Sunday, January 13, 2013

100 tahun

 Umur bapa kepada suami saya meningkat 100 tahun pada 14.1.2013.
Dia dilahirkan seabad dahulu. Dia mengalami Perang Dunia Pertama dan Kedua. Dia merasa pertempuran perang di bumi pulau ini. Ketika pulau ini dijajah Amerika Syarikat, dia mengira duit dolar dan dia menjadi warga negara Amerika Syarikat. Dia menyaksikan pulau ini diserahkan kembali kepada tuan kerajaan Jepun pada tahun 1972. Dia ialah sejarah kepada pulau ini.

  Pegawai yang mewakili Perdana Menteri Jepun datang ke rumah bapa mentua membawa anugerah dan penghargaan.

Hadiah-hadiah yang merupakan sijil, gambar, cawan perak dan wang tunai diterima dari Perdana Menteri Jepun untuk Kudaka Yukichi yang umurnya mencecah 100 tahun pada 14.1.2013.


Cucu pada anak-anak perempuan yang sekarang berumur  72 dan 66 akan bernikah. Ini bermakna (kalau umur bapa mentua panjang) bapa mentua saya boleh mendapat piut. Piut ialah generasi ke lima dalam keluarga.
Orang Jepun kata (saya selalu lupa, kena letak sini), mago (3), hi mago (4), yasha mago (5).

*****

2 comments:

  1. Bagusnya dihargai kerajaan yang peka.
    Salam TAHNIAH kepada beliau

    Rakmi

    ReplyDelete
  2. salamz... panjang umur warga jepun nih ek..
    dapat penghargaan lg ;)

    ReplyDelete