Wednesday, March 26, 2008

Maccha

I heard something is wrong with this comment box for the past couple of days. So, feel free to make your comment so I can rectify this little problem.

Maccha is tea but its in the powdered green form. This powdered green tea is extracted from the newest and softest green leaves, dried up and grind into powder. It is more expensive that the normal tea leaves sold for drinking. The dietery value of the leaves are not reduced in any form during the production into powder state.

I saw from a blogger who is known for her skill in producing beautiful cupcakes in Brunei, Nina Suria when she made Maccha mini doughnuts.

But here on this island, I want to show another version of this beautiful, green maccha.



This is Maccha baumkuhen. Actually, I've known this cake as kek lapis all along. I loved the rempah kek lapis from Indonesia. But Baumkuhen or bamukuhen, the Japanese call it, here is all maccha, made from the powdered green tea. The taste of green tea in this cake is refreshing.

Then again, Okinawa people have their own version of air batu kacang or shaved ice with sweet toppings.


These three air batu kacang are of different flavours. I know you, my beautiful readers have already guessed that green colour is Maccha air batu kacang. The white, round ball is pulut or glutinous powdered rice ball.

But, here is the interesting part. What is the flavour from the purple plate and the brown plate?

Anybody who can make the right guess of both plate (not one plate-must be both), will get a packet of green Japanese tea from me (not maccha).

Hey, I'm just making life interesting, so go ahead, make a guess.

Thursday, March 20, 2008

Maulidur Rasul Mar.20, 2008

Today in the hijri date is our Messenger Mohammad Rasulullah SAW birthday.

What do we do on this date? I would do my normal routine and read the selawat. I mean, its not like I am doing it just on this day.
Actually, selawat on Nabi Rasullullah is istiqamah. Meaning, would be barakah to say the selawat any day of the year. Not just today.

But some people would do the "doa selamat" at home calling some imam to read doa and having good food after that.

The controversy of this "bidaah hasanah" is so difficult for me to digest. I am not at the level to consider myself able to weight the pros and cons.
Some clever people call it bidaah and yet hang the word hasanah there.
So, where do we simple, small people stand?
In between "bidaah" and "hasanah", left leg on bidaah and right leg on hasanah.
If you take a peep at Masjid Nabawi in Madinah now, where the Raudhah is...would you see people feasting on food?
Would you see people carrying banners saying the selawat out loud in rythym?

I don't have the answer, this is my musings, just my wondering thoughts.

*******************
Spring is here on this island. My pots of pandan leaf did well this winter. Maintaining its deep, green leaves on the tip with some pale, yellow leaves at the base of the stem.
Well, here is what I did to those winter pale, yellow pandan leaves and have my whole house smell so "harum" and "semerbak", even the neighbours 5-doors away are wondering what (not where) that beautiful smell is. Japanese have never seen pandan leaf and when they see one, they say those leaves are for summer "tikar".
You should see their mouths open and shut when I show them what I did with my pandan leaves.

Here it is!

Pandan bun and pandan jam. Eat your heart out!

Tuesday, March 18, 2008

Akhir sakura Mac.2008



Saya berfikir sendiri, musim sakura untuk tahun ini sudah nak habis. Kalau terlepas sekarang, kenalah tunggu tahun depan. Sebelum hujan mencabut kelopak-kelopak sakura, baiklah saya pergi menikmatinya sendiri. Baru-baru ini saya tidak bersama warga melayu di sini pergi berkelah menikmati kembangan sakura.
Inilah gambar bukit di belakang rumah saya. Kalau lihat rumah-rumah di puncak bukit, kawasan dalam lagi terdapat rumah saya.
Saya memandu sendiri pergi mencari kembangan sakura dan berhenti di tepi jalan ini.


Yang menarik sangat dengan pokok sakura ini ialah hanya kelopak-kelopak sahaja menghias jalan itu. Ia tumbuh di bawah jalan.
Saya rasa ingin tengelamkan diri ini dalam kelopak-kelopak halus dan harum itu. Sungguh terpesona dengan kecantikan kraf Allah Ta'Allah, subhanAllah.
Tak kempunan saya tahun ini!


tikaman duri
menusuk jantung
darah tak tumpah ke tanah
hanya berladung di dasar batin
menyerapi liang-liang luka.
..................................
aku meraung di dalam hujan
sampai ke lidah petir
dilarikan tangisanku
ke hujung kaki langit.
[darma mohammad]

Thursday, March 13, 2008

Pemenang Pulut Sakura

Saya ingin umumkan pemenang haiku yang layak dari segi struktur dan teknikal karangan haiku itu. Entri itu saya siarkan di sini dan hanya 3 orang yang mencatatkan sumbangan mereka.

Unsunghero dengan haikunya

Manis sakura
tak tergapai rasanya
memeram rindu.

Ulasannya: manis sakura itu ditujukan pada "pulut sakura"(dalam gambar) dan pada orang yang tidak dapat merasanya, boleh membawa pada keadaan yang biasa dipanggil sebagai "kempunan" (memeram rindu). Tafsiran ini dilihat pada ayat zahir yang tertulis di haiku ini atau tafsiran luar.
Jika dilihat pada maksud berlapis atau metaforanya atau tafsiran dalam, haiku ini membawa pada tema kerinduan. Seseorang yang "memeram rindu" dan tidak dapat merasa "kemanisan" rindu itu.
Unsunghero, kitty chan is on the way, insyaAllah.
Oh, lagi satu...darihal gambar "tikam-tikam" itu, kenapa janggutmu tersenyum simpul?
Tipah tak tertipu ahaks...

haiku dari Ummi...
Sakura yang kurindu
damai di hati
indahnya mimpi.

Tema yang sama boleh dibunyikan begini...
Pulut sakura
kelopak dalam mimpi
manis taburan.

haiku dari CikMilah...
Musim sakura
kusenyumi marahmu
di tinta warna.

Tema yang sama boleh diedit begini...
Pulut sakura
mengucup kemarahan
di kuntum bibir.

Saya tuliskan pembetulannya di sini sebagai sample untuk sesiapa yang ingin cuba mengarang haiku.

Ada sesiapa ingin mencuba? Kalau ada, saya akan siapkan Kitty Chan lagi.
Tema akan datang
Maulidur Rasul

Thursday, March 06, 2008

Mingguan Wasilah-Darma Mohammad

Ucapan penghargaan kepada sdr Darma Mohammad yang mempromosikan "Book Review" ini di Mingguan Wasilah.

"HAIKU" yang menyegarkan
MINGGUAN WASILAH / 2-8 Mac 2008 / Sastera / oleh DARMA MOHAMMAD


Peminat sastera Melayu sekian lama tertunggu-tunggu penerbitan antologi Haiku sepenuhnya yang ditulis oleh penulis Melayu di dalam bahasa Melayu. Sebelum ini pembaca pernah membaca haiku dalam bentuk antologi seperti buku "Sepanjang Jalan" kumpulan haiku oleh penulis Brunei Mas Malinja.

Haiku berakar dari sejarah puisi Jepun yang lama. Dengan bentuk yang khusus 3 baris dengan sukukata 5-7-5 itu, membuatkan haiku ini sangat unik. Ini bererti baris 1 mempunyai 5 sukukata, baris 2 mempunyai 7 sukukata dan baris 3 mempunyai 5 sukukata. Menulisnya memerlukan kemahiran yang tersendiri dengan menggunakan imej-imej alam yang menarik.

Buku yang dimaksudkan di sini ialah "Antologi Haiku 2006" yang diterbitkan oleh Abdullah Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai TabirAlam pada tahun 2007. TabirAlam sendiri menulis haiku di dalam buku ini.


Antologi ini disusun oleh Lelahiro (Hajah Halela bt Haji Abdul Razak, yang bermastautin di Okinawa, Jepun) yang turut menyumbangkan haiku. Seorang lagi penulis haiku yang memberi sumbangan ialah Dipinggiran (nama bagi Rusmimi Musa) yang menetap di Putrajaya.

Membaca haiku menimbulkan semacam keindahan melalui bahasanya yang padat, jumlah kata yang terkawal dan cerita atau persoalan kehidupan sehari-hari. Haiku pastinya banyak meneroka pengalaman dan perasaan penulisnya yang berbagai ragam. Ada semacam sihir yang menyimpulkan idea haiku di dalam baris akhirnya.

Lihat bagai mana Lelahiro menulis:

"pulau bergegar / mata taufan menghirup / tenaga alam".

Atau Dipinggiran menulis:
"di persimpangan / gelap mencari jalan / sengat si jengking".

Begini pula pula tulis TabirAlam:
"hujan tengkujuh / gunung yang kian lembut / tidak berjumpa".

Ada rakaman peristiwa yang terkesan di hati penulis-penulisnya. Lelahiro agak terkesan dengan suasana yang dialaminya di pulau Okinawa yang selalu terdedah dengan ribut taufan.
Manakala Dipinggiran berdepan dengan dilema kehidupan yang cukup mencengkam sehingga terpaksa mengalami keperitan hidup.
TabirAlam pula musim tengkujuh mendatangkan gejala lain yang mengharukan.

Haiku menuntut ketajaman akal pembaca. Melalui tiga baris yang padat itulah haiku menyampaikan pengalaman atau perasaan penulisnya. Biasanya unsur alam menjadi unsur yang dominan di dalam penulisan haiku.

Suka duka kehidupan dapat diterapkan di dalam baris-baris haiku.

