Showing posts with label Pelajar/Student. Show all posts
Showing posts with label Pelajar/Student. Show all posts

Wednesday, March 24, 2010

Convo 2010

Aizat and Dayana parents
Sotsugyou 2010

Tahun ini 7 anak-anak JPA berkonvo dari Ryukyu Univ. Akhir Mac ini, mereka dihantar pulang. Dua orang di antara mereka telah mendapat jawatan di pulau ini dan dengan keizinan imigrasi, akan menyambung kehidupan seterusnya di sini. Empat orangtelah mendapat tawaran bertugas di syarikat-syarikat ternama di Malaysia seperti Sony, Panasonic dan Romh-Wako di Kelantan.
Buat julung-julung kalinya, ibu-bapa dua orang di antara anak-anak ini datang meraikan hari konvokesyen mereka. Kehadiran mereka amat menambah kemeriahan di majlis ini.

Mereka akan memulakan dunia kerjaya sebagai "WAKABA" atau "daun baru" pada bulan April nanti. Sebagai ahli paling rendah, waima pangkat yang digalaskan tinggi, dalam hierarki di tempat tugas baru, mereka bagai sehelai kain putih. Ilmu yang dipelajari selama empat tahun hanya untuk segulung ijazah. Selepas ini ijazah itu tidak diperlukan lagi. Lebih elok dimasukkan ke bingkai dan jadikan hiasan untuk ruang tamu.
Selepas menapak di syarikat baru dengan tugas baru, tidak semestinya proses pembelajaran mereka berhenti di sini. Ilmu dalam kolam kehidupan yang dalam perlu ditimba. Berbagai ragam manusia akan ditemui. Sebagai benih yang baru bertunas, merekalah yang perlu menundukkan kepala dan merendahkan diri dan memberi hormat kepada yang lebih berpengalaman. Juga membawa tugas dengan amanah dan ikhlas.

Dayana, Elliyas, Aizat, Hamizan, Shakri, Ajis, Amirul...korekara anatatachi otona ni nari, iro iro na taihen no koto mo ari...chikara dashite, kokoro tsuyoku shite, gambatte ikimashou.

Otona made anatatachi ni me ni kakareta, jibun no kokoro shabishikutte demo saigo made muzukashii michi aruita, jibun wa anatatachi no koto jiman desu.

Honto ni, iro iro osewa ni narimashita.

***********

Wednesday, March 31, 2004

Tindak-balas.

Petikan dari BH.

Sementara itu, bapanya, Ibrahim Maadah, 53, berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pentadbiran sekolah dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (Jains) atas kematian anaknya.

Katanya, tindakan itu juga bagi memastikan kejadian yang berlaku ke atas anaknya tidak berulang ke atas pelajar dan anak orang lain.

"Walaupun dia sudah tiada tetapi saya akan membela kematiannya. Saya tidak berkompromi dan berganjak dalam perkara ini. Sepatutnya pengurusan sekolah dapat memastikan keselamatan pelajar," katanya.


Saya beri sokongan pada bapanya dan harap dia mendapat keadilan dari tragedi ini.
Ada orang komen yang pentadbiran sekolah dan guru-guru dalamnya tidak boleh disalahkan dan sepatutnya ibu-bapa yang bersalah sebab tidak memberi pendidikan ugama asas untuk anak-anak mereka.
Memang saya juga percaya perkara membunuh ini ada kaitnya dengan ibu-bapa dan latar-belakang pelajaran ugama.
Tapi adakah ibu-bapa murid-murid yang bersalah itu diheret ke mahkamah? Tidak kan?

Wajarnya pentadbiran sekolah itu mesti disalahkan. Memang sepatutnya pegawai sekolah, guru besar, guru kelas dan semua yang terlibat mentadbirkan sekolah itu BERSALAH!
Ingat nak jadi orang berpangkat senang ke? Pakai pangkat kat leher, jalan cekak pinggang ke?
Memanglah tiap-tiap murid yang datang ke sekolah itu dari berbagai latar-belakang bermakna ibu-bapa mereka dari berbagai lapisan masyarakat.
Yang paling mustahaknya sekolah itu mendisiplinkan murid-murid liar dan jangan dibiarkan perkara seperti "ragging" dan "hooligan" berlaku.
Kalau sudah tahu tiap-tiap tahun murid-murid buat "ragging", kenapa tak dimusnahkan dari asal? Itu pentadbiran sekolah kena bertanggung-jawab.
Berlakunya pergaduhan sebab cerek letrik, sepatutnya sekolah itu adakan senarai barang-barang yang boleh disimpan dan yang tidak boleh disimpan oleh murid-murid. Ini kan basic? Kalaulah tak ada senarai seperti ini, saya rela lambangkan pentadbiran sekolah itu KAYU REPUT!

