Friday, May 15, 2015

Kembar 3 tahun

 Semalam cucu kembar saya menyambut ulang tahun hari lahir yang ke-3. Mereka meraikan hari ini dengan kawan-kawan dalam kelas asuhan.
Semoga cucu-cucu saya menjadi pewaris Islam yang diberi taufik dan hidayah dalam keluarga kami. Amin.
*****

Wednesday, May 13, 2015

Muslim Friendly Okinawa


Saya dilantik sebagai staf penyunting untuk majalah ini. Majalah "Muslim Friendly Okinawa" adalah majalah yang memberi maklumat dan butir-butir untuk pelancong Islam seperti hotel yang membekalkan makanan halal, pasaraya yang menyediakan tempat solat dan kedai-kedai yang menjual barangan halal di Okinawa.
Buat masa ini, kami sedang menyiapkan lay-out untuk isu kedua.
*****

Wednesday, May 06, 2015

Cuti Emas "Golden Week 2015"


Ini deretan cuit umum untuk 2015 yang dinamakan Golden Week di Jepun. Jajaran cuti umum ini bermula daripada 29 April hingga hari ini 6 Mei. Ramai rakyat Jepun mengambil peluang deretan hari cuti ini melancong ke luar negara.

Ini jiran saya. Kebunnya banyak sayur dan bukan dijual. Dia tanam untuk suka-suka. Dia makan apa yang ditanamnya. Dia tidak perlu mendapatkan sayur lain. Kami sering bertukar-tukar hasil tanaman sendiri.
Latar di belakang itu ialah rumah pekebun ini. Rumah dua aras. Dia tidak punya kereta. Dia gunakan basikal atau berjalan sahaja setiap hari.

Pekebun itu bukan orang miskin. Ini bangunan kepunyaannya, terletak di hadapan rumahnya. Bangunan ini disewakan sebagai kedai dan pejabat.


Ini hasil pertukaran hari ini.
Mungkin pembaca di Malaysia akan berkata, "alahai, berapa sen saja sayur-sayur itu!"
Pada saya bukan nilainya yang penting, kehidupan mudah begini yang saya pandang tinggi. Makan hasil tanaman sendiri, bertukar-tukar hasil kebun untuk menjalin siratulrahmi, tidak menunjuk-nunjukkan kekayaan wang ringgit dan berjimat dalam segala perkara.
*****

Tuesday, April 28, 2015

Berita Harian Singapura OKINAWA KE ARAH 'MESRA MUSLIM'


27 April 2015 catatan saya berjudul OKINAWA KE ARAH 'MESRA MUSLIM' disiarkan dalam tajuk utama KEMBARA di akbar Berita Harian, Singapura.
Beberapa minggu lepas (skrol di bawah), sekumpulan wanita Melayu dari Singapura membuat kembara santai (tanpa bantuan syarikat pelancongan) ke pulau ini.
Setelah sesi autograf novel-novel saya yang mereka bawa bersama, saya mengikuti kumpulan ini buat beberapa hari. Sebenarnya saya ingin mengukur taraf pulau ini dalam perkhidmatan mesra muslim yang diberikan kepada mereka.
Kesimpulan dan keseluruhan pendapat mereka telah saya catat dalam perenggan di akhir-akhir artikel ini.
Selepas ini, saya mendoa semoga ramai lagi pembaca novel saya dapat mengunjungi pulau ini, amin.
*****

Saturday, April 25, 2015

Ore Neko NHK




Setiap pagi seusai kerja-kerja wajib dan membuat nasi dan lauk untuk bekal orang bekerja, saya duduk waktu jam tepat 6.55 untuk menonton ini.

Seperti bahasa Melayu juga pengakuaan "saya" ada berbagai kosa kata contoh aku, den, beta, patik, hamba, orang, awak dll (setakat yang saya tahu).
Orang Jepun yang amat mementingkan taraf kedudukan diri dalam masyarakat, pengakuan "aku" mencatatkan kosa kata yang lebih banyak.
Lazimnya untuk setiap orang "watashi" itu kerap digunakan tapi selainnya ialah "watakushi, washi, boku, ore, oira, jibun" dll (setakat yang saya tahu).