Peristiwa berkaitan dengan agama cukup digemari oleh tiga penulis di dalam antologi ini.
Di sini dikemukakan tiga contoh daripada tiga penulis haiku yang terdapat di dalam antologi ini.

Tulis Lelahiro: "di masjid usang / cengkerik pun getar / solat sendiri".

Dipinggiran menulis:
"gelap meraba / denyut zikir dan wirid / semut meniti".

Manakala TabirAlam mengungkapkan,
"Qiamullai / khalwat mencari waktu / tujuh anggota".

Terdapat lagi untaian haiku yang berunsur agama di dalam antologi ini. Peristiwa yang dialami atau direnung oleh penulis diolah dengan bahasa yang indah. Pembaca akan terpikat kerana kepadatannya.
Tidak ada masa untuk penulis haiku untuk bertele-tele dengan penceritaannya, atau memanjang-memanjangkan kata kerana haiku amat terikat dengan skema sukukata yang ketat.

Bagaimana pun mengikut Hajah Halela, "Terdapat lebih kelonggaran dalam persembahan haiku moden dari segi kebebasan pengiraan sukukatanya. Ini bermakna terlebih atau terkurang satu atau dua sukukata tidak menjadi kesalahan dalam persembahan haiku moden".

Untaian haiku di dalam antologi ini adalah hasil karya sepanjang tahun 2005 dan 2006 yang tersiar melalui laman web Komuniti Haiku di http://www.esastera.com/.

Dimaklumkan bahawa penerbitan antologi ini adalah ilham daripada Lelahiro yang merupakan ahli Persatuan Haiku Ishimine, Okinawa, Jepun tempat beliau menetap sekarang ini.
Malah Halela merupakan pengarang haiku dalam tiga bahasa iaitu bahasa Jepun, Inggeris dan pastilah bahasa Melayu.
Di Jepun, Halela merupakan pengarang haiku (dalam bahasa Jepun) yang disegani. Tidak hairanlah ramai penulis haiku (di Malaysia) yang menjadikan beliau sebagai guru haiku.

Pengucapan haiku di dalam antologi kaya dengan imej alam (malah ini semacam kemestian dalam menulis haiku), permainan bunyi dan metafora yang menyegarkan.

Haiku memerlukan metafora yang mampu mengindahkan bahasa. Idea, persoalan atau pemikiran di dalam haiku bertolak daripada kehidupan zahir dan batin. Penulis-penulis haiku di dalam antologi ini mempunyai daya persepsi yang tajam dan penguasaan bahasa yang kuat.

Adalah dicadangkan penggemar puisi yang belum terdedah dengan haiku, membaca antologi ini dengan serius. Sejumlah 150 buah haiku di dalam antologi mampu menyentuh perasaan pembaca yang berjiwa halus. Setiap halaman dihiasi dengan gambar atau pun dengan lakaran yang berseni. Semua itu memikat hati.

Haiku patut dirakyatkan juga di dalam masyarakat kita melalui penulisan dan pembacaan.

Bak kata Hajah Halela, "Haiku wa jinsei atau Haiku itu kehidupan."

Syabas kepada lelahiro, Dipinggiran dan TabirAlam yang berjaya menghasilkan untaian haiku yang menawan hati.

Sunday, March 02, 2008

Yoroshiku onegai shimasu

"Watch your thoughts, they become words/ Watch your words, they become actions/ Watch your actions, they become habits/ Watch your habits, they become character/ Watch your character, they become destiny."/ by unknown writer.

**********************************************
Yoroshiku onegai shimasu...tidak ada istilah ini dalam BM atau BI.
Kalau huraikan benang dalam tenun kain frasa ini, harus membuka kamus besar dan teliti satu persatu ungkapannya.


Baiklah, saya cuba. Bukan, ini bukan sessi belajar bahasa Jepun. Ini catatan gaya penghidupan yang bermula dengan frasa yang paradoks ini.

Sebelum saya buka naratif, silalah lihat makna atau maksud asal ungkapan di tajuk itu.

Perkataan asalnya ialah negai atau wish.
I wish to be rich. I wish you can be rich so I can share it with you.

Atau desire.
I desire to be the first Malay president of America. I desire to make everybody around me happy or something like that.

Favour.
Do me this favour, will you?. I beg you favour me by being my friend. Or on this line of thinking.

So the Japanese use these three situations for the phrase in the topic.

When you are introduced to someone new, all you have to do is to say "yoroshiku onegai shimasu"! You don't have to say anything else, this phrase will do, its complete in itself...self-explanatory.
You don't have to make small talk about your family or that person's family, just this phrase suffice.

Ok, now I open my story.

Dia selalu terlihat orang itu di satu tempat. Mungkin setiap kali dia berada di tempat itu, orang itu akan tersenyum padanya. Maka dia ingin menjadi kawan pada orang itu. Tak salah, berkawan sahaja.
Tapi apakah caranya untuk membuka pintu perkenalan ini?

Dia menggunakan adat yang dia sudah biasa dibesarkan..."yoroshiku onegai shimasu"!

Tapi dia tidak tahu frasa ini dalam bahasa melayu atau Inggeris.
Dia gasak sahaja.
"can you be my friend?"

Yang mendengarnya semestinya merasa terhormat, merasa dirinya diappresiasi, gembira sangat.
Yang mendengarnya, bukan orang Jepun, memang tidak tahu maksudnya yang cetek dalam bahasa Jepun (lihat lagi sekali di atas).

Yang mendengar itu menanya balik..."why me?"
Dia membalas dengan selamba, "just be my friend"!

Tapi situasi ini tidak tamat di sini.

Tuesday, February 26, 2008

The Covenant

"Watch your thoughts, they become words/ Watch your words, they become actions/ Watch your actions, they become habits/ Watch your habits, they become character/ Watch your character, they become destiny."/ by unknown writer.

**********************************************


I gave myself only 3 days to repair my pc. Friday, Saturday and Sunday...that's it.
Monday...I had better things to do in life than to find for some cyber worms, that if non-existent, wouldn't affect my living being at all.
Well to tell the truth, I never give up. I still tried to go inside the system registry, what with HKEY_LOCAL_MACHINE_SOFTWARE_MICROSOFT_WINDOWS_CurrentVersion and the whole gargle.


The Green Gargle of the CyberGangrene!

That's how I feel.

Anyway, I have to challenge myself. What's life without its challenges.
But it's not a winning case here. I managed to nuke some but there are still lots hiding in there.

So, there goes my three days. I lost!

I go the easy way out...REFORMAT.

For the next 48 hours, I did the whole do again.
Prayer time, Yahoo messenger, Internet Explorer 7, Service Pack 2, Norton, Lavasoft...updates and updates.

At the point of writing now, I haven't even done with printer, fax and skype camera drivers.

Maybe later. My blood have gone to every capillaries in my brain. At least with that condition, I can console myself that my brain neutron is still in good working condition.

Do you see that book on top there?
I've been reading it for the past 4 months. Four months. No joke!
It has 1238 pages and at 4 month's reading, I'm only on page 455.

That's an average of 100 pages for 1 month and if my calculation is exact, at this speed, I might finish reading it in 8 month's time.

This book is very engrossing, not a dull moment in history, for those who think...ah, she's reading a boring book.

I have a whole line-up of books to read after 8 months. You see, unlike some people I admired who can read 3-4 books at the same time, I have to finish one book at a time to go to the next.

Just last week, one very good friend who came here about 6-7 years ago, sent me
Travelog Haji by Muhd Kamil Ibrahim and one Rasa magazine from Karangkraf.

Thank you Hanisah Hassan, budi baikmu akanku kenang selagi masih ada hayat.
Those other books will have to wait another 9-10 months before I can even blink at their title.
*sigh*


Ps: I know Prof. Muhd Kamil Ibrahim, used to write comments in his blog 2 years ago when he first started to play in blogger.com but not anymore.
Why don't I write those comments anymore?
The cyber worms took his site away...I reformat
!

Sunday, February 24, 2008

Virus attack

"Watch your thoughts, they become words/ Watch your words, they become actions/ Watch your actions, they become habits/ Watch your habits, they become character/ Watch your character, they become destiny."/ by unknown writer.

**********************************************




Friday night, I wanted to know the code for embedding MP music, so I searched for the code and out came some sound oooo and ahhhh.
Oh, oh, I knew immediately, some lucah site managed to break down my cover. Habis, that was the only thought that came in mind.
Yes, habis...

I take care of my pc like its my own child. I cover it with high security, on top of that, closed all spams and no pop-up is allowed.
More that that, every page I open I make sure the setting will prompt for cookie permission.
Than, every time I shut down, all cookie and temporary files are destroyed, just in case there are some ugly-ducklings trying to hide in the cookie.
On top of all this, every week, I do spyware and anti-virus scanning and of course not to mention, very top in latest virus updates and spyware.

So, I thought I was very safe. I thought I can gleefully fly all over the cyber world like the Japanese emperor going shopping in town.

Then I hear some ooohhh-ahhhhs.
This bloody lucah site break the spam wall, knock down pop-up protection and slide ever so smoothly in my system registry. Forgive my language...CILAKA betul semua manusia yang buat kerja "lucah" belakang tabir!

Ok, anti-virus screams every now and then for me to clean this pc, I am infected with Worm.Win32.NetSky (maybe from activeX of the lucah site) and Trojan Downloader (this one another big pain in the neck).

Went into system restore and work in safe mode, scan spyware and anti-virus for two rounds and still the worm is inside, can't get rid of it.

