang berlebihan pada sayur seperti salad atau lauk yang berkuah. Ini amat penting sebab air atau kuah yang berlebihan boleh merosakkan rasa lauk yang diisikan di bahagian lain dalam bekas itu. Langkah yang lebih baik adalah mengasingkan makanan yang berkuah ke dalam bekas lain.
  6. Buang minyak yang berlebihan. Minyak yang berlebihan jika dibiarkan akan menjadi tepu. Jika minyak pada bahan-bahan goreng seperti ayam goreng tidak ditos, dagingnya akan menjadi liat. Minyak yang berlebihan itu juga boleh merosakkan rasa pada lauk-lauk lain.
  7. Pastikan makanan bekal itu betul-betul sejuk sebelum ditutup bekasnya. Jika bekal makanan itu ditutup dalam keadaan masih panas, ia akan memerangkap wap. Wap ini pula menjadi air yang bertakung pada penutup bekal itu. Selain akan merosakkan rasa makanan yang ada, penutup bekal yang berwap menjadi sukar untuk dibuka sebab tekanan kuat daripada wap yang terperangkap di dalamnya.
  8. Jangan biarkan ruang kosong. Jika terdapat ruang-ruang kosong, tempat itu perlu dipenuhkan dengan tomato mini atau lain-lain makanan yang sesuai. Makanan bekal itu akan dibawa ke tempat kerja atau sekolah. Pergerakan atau goncangan dalam perjalanan boleh menyebabkan makanan dalam bekas itu berpindah tempat jika ada ruang-ruang kosong. Ini mengakibatkan makanan bercampur aduk. Untuk mengelakkan kejadian ini, ruang-ruang kosong perlu penuhkan.
  9. Di Jepun, bekas makanan dibalut dengan kain. Simpulan pada kain itu boleh dijadikan pemegang. Kain itu kemudian dijadikan alas dan berfungsi sebagai menahan sisa makanan daripada berselerakan. Perlu juga disediakan sudu atau garfu.
Cadangan untuk lauk-pauk.
  1. Bahan rebusan atau panggangan lebih berkhasiat dari yang digoreng. Mi spageti yang digoreng lebih elok daripada mi spageti yang bersos.
  2. Telur adalah bahan yang paling mudah untuk dijadikan bahan bekal. Telur boleh digoreng atau direbus. Daging cencang boleh digoreng bersama nasi atau mi. Daging cencang juga boleh dijadikan bebola dan burger atau digoreng bersama sayur untuk khasiat protein.
  3. Sayur bayam sangat tinggi dengan khasiat kalsium/besi dan vitamin. Sayur ini elok digoreng atau direbus. Kulit tauhu adalah bahan berkhasiat. Ia boleh digoreng bersama sayur atau dilapiskan dengan daging dan ikan. Tomato mini mengandungi vitamin C di samping berfungsi sebagai menutup ruang kosong. Warnanya yang merah menyala itu juga menambahkan seri pada makanan. Bijirin hitam lazimnya digunakan di Jepun sebagai bahan taburan ke atas nasi untuk menambah warna pada makanan. Bekal yang mengandungi roti menjadi sempurna jika ditambahkan sayur dan telur atau bahan tidak berair. Makanan yang sudah masak dan dibekukan amat mudah disiapkan.

Nota: Penulis, asal Singapura, kini tinggal di Okinawa, Jepun.

============================================

Wednesday, December 21, 2011

Puan Rohani Din

Ketupat Palas

Ini ketupat palas berisi kacang. Inilah pertama kali saya mencubanya. Rezeki merasa ketupat ini datang dengan tidak disangka-sangka. Saya dihidangkan dengan ketupat ini oleh penulis tersohor di Singapura, Puan Rohani Din, ketika menziarah rumahnya setelah rehat beberapa hari dari kembara panjang di Malaysia.

