Showing posts with label Terbelah Bintang Subaru. Show all posts
Showing posts with label Terbelah Bintang Subaru. Show all posts

Monday, January 30, 2017

Terbelah Bintang Subaru: Komen seorang pembaca di Facebook


Tiga hari tanpa cell phone saya habiskan masa senggang membaca novel ini. Mula baca saya tertarik dengan watak Tsuru yang laungkan azan di telinga bayi Sachiro. ehh azan?
Saya terus membaca....tak sukar saya bayangkan penceritaan kerana digarap dengan jelas oleh penulis...seolah saya sedang menonton drama. Petikan kata bahasa Jepun menambah penghayatan saya...kisah ini berlaku di Jepun....bukan zaman Jepun di Tanah Melayu, ya đŸ˜
Tertarik dengan kisah Sachiko dan Hairuki...ada rasa sebak. Paling menarik kisah perkahwinan mereka....cam familiar je kak Leyla Shuri hahaha....seperti yang pernah saya komen ketika mendengar kisah sebenar dulu...memang romantik. Ada unsur kelakar dan sedih buat emosi saya turut dibuai rasa.
Kisah ini banyak membuka mata tentang perkataan cinta. Keberanian mempertahankan cinta. Keikhlasan menerima cinta. Kisah sejarah yg diselitkan membuatkan kita rasa kisah ini benar belaku. Juga buat kita terkenang pelajaran tawarikh semasa di sekolah dulu...Shogun Tokugawa . Penamat kisah ini buat saya rasa sebak dan tersentuh. Puas!
Saya beri 4 bintang. Pasti tak keciwa siapa yang beli.

*Catatan pembaca bernama Kak Yong di Facebook 30 Jan. 2017*

*****

Tuesday, May 17, 2016

Facebook Page untuk Novel

Ini pautan pada page novel-novel saya dalam Facebook.

PAGI SEMERAH DAUN MOMIJI

TERBELAH BINTANG SUBARU

PULUT SAKURA SERUNDING KASIH

Rasanya novel yang akhir itu [PSSK] hanya tinggal kurang 100 naskhah dalam simpanan penerbitnya.

Sesiapa yang hendak baca novel PAGI SEMERAH DAUN MOMIJI, sila order online daripada DBPNiaga, atau pergi KL sendiri atau dapatkan daripada adik saya Puan Halija Abdul Razak (itu pun kalau masih ada stok lagi) atau pergi pinjam di Perpustakaan Awam Singapore (sudah ada di setiap cawangan Perpustakaan Singapura).
Utk novel TERBELAH BINTANG SUBARU, boleh dapatkan di semua cawagan kedai buku MPH Singapore sekarang atau tempah online daripada Puan Zalila Isa atau pergi sendiri ke kedai buku ITBM KL. Jualan di MPH hanya hingga Julai, jika kehabisan stok saya tidak dapat tambah sebab saya tiada di Singapore.
Saya tidak simpan novel-novel saya di Okinawa. Harap Maklum.Terima kasih sudi membaca.

*****

Tuesday, November 17, 2015

Diskusi Novel TERBELAH BINTANG SUBARU


Pelajar-pelajar jurusan sastera di UKM bersama Cikgu Abdullah Cheh menjadualkan acara Diskusi Novel pada 19 Nov. 2015 jam 10-12 tengah hari.
Terlanjur saya berada di Singapura, insya-Allah, saya juga hadir memeriahkan acara ini.
Pada sesiapa yang ingin dapatkan novel ini, silalah datang sebab wakil dari penerbitnya, ITBM akan membawa stok novel ini untuk dijual.
Sekian.

*****

Tuesday, September 22, 2015

Pelancaran novel TERBELAH BINTANG SUBARU

Pelancaran novel TERBELAH BINTANG SUBARU



Pada 19 September 2015 telah berlangsung majlis peluncuran novel TERBELAH BINTANG SUBARU di Perpustakaan Awam Daerah Timur Jurong. Dua orang penulis wanita Singapura, Anie Din dan Kamariah Buang juga bergabung dalam pelancaran ini dengan buku mereka.

Tetamu kehormat ialah Ahli Parliamen yang paling muda dan cun sangat, Cik Puan Rahayu Mahzan. Beliau baru berumur 35 tahun.
Disebabkan jadual beliau sangat sibuk, selepas mendapat buku-buku kami sebagai hadiah ikhlas, beliau tinggalkan majlis. Tidak lama kemudian, ibu beliau datang dan mohon saya turunkan tanda tangan pada novel yang diberikan kepada beliau.
Tak sangka juga ramai teman-teman penulis dan pembaca datang menghadiri majlis ini. Saya rasa ini disebabkan penarik kuat daripada penulis Puan Anie dan dan Puan Kamaria Buang.
En. Herman Rothman selaku pengurus majlis amat ringkas dalam mengatur acara ini dengan jayanya. Sekalung tahniah kepada pelaksanaan beliau yang begitu cekap.


*****

Thursday, September 17, 2015

Pelancaran Novel TERBELAH BINTANG SUBARU

Pelancaran novel TERBELAH BINTANG SUBARU
(sila klik pada pautan ini untuk paparan berfoto).