Where is it hiding?
In my system registry.
But I can't find the command line for the path to the registry of this worm.

What do I do?
I've spent this whole weekend tickeling and the spring sun is outside, shining ever so welcomingly. Warming my body and inviting me to bath in its light.

ps: Help me, if not I will have to reformat and then again all my links will be gone.

*sigh*

Tuesday, February 12, 2008

Kitty for Sakura haiku

"Watch your thoughts, they become words/ Watch your words, they become actions/ Watch your actions, they become habits/ Watch your habits, they become character/ Watch your character, they become destiny."/ by unknown writer.

************************************************

HARI KEBUDAYAAN JEPUN

SEMUA dijemput untuk menghadiri majlis anjuran myJICA & Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd yang akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 16 Feb 2008 (Sabtu)
Masa: 9 pagi - 5 petang
Tempat: Dewan Ukur, JUPEM. Jalan Semarak, Kuala Lumpur

Acara:9 pagi - 12 tgh: Bengkel Haiku oleh Rudy Bluehikari.

Buku Antologi Haiku 2006 akan diedarkan bersama.




Combining samisen, the traditional instrument with some latest very hi-tech equipment with the Yoshida Brothers. Enjoy!

***********************************************

While I finish up some haiku translations and in the meantime not able to update on blog writing, I would like to encourage some readers to venture into the haiku world.

Here is the deal.

The theme of the haiku will be on sakura,not sakura bloom nor sakura flower, just sakura or sakura mochi or pulut sakura. The haiku can be in B. Melayu or English. This is the sakura season in Okinawa.

You can write as many haiku as you like.
The picture below is sakura mochi or pulut kacang sakura in B. Melayu.







The best haiku will get from me these Kitty products.
a) a hand-set holder
b) traveller's mash pouch



My decision on the winner is final. If there are more than one winning haiku, then each winner will get one Kitty-chan.

Last entry by March 15, 2008.

PS:Members of BashoHut are not advisable to take part.

Tuesday, February 05, 2008

Darma Mohammad

"Watch your thoughts, they become words/ Watch your words, they become actions/ Watch your actions, they become habits/ Watch your habits, they become character/ Watch your character, they become destiny."/ by unknown writer.

**********************************************

Smiles
The color of your smiles
painted on the clouds;
slowly drizzled together
with the wind;
soaking my soul.

Darma Mohammad. April 17, 2006
http://www.ufukhati.blogspot.com/


I don't remember how I got to know his blog but the piecework of Smile here is among some of his earliest postings. From that first reading on, I opened his page everyday to breath at his creative writings.
During the era of early postings in his blog, I treasured the moment to be his only commentor, which meant I get his full attention. But with his flowering and come-alive lines, this didn't last long. A couple of months later, he gets around 10 or more commentors on every postings. Then something tragic happened, nine months later, he stopped from blogging. Everyday his fans and avid readers would pester him, thirsty for some sweet cups of words that he smoothly pours, but he still would leave the container dry.


Leaving some very disappointed fans.

He is the quiet, very polite and humbly low-profiled Darma Mohammad (I use his pen name).

I was among those disappointed people, trying to find his words everywhere.
One time, I even thought another person with almost identical name, to be him.
I gathered some of his writings and lines that he dropped all over the cyber world. Accumulating and storing them painstakingly.

Two years passed and from a reliable source, he was one of the earliest people to hold my Haiku Antology book.
That alone is relevant for me. That alone shows his interest in haiku.

A month ago, he let known his feelings of wanting to learn more on the ways of writing a proper haiku.
Salams passed and immediately some of the most beautiful haiku came my way.
I knew from earlier reading that most of his free-style peoms have accent of nature, attention on season and the changing cycle of scenery. Which is the very core subject of writing haiku.
So, it not a surprise to see him going into haiku with ease and smooth-flowing talent.

Yesterday, I received from him two of his books which comes in "7 lapisan tirai". That was a joke and I have to laugh so loud alone.



APHORISM
Di laut ada garam. Batu karang menghisap
bajamu. Embun merayap turun ke bibirmu
menjamah rasa asin. Rumpai laut subur
di atas buaian buih. Laut tetap teguh menghampar
mukanya yang berkedut. Tuhan, kuasa-Mu abadi
tak tercabar. Engkau memberi roh
kepada laut bersama garam. Kau memberi baja
kepada batu karang. Rahmat-Mu Ilahi melesat
dari teras mutiara ke janggut-janggut udang.

Pasir Mas, 1988
Janjang Iktikaf-Darma Mohammad-(izin diluluskan)


Terima kasih sdr Darma Mohammmad.

Friday, February 01, 2008

Niat blog

"Watch your thoughts, they become words/ Watch your words, they become actions/ Watch your actions, they become habits/ Watch your habits, they become character/ Watch your character, they become destiny."/ by unknown writer.

**********************************************

Saya mula menulis di blog ini pada Oct. 7, 2003. Menjadi 5 tahun pada Oct. tahun ini, 2008.
Yang memulakan saya ke dunia blog ini ialah tak lain tak bukan sdr MBA, sekarang Naib Presiden JICA Malaysia.
Niat sdr MBA membukakan blog ini mungkin maukan saya menulis segala pengalaman pulau ini sebab beliau sudah berkursus di Okinawa 2 kali, tahun 1989 dan tahun 1999.
Masa itu tahap bahasa melayu pada diri saya sangat lemah. Saya tidak pandai menulis bahasa melayu dan tidak berapa faham pada pembacaan bahasa melayu.
Saya masih mengikut ejaan lama sebab tidak tahu sistem ejaan melayu telah diubah dalam pertengahan tahun 70 an.
Ejaan menulis entri di blog ini masa permulaan dulu contohnya...


di-kampong
kalang-kabut
ayer sungei
beneh buloh

dan

masa itu saya rasa sangat bangga dalam keadaan tidak tahu itu.

Alangkah pedih hati, sedikit demi sedikit, saya dapati yang saya telah kehilangan 20 tahun dalam ilmu kesasteraan bahasa melayu.
Kenapa sedikit demi sedikit baru saya tahu?
Sebab orang yang mengajar saya bukan guru tapi kawan kenalan blog ini juga.
Mereka masih bersama saya sekarang...
ucapan terima kasih dan penghargaan pada Sri Diah dan Zareda.

Dalam kekecewaan kelemahan bahasa melayu, adakalanya saya rasa sungguh perit dan malu dan ingin memberhentikan menulis blog.
Tapi dengan berfikir positif, tidak ada untungnya jika saya berhenti menulis.
Saya harus teruskan...

Cara saya menaikkan taraf tulis bahasa melayu sangat mudah..
saya cari tulisan blog yang menulis dengan betul.
Betul dengan susunan ayat, perkataan dan nilai cerita dalam blog.
Saya belajar dari beberapa blog setiap hari.
Mungkin penulis blog itu merasa pelik jika mereka perhatikan stat dan ip saya yang selalu menziarah blog mereka.

Itulah cara saya.

Pada saya orang kaya bahasa, fasih dan lancar dalam beberapa berbahasa, orang begitulah yang saya hormati.
Bukan kekayaannya, bukan pangkat Tuan Terhormat, Datin dan berbagai.
Saya amat tertarik dengan orang yang pandai berbahasa, tak kiralah bahasa itu.

Saya tidak berani membuat nilaian dan tafsiran pada keadaan bahasa melayu yang bertukar-tukar di Malaysia sekarang.
Itu satu topik yang amat sensitif.

Saya tidak mau blog ini menjadi tempat kontroversi. Sebenarnya jika ada topik kontroversi, mesti stat pembaca naik, tapi itu bukan niat saya menulis blog. Bukan niat saya mencapai sehari 500 atau 1000 pembaca.


Saya mau tidur dengan lena setiap malam, saya maukan aman batin, saya tidak mau berbalah dengan orang dalam blog sebab mungkin apabila berjumpa dan bersemuka, mereka itu orang bersopan santun.
Tidakkah terasa membazir jika kenangan pembalahan itu menghalang persahabatan di luar alam siber?

Saya sangat bangga dengan kemajuan yang telah dicapai dalam memperbaiki diri menaikkan taraf bahasa melayu, walaupun langkah itu hanya satu atau dua anak tangga tapi itu satu kemajuaan bagi saya.

Saya harap orang melayu berusahalah apa cara sekali pun memajukan bahasa sendiri.

Tuesday, January 29, 2008

Kekalkan bahasa

"Watch your thoughts, they become words/ Watch your words, they become actions/ Watch your actions, they become habits/ Watch your habits, they become character/ Watch your character, they become destiny."/ by unknown writer.

**********************************************
Lihatlah cara orang Jepun mengekalkan standard bahasa mereka.

-Foreigners must attain a certain level of proficiency in Japanese required to work in Japan.

-Year 2006, 46 countries and 440,000 people took the test for Japanese proficiency.

-Japanese proficiency as one condition for foreigners applying for residency visa.

Orang yang tidak berbahasa Jepun sememangnya tidak dapat hidup dengan sempurna di negara ini.

Begitu kuat mereka menjaga dan begitu bangga mereka dengan bahasa ibunda negara.