Rohani Din bersama cucu

Pertama kali terlintas nama penulis ini ketika saya membaca novelnya yang mendapat anugerah berjudul "Anugerah untuk Syamsiah". Saya membaca novel ini sebelum pergi membuat ibadah haji. Beberapa adegan dalam buku ini menerangkan tempat-tempat di Tanah Haraman dan maklumat-maklumat ini membantu saya "melihat" suasana di Tanah suci sebagai persediakan.

Dinding ruang tamu

Ini ruang tamu di rumah Puan Ani yang penuh dari bumbung ke lantai dengan buku. Saya sudah nampak beberapa ciri seorang penulis. Salah satu ciri ini ialah rumah penulis dihiasi dengan rak-rak buku contoh rumah para penulis yang saya sudah kunjungi, Puan Nisah Haron, Puan Mahaya Mohd. Yassin dan akhir-akhir ini Puan Rohani Din.

Novel-novel Rohani Din

Inilah novel-novel Puan Rohani Din yang menambah koleksi rumah saya. Jangan main-main banyaknya. Saya jinjing 7 naskhah tebal menaiki bas dan MRT dengan kepuasan yang tidak terhingga.
Terima kasih, Puan Rohani Din.

Jangan disangka airnya tenang,
        Tempat di situ mainan buaya;
Perkara yang lalu tetap dikenang,
         Bila terkenang membawa bahagia.

==============================

Sunday, December 18, 2011

Penghargaan November 2011

Sebaik sahaja sesi gambar beramai-ramai selesai, sambil berbincang dengan Puan Nisah Haron, tiba-tiba terpacak seorang yang amat saya kenal. MBA membawa geng basikal serombongan sekali bersama. Saya amat kenal mereka. Setiap kali saya balik bercuti, ada acara bersama dengan JICA yang melibatkan mereka ini bersama.

Cendul Haji Sharif-Seremban

Dibawa Cikpuan Aliff (nama gelaran), kami berehat sebentar makan cendul. Malangnya cendul yang saya ingin, cendul tapai sudah habis.

Geng BasikalCendul & geng basikal MBA

Rupanya perjumpaan kali ini, saya menerima sebuah buku karya MBA lagi. Bukunya berjudul "50 Jawatan terpilih dalam kerajaan."
Lupa pula meminta autograf penulisnya dalam kesibukan bergambar. Buku ini amat diperlukan bagi sesiapa yang ingin memulakan kerjaya dengan kerajaan atau yang sudah bertugas, disarankan buat rujukan untuk menyediakan diri ke tahap yang lebih tinggi.


Karya MBA


Restoran Warisan

Malam itu selepas kunjungan ke rumah Puan Nisah Haron, saya menjengah sebentar rumah Cik Aliff. Cik Aliff membawa saya ke sebuah restoran yang berdekatan dengan Istana Sri Menanti. Kami menyelusuri sebuah jalan yang bersih menuju Kuala Pilah. Dalam keletihan hari itu sehari suntuk membimbing bengkel haiku, saya memang tidak boleh tahan mata yang amat mengantuk, pun begitu sekali sahaja terasa kerabu mangga, mata ini tercelik semula. Kerabu mangga saya makan bersama nasi Pattaya. Baru saya perasan, nasi pattaya sama dengan Omu-raisu di Jepun. Nasi ini dimasak dengan perasa ayam dan dibalut dengan telur goreng. Ini cara orang Jepun masak, nasi omelet atau omu-raisu. (ada saya sebut nasi ini dalam novel saya Pulut Sakura Serunding Kasih). Bukan promosi, tapi memang ada saya tulis hal nasi ini dalam novel itu.

Air Janda Pulang

"Apa nama air ini, Aliff?"
"Air Janda Pulang!" Aliff balas, tersenyum melihat mata saya terbeliak.

Apalah! Tak ada nama lain agaknya! saya kata sendiri.
Hirisan kelapa dibancuh bersama air gula dari apa? (dah lupa).
Usai makan malam itu, kekenyangan membuat saya tidak terdaya lagi. Alif menemani saya malam itu walaupun sebaik tiba di hotel, saya nyenyak sampai ke pagi.

