Sunday, January 08, 2012

Cencaluk Singapura

Masa bercuti di Singapura baru-baru ini, anak-anak dan menantu membawa saya ke tempat makan di Newton Circus. Seingat saya paling akhir saya makan di sini adalah waktu saya masih bujang dan kalau dikirakan tahunnya, mungkin dah dekat 30 tahun lebih. Bezanya sekarang di gerai-gerai yang menjual makanan Melayu terdapat paparan sijil Halal dari MUIS. Adanya sijil ini menyenangkan kami mencari gerai dan tidak membuang masa memilih gerai untuk makanan orang Islam.

Lagi satu yang berlainan pula. Selepas kami memilih makanan, paling awal sekali yang diletakkan ke atas meja kami adalah cencaluk. Mulanya melihat piring cencaluk ini seperti saya tidak percaya. Paling akhir saya makan cencaluk masa saya di kampung. Masa kanak-kanak dan dihidangkan arwah Puan Lembab (nenek saya *jangan ketawa-itu nama betul*).

Dapur arwah sentiasa simpan cencaluk. Susah-susah pun, cucu-cucu puan (nenek saya menjaga cucu-cucunya sebab emak-emak masing-masing keluar bekerja), makan cencaluk dengan jeruk binjai. Jeruk binjai itu nenek simpai dalam tempayan godang-godang. Kadang-kadang saya nampak ulat putih keluar dari mulut tempayan. Tapi kita kanak-kanak dulu-dulu, makan ulat pun tak sakit perut, tak mati pun. Apa agaknya reaksi anak-anak kecil sekarang kalau diberi makanan dari tempayan yang berulat?

Kiralah berapa puluh tahun sudah berlalu? Ini sekarang depan saya dihidangkan cencaluk lagi. Tapi lokasinya di Newton Circus, dalam bandar tercanggih di Singapura. Saya akui, waktu itu seperti saya pulang ke zaman kanak-kanak pula.

Rasanya pun sedap. Masam, masin, lemak dan digunakan sebagai appetizer. Cerdik betul penjual di Singapura. Cencaluk dibeli dengan harga murah di Melaka dan dijadikan appetizer.

cincalok

Ini makanan di Newton Circus bersama cencaluk itu.

Newton Circus

==========

6 comments:

  1. Cencalok sbg apetizer? Bijak idea tu....

    Zar pun suka cencalok, di gaul dgn bawang merah dan cili api..diperah asam limau.. Dimakandengan ulam timun dan pegaga... Indahnya...

    ReplyDelete
  2. Saya suka cencaluk. dan budu. Nasib baik anak tak mengada2 tak mahu makan apa yang saya suka. ^^

    Tengok gambar Kak Lela makan tu, ni yang semangat nak pergi beli cencaluk sebotol ;)

    ReplyDelete
  3. kak leyla, saya 'alah' dgn cencaluk. Jadi dgn cencalok segantang nasi saya makan.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Makan cencaluk maka siaplah saya terbersin-bersin.

    ReplyDelete
  5. Salam k lela.... Lamanya nonie tak menjenguk ke sini... Rancangan majalah 3 sabtu lalu mengingatkan nonie pada k lela :). Semoga k lela sihat sejahtera hendaknya. Wah makan cencaluk ye, nonie pun dah lama tak makan cencaluk, tak ingat pun bila last skali makan. Orang di rumah ni ada resdung belaka, tu yang tak makan sangat kot.

    ReplyDelete
  6. zar, cencaluk memang pembuka selera, kita saja yang kena tahan.

    Lina, elok juga kalau kenalkan makanan kita kepada anak2. Biar makanan itu berkekalan dalam budaya bangsa Melayu.

    Cikgu nora, alah cencaluk. Makan sesekali tapi janganlah segantang nasi, hish!

    Aliff, agaknya aliff alah udang. alegi.

    nonie, memang dah lama tidak bertukar khabar. Inilah alam siber. Bila2 teringat, sebaris ayat sudah cukup menyambung persahabatan semula.
    Sebenarnya orang Jepun ada cara traditional untuk mengubati resdung. Satu: masuk dalam bilik wap dan dua: makan wasabi (sejenis akar yang diparut. Terdapat bahan ini dalam makanan Jepun bila mereka hidangkan sushi atau sashimi. Atau boleh beli tube wasabi di kedai). Ini untuk penyakit resdung biasa, kalau ada lain komplikasi, tak tahulah mujarab ke tidak.

    ReplyDelete