Anak-anak saya dua keluarga datang sekali gus beberapa hari setelah mendapat kelulusan tarikh percutian. Beberapa hari sebelum mereka sampai, saya bertungkus lumus membersih dan mengemas dua bilik untuk penginapan mereka. Keluarga anak-anak kembar diberi ruang tatami sebab anak-anak itu sedang giat merangkak, makanya bilik tatami itu agak selamat sebab tidak berkatil, tidur beralaskan tilam futon sahaja.
Kali ini saya sibuk menjaga cucu dan suami saya melayan makanan mereka. Ibu-ibu ini sibuk mencari barang makanan Jepun dan oleh-oleh untuk dibawa balik kemudian. Suami saya tidak tahan melayan anak-anak yang begitu lasak lagi. Dia pilih untuk menyediakan makanan Jepun.
Selama 10 hari, mendukung dan memeluk cucu-cucu tiga orang ini, baru saya terasa sakit-sakit urat badan. Sakit di bahagian bahu dan pinggang bagaikan dihiris-hiris. Bagaimana pun saya tidak mahu dikalahkan oleh sakit-sakit itu selagi cucu-cucu ini ada di samping saya.
Sebaik sahaja mereka menaiki pesawat balik ke Singapura (10 Mar. 2013), saya berendam dalam kolam air panas dan mensaunakan badan yang sakit-sakit ini. Lepas sesi sauna pula, kawan saya Yoko, memijak badan saya cara yoga dari bahu ke hujung kaki. Ya Allah, sakitnya badan ini kena pijak tapi rasa ringan dan separuh bisa-bisa urat yang kejang hilang selepas sesi urut pijak itu.
Ini cucu ke-3, Miesya Hatsumi. Kita panggil Mi-cyang saja. Sekali dia jatuh dari pelukan saya ke atas flooring kayu waktu itu saya cuba mengejar salah seorang cucu kembar dari tangga.
Kalau nak beranak, baiklah masa umur masih muda. Jangan tunggu 40 tahun atau 50 tahun seperti orang-orang sekarang lazim lambat-lambatkan.
*****





As salam.
ReplyDeletetergelak saya membaca kisah ini kak leyla. Tapi sakit 'rindu' akan melebihi sakit badan kak leyla.
waalaikum salam cikgu nora,
Deletezaman internet sekarang, bila saja kena sakit rindu, on saja video skype atau facebook, cumanya tak dapat peluk cium saja :-)
salam kak halela,
ReplyDeleteterhibur saya baca blog kak hajah. dulu sibuk fasal anak-anak skrg fasal cucu pula. comel-comel pula tu. betul tu kak lela, saya sendiri pun rasa cam alahai nape le tak kawin masa muda2 dulu, skrg anak baru 3 tp badan dah sakit2 tp jodoh pertemuan di tangan tuhan kan? saya redha ketentuanNya dan bersyukur dgn segala nikmatNya. alhamdulillah
salam kembali puan suzie,
Deletelama dah tak dengar khabar, harap semuanya ok dengan keluarga puan.
Sebenarnya saya bukan tujukan kepada orang jodoh lewat tapi pasangan muda yang lambat2kan melahirkan anak selepas kahwin konon nak banyakkan duit, nak tambah harta dulu baru fikirkan anak, macam anak itu boleh beli di kedai, tunjuk saja boleh dapat.
Saya nasihatkan anak2 saya supaya beranak ramai2 dahulu baru fikirkan kerjaya atau harta. Jangan lewat2kan melahir sebab bila dah umur 40an, memang tak larat lagi.
itu yang saya maksudkan.