Meninggalkan Seremban

Paginya selepas sarapan, saya ucapkan penghargaan saya kepada Puan Mahaya, Ketua Satu PEN dan saya dibawa ke stesen Seremban. Berlepas mengikuti KTM, saya melihat kelibat Alif hilang di belakang tren. Sampai di Singapura, saya turun di stesen Woodlands dan terus ke rumah anak saya yang kedua, Ayumi.

Keletihan kembara bermula dari 15 November dari Singapura, terus ke Kuala Lumpur, bersambung ke Jitra, Kedah hingga ke Myanmar melalui Phuket sampai ke Seremban yang tidak putus-putus ini selama 2 minggu tidak dapat saya lakarkan. Zahir dan batin, jasad dan emosi rasanya tidak tertanggung lagi kepenatannya. Saya bersyukur kepada-Nya selamat pergi dan balik dalam kembara ini. Bersyukur lagi segala yang saya ingin lakukan, dapat dilaksanakan. Walaupun beberapa janji bersama sahabat-sahabat lain tidak dapat saya langsaikan tapi saya telah melakukan segala yang terdaya.

Anak dekut hutan Separut,
       Jumpa landak meniti batang;
Kalau takut karam di laut,
       Saya tidak belayar seorang.

Sekalung penghargaan kepada Puan Maryam Chin, Puan Amelia Hashim, Cik Puan Jazmindar Aziz, Puan Nora Fuad, Tuan Yussof Ahamd dan isteri, Puan Mahaya, Puan Nisah Haron, Tuan MBA dan Geng Basikal akhir sekali Cik Muzalifah Mohamad Noor yang disayangi.

Banyak ubi perkara ubi,
          Ubi Daik saya tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
          Budi baik saya kenangkan.

**********************************************

Wednesday, December 14, 2011

Bengkel Haiku

Gambar-gambar yang dapat diselamatkan. Rasanya tidak perlu catatan panjang-lebar, gambar-gambar ini sudah banyak memberi cerita.

26 Nov. 2011 (Sabtu): Bengkel Penulisan Puisi Haiku 2011.
Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Penulis Negeri Sembilan (PEN).
Ceramah dan bimbingan oleh saya.


Sesi bengkel sedang berlangsung. Seramai 20 peserta menyertai dalam kelas yang dihadkan untuk 15 orang.


Gambar grup selepas bengkel.



Jabatan Kebudyaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan. Bumbungnya ala-ala rumah Minangkabau di mana bengkel haiku ditempatkan.



Bersama Puan Nisah Haron dan Puan Mahaya Mohd. Yassin selaku Ketua Satu PEN.

*******

Tuesday, December 13, 2011

Letih

Keletihan.

Laptop baru menolak kad gambar. Semua imej dari kad dari masa saya memimpin bengkel haiku di Seremban hilang, waktu saya makan cendul dengan geng basikal diketuai En. MBA dan semasa saya dibawa berjalan pada waktu malam di Seremban oleh seorang gadis Seremban, imej-imej ini semua hilang.

Dalam kepenatan sekarang, mengenali laptop baru ini, saya rasa tidak terdaya. Banyak catatan ingin saya abadikan dalam blog ini. Kenapa saya begitu letih di negeri ini? Saya tidak faham keadaan ini.

*******

Monday, December 12, 2011

Acer Aspire 5560G







Acer Aspire 5560G Specs:
  • AMD A6-3400M
  • 4GB DDR3
  • 500GB HDD
  • 15.6Inch HD LED
  • AMD Radeon HD 6720
  • W7HP
  • Webcam
  • 2.6kg +/- Laptop weight
Just got this working partner yesterday. Went to Suntec City with Ayumi, before this took her to Geylang Serai for her favourite Hou Fan kwei Teow noodle. We were picked up by Lijah & hubby, as they wanted to get a refrigerator for their house.
It didn't take me long to decide on this piece. What's important for me is a large screen and this girl has 15.6" HD LED LCD.
At the offered price (nana-kyu-kyu) that comes with an anti-virus CD, a carry-bag, 15-in-one notebook accessories, this lappy is quite a bargain for me.