Ini lagu kucing yang saya tunggu setiap pagi.
Ore neko (x2)
Koko ore no uchi (x2)
Kore itsumono gohan
Kore su-pe-shi-ya-ru (special) gohan
sore daisuki omocha
sore ochitsukune toko
ore neko
kore uchi no yatsu
koitsu gohan kureru
koitsu asonde koreru
ore neko dakara koitsu no kotoba wakaranai
ore neko dakedo, koitsu no kimochi naze ka yoku wakaruuuuuu...
ore neko (x4)

Terjemahan @Leyla.Shuri.
aku kuching (x2)
ini rumah aku (x2)
ini makanan biasa
ini makanan istimewa
itu mainan paling suka
itu tempat rehat paling suka
ini tuan aku
tuan ini beri makan
tuan ini bermain-main
akur tidak faham kata-kata tuan ini sebab aku kucing
tapi walaupun aku kucing, aku faham perasaan tuan aku
aku kucing (x4)
(Lebih banyak lagi perkataan Jepun yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dalam novel-novel saya-lihat novel saya di sebelah kanan skrin).
*****


Wednesday, April 22, 2015

Pembaca/Pelancong daripada Singapura






Pada awal April 2015, buat julung-julung kalinya segerombolan pelancong daripada Singapura datang ke Okinawa. Mereka menghubungi saya menyatakan ingin berjumpa untuk sesi autograf.
Dengan sangat berbesar hati, saya menemui dan dalam selit-selit ruang masa, saya bawa mereka ke tempat-tempat yang saya suka (bukan arahan mereka). Tempat yang saya suka ialah kedai makan yang saya kerap kunjungi, kedai pakaian yang saya rasa amat berbaloi harganya.

Kali ini kumpulan yang datang bukan pelajar atau orang-orang muda. Dengan tidak banyak perbezaan umur, saya rasa cepat mesra dan tidak perlu mengubah tata percakapan untuk menyesuaikan diri kepada mereka.

Saya harap lebih ramai pembaca (perempuan) karya-karya saya akan diberi rezeki melawat pulau ini. Saya lebih mesra dalam pergaulan jika sudah kenal di alam nyata.
Terima kasih Kumpulan Cik Siti.
*****

Saturday, April 04, 2015

Massan (マッサン)

Gambar drama pagi dalam link ini:     massan


Drama pagi NHK ini tamat pada 28 Mac. 2015. Saya mengikuti drama ini dari awal hingga ke akhirnya (sekali pun tidak tertinggal) setiap hari selama 6 bulan ia ditayangkan.
Ini salah satu drama motivasi yang sama temanya dengan O-shin. Ada sedikit kelainan drama ini dengan yang lain sebelum ini. Kelainannya ialah drama ini buat julung-julung kali mengambil seorang asing (daripada USA) sebagai watak utama.
Drama ini darihal seorang pemuda, Massan, daripada keluarga yang membuat sake (minuman). Dia ke Scotland untuk mendalami ilmu pembuatan wiski. Dalam pada itu dia jatuh cinta pada Ellie dan akhirnya kahwin lari disebabkan bantahan daripada ibu Ellie.
Mereka sampai ke rumah Massan di Hiroshima. Ibu Massan tidak setuju dia membawa pulang menantu asing, seboleh-boleh mahu Massan ceraikan Ellie.
Di syarikatnya pula, Massan dimarahi ketua syarikat sebab mereka menganggapi apabila Massan pulang selepas tamat kursus di Scotland, Massan akan mengahwini anak perempuannya. Anak perempuan yang dijanjikan kahwin dengan Massan pula memendam perasaan dendam terhadap Ellie yang dituduh mencuri kekasihnya.
Setiap hari Ellie dibuli. Adegan perang Pasifik yang meletus di Jepun, Ellie dituduh sebagai pengitip musuh, Ellie keguguran kandungan disebabkan kemalangan dan selepas ini tidak mampu melahirkan lagi dan kegagalan yang berulang untuk mendapatkan cita-rasa wiski untuk orang Jepun, semua episod ini sangat memberi kesan apabila ia dihadapi dengan kegigihan dan semangat kental kedua-dua watak ini untuk terus mencapai kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup mereka.
Apa-apa pun disebab tiada ruang waktu untuk saya meneruskan tulisan ini, drama ini berakhir dengan kejayaaan Massan mengeluarkan wiski pertama buat Jepun-atau Nippon Ichi wiski di Hokkaido.
Ini cerita sejarah dan motivasi. Sekarang wishi Nikka memang terkenal di Jepun.
Saya terjemahkan lagu ini ke dalam b. Inggeris, jika mengambil terjemahan ini, sila lekatkan nama @leyla shuri.

中島みゆき 作詞・作曲・歌
Dr.町田編曲)
 English Translation by Leyla Shuri (owner of this blog).
(For courtesy sake).

