Setiap kali mereka keluar bersantai-santai, tidak gagal orang lalu-lalang akan berbual dengan ibu mereka.
Hari ini ketika dalam lif, seorang perempuan Cina-Singapore jiran mereka berkata "wa~ twins!? boy ? wa~! boy and girl ah! no need anymore babies ah!"
Selepas keluar dari lif seorang pembersih perempuan Hindu-Singapore berbual dan mengatakan dia juga kembar dan kembarnya yang lain ialah abangnya. Perempuan ini berbual lama tentang keluarganya sambil berkoci-koci dengan kembar Asada.
Bersambung jalan-jalan itu selepas perbualan itu, mereka bertemu dengan seorang pembantu dari Filipin yang sedang menolak seorang tua Cina dalam kerusi roda. Pembantu ini juga berhenti dan berbual-bual dengan kembar Asada, "cute~ two baby~ you take care ownself? wa~"
Mereka melencong dan kembar Asada meneruskan jalan-jalan, lalu bertembung dengan seorang perempuan Cina. Mereka berhenti mendengar perbualan perempuan itu, "twins ah!? boy ah! wa~. u not local ah. wa~ sui leh."
Mereka beralih dan berhenti lagi untuk seorang lagi, perempuan Cina ini berbual hampir sama dengan yang sebelumnya.
Untuk mengelak dari bertembung lagi dengan orang lain selepas ini, ibu kembar membawa stroller ke taman riadah, selalunya waktu pagi tidak ramai yang datang. Tapi pagi ini ramai kanak-kanak pra-sekolah berumur 2-3 tahun bermain-main di situ. Masa bertembung dengan kanak-kanak ini, mereka sedang beratur untuk balik ke kelas. Selama 10 minit, kanak-kanak ini ber-bai-bai dengan kembar Asada.
Ibu kembar sudah keletihan (bukan tenaga tapi berbual), lalu membawa stroller berpatah balik, pada waktu itu mereka melintas sepasang suami isteri Melayu yang agak tua yang mengatakan mereka juga melahirkan kembar yang sudah dewasa dah bermula lagi catatan keluarga mereka. Ibu kembar mendengar perbualan itu sampai pasangan itu beredar.
Inilah yang selalu terjadi ketika kembar Asada berjalan-jalan dengan stroller.
Saya kata, "kanak-kanak sungguh menggembirakan!"
*****





kalo saya pun tak akan lepaskan peluang utk melihat dan mencium bayi kembar secomel ni. bukan senang nak jumpa, made in japan!sepasang pula tu.
ReplyDeletesalam suzie,
Deleteanugerah Allah, alhamdulillah.