I sent in this old laptop to the shop two weeks ago and was told that the motherboard is out. They replaced it. It was good for about 3 days only.
You may think I got this new Acer on impulse. No, I never buy anything on impulse except for food. I've been mulling over a local pc for sometime now. Local meaning not made in Japan with Japanese version.
This is my first blog from Acer. But come to think of it, I've only used the laptop before this for about 2 years. Why does the motherboard die off suddenly?

Anyway, last night I slept in peace around 1 am after configuring and downloading all the web updates. Of course, I make sure the anti-virus system is running before anything else.

Actually I'm nervous as this is the first time having a laptop not "Made in Japan".
*this reminds me to download kanji keyboard later*

*******

Friday, December 09, 2011

Tatu

Saya tinggal bersama Ayumi setelah kembali dari Kembara Budaya dan lain-lain tugas di Malaysia. Rumah ini jauh di utara Singapura. Semalam saya ke selatan untuk ke kedai yang memanggil saya datang menggambil laptop ini. Laptop ini tidak berfungsi selepas balik dari Malaysia dan terpaksa dirawat selama 10 hari.
Dalam perjalanan yang panjang ke selatan melintasi 20 stesen MRT dan 2 stesen bas ulang-alik, saya sempat memerhatikan berbagai gelagat manusia yang keluar-masuk tren.
Salah satu keluarga Melayu menarik perhatian saya. Sepasang suami isteri dalam linkungan umur awal 30'an bertutur bahasa Melayu bersama 4 orang anak dan yang sulungnya tidur dalam kereta bayi. Saya tersenyum sendiri terasa bangga anak-anak itu bertutur dengan petahnya dalam bahasa Melayu memandangkan ramai kanak-kanak sekarang di Singapura tidak fasih lagi bercakap dalam bahasa Melayu. Mungkin ibu-bapa mereka rasa rezeki datang dengan berkeletah dalam bahasa Inggeris (teringat gelaran banana-skin people (konon ingin jadi orang putih tapi terlupa pula kulitnya kuning!)
Mata saya berbalik kepada bapa dalam keluarga itu. Memakai baju-tee dan seluar paras lutut, badannya penuh calar-balar, larik-melarik gambar-gambar tatu, berjaring-jaring ikan sampai ke pergelangan tangan dan buku lali. Sama juga dengan isterinya yang bertempek-tempek dengan gambar-gambar tatu di lengan.
Saya perhatikan dengan sedih sambil mereka berjenaka dan bergurau kasar bersama.
Tapi satu kejadian berlaku yang betul-betul menyayat hati.
Salah seorang anak mereka jatuh dari kerusi tren tiba-tiba.
Ibu itu teriak dengan kuatnya, terkejut melihat anak itu jatuh, "Ya Allah!"
Saat itu juga hati ini berdoa untuk ibu dan bapa itu. Seandainya Allah ingin selamatkan kamu berdua setidak-tidaknya untuk penghidupan anak-anak yang membesar itu, turunkanlah taufik dan hidayah ke hati mereka. Jadikanlah mereka manusia yang mengenali Tuhan dan segala perintahnya. Hanya orang-orang yang menyayangi Tuhan dan mengikut segala perintah-Nya akan mengenal iman tanpa paksaan.
"Ya Allah, jadikan mereka orang-orang yang menyayangi-Mu dan segala perintah-Mu!"Amin. Senang sahaja.


*******







Wednesday, December 07, 2011

Aral Gendala


Selepas Seminar di Dewan (DBP), keesokan harinya, saya harus berpindah ke Seremban. Pun begitu, masih ada masa lapang pada paginya untuk bertemu dengan seorang blogger yang telah saya kenal selama 10 tahun. Cikgu Nora Fuad (novelis) membawa saya ke KL Sentral, tempat yang paling mudah untuk kami bertemu. Di situ, kami rancak berborak sambil makan di salah sebuah restoran yang tidak berapa ramai pengunjungnya.