SKILLED FOREIGN WORKERS TARGETED

Japanese fluency could ease visa conditions
Kyodo News

Conditions for resident visa status of skilled foreign workers such as engineers may be relaxed if they attain a certain level of proficiency in Japanese, government sources said Monday.
The measures, including shortening the required number of years of work experience required, are being considered both to increase the variety of foreign workers being accepted in Japan and to encourage more foreigners to study Japanese, the sources said.
The relaxed conditions would be applicable to foreigners who want to enter Japan for specialist or technical jobs, they said.
Resident visa status for foreigners staying and working in Japan for a long time is classified under the immigration law by type of job — with exceptions such as spouses or descendants of Japanese nationals, who are not restricted in working in Japan.
Engineers, for example, are permitted to enter Japan to work in technical fields if they have graduated from a university in that subject or have work experience of at least 10 years.
The Foreign Ministry and Justice Ministry are considering shortening the number of years of work experience required to about five from 10, according to the sources.
They are also considering using the annual Japanese Language Proficiency Test to gauge applicants' Japanese ability, the sources said.
In fiscal 2006, about 440,000 people in Japan and 46 countries and territories took the test offered by Japan Education Exchanges and Services, which estimates that 2.98 million people study Japanese abroad.
There is concern that relaxing conditions could lead to a decrease in the quality of workers, but if they have proficiency in Japanese they would be able to learn the relevant skills in Japan, the sources said.
Japan decided in 1999 to begin actively accepting skilled foreign workers while keeping its restrictions on unskilled workers.
On Jan. 15, Foreign Minister Masahiko Komura unveiled a plan to consider Japanese proficiency one of the conditions for foreigners to stay in Japan.

Tuesday, January 22, 2008

Kurung

"Watch your thoughts, they become words/ Watch your words, they become actions/ Watch your actions, they become habits/ Watch your habits, they become character/ Watch your character, they become destiny."/ by unknown writer.

**********************************************

Helaian daun pintu
kututup rapi
mengurung diri
dalam gelap sepi
membalut irisan perit
pisau yang baru lepas diasah-
tajam.

Rehatlah kamu dalam
helaian daun itu
jangka dua atau tiga
sinaran pagi
menanti tikaman
hentikan irisan...

Lalu

helaian daun-daun itu
diselak terbuka...
melihat

...ikan bawal mencacak di kepala
...angin semilir segan-segan menjenguk lalu
...membisik pada ikan yang bersembunyi
dan menyanyi-nyanyi
di sayap-sayap awan...
...katakan pada awan lalu itu...
...huruf yang amat azaib ini...

...Layaaaaaannnnnnn....

Thursday, January 17, 2008

Kinpira Gobo

"Watch your thoughts, they become words/ Watch your words, they become actions/ Watch your actions, they become habits/ Watch your habits, they become character/ Watch your character, they become destiny."/ by unknown writer.

**********************************************

Inilah resipi yang Cik Sri Diah tunggu sejak berminggu-minggu, sabar betul dia menunggu. Bukannya apa, saya boleh ciplak dari resipi orang lain tapi itu perbuatan yang tidak membanggakan.
Oleh sebab saya ingin merasa bangga diri, resipi ini saya sendiri yang menyediakan bahannya, sukat, masak, hidang, ambil gambar dan makan anak beranak.

Saya ini jenis ibu yang tak lama lagi jadi mayat, sukat-sukat makanan dan ukur-ukur bahan memanglah teramat cerewet pada saya. Biasanya saya campak sana, tuang sini dan merasa ikut perasaan pada hari itu.


Kalau perasaan saya gumbira pada hari itu, apa-apa yang tawar pun lidah saya rasa enak. Sebaliknya kalau perasaan waktu masak itu macam ingin punahkan pc ini, kira baiklah jangan makan di rumah saya. Bahaya woh!

Sekarang dah tau kan, kenapa banyak Chef yang berkerja penuh masa biasanya orang lelaki.

Baiklah, ini resipi khas untuk Cik Puan Sri Diah kita. Saya masukkan resipi ini sebab ini pemintaannya. Kalau saya buat-buat lupa, esok-esok sampai tanah Melayu dia pun buat-buat sembunyi dalam opis glemernya di KarangKraf itu.
(hish, buruk sangka pula saya, sorilah sri...sri baik, sayang sri).


Kinpira gobo atau Stir-fry burdock.
Maaf, saya tak tau nama gobo/burdock dalam bahasa Melayu.





Ini bahan-bahannya. Yang penting, saya masukkan cili api 5 biji...pedas yang amat...kalau dah orang noghori, darah tak lari dari cili padi punya!

500 gm (pkt gobo/lobak merah-frozen)
5 biji cili api (iris-iris)
3 sb minyak bijan
3 sb kicap cair
1 sk perasa ikan
2 sb bijan hitam
2 sb gula
2 sk garam atau sekucup rasa


Frozen gobo sebelum goreng


Cara:
Panaskan minyak bijan.
Campak gobo/lobak merah, cili api, perasa ikan, kicap.
Goreng sampai empuk.
Masukkan bijan hitam dan rasakan gula/garam.

Makan dengan nasi putih.


Kinpira gobo/Stir-fry gobo

Tuesday, January 15, 2008

Zakar kambing

"Watch your thoughts, they become words/ Watch your words, they become actions/ Watch your actions, they become habits/ Watch your habits, they become character/ Watch your character, they become destiny."/ by unknown writer.

**********************************************

Semalam selepas sessi haiku, saya balik rumah dengan perasaan sungguh murung.
Kecewa dengan diri sendiri. Malu pun ada. Rasanya ingin saja berhenti dari kumpulan haiku ini dan masuk jadi ahli di kumpulan lain.


Kumpulan haiku semalam bernama Teruru Gendai Haiku lebih banyak ahli lelaki dari kumpulan lain. Saya pula lebih senang dengan kumpulan yang banyak ahli puan. Tapi sejak tahun baru ini banyak lelaki masuk kumpulan Teruru.

Sebenarnya haiku yang diilhamkan orang lelaki kadang-kadang saya rasa ganjil dan jenis seksual. Lebih pada erotisma.
Mereka berani mengeluarkan haiku jenis begini. Tidak sedikit pun rasa malu atau segan, kot rasa takut orang lain akan fikir mereka jenis gila seks atau kot rasa takut ahli lain akan pandang mereka serong.

Haiku karangan saya pula belum sampai tahap yang menceritakan erotisma atau jenis bertemakan seks. Perkataan yang mereka gunakan dalam haiku juga bukan yang selalu digunakan dalam bahasa harian. Itu yang menyebabkan saya selalu salah dalam mentafsirkan haiku-haiku karangan orang lelaki miang-miang dalam kumpulan Teruru.

Saya ambil contoh ini, harap jangan ketawa sebab saya sangatlah serious. Sudah cukuplah saya diketawakan oleh mereka yang miang-miang semalam sampai menjadi murung tahap kaca jatuh berderai.


Papaiya wa yagi no fuguri ni nite minoru.
atau
Buah papaya bak buah zakar kambing pabila masak.


Saya memberi undi pada haiku ini. Sesiapa yang memberi undi pada haiku orang lain, harus membuat ulasan haiku itu dalam sessi.
Waktu saya memberi ulasan haiku ini, banyak ahli lain ketawa terbahak-bahak. Benci woh, rasa nak lari masuk ke perut ibu semula.

Sebelum memberi undi pada haiku ini, saya pastikan perkataan fuguri.
Fugur
i
sesuatu yang bulky atau swollen, berat dan bergantung. Kamus tidak nyatakan itu buah dada atau buah zakar.
Jadi saya fikirkan buah dada. Jauh sekali untuk saya memikirkan yang fuguri itu boleh mengambil metafora buah zakar dalam haiku ini.

Ok, saya jadi bahan tetawa dek ahli-ahli miang semalam.

Saya masih lagi rasa kureng hari ini, rasa hilang semangat membuat haiku. Saya fikir, saya harus "if you can't beat them, join them" mencari teknik metafora erotisma juga untuk menaikkan taraf haiku.


Yang saya rasa pelik, tema haiku yang memetaforakan erotisma selalunya dapat undi yang banyak, macam jadi trend pula.

Tanya sama itu kambing jantan..

Thursday, January 10, 2008

Room for thoughts

"Watch your thoughts, they become words/ Watch your words, they become actions/ Watch your actions, they become habits/ Watch your habits, they become character/ Watch your character, they become destiny."/ by unknown writer.

**********************************************




See this room.

There is the tatami flooring, 3 people sharing, a TV set, little cubicle toilet, a wash basin.

Not bad don't you think?

Considering you pay nothing for it. Not even an hourly charge or a mininal rent.

It's free, with good food provided 3 times daily and best of all, you need to be qualified real bad to be in this room.

Wednesday, January 09, 2008

Awal Muharram 1429

"Watch your thoughts, they become words/ Watch your words, they become actions/ Watch your actions, they become habits/ Watch your habits, they become character/ Watch your character, they become destiny."/ by unknown writer.

**************************************
Sayugia diingat bahawa dalam Islam hari tidak dikira bermula mulai detik 12.01am, sebaliknya sebaik terbenam matahari...ini saya petik dari blog MBA tanpa izin.
Harap dia faham sebab nak balas dendam kat dia bila dia upload gambar saya tak minta izin juga. Kira sana kosong dan sini pun kosong untuk tahun Islam 1428.

Saya juga memang rasa boring pada orang yang mengikut waktu bukan Islam.
Adakah mereka kata jam 2 dalam pekat malam itu pagi?

Pada pengiraan Islam asalkan saja lepas maghrib itu dipanggil malam dan sebelum waktu suruq itu masih malam. Gelap, mestilah malam.
Takkan gelap-gelap di panggil pagi?


