tag:blogger.com,1999:blog-5801429.post4483566734902918867..comments2023-12-18T16:49:34.209+09:00Comments on Awan Okinawa berlalu...: Sa..Sa..Eisa-tymeLeyla Shurihttp://www.blogger.com/profile/09483481323141756276noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-5801429.post-64740046571364363862009-07-24T18:49:45.670+09:002009-07-24T18:49:45.670+09:00Salam,
Pn. Halela, Aminah di sini.
Sekarang jam ...Salam,

Pn. Halela, Aminah di sini.

Sekarang jam 5.35 petang waktu Malaysia Barat dan saya di pejabat menunggu pihak Jabatan Kesihatan datang menyembur di bilik pensyarah kolej tempat saya mengajar.

Kolej kami ditutup bagi aktiviti pelajar selama enam (6) hari mulai hari ini kerana beberapa orang pelajar telah disahkan menghidap H1N1.

Bagaimanapun, para kakitangan bekerja seperti biasa termasuklah pensyarah-pensyarah.

Kami diarahkan membersihkan kawasan sekitar jabatan masing-masing.

Hari ini selepas mengemas pejabat, kami makan jamuan --- sebenarnya jamuan ini telah pun dirancang awal sebagai jamuan perpisahan dua orang rakan sekerja kami yang berhijrah ke institusi pengajian tinggi awam.

ketika saya baru hendak menulis mesej ini tadi, pihak dari jabatan kesihatan pun datang menyembur bilik ini --- saya lari ke luar sekejap.

sekarang bilik ini berbau ubat yang kuat, memaksa saya memakai topeng penapis habuk.

fenomena alam dan wabak yang kian meluas tersebar mengingatkan kita akan kebesaranNya.

sebelum makan jamuan dengan pelbagai jenis makanan enak rezeki dariNya, kami berdoa panjang antara lain berulang-ulang menyebut "Ya Allah! Lindungilah kami dari wabak ini!"

Alhamdullillah, tugas menemani suami yang secara ad hoc dilantik menjadi floor manager dalam urusan pembersihan kolej ini dah berakhir.

Saya tak sabar hendak berbasikal di tasik Ayer Keroh sebentar lagi ...

Salam untuk semua pembaca blog ini :-)

- Aminah Jazilah Abu Bakar"Law of Attraction"https://www.blogger.com/profile/02404447671210004926noreply@blogger.com