Lazimnya dalam perancangan cuti saya yang selaunya dua bulan, saya jadualkan perjumpaan dengan beberapa orang sahabat untuk perkara rasmi dan tidak rasmi. Kenapa dua bulan? Mungkin ada yang bertanya. Tiket untuk ke Singapura hanya boleh didapatkan dengan 2 pakej sahaja di Okinawa. Sebuah pejabat pelancongan HIS menawarkan mass-booking untuk 10 hari atau 2 bulan. Tidak mungkin saya mengambil pakej 10 hari, kendatipun murah tawarannya (ini hanya untuk booking dari Okinawa sahaja, bukan dari luar Okinawa). Jadi terpaksalah saya mengambil tawaran pakej untuk 2 bulan.

Setiap kali percutian saya bermula, janji dan pertemuan dijadualkan awal-awal lagi. Pun begitu, setiap kali ada sahaja aral melintang. Teman blog yang saya kenali selama 10 tahun itu, Vimmi Yasmin, amat faham dengan keadaan saya. Selama 10 tahun ini, dia tidak menunjukkan rasa kecil hati atau dikecewakan oleh jadual saya yang tidak menentu ketika di Malaysia.

Saya kata tidak menentu sebab saya mengembara bersendirian. Saya tidak berani pergi ke lokasi-lokasi jauh sendiri. Lagi pun, saya tidak kenal peta Malaysia, bukan peta sahaja. Untuk mendapatkan tren, juga bukan mudah bagi saya yang terkial-kial berjalan sendiri. Kebiasaannya,saya dihulurkan dari teman ke teman, dari rumah ke rumah, dari kereta ke kereta. Itulah saya.

Kali ini ramai yang saya kecewakan oleh sebab masa yang terhad, perjalanan yang meletihkan, tenaga yang berkurangan selama 3 minggu berkelana berterusan dan badan yang kurang sihat.

Insya-Allah, anggaplah segala pertemuan dan perpisahan itu kuasa Allah untuk menentukan. Kita hanya perancang. Sebaik mana perancangan kita, belum tentu pertemuan boleh dijanjikan.

Mohon maaf kepada Puan Ainon Mohd., Chairman PTS kerana tidak berani ke kawasan Gombak sendiri. Saya juga telah berjanji kepada Puan Norimah Hj. Ahmad (pemilik syarikat Urut) pergi bersama ke Pulau Langkawi, apakan daya demam dan batuk saya berpanjangan, saya terpaksa membubarkan janji itu.

******

Monday, December 05, 2011

Puan Hajijah Jais


Setiap kali saya balik bercuti, ada satu tempat yang tidak gagal saya ziarah. Tempat ini paksi pada segala keilmuan bahasa, rumah pertemuan setiap sasterawan dan lintasan setiap budayawan.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saya meneliti program-program yan dianjurkan semasa cutian ini. Mata ini terpacak pada sebuah iklan. Akademi Sastera. Semua dipersilakan hadir. Tidak berlengah-lengah lagi saya menghubungi pegawai yang mengendalikan acara ini. Apabila saya tiba pada pagi acara itu, saya terlihat di barisan penyambut tamu, nama saya terpampang jelas di atas senarai para tetama. Saya mendekati meja penyambut tamu.
Salah seorang pegawai bertanya, "Puan Leyla Shuri yang dari Jepun itu kah?"
"Mana dia tahu saya Leyla Shuri dari Jepun?" bisik hati ini.
Ya, memanglah nama saya sudah masuk ke dalam senarai para tetamu tapi yang pelik pegawai-pegawai di situ kenal saya!
Terasa sungguh damai hati ini apabila dikenali sebab pada anggapan saya, jika ada kemalangan menimpa pada saat itu, setidak-tidaknya saya sudah dikenali *senyum*
Saya sangat suka menghadiri apa pun acara yang dianjurkan DBP.
Pertama-tama, segala apa acara dari DBP adalah berhubungkait dengan penyampaian ilmu dan bahasa, bukan sekadar sesi kenal mengenal atau pertukaran buku.
Keduanya pula, tidak pernah saya kelaparan ketika menghadiri acara-acara dari DBP. Sehari suntuk kami dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan lazat bukan sekali tapi berkali-kali yang termasuk minum pagi, makan tengah hari dan minum petang sebelum bersurai. Sungguh saya kekenyangan.