Permulaan hari baru dan pengiraan kalendar baru untuk hari Islam ialah selepas maghrib bukan macam orang putih atau pengiraan antarabangsa yang kata jam lepas 12 mlm jadi pagi.

Hari Islam bermula dari maghrib ke tamat asar.
Jadi hari ini lepas maghrib, masuklah tahun baru Islam Muharram 1429.


Saya ucapkan pada pembaca Islam Selamat Tahun Baru Hijrah.

Hijrah ke mana? Hari-hari, bukan tunggu tahun baru saja, saya buat penghijrahan. Dari segi kesihatan, kedamaian rumah-tangga, pertingkatan iman, pencapaian ilmu dan kebaikkan peribadi.

Kakiku kaku.
Ini salah satu usaha ke arah kesihatan...menghilangkan kaku di kakiku.

p/s: MBA, kosong-kosong ye!

Monday, December 31, 2007

Antologi Haiku 2006

Haiku-haiku dari saya dalam Bahasa Jepun, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang telah diterbitkan dalam antologi ini.
Juga karya-karya dari dua orang penulis haiku yang prolifik sdr TabirAlam dan sdr Dipinggiran.
Ini sedikit perasa dari buku itu
http://www.geocities.com/tabiralam2/Antologi_Haiku_2006.html
atau
http://www.freewebs.com/tabiralam/index.htm


Segala pertanyaan, sila masukkan ke dalam kotak komen.

Harga jualan buku dikedai senaskah RM25/-
Harga jualan terus RM19.90, sila berhubung dengan sdr TabirAlam di H/P: 016-5917125 (Ipoh, Perak bukan Jepun) atau emel ke
abe_iph@yahoo.com
untuk mendapatkannya.

Untuk penempahan di kawasan Putrajaya dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya sila ber-emel ke
di_pinggiran@yahoo.com

Sunday, December 30, 2007

Last post 2007

"Watch your thoughts, they become words/ Watch your words, they become actions/ Watch your actions, they become habits/ Watch your habits, they become character/ Watch your character, they become destiny."/ by unknown writer.

*************************************************


The new year will set in two day's time. I've just came back from grocery shopping and the shops are like crazy. The Japanese shoppers went running around, snapping things that are needed to prepare for their new year delicacies. Hubby and I helped to buy for FIL his household things and we are caught in the shopping frenzy as well.

I felt satisfied with the things I've successfully done when reflecting at 2007.
First, at this ripe age, I've managed to climbed Mt. Fuji with a small set-back but still I did it.
The memory was good and I've lots to tell my grand children (assuming I live long enough).
I should buy those little machine that can print my own digital photo and make it into my own album collections.

Then, my first haiku collections have been successfully printed into a book and are selling in Japan, Spore and Msia. My collections in that book are in Japanese with the English and Malay translation, so everybody from the three countries can read.
My Japanese friends here are reading it because they are interested in the english version.
My Malaysian friends are getting the first hand printing of some example of contemporary haiku works all in one go.

So there, I am happy with 2007.

About plans for 2008, I have several schdule out but first it will be in the literary world.

As the haiku work in Malaysia is sparsely printed, my intention is to work on this. By bringing out the best-written haiku from some handful of interested haiku enthusiast.
So, anyone interested in this...click the link of the haiku forum that I've set up.
http://pondokbasho.4.forumer.com/

Also, I am collecting another genre of Japanese peotry called tanka. The tanka in my collections are written in English and Malay by some prolific people now.
Tanka is entirely new in the Malaysian literary world, especially those written in the Bahasa Melayu.
That will be next in line to the printers, targetting the tanka collections for year 2008, insyaAllah.
Those interested to join in, just click on the same forum link here.
http://pondokbasho.4.forumer.com/

I intend to make a trip to Malaysia in 2008 around the second term school holiday, insyaAllah.
I want very much to meet two book writers but I have not told them yet. They are AL and DM but I don't know whether they want to meet me, have to remind myself to write an official email to meet them.
That is on my have-to-do list.

I have some workshops to run with the haiku book. I think the workshop will be in Ipoh and I might end up staying longer in Ipoh for the trip this year in Malaysia.
Set, that's another project coming for 2008.

At same time, I am building a private collection of Haiku in Japanese from all the sessions I attend here. My target is 300 pieces, it might take another one or two years to get this done, so insyaAllah that will keep me busy.

With that, for the next 365 sun-counting days, I wish all my good friends, my silent readers, my faithful blog followers and my lost-link cyberlookers...lets work hard to bring the best of our beautiful selves.

ps: People intending to be member of haiku/tanka forum, best to give your self-introduction first, mail me here jahrera@gmail.com

Thursday, December 27, 2007

Bahasa Bank

"Watch your thoughts, they become words/ Watch your words, they become actions/ Watch your actions, they become habits/ Watch your habits, they become character/ Watch your character, they become destiny."/ by unknown writer.

**********************************************

Hari ini saya menerima sepucuk surat dari bank yang menyimpan akaun saya di Malaysia. Tapi satu hapah pun saya tak faham apa maksud surat itu.

Dear Valued Account Holder,

Account No: xxxxxxxx

We would like to bring to your attention that with effect from 1 January 2008, xxxxxx Bank will no longer absorb the Withholding Tax for the above account. According to the Income Tax Act 1967, interests paid to individuals are subjected to withholding tax of 5%, levied on deposit balances exceeding RM100,000-00. The Withholding Tax will be deducted at six-monthly intervals or upon closure of account.

atau

Kepada pelanggan yang dihargai,

Kami ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Januari 2008, xxxxxx Bank tidak lagi membiayai cukai penangguhan bagi akaun di atas. Merujuk kepada Akta Cukai Pendapatan 1967, faedah yang dibayar kepada individu adalah tertakluk pada cukai penangguhan sebanyak 5% yang dikenakan ke atas baki deposit melebihi RM100.000-00. Cukai penangguhan akan ditolak setiap 6 bulan sekali atau semasa penutupan akaun dibuat.

Masalah pertama: Saya tidak punya uang sebanyak RM100.000-00!

Masalah kedua: Saya gunakan akaun mudarabah, tak terima faedah.

Jadi kenapa bank hantar saya surat layang ini?

Bank ini nak apa sebenarnya? Buat pusing gila pala gua!

Tolonglah, sesiapa yang pandai menterjemahkan bahasa ini pada saya yang hapah pun tidak gerti-gerti.

Wednesday, December 26, 2007

Ketagih

Saya sudah ketagih.

Pada mulanya awal tahun ini dalam bulan Mac, saya mengikut sahaja member-member haiku pergi bersama. Mereka menerima kupon percuma dan kita gunakan kupon ini untuk masuk percuma. Jadi saya ikut sahaja mereka.

Ini menjadi happening (peristiwa-bila masukkan perkataan ini macam bunyi cerita donggeng pula) mingguan. Bila kupon habis, mereka sudah tidak kerap pergi lagi tapi saya masih pergi juga. Seterusnya saya pergi sendiri. Setakat itu saya masih pergi seminggu sekali sahaja dan sekarang disebabkan ketagihan sudah menyerang, saya menambah ke 2 kali seminggu.

FUROYA
Public Bath

Saya mengelilingi 3 furoya mengikut jadual hari Ladies Day atau jadual Hari Mandi yang mereka tetapkan.
Pada hari-hari begini, pembayaran kegunaan dikurangkan, tidaklah 2 kali mahal seperti hari-hari lain.

Satu di Kampo Center, ada air batting yang memukul bahu, ada kolam air bunga lavender, ada jacuzzi urut dan katil urut.

Dua di Dewan Kesihatan, ada kolam air masin dari laut, ada steam sauna dan kursi baring utk berehat.

Tiga di Hotel Well Sun Pier, di sini semua ada dan pandangannya dari atas bukit sampai ke laut, sungguh nikmat sambil rendamkan badan dalam kolam jacuzzi.

Itulah ketagihan saya sekarang.

Lagi pun setelah badan ini direndam air panas, segala sengal-sengal di sendi-sendi, segala sakit di otot dan segala keletihan terus hilang. Bukan itu sahaja, kulit menjadi halus dari hujung rambut ke hujung jari.
Juga zat tidur menjadi sungguh puas. Tidak bermimpi, tidak terputus-putus dan sangat mendalam.

Dan...ini saya baru tahu...
...pukulan darah juga turun setelah merendam badan dalam air panas.
Ini catatan before 130/77 dan after turun ke 126/66!

Saya rasa kelebihan dari kesihatan mengatasi perasaan dosa. Yelah, saya rasa berdosa melihat mereka mandi dengan tidak sehelai kain pun. Dosa dalam segi ugama mengatakan yang aurat bersama wanita ialah antara lutut dan bawah pusat.

Saya memakai kain halus untuk menutup badan dan membuka kain itu sewaktu merendamkan badan dalam kolam. Apabila merendam dalam air panas itu, saya memeluk lutut, jadi tidaklah dinampakan aurat.
Tapi saya rasa wanita-wanita yang ada bersama, mungkin mereka rasa saya ini ganjil sebab tidak membuka kain sepanjang berada di bilik furoya.

Kadang-kadang seperti dilemma pula.
Takut pula mereka sangka saya cik wek molek yang mempunyai dua jenis kema:luan!

Memang saya rasa bersalah dengan ketagihan ini tapi disebabkan niat sebagai usaha untuk membaikkan kesihatan sendiri...saya harap kesalahan ini dapat diampunkan Allah Taala dunia dan akhirat, insyaAllah.

