Rabbit rumah nie beranak lagi wiken lepas. Bulan Ogos 5 ekor anak, bulan Sept. 6 ekor dan wiken lepas 5 ekor lagi.
Kuat betul ibu rabbit itu beranak. Selepas beranak 3-4 hari bulan Sept, hubby asingkan si jantan ke tempat lain. Ingatkan dah safe lah tapi alangkah shockingnya bila tengok wiken lepas nampak lagi anak2 yang baru lahir.
Saya dah boring tahap leher nak tercabut betul.
Hubby punyalah excited tengok anak2 rabbit...betulah kata salah seorang SIL.
Laki kau tu memang suka usagi dari kecil lagi...
Dah banyak sangat rabbit kat tempat ampaian baju. Bila sidai baju, habis jari kaki ini mereka gigit, selalu saya tampar mereka.
Kain dan baju yang panjang sampai ke lantai, mereka gigit dan jadi tembuk kain cantik-cantik.
Baju mahal saya ada sehelai-dua dah bocor.
Tapi saya diamkan aje...maleh nak ngomel kat hubby, dia suka sangat dengan rabbit-rabbit itu tahap tak boleh buat apa lagi.
Kalau ampaian itu jatuh ke lantai, alamat kenalah basuh sekali lagi. Dengan dipijak dan dengan taik hitam berketul-ketul.
Pening betul bau taik rabbit kuat sangat, bayangkan 7-8 rabbit punya taik berserak.
Semalam, masa saya sidai baju dalam waktu asar...matahari masih kuat dan panas. Saya ternampak 3 ekor anak yang baru lahir tergolek-golek. Badan mereka seperti mengigil-gigil atas simen yang berbahang dan panas itu. Macamana mereka boleh terkeluar dari kotak pun saya tak tau.
Saya habiskan ampaian, memikirkan perlu buat persiapan hidangan iftar dalam beberapa jam lagi. Jadi saya tidaklah peduli sangat dengan keadaan anak-anak rabbit yang mengigil-gigil kepanasan itu.
Bila sampai ke dapur, saya susunkan kuih suji yang sudah sejuk ke dalam balang. Dalam 20min kemudian, baru saya teringat anak-anak rabbit yang terlepas tadi.
Saya kata dengan aman suara...3 new baby rabbits dropped from their box!
Wah, hubby punya melenting langkah 2 anak tangga setapak naik ke atas dan masukkan anak-anak rabbit itu ke dalam kotak mereka, saya perhatikan dia melenting dengan cool aje.
Dia kata saya tak ada hati perut, membiarkan anak-anak rabbit itu mengigil kepanasan.
Maleh lah nak jawap-menjawap bulan posa nie...saya kata agaknya ibu rabbit yang bawak anak-anak itu keluar dari kotak.
Sebenarnya saya dah tak pedulikan lagi anak-anak rabbit itu. Entahlah, saya tak terfikir pulak anak-anak rabbbit itu akan mati (tak mati pun). Saya biarkan saja.
Saya kata "one or two is okay but now we have too many of them. My washing is eaten, then they bite my toes, then they chewed the washing machine hose, then they shit on my fallen washing..." cakap lembut-lembut biar dia faham.
Kalau tak cakap, orang lelaki tak kan faham. Mereka tak ada supersonic, telepathic wave untuk memahami kaum puan...kaum puan kasi backinglah!
Biasalah kaum puan bila ada yang tak puas hati, selalu panggil backing sana sini, backing, jangan tak backing.
Ini dah boring, tahap leher nak tercabut!
Nasib baik bulan posa, terpaksa sabar. Kalau bulan lain, nak saya sembelih buat dalca arnab, ulam dengan papadom...wah sodap tu!
Alamak... bulan posa nie, boleh ke saya tulis entri macam ini. Sesiapa yang rasa entri ini tak patut wujud, sila komen le tapi jangan letak nama cik anon!