Dalam acara Akademi Sastera pada hari itu, saya amat teruju dengan pembentangan kertas dari 8 orang peserta yang terbaik dari pelbagai IPT. Namun dalam kenyamanan dan kedinginan dewan itu, matanya terlena buat beberapa kalinya. Badan yang terlalu letih (tidak berehat secukupnya sejak Kembara Sastera dan Budaya seminggu sebelumnya) bersama batuk yang degil, saya berselimut dengan selendang panjang, telinga separuh berfungsi.
Selain dari itu, setiap acara yang dianjurkan DBP, para hadirin menerima berbagai hadiah sebagai iklan dari syarikat penerbit lain. Kali ini para hadirin menerima novel "Bila Nysrah kata tak mahu" karya Aidil Khalid. Tersenyum saya, gembira mendapat novel-novel ini. Sungguh tidak merugikan saya menghadiri program hari itu.


Satu lagi niat lawatan saya ke DBP adalah untuk berkenalan dengan editor Puan Hajijah Jais. Ketika masuk ke dewan acara, saya nekad untuk ke pejabat puan ini pada waktu rehat tengah hari. Alangkah terkejutnya saya, Puan Hajijah Jais selaku pengacara pembentangkan kertas pada pagi itu.

"Oh, ini rupanya orang yang mengedit novel saya!" hati ini berbisik.
Saya menantikan peluang untuk memperkenalkan diri. Waktu rehat minum pagi, saya perhatikan Puan Hajijah turun dari pentas. Bergegas saya berjalan menuju ke arah beliau.

"Assalamualaikum, Puan Hajijah!"
"Waalaikum salam," jawabnya dengan wajah kosong merenung saya.

"Saya Leyla Shuri dari Okinawa, Jepun. Kita sudah beremel-emel beberapa kali!" balas saya, kesian pula melihat beliau seperti orang keliru dan cuba mencari dalam kotak fikirnya identiti saya.

"Oh, Puan Leyla! Kenapa tak bagitahu nak datang!" suaranya ringan setelah mengenali saya.

Setelah habis minum pagi, saya dibawah ke pejabat beliau. Kami berbincang tentang manuskrip saya yang telah tamat disuntingkan pada bulan Ogos 2011.

Saya menyentuh darihal novel yang baru diterbitkan DBP berjudul "Air Mata Raja", tebalnya sebanyak halaman 945.


Selesai sesi penyampaian hadiah, sebaik sahaja habis minum petang, saya bergegas ke Kedai Buku DBP yang tutup pada jam 5:30 petang, walaupun terasa bersalah mengingatkan Puan Hajijah ingin berjumpa saya sekali lagi selepas program hari itu. Masa tutup kedai sudah hampir dan saya merayu agar diberi sedikit masa mengimbas tajuk-tajuk yang ada.


Dalam kesuraman ruang buku itu (tak sabar penjual ingin menutup kedai), saya memilih beberapa majalah keluaran DBP. Menyusur rak-rak buku, saya amat terkejut melihat novel saya bersama judul-judul lain dari syarikat penerbit KarnaDya, dipamerkan juga.

Mohon maaf saya kepada Puan Hajijah Jais, kerana singkatan waktu, tidak dapat kita berjumpa pada petang itu lagi.