Wednesday, December 12, 2007

Anonymous

Saya paling tidak suka orang tulis komen dengan tandatangan anonymous. Pada saya kalau ingin menyatakan yang benar dan iklas dalam penyataan itu, tidak salah gunakan nama sendiri.
Kenapa bersembunyi di belakang nama anonymous? Kalau tak mau orang tahu nama sendiri, jangan tulis komen, sabar dan pusing belakang, terus X kan aje blog itu.
Pada saya orang yang ingin memberi nasihat harus bertanggungjawab atas nama sendiri, tidak perlu takut. Kalau perkara yang dinasihatkan itu dirasa betul dan iklas diberikan, pertanggungkanlah diri.
Saya tidak "print" sesiapa yang tulis sebagai Anonymous walaupun saya tahu siapa mereka.
Tengok di sini betul-betul, berapa banyak webstats, IP data sites saya masukkan. Email yahoo yang saya terima juga dipasang dengan tracer.
Saya tahu siapa yang baca blog ini sebab saya tahu server mereka terutama pembaca yang kerab membaca catatan ini.
Jadi anonymous, kalau ingin masukkan komen, janganlah rasa boleh bersembunyi di belakang tabir sana.
Saya tidak suka orang yang tidak iklas.
Biarlah apa yang dikata itu kurang sedap asalkan nama itu dipampangkan.

Amaran akhir...saya tidak masukkan lagi tulisan Anonymous.

kaki nota: Tarikh 13 Dis. 2007-Blog ini diubah comment settings.
a) Comment moderation
b) Users with google account

Sunday, December 09, 2007

Hayashi rice



Sebenarnya hayashi raisu ini stew ala style-Jepun. Beef stew atau hashed brown stew tapi mereka ubah ke hayashi raisu. Kan ke cengkadok namanya tu? Mengubah-ubah sesuatu nama hanya kerana mereka tak boleh sebut "hashed"?

Hari ini rasa nak masak hayashi raisu ini. Sebelum ini selalunya buat hayashi raisu ini guna rempah segera, tapi sekarang brand itu dah dimasukkan gelatine. Kurang asam betul, dulu boleh makan sekarang diorang masukkan gelatine!

Tengah mencari resipi ini, masuklah salah seorang kakak ipar membawa sekotak bungkusan. Katanya anak dara rumahnya yang tinggal seorang lagi bertunang semalam. Ini ada hadiah berkat pertunangan itu. Saya buka depannya kotak itu dan perhatikan ada daging khinzir goreng dan berbagai lauk lagi.
Saya kata ambil semula kotak ini, membazir berikan untuk rumah ini sebab kami tidak makan, tak sampai hati pula nak kata kami buang dengan kotak sekali.
Kata kakak itu buang saja daging (haram) itu dan makan yg lain...saya kata tidak boleh.
Lalu kembalikan kotak itu padanya...dia kata saya pelik.
"Ini Okinawa"...saya faham maksud tersiratnya bila dia sebut "ini Okinawa", bermakna saya harus ikut adat resam orang pulau ini.
Saya kata ini tidak pelik dan perkara begini tidak pelik dari tempat yang saya datang.
Ada sejenis kuih berbentuk tali terikat, dia kata makan kuih itu supaya anak-anak rumah ini pun lekas khawin.
Merepek betullah hati ini berkata, saya kata orang-orang lain tak pun makan kuih tali terikat itu tapi semua pun khawin juga.

Tapi kami bukan bertengkar atau berbahas-bahas...saja saya terangkan dengan baik supaya dia faham dan tidak masukkan kami dalam adat dan kepercayaan mereka.
Orang-orang Islam harus doublekan kekuatan iman di perantauan untuk menahan bisikan dan pengaruh ugama atau kepercayaan lain jika ingin bertahan di negara yang majoriti rakyatnya bukan Islam.
Kalau slack saja sikit, senang betul akidah jatuh, pecah.

Saya dah biasa dengan reaksi mereka begini...tidak menjadi masalah lagi tapi kadang-kadang takut anak-anak terpengaruh, nauzubillah min zalik.

Kenapa bermula dari hayashi raisu hinggakan ke khinzir goreng?
Saya pelik dengan tulisan saya kebelakangan ini, selalu ber-detour dan berkonar-konar.

Anyway itu hayashi rice yang saya buat 100% menggunakan bahan sendiri, siap masukkan serai 2-3 batang lagi supaya bau wangi. Ubahlah sikit, kalau mereka pakai bay leave dan thyme, apa salah kita gunakan serai, daun limau purut, daun kesum, daun kunyit dan lain-lain herbal tempatan, ia tak?

nota kaki: kalau inginkan resipi ini, daftar ke multiply dot com dan cari nama jahrera.
Seksa betul kan nakkan resipi saya?

Tuesday, December 04, 2007

Marah


Pagi ini lepas solat, buat bekal bentou nasi untuk Tomo bawa ke sekolah. Saya pun bersaraplah sambil menikmati drama pagi selama suku jam itu. Lalu masuk ke bilik baca buku setebal jari telunjuk "The Covenant" karya James Micheaner.
Terdengar dari bilik, Otto cakap marah-marah bertelefon.
Apahal lah orang tua ni pagi-pagi buta...fikirku sendiri.

Oh, dia mengamuk pegawai insurans yang menguruskan untuk bapanya datang melawat bapanya dengan tidak membuat janji dengannya terlebih dulu.

Kenapa kamu datang tak buat janji dulu?
Kenapa jumpa bapaku tanpa pengetahuanku?
Kenapa ambil surat-surat dari bapaku tanpa kebenaranku?
Kenapa buat kerja tidak ikut peraturan?

Dia berbual lama sangat sampaikan saya sendiri kena heret plastik sampah ke tempat pembuangan sampah. Nanti dah datang lori sampah, tertinggal pulak sampah kat rumah kalau saya tak heret.

Tempat pembuangan sampah pulak ada kerja gali paip taik, jadi di alih ke corok lain.
Seorang perkerja menghulur tangan untuk mengambil sampah berat dari dukongan saya. Tapi saya tolak bantuannya sebab segan orang lain buangkan sampah saya.
Susah-susah dan berat-berat pun saya heret sendiri juga.

Saya masuk rumah tengok Otto merah muka, khulu khilir tak tentu arah.
Alahai...dah tension sendiri orang tua nie.

Saya nasihatkan dia, apalah nak marah-marah sangat. Cakap aje dengan betul kesalahan orang itu, kan lebih aman.
Kita marah-marah orang, darah naik, muka merah, jantung melambung-lambung, kepala pening...kena juga pada diri sendiri.

Lepas tu dia masuk tandas, lama...rupanya dalam tension dia tak dapat lepas...ah...tu lagi.
Benda tu tak dapat lepas...kan ke masalah besar.

Kalau tak juga puas selepas memberitahu kesalahan orang itu, bawa aje ke atas. Kasitahu pegawai atau pengetua yang menjaga pejabat orang itu.

Apalah nak marah-marah sangat!

Saya nie dah tak peduli lagi perangai orang-orang yang suka memfitnah, memburuk nama orang lain atau membencikan saya.

Gasaklah apa mereka lakukan, asalkan saya sihat, aman jauhari dan batin.

Padanlah ugama kita suruh bersabar dan sabar itu separuh dari iman.

Tuesday, November 27, 2007

kitaguni no haru



 25 tahun dulu lagu ini mengalirkan rindu pada emak dan adik-adik.

Dan sekarang...

Lagu ini melimpahkan perasaan ke anak yang selalu merindukan ibunya.

Jagalah dirimu baik-baik, doa ibumu ini sentiasa bersamamu.

Masao Sen - Kitaguni No Haru (Lyrics in Bahasa Melayu by hjh halela).
-Nov. 29, 2007

Shira kaba aozora minami kaze
(shira kaba{silver birch-nama sejenis pokok} langit biru, bayu selatan)Kobushi saku ano oka kitaguni no
(Bukit kampung utara yg mengembangkan semangat)Aaa... kitaguni no haru
(aaaa...musim bunga di kampung utara)Kisetsu ga tokai de wa wakaranai darou to
(bandar yg tidak bermusim tidak mungkin faham)Todoita ofukuro no chisana tsuzumi
(mendapat bungkusan kecil dari ibu)Ano furusato e kaerokana kaerokana
(Kuingin pulang ke kampung itu, kukan pulang)Yuki doke seseragi marukibashi
(anak sungai mengalir salji cair, jambatan kayu)Karamatsu no me ga fuku kitaguni no
(larch{sejenis pokok}bertunas daun di kampung utara)Aaa... kitaguni no haru
(aaa...musim bunga di kampung utara)Suki da to otagai ni ii dasenai mama
(kubercinta tapi sesama tidak berkata)Wakarete mou gonen ano ko wa doushiteru
(setelah berpisah selama 5 thn, apa khabarmu)Ano furusato e kaerokana kaerokana
(Kuingin pulang ke kampung itu, kukan pulang)
Yamabuki asagiri suishagoya
(Ros kuning, kabus pagi, pondok kincir air)Warabe uta kikoeru kitaguni no
(nyanyian kanak-kanak terdengar di kampung utara)Aaa... kitaguni no haru
(aaa...musim bunga di kampung utara)Aniki mo oyaji nite mukuchi na futari ga
(abangku mengikut bapa, kedua2nya pendiam)Tama ni wa sake demo nonderu daroka
(kadang2 mereka minum sake bersamakah)Ano furusato e kaerokana kaerokana
(Kuingin pulang ke kampung itu, kukan pulang)
Terjemahan lirik ini didedikasikan khas untuk Sri Diah dan pencetak pendiam lirik ini mohon masukkan nama saya bersama.