Tarikh: 19 Sept. 2015

Waktu: 4.30 - 6 ptg

Tempat: Perpustakaan Awam Daerah Jurong, Singapura.

Penulis yang bergabung dalam pelancaran ini ialah Anie Din dan Kamariah Buang.

Acara Semarak Bulan Bahasa, yang dianjurkan National Library Board, Singapore akan berlangsung pada 19 September. Semua dijemput hadir!


~~~~~

Tuesday, August 11, 2015

Reviu TBS

Seorang penulis veteran Singapore, Anuar Othman, membuat reviu novel Terbelah Bintang Subang yang telah tersiar di Berita Harian, Singapura pada 3 Ogos 2015.





Penghargaan saya kepada En. Anuar Othman ke atas catatan reviu ini dan terima kasih kepada Berita Harian, Singapura.

*****

Tuesday, June 02, 2015

Kecuaian sejarah Melayu


Terbelah Bintang Subaru: halaman 149,

Nobuhito berkalih ke sudut takonoma, ruang sempit empat segi berukuran satu meter dan panjangnya dua meter. Pada tembok takonoma itu, tergantung skrol kakejiku yang bertulis dalam kaligrafi kanji. Skrol ini bukan yang asli. Setelah Shogun pertama, Tokugawa Ieyasu mangkat, Tosho-gu di kawasan Nikko, Tochigi menjadi tempat persemadian terakhir. Di situ skrol asal dipamerkan bersama yang lain kepunyaan peribadi raja itu.
Tokugawa Nobuhito merenung skrol kaligrafi yang menggunakan teknik pencetakan blok kayu bertulis dengan dakwat sumizuri-e hitam. Skrol itu ditulis pada tahun 1604 oleh moyang yang pertama memerintah takhta Tokugawa yang bergelar Tokugawa Ieyasu. Dalam skrol itu tercatat prinsip untuk menjayakan kehidupan.

“Hidup ini bagai berjalan jauh, sepanjang perjalanan itu memikul beban yang berat, tidak perlu tergesa-gesa. Orang yang menganggap masalah dalam kehidupan seperti perkara biasa akan senantiasa merasa kepuasan dalam kehidupan. Kesabaran ialah sumber ketenteraman abadi; anggaplah kemarahan sebagai musuh. Bahaya akan menimpa seseorang yang hanya mengetahui kejayaan tanpa pernah mengalami kegagalan. Baik menyalahkan diri sendiri daripada menyalahkan orang lain. Lebih baik tidak sampai daripada pergi terlalu jauh.”

Skrol yang ditulis pada tahun 1604 masih disimpan di muzium Nikko, Tochigi sekarang.
Raja-raja yang bertahta di Jepun dan ahli keluarga di-Raja sejak awal zaman lagi perlu mempelajari sastera dan persuratan sebagai salah satu yang wajib.
Mereka amat faham akan kepentingan dokumentasi. Ilmu dokumentasi ini diperolehi dari China. Tamadun China telah mendokumenkan sejarah negara mereka sejak abad 11'an.
Mungkin inilah punca pepatah Melayu yang berbunyi: Carilah ilmu sampai ke negeri China.
Alangkah bagusnya jika ada ilmu persuratan dan dokumentasi dalam sejarah Melayu. Jika ada, tentulah hari ini, kita tidak berbalah adakah Hang Tuah itu wujud betul-betul dalam sejarah atau hanya omong-omongan atau cerita rakyat untuk kanak-kanak sahaja.
~~~~~TAMAT~~~~~

Monday, November 17, 2014

Terbelah Bintang Subaru




Novel fiksyen sejarah TERBELAH BINTANG SUBARU [atau boleh buka pautan ini untuk sinopsisnya http://ecommerce.itnm.com.my/ms/books/isbn/9789674305826].

Tidak seperti novel-novel saya yang sebelum ini, novel ini tidak ada watak orang Melayu. Tidak ada watak orang Melayu bukan bermakna tidak ada watak orang Islam.

Novel ini diterbitkan oleh syarikat ITBM Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Novel ini dikendalikan oleh bos En. Roslan Mohd Nor, penyunting utama Puan Zalila Isa, juru reka kulit buku En. Naza Hamed dan lain-lain yang telah mengusahakannya di balik tabir. Ia mula diserahkan kepada para pembaca pada tarikh 15 Nov. 2014.

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada para pegawai ITBM yang menggalas proses penerbitan novel ini hingga ia berjaya dicapai oleh para pembaca akhirnya.

Sujud syukur.

*****

Monday, July 15, 2013

三番の作品集

ラームネビー玉

始まる: 二十二3月二千十一
終わり: 四8月二千十二
時に年四ヶ月
出す:十五七月二千十
日市場: 2014年11月15日

Maafkan saya jika ada yang jengkel kerana tidak faham akan tulisan ini.
Ini hanya catatan yang penting bagi saya.
Hari ini juga tarikh 6 Ramdan- Kita ambil barakah bulan mulia ini, insya-Allah.

Selamat menjalankan ibadah Ramadan.

*****