*******

Saturday, December 03, 2011

Sebelum DBP

Saya menaiki KTM malam yang berkatil ke KL. Bunyi alunan roda yang kedengaran dekat di telinga,sesekali tren membelok dengan laju ke kiri dan kanan, badan saya juga mengikut arahan tren itu. Entah kenapa saya rasa suara tren itu begitu marah, ingin cepat sampai ke destinasi. Dalam hati ini berkata, "Kenapa nak cepat sampai sangat, ikut sajalah jadual yang telah ditetapkan. Bila dah sampai hakikatnya kena balik semula perjalanan ke utara!"

Sampai di KL Sentral, anak matahari baru dilahirkan. Saya menghantar kiriman ringkas kepada Cikgu Nora mengatakan ketibaan saya. Tidak beberapa minit kemudian, wajah guru ini terpampang di hadapan saya. Inilah pertemuan pertama tapi sudah kenal sangat melalui Facebook dalam setahun ini.


Bersama suaminya, guru ini membawa saya ke rumahnya. Sarapan kami nasi lemak bersama sambal kerang dan limpa. Jadual untuk hari itu telah kami tetapkan beberapa minggu sebelum ini.
Lawatan ke syarikat yang menerbitkan novel pertama saya, Syarikat KarnaDya. Saya rasa para penulis harus menjalin hubungan "rapport" atau "kewujudan" bersama penerbit masing-masing. Saya sangat tidak setuju kepada golongan penulis yang mendiamkan diri setelah karya diterbitkan. Saya telah mengambil keputusan sendiri untuk menziarah setiap syarikat penerbit yang menyiarkan karya saya. Setidak-tidaknya kita tunjukkan bahawa kita masih wujud dan kita masih ambil berat terhadap hasil karya walaupun setelah diterbitkan, penerbit yang mengendalikan segala karya-karya itu.
Tengah hari itu cikgu Nora menghalakan kenderaannya ke arah Puchong. Rasa amat lega akhirnya berjumpa juga syarikat itu setelah kami berpusing-pusing di jalan raya, termasuk ke kawasan perindustrian yang salah dan akhirnya walaupun sudah sampai ke kawasan yang tercatat dalam alamat, masih juga berpusing-pusingkan kenderaan mencari lorong-lorong yang berselang-seli. Tentunya staf di syarikat itu terkejut dengan kunjungan kami yang tidak dimaklumkan itu. Tetapi memang tidak salah untuk para penulis menziarah syarikat penerbitan sendiri. Kami berbincang pelbagai masalah mengenai pengedaran, penjualan dan yang paling sensitif sekali, aspek pembayaran.
Saya merayu agar pihak KarnaDya membuat makluman kepada para penulis jika proses ulang cetak dilakukan, memandang dengan cemburu kepada syarikat penerbit lain yang sibuk mewar-warkan karya-karya yang diulang-cetak. Pada saya mengulang-cetak buku adalah sesuatu yang positif. Ia menandakan buku itu laris dalam pasaran, bakat penulisnya atau hasil karyanya mencapai tahap tinggi dan lain-lain lagi. Makanya makluman ulang-cetak akan memanfaatkan kedua-dua belah pihak, penerbit dan penulis.


Selepas perbincang itu, kami terasa lapar sebab waktu tengah hari hampir ke penghujungnya. Berdekatan, kami terlihat sebuah restoran yang menghidang nasi kerabu Trengganu (ke Kelantan?). Nasinya biru. Kelaparan, saya makan sahaja, terlupa pula menanyakan dari mana datangnya warna biru itu.
Pada sebelah petang, cikgu Nora sekali lagi memacukan keretanya ke arah Berita Harian. Kami berjumpa dengan salah seorang wartawan yang penah menerbitkan ulasan novel saya, yang dikenali dengan nama manjanya Far Farina Nazlan.
Mereka makan kueh teow goreng dengan bersemangat, saya perhatikan, namun selera saya yang tidak biasa makan di antara waktu, tidak pula ingin merasa sekali.