Monday, November 26, 2007

Izin Sony

Semalam waktu saya keluar, ada panggilan dari Sony Repairshop meminta izin untuk memperbaiki komputer yang saya hantar ke mereka 10 hari lepas.
Sony repairshop kata motherboard dan tv tuner dalam komputer saya harus diganti yang baru. Padanlah saya tidak dapat tengok tv kat pc dalam setahun dua ini, rupanya tuner dah blank-out.

Tapi...

kenapa harus Sony Repairshop minta izin dari saya?

Oh, mengikut lapuran dari Otto mereka kata apabila mereka memperbaiki komputer itu, semua data, gambar, driver, file yang ada dalam memory kena delete. Kalaulah saya masih inginkan segala dalam memory itu, makanya mereka tidak boleh betulkan dan ini bermakna saya tidak izinkan.
Komputer itu akan dipulangkan pada saya seperti dalam keadaan asalnya...iaitu dengan kerosakkan itu.

Berikan izin atau tidak.

Saya buat panggilan ke Sony Repairshop dan dengan rasminya memberi keizinan pada mereka memperbaiki komputer itu.

ps: lega hati ini semua gambar dalam pc saya sudah masukkan ke external harddrive seminggu sebelum ini.

Tuesday, November 13, 2007

Kucing jiran

Saya selalu baca blogger di Malaysia mengadu dan menulis dalam blog masing-masing tentang kucing-kucing yang berkeliaran keliling rumah mereka. Ada yang kata kucing jiran, ada yang kata kucing kena buang, ada kata kucing tidak bertuan.
Apa-apa pun kucing-kucing itu bukan kucing kesayangan dan kepunyaan mereka.

Yang menyebab mereka tulis di blog tentang kucing tidak bertuan itu ialah masalah pembuangan najis kucing itu. Ada yang masuk dalam kawasan laman mereka menggorek tanah dan memberak lalu menutup najis. Kucing begini bernama kucing beradap, pandai menutup taik masing-masing tapi ada pula kucing yang berak tapi tidak segan meninggalkan tanda.
Inilah masalahnya.

Sebenarnya adakala kucing-kucing itu bertuan tapi saja tidak mengotorkan halaman rumah tuan sendiri, lalu membuang najis di rumah jiran.
Kucing begini dipanggil kucing masuk ajar, kucing yang ber-understanding dengan tuan rumah sendiri.
Kalaulah setiap kucing yang bertuan tahu membuang najis di laman rumah tuan sendiri, alangkah amannya dunia di Malaysia, tak gitu?


Di Jepun, tuan-tuan yang punya kucing masing-masing beriktiar untuk mengamankan halaman jiran. Walaupun berpagar rapi sekalipun, kucing-kucing dari luar tetap dapat masuk juga dalam laman rumah yang bersih.

Idea yang paling berkesan kalau dilihat dalam gambar ini, isikan 1-liter botol pet dengan air dan dirikan berbaris atas pagar.
Cara ini sememangnya berkesan untuk melarang kucing dari melompat pagar jiran.
Mungkin juga kucing boleh masuk ke laman jiran melalui jalan bawah dan tidak perlu melompat pagar, untuk jawapan ini pandai-pandailah jiran itu memikirkan.
Saya cuma boleh syorkan cara ini sahaja.

Susah-susah pun racun saja kucing jiran itu sebab salah seekor kucing saya mati diracun. Kucing itu selalu sangat masuk dapur jiran mencuri makanan yang terhidang atas meja.

Moral cerita ini: Biarlah kucing sendiri mati, asalkan jiran bahagia.

ps: kita diwajibkan berdamai-damai dan beraman-aman dengan semua jiran sekeliling rumah, tak kira jiran lain ugama atau jiran lain bangsa. Ini sunnah Nabi Mohammad SAW dan ada tulis dalam hadis.

Saturday, November 10, 2007

Pengacau Jepun

TOKYO: Gates urges Japan to become more involved in world affairsTHE NEWS TRIBUNE Published: November 9th, 2007 01:00 AM
U.S. Defense Secretary Robert Gates urged Japan to take a wider role in world affairs today, a position that is controversial with both the Japanese and other East Asian nations.
In an address at Sophia University, a Jesuit institution, Gates said he hoped that Japan would take on more “global security responsibilities” in the year ahead.

“Japan has the opportunity – and an obligation – to take on a role that reflects its political, economic and military capacity,” Gates said.

After the speech, students pressed Gates on what he meant by pushing Japan for a more aggressive role. He said he hoped Japan would increase its contributions to peacekeeping, humanitarian relief and reconstruction.

Los Angeles Times

Robert Gates datang Jepun minggu lepas mohon kerajaan Jepun sambungkan semula pembekalan percuma minyak gasoline.
Setiap tahun Jepun bekalkan gasoline untuk kapal-kapal tentera mereka di laut India sampai 80 juta gelen untuk kerja mendamaikan kawasan itu. Percuma.

Konon Jepun tak ambil bahagian dalam perang Iraq-Iran.
Kebelakangan ini diketahui mereka gunakan bekalan minyak ini untuk kapal-kapal perang, bukan mendamaikan tapi memusnahkan dan membunuh. Ini sudah lari dari perjanjian utama mereka.

Bertepuk tangan sendiri apabila saya dengar pengumuman yang Jepun putuskan bekalan minyak ini di berita minggu lepas.
Dengan cepatnya mereka pun bertindak, Gates datang Jepun pujuk supaya Jepun sambungkan semula bekalan ini.
Dengan alasan yang ditulis media Los Angeles Times kat atas.

Why can't they leave Japan out of their wars, why must they always get Japan involve in their shit?
After the Second World War, Japan has declared a peaceful, non-involvement and non-armament country, can't they get that in their stone-head?

They want Japan to take arms and be the policemen of the Asia-Pacific region.
Apa nak suruh Jepun control kawasan Asia-Pasifik ke? Jadi polis, jaga Msia, Cina, Taiwan, Indonesia?

Jepun dah serik dikalahkan dan dibom di Hiroshima dan Nagasaki, berjuta-juta rakyat mereka jadi mangsa. Siapa jatuhkan bom itu? Bangsa stone-head ini juga.
Sekarang pula mereka minta Jepun campur tangan dengan politik negara jiran.

Masa era Koizumi jadi ketua menteri di Jepun, segala yang disuap oleh mereka, Koizumi makan dan telan. Koizumi berkawan rapat dengan Bush, menyanyi dan menghiburkan keluarga Bush dengan lagu Elvis Presley dan main golf selalu atas undangan mereka.
Tapi sejak Fukuda jadi ketua menteri, nampaknya agenda politik Jepun terus berpusing.
Secepat sahaja dia naik kuasa, Fukuda putuskan bekalan tentera mereka...selepas ini saya harap, Fukuda halau dan campak tentera mereka yang berpoya-poya di beberapa pengkalan di pulau ini.

ps: kawan dan teman Islam yang bertugas dan menginap dalam base, ini bukan soal peribadi antara kita. Saya tidak setuju, Jepun yang bersikap aman di kawasan ini dipermain-mainkan sesuka hati mereka.
Saya tidak sanggup melihat Jepun dijadikan pak sanggup dalam politik mereka yang menganggap negara-negara Islam melatih pengganas untuk membunuh kaum dan puak mereka.

Thursday, November 08, 2007

Pucuk Labu

"kak lela tak rasa nak balik kampung ke?"

"Tak"

"Tak teringin nak makan makanan kampung ke?"

"Tak"

Alhamdulillah, pulau ini cukup dengan segala benda yang ada di kampung.
Pokok pisang ada merata, kalau inginkan daun pisang, mana-mana boleh tarik.

Lidah dan citarasa ini juga sudah berubah. Saya boleh makan sop miso dengan tauhu-lobak putih hari-hari, ikan bakar, akar gobo, akar bunga teratai, rebung, rumput laut, ulam shiso, ulam mitsuba juga peria katak dan petula.

Sesekali bila terasa ingin makanan melayu, bahannya senang didapati sebab keadaan cuaca sub-tropikal di pulau ini.



Ini pokok cili padi yang menjadi kebangaan Otto. Dia petik 2-3 biji hari-hari diulam dengan tauhu bakar. Berpeluh-peluh dan merah satu muka tapi dia kata dia boleh habiskan satu pokok itu. Pokok cili yang lebat begini bukannya satu keistimewaan di pulau ini. Kadang-kadang terdapat tumbuh liar di tepi-tepi jalan hutan.
Rasa cili padi ini jauh lebih pedas dari yang ada di Msia tapi malangnya saya sudah tidak boleh makan makanan pedas lagi.
Sesekali adalah saya masukkan dalam lemak cili padi, itu pun dalam 5-6 ulas sahaja...bukan segenggam seperti orang yang suka pedas.



Ini ayam masak lemak cili padi dengan labu dan daun labu. Daun labu itu dari kebun seorang kawan. Sebenarnya sungguh sedap daun labu, manis sangat.
Cili padi itu saya masukkan dalam 6-7 biji saja, takut saya pedas sangat.

Saya rasa makanan sebegini pun sudah jarang amat orang-orang di Malaysia dan Spore makan. Ada labu, daun labu, cili padi dan serai...semua bahan kampung.