懐かしい人々 懐かしい風景
その全てと離れても あなたと歩きたい
Natsukashī hitobito natsukashī fūkei
sono subete to hanarete mo anata to arukitai
[Memories of missed people, memories of missed scenery
I’ll part from all, to walk with you]

嵐吹く大地も 嵐吹く時代も
日差しを見上げるように あなたを見つめたい
 Arashi fuku daichi mo arashi fuku jidai mo
hizashi o miageru yō ni anata o mitsumetai
[Storm may blow the earth, the season when storm blows
I’d gaze at you like looking up at the sun]

麦に翼は無くても 歌に翼があるのなら
伝えておくれ故郷へ ここで生きてゆくと
麦は泣き 麦は咲き 明日へ育ってゆく
Mugi ni tsubasa wa nakute mo uta ni tsubasa ga aru nonara
tsutaete okure furusato e koko de ikite yukuto
mugi wa naki mugi wa saki ashita e sodatte yuku
[Even if wheat has no wings and if songs have wings
The delay in explaining to my home that I’m going to live here
The wheat cry/the wheat bloom, I’m living for tomorrow.]

大好きな人々 大好きな明け暮れ
新しい大好きを あなたと探したい
Daisukina hitobito daisukina akekure
atarashī daisuki o anata to sagashitai
[The people that I love, the days and nights that I love
Together with you I want to find new things to love]

私たちは出会い 私たちは惑い
いつか信じる日を経て 一本の麦になる
Watashitachi wa deai watashitachi wa madoi
itsuka shinjiru hi o hete Ippon no mugi ni naru
[We’ve met, we’ve doubted
We’ve to believe the passing days, it’ll be wheat.]

空よ風よ聞かせてよ 私は誰に似てるだろう
生まれた国 育つ国 愛する人の国
麦は泣き 麦は咲き 明日へ育ってゆく
Sora yo kaze yo kika sete yo watashi wa dare ni niteru darou
uma reta kuni sodatsu kuni aisuruhito no kuni
mugi wa naki mugi wa saki ashita e sodatte yuku
[Oh sky, Oh wind, please let me know; who do I look like
The country I was born, the country I grew; the country of people that I love
The wheat cry, the wheat bloom; I’m living for tomorrow.]

泥に伏せるときにも 歌は聞こえ続ける
そこを越えておいで くじけないでおいで
どんなときも届いてくる 未来の故郷から
Doro ni fuseru toki ni mo uta wa kikoe tsudzukeru
soko o koete oide kujikenaide oide
don'na toki mo todoite kuru mirai no furusato kara
[Even as you lie low in mud, continue to listen to the song
Cross it from there, hold on to your strength
In any situations, accept it; the future of the homeland]

麦に翼は無くても 歌に翼があるのなら
伝えておくれ故郷へ ここで生きてゆくと
麦は泣き 麦は咲き 明日へ育ってゆく
麦は泣き 麦は咲き 明日へ育ってゆく
Mugi ni tsubasa wa nakute mo uta ni tsubasa ga aru nonara
tsutaete okure furusato e koko de ikite yukuto
mugi wa naki mugi wa saki ashita e sodatte yuku
mugi wa naki mugi wa saki ashita e sodatte yuku
[Even if wheat has no wings; if songs have wings
The delay in explaining to my home that I’m going to live here
The wheat cry, the wheat bloom; I’m living for tomorrow.
The wheat cry, the wheat bloom; I’m living for tomorrow.]
English Translation by Leyla Shuri (owner of this blog).

Thursday, March 26, 2015

Sakura kehidupan


Facebook mengingatkan saya bahawa setahun lepas pada hari yang sama (hari ini), gambar pohon sakura inilah yang saya paparkan.
Saya tenung gambar ini dan bandingkan dengan pohonnya yang sedang berbuah sekarang. Memang sah tidak ada kelainan. Setiap tahun daunnya gugur pada musim sejuk, ia berbunga dan ia berbuah tapi tidak banyak kelainan dalam kehidupan pohon ini.
Saya  garapkan satu haiku mendedikasikan pohon sakura ini.

My sakura tree
Your trunk stands bend on my porch

On spring-changing sky
Naked from the bleak winter
Bloom and fruit you shall for me.


Cucu saya yang ke-4 menyambut hari kelahirannya yang pertama (1 tahun) pada 16 Mac. 2015.
Mantan Menteri Perdana (saya rasa seharusnya Menteri Perdana bukan Perdana Menteri), LKY tamat hayatnya pada pagi 23 Mar.2015.
Seperti daun sakura itu, ia gugur dan diganti baharu setiap tahun. Dahannya masih kuat, tegak bertahan segala musim.
Begitulah kita. Kita berganti, dan dialih oleh waris-waris. Kehidupan tetap berlanjutan.
Bloom and fruit you shall for me...untuk darah-darah yang mengalir dalam keluarga kami.