Saya tersangatlah emosenal dan sedih atas perkara yang berlaku dan saya harap sangat-sangat mata kementerian pelajaran dan mata ibu-bapa anak liar-liar akan terjelik bila masalah ini dihadapkan ke mahkamah nanti.

Saya berdoa anak yang meninggal itu dibersihkan dosanya dan ditempatkan di shurga, amin.

Tuesday, March 30, 2004

Pelajar baru.

Ini nak buat cerita sikit tentang pelajar 2 orang yang baru datang 1 minggu lepas. Blog ini saya rahsiakan dari mereka, jadi mereka tak tahu yang saya selalu buat lapuran. (Aisha Kamarudin...ssshhhh!).
Dalam seminggu ini saya cuba bantu mereka cara yang paling senang...bawa mereka pergi ke kedai-kedai untuk membeli barang-barang dapur.

Hari sabtu lepas, mereka kata inginkan peti ais, tapi yang murah (maklum sajalah bajet pelajar). Baiklah, saya bawa mereka ke kedai second-hand. Belek punya belek, dapat juga yang sesuai. Bayar duit dan dapat risit. Hari ini, mereka tukar fikiran, mereka nak peti ais yang baru pula, tak mahu yang second-hand! Terus bawa mereka lagi ke kedai second-hand itu dan merayu pada penjual. Rayu punya rayu, tapi tak berjaya. Penjual kata gunakanlah dulu, bila dah dapat yang lain, boleh jualkan pada kedai dia kembali, nanti dia datang ambil. Mereka kata ada orang kata kalau nak gunakan sampai 4 tahun, eloklah beli yang baru.

Pada saya terpulanglah apa keputusan mereka ambil, yang important mesti fikirkan bajet.
Ini satu pelajaran bagi mereka, di Jepun adat jual-beli bukan semudah macam di Malaysia.
Yang seorang lagi inginkan letrik gitar. Saya kata hal letrik gitar ini bukan pakar saya, tunggulah dulu.
Bila jumpa tadi mereka kata dah beli letrik gitar yen50000=RM1700
Aduh, tak sempat lagi lah budak nie...kuali nak buat goreng lauk belum beli lagi!!!
List yang perlu...kamus digital dwi-bahasa BI-BJ, TV, DVD player, kipas angin.

Siang tadi bawa mereka ke kedai jual ayam halal...terkial-kial nak kira duit. Jadi mereka gunakan duit kertas saja...dah lah jadi berlambak-lambak berat duit coin. Habis tu nak beli tabung duit, nak simpan duit coin yang berlambak-lambar tu!
Eh...gunakanlah semua duit coin, jangan simpan-simpan, nak buat apa simpan?

Baru-baru sampai, cuaca sedap...macam bilik air-con. Tak pakai sweater atau jaket....t-shirt cotton nipis, lengan pendek saja. Aduh...orang-orang sini masih pakai 2-3 lapis lagi. Ni tadi tengok seorang tu dah macam batuk-batuk. Dah kasi nasihat...walaupun cuaca nampak panas tapi mesti ada jaket...nanti sakit susah kang!!!
Dah telefon mak ke? Mak macam mana...risau tak? Tak lah! Sejak umur 11 tahun lagi dah tak tinggal kat rumah, tinggal di asrama...jadi mereka tak rasa home-sick pun!
Tak ada lauk pedas-pedas sini ok ke? Tak kisah...mereka memang tak kuat pedas!
Nasi Jepun lembik, macam pulut ok ke? Sedap...jawap mereka!

Kira mereka tak banyak cerewet. Sudah biasa dengan kehidupan jauh dari ibu-bapa, makan tak kisah...apa masuk boleh survive.
Bersopan, tak kasar suara dan bahasa, ugama pun kira basic ada cukup.

Hari Isnin depan akan diadakan Entrance Ceremony secara besar-besaran. Masa tu saya ambil foto mereka...saja nak bandingkan masa baru datang dengan masa mereka habis kursus 4 tahun nanti.