Jadi tidak hairanlah kalau saya kata saya tidak rasa perlu lagi balik ke kampung...alhamdullilah.

Hidup saya simple, makanan saya kampung...I want nothing more.

Thursday, October 25, 2007

Kerumitan urusan jenazah

Pada mulanya salah seorang muallaf american mengatakan yang jenazah ini meninggal dalam keadaan mini-syahid.
mini-syahid?
Yang saya tahu hanya ada mati syahid, ada kah istilah "mini-syahid" atau orang-orang muallaf di situ sudah keliru dengan istilah mati syahid?

Jadi pada pendapat mereka keadaan mini-syahid tidak perlu dimandikan dan dikafankan.
Huh?
Saya menelefon ustaz amin dan melapurkan keadaan ini, ustaz kata mati syahid ada 7 perkara dan keadaan anak ini meninggal bukan dalam mati syahid.
Lalu saya berhubung kembali dan menerangkan keadaan ini pada ketua di base.
Ia itu jenazah perlu dimandikan dan dikafankan.

Ibu kandung jenazah mau anak itu dihantarkan ke Ivory Coast, benua afrika untuk dikebumikan di situ. Jadi kata sepakat orang-orang base supaya ibunya mengerjakan urusan jenazah itu seperti mandikan dan kafankan.

Tapi...

Setelah beberapa hari, baru hari ini, kami dimaklumkan yang ibu kandung itu bukan orang Islam!!!

Sekali lagi saya menggelabah!

Kalau betul ibu kandung itu bukan orang Islam, bermakna orang sini wajib mandikan, kafankan dan solatkan jenazah sebelum dilepaskan ke tangan ibu kandung itu.
Dengan pesanan bahawa upacara kebumiaan wajib mengikut cara Islam dan dikuburkan di tanah perkuburan Islam.

Hingga hari ini jenazah masih disimpan di bilik mayat, belum dapat dikeluarkan lagi.

Orang-rang lelaki dalam base ingin membuat solat jenazah selepas solat jumaat esok tanpa jenazah dimandikan dan dikafankan.

Saya mengangkat telefon lagi dan berbincang lagi dengan ustaz amin.

Untuk peraturan solat jenazah, jenazah itu perlu dimandikan dan dikafankan terlebih dulu. Bukan saja-saja solatkan tanpa prosedur memandikan dan dikafankan. Kalau tidak pun, biarlah dimandikan, dikafankan dan solatkan sebelum perkebumian apabila sampai ke Ivory Coast kelak.

Saya khabarkan sekali lagi matlumat ini pada orang-orang base.
Setidak-tidaknya kalau tidak mau ambil nasihat saya ini, tolonglah berhubung dengan orang-orang yang lebih mengetahui dalam perkara ini...tolonglah...saya mohon sambil mengurut dahi.

Disaat ini, saya dilapurkan yang orang-orang base akan menunggu jenazah dikeluarkan (tarikh belum tahu lagi), barulah dimandikan, dikafankan dan disolatkan di sini sebelum dihantarkan ke Ivory Coast untuk ibu kandungnya (yang bukan Islam) menguruskan perkebumiaan secara Islam.

Pada pembaca, tolonglah doakan semoga jenazah ini selamat diuruskan secepat mungkin tanpa kerumitan lagi.

Sunday, October 21, 2007

perayaan syawal 2007



Very humourous and effective way of "instructing" people, I like it.

Tuesday, October 09, 2007

Merajuk Ramadhan

Hari ini masuk 27 ramadhan, saya masih membuat salam ramadhan sana sini. Ialah orang lain dah buat ucapan raya sana sini saya masih ucap ramadhan.
Bukannya apa, saya rasa merajuk pula bulan ramadhan sebab tidak mengendahkan hari-hari terakhirnya. Raya belum jatuh lagi, sudah sibuk buat ucapan sana sini.
Lagi pun syawal, bulan raya ada sebulan, "can take your time" kan untuk membuat salam dan ucapan raya dalam bulan syawal?

Pun dunia siber, senang aje. Tak perlu jumpa muka, ucap sana sini dalam sejam dah boleh sampai seribu teman dan kenalan, tak susahkan?
Saya sememangnya tunggu sampai masuk syawal barulah buat ucapan, saja nak hormatkan hari-hari terakhir ramadhan...rasa sayang nak tinggalkan, itu yang "hang on to it"!

Ini pe'el saya lah, orang lain tak perlu tiru.

Tadi pagi bangun dengan kepala sarat memikirkan planning masak dan kemas untuk raya ini, saya tonton drama pagi.

Si lelaki lebih kurang 5 thn lebih tua dari budak perempuan itu yang masih sekolah, umur 18 tahun. Yang lelaki tu dah masuk univ.

Budak perempuan nama Kiyoumi jalan di dataran laut dan lelaki itu panggil dia masuk kereta, mula2 kiyoumi enggan tapi lelaki itu kata ada perlu nak bincang.

Maka mereka berjalan di pantai...

lelaki: dalam 5 thn nanti sempatlah...
kiyoumi: sempat apa?
lelaki: sempat kahwin
kiyoumi:kau nak kahwin? kahwin dgn sapa?
lelaki: kahwin dengan kaulah!
kiyoumi: kenapa kahwin dengan aku?
lelaki: aku suka perempuan lambat otak, perempuan otak kosong, perempuan tak berfikir...macam engkau lah!

BOOOOPPPP...terlentang lelaki itu, menyiarap, muka berlumut pasir.

Satu penumbuk sudah jatuh kat muka dia!

Lepas itu, saya ketawa khek, khek, khek sendiri...bertenaga untuk memulakan tugas hari ini.

Thursday, October 04, 2007

Membiak-biak

Rabbit rumah nie beranak lagi wiken lepas. Bulan Ogos 5 ekor anak, bulan Sept. 6 ekor dan wiken lepas 5 ekor lagi.
Kuat betul ibu rabbit itu beranak. Selepas beranak 3-4 hari bulan Sept, hubby asingkan si jantan ke tempat lain. Ingatkan dah safe lah tapi alangkah shockingnya bila tengok wiken lepas nampak lagi anak2 yang baru lahir.

Saya dah boring tahap leher nak tercabut betul.
Hubby punyalah excited tengok anak2 rabbit...betulah kata salah seorang SIL.
Laki kau tu memang suka usagi dari kecil lagi...

Dah banyak sangat rabbit kat tempat ampaian baju. Bila sidai baju, habis jari kaki ini mereka gigit, selalu saya tampar mereka.
Kain dan baju yang panjang sampai ke lantai, mereka gigit dan jadi tembuk kain cantik-cantik.
Baju mahal saya ada sehelai-dua dah bocor.

Tapi saya diamkan aje...maleh nak ngomel kat hubby, dia suka sangat dengan rabbit-rabbit itu tahap tak boleh buat apa lagi.

Kalau ampaian itu jatuh ke lantai, alamat kenalah basuh sekali lagi. Dengan dipijak dan dengan taik hitam berketul-ketul.

Pening betul bau taik rabbit kuat sangat, bayangkan 7-8 rabbit punya taik berserak.

Semalam, masa saya sidai baju dalam waktu asar...matahari masih kuat dan panas. Saya ternampak 3 ekor anak yang baru lahir tergolek-golek. Badan mereka seperti mengigil-gigil atas simen yang berbahang dan panas itu. Macamana mereka boleh terkeluar dari kotak pun saya tak tau.

Saya habiskan ampaian, memikirkan perlu buat persiapan hidangan iftar dalam beberapa jam lagi. Jadi saya tidaklah peduli sangat dengan keadaan anak-anak rabbit yang mengigil-gigil kepanasan itu.

Bila sampai ke dapur, saya susunkan kuih suji yang sudah sejuk ke dalam balang. Dalam 20min kemudian, baru saya teringat anak-anak rabbit yang terlepas tadi.

Saya kata dengan aman suara...3 new baby rabbits dropped from their box!

Wah, hubby punya melenting langkah 2 anak tangga setapak naik ke atas dan masukkan anak-anak rabbit itu ke dalam kotak mereka, saya perhatikan dia melenting dengan cool aje.
Dia kata saya tak ada hati perut, membiarkan anak-anak rabbit itu mengigil kepanasan.
Maleh lah nak jawap-menjawap bulan posa nie...saya kata agaknya ibu rabbit yang bawak anak-anak itu keluar dari kotak.

Sebenarnya saya dah tak pedulikan lagi anak-anak rabbit itu. Entahlah, saya tak terfikir pulak anak-anak rabbbit itu akan mati (tak mati pun). Saya biarkan saja.

Saya kata "one or two is okay but now we have too many of them. My washing is eaten, then they bite my toes, then they chewed the washing machine hose, then they shit on my fallen washing..." cakap lembut-lembut biar dia faham.

Kalau tak cakap, orang lelaki tak kan faham. Mereka tak ada supersonic, telepathic wave untuk memahami kaum puan...kaum puan kasi backinglah!
Biasalah kaum puan bila ada yang tak puas hati, selalu panggil backing sana sini, backing, jangan tak backing.

Ini dah boring, tahap leher nak tercabut!
Nasib baik bulan posa, terpaksa sabar. Kalau bulan lain, nak saya sembelih buat dalca arnab, ulam dengan papadom...wah sodap tu!

Alamak... bulan posa nie, boleh ke saya tulis entri macam ini. Sesiapa yang rasa entri ini tak patut wujud, sila komen le tapi jangan letak nama cik anon!