Kami menerima pesanan ringkas dari En.Yussof Ahmad untuk makan malam bersama di Selangor Clubhouse. Saya mengenali En.Yussof setelah berkenalan dengan keluarga Puan Ainon (Chairman syarikat terbitan PTS) di Facebook. Bersama datuk dan isterinya, kami rancak bersembang dari jam 7 petang itu hingga ke 10:30 malam. Kami yang akhir meninggalkan meja.

Terima kasih En.Yusoff dan isteri sudi menerima kami seadanya dan beramah tamah bersama kami.


*******

Friday, December 02, 2011

Alor Setar

Perjalanan kami balik dari Kembara Sastera dan Budaya ini sekali lagi melanggar jadual. "Hari balik nanti, saya ingin tempah tiket KTM malam balik ke KL," saya kata kepada Puan Amelia Hashim (seorang penulis novel dan skrip drama yang tinggal di Jitra, Kedah). Puan Amelia rasa cadangan itu elok dibatalkan kerana tidak yakin dengan jadual perjalanan kami. Hah, memang tepat sudah rasa firasat hati Puan Amelia. Sesampai saja ke Alor Setar semula, jarum jam menunjukkan 8 malam. Memang tidak sempat meneruskan perjalanan dengan KTM yang berlepas dari stesen Alor Setar jam 7.35 malam. Saya bermalam di rumah Puan Amelia Hashim. Keesokkan hari saya dibawa bersarapan dan terus dibawa ke rumah Cikpuan Jasmindar Aziz, seorang guru mengajar bahasa Inggeris yang sudah saya kenal di alam blog mungkin selama 7-8 tahun.
Cuti sekolah hujung tahun sudah bermula pada hari itu juga dan cikpuan Jasmindar berbesar hati ingin membawa saya melihat perkampungan dan sawah padi Bukit Jerai dan kawasan sekitarnya. Sebenarnya inilah pertama kali saya melihat kawasan utara Malaysia. Kami melunsur sebatang jalan dari utara ke selatan mengikuti pesisiran laut. Nama-nama jalan yang yang kami lalui Jalan Yan, Ruat, Tanjung Jaga dan Singkir.
Gerai
Dalam perjalana kami mencari gerai untuk makan tengah hari, saya terlihat gerai-gerai kecil di sisi laluan. Saya minta berhenti sebentar. Rupanya gerai-gerai ini menjual nira, minuman dari manisan pokok nipah, yang dihasilkan dari pelepah muda pokok-pokok ini (kalau tak salah saya). Nira
Malangnya saya tidak dapat menghabiskan minuman ini yang dihidangkan dalam gelas tinggi. Rasanya ada sedikit masam dan manisnya pula melebihi tahap saya. "Minta maaflah, Jasmindar, saya tidak boleh habiskan air ini!" Jasmindar membawa kami ke sebuah gerai yang menghidangkan ikan semilang. Naim gulai semilang, saya terbaca pada iklan yang terbentang di hadapan kedai itu yang bertempat di Sungai Pial di Tanjung Dawai. Bersama kari ikan semilang, mereka hidangkan juga sejenis pucuk daun sebagai ulam. Bila ditanya jenis daun itu yang tidak pernah saya lihat lagi, dikatakan sebagai daun tenggek burung. Daunnya kelat untuk dicecah dengan belacan. Bekas hidangan besar dan puas juga kami habiskan lauk-lauk itu. Akhirnya, saya menghabiskan ikan-ikan yang berbaki. Memang saya kurangkan nasi, jadi masih ada ruang lagi untuk saya mengisi lauk-lauk. Selepas makan, kami ke menjenguk sebuah jeti di Sungai Pial. Sebelum ke jeti ini, kami berjalan kedai-kedai yang berderetan menjual pelbagai ikan yang telah dikeringkan. Petang itu saya berehat-rehat bersama keluarga cikpuan Jasmindar sebelum dihantar ke stesen Alor Setar untuk perjalanan dengan KTM ke KL Sentral. Terima kasih Cikgu Jasmindar dan Puan Amelia Hashim, sudi menemani dan menunjukkan keindahan kawasan damai di sekitar rumah mereka. *******