*****


Friday, March 06, 2015

Suicide Cliff


This is the Suicie Cliff. That's the Emperor and Empress bowing to respect thousands of Okinawa people who died jumping off this cliff. If you visit this island, you still can go to the edge of this cliff in Itoman Memorial Park.
I mentioned this cliff in my novel PAGI SEMERAH DAUN MOMIJI, on page 541.
(sorry, only in Malay language, but working on the English translation now).


" As later happened in Okinawa, Imperial troops encouraged and instigated group suicides, warning of the horrible fate that awaited anyone captured by the invaders."
Suicide Cliff 
 http://www.japantimes.co.jp/news/2014/07/05/national/history/battle-saipan-brutal-invasion-claimed-55000-lives/#.VPkBaS6cEoF

*****

Tuesday, March 03, 2015

Okinawa Tour


Saya tidak mendapat sebarang keuntungan dari mengiklankan jadual pelancongan ini. Jika berminat dan ada pertanyaan, sila berhubung terus ke alamat emel yang dicatat dalam iklan ini.

Tiga hari itu ditanggung halal segalanya dan ini belum pernah dilakukan oleh mana-mana syarikat pelancongan.
Cuma pelancong itu sendiri haruslah pandai menjadualkan waktu penerbangan pergi dan balik.
Selepas mengikut syarikat pelancongan ini, boleh saja tinggal di hotel budget atau bed and breakfast atau dormitary (jika ingin tempat penginapan begini) untuk menyambung lagi lawatannya.

Oh ye, ini musim bunga lili kembang sepulau.


*****

Monday, February 16, 2015

Marionette


Gah, Berita Harian, Singapore menyiarkan cerpen saya yang saya letak tajuk mudah "Marionette" hari ini [16 Feb. 2015]

Tajuknya sengaja saya mudahkan untuk menarik mata pembaca. Lagi pun perkataan "marionette" juga telah di-Melayu-kan (menurut Kamus Dewan), jadi tak perlulah saya jelaskan istilah itu.

Cerpen ini membawa latar belakang bandar besar Shibuya, Tokyo. Walau bagaimanapun saya masukkan unsur tempatan pada penghujung cerita untuk mengimbangkan senario penceritaan.

Penghargaan tinggi saya kepada Sastera, Gah, Berita Harian kerana memberi keyakinan dalam penulisan saya hingga melayakkan karya saya diterbitkan.

*****

Saturday, February 07, 2015

Bunyi cengkerik


[Photo courtsey of rolingwestexblogjp]

Petikan dari buku Sukma Basho dalam Haiku (ITBM), hlm 78
Shizukasa ya, iwa ni shimi iru, semi no koe
Di dalam hening, resap ke dalam batu, bunyi cengkerik
Kigo (kata musim): cengkerik

Haiku ini dicatat dalam buku harian Basho ketika dia mengembara ke negeri utara bersama seorang pelatih muda.
Ketika tiba di tempat ini yang dipenuhi batu-bata, walaupun keadaan hening dan dia tidak terlihat cengkerik tapi jeritan cengkerik kedengaran dari dalam batu-bata itu.
Dalam haiku ini, Basho ingin menonjolkan keadaan yang amat berbeza antara hening dan jeritan cengkerik itu. Walaupun pembaca tidak dapat mendengar namun dalam gambaran haiku ini, pembaca mampu melihat keadaan hening di sekeliling tempat itu yang diganggu oleh jeritan cengkerik.

*****

Saturday, January 31, 2015

Misteri Sakura Higan


Sakura mula mekar di depan rumah saya. Saya pelik dengan sakura ini. Buah ceri yang saya makan itu, benihnya saya campak sambil lewa sahaja. Saya rasa buah ceri itu diimpot dari Amerika Syarikat. Tak mungkin jenis ceri itu berbunga di Okinawa, fikir saya.
Dari sebatang dahan yang kurus, pohonnya terus membesar dan setelah lebih 15 tahun ia berbunga, malah sungguh lebat. Cuma yang peliknya, ceri itu mengikut jenis ceri higan, jenis yang hanya terdapat di Okinawa. Bukan seperti sakura jenis lain yang gugur sehelai-sehelai kelopaknya, higan sakura gugur berkuntuman.
Bukankah benih yang saya tabur 15 tahun lalu diimpot dari luar negara?
Mengapa menjadi ceri higan?
Atau pun semua jenis benih ceri bertukar menjadi ceri higan apabila disemai di bumi Okinawa?
Misteri jadinya...
Projek tulisan yang saya hadap setiap hari sekarang telah berlangsung semenjak 2 tahun. Ini buku-buku rujukan projek itu. Selain dari buku-buku ini, saya guna kamus kulit tebal, kamus digital, kamus online (lain dari digital).
Apabila mata saya pedih, sesekali saya jenguk pohon sakura yang lebat itu dan terfikir lagi misterinya.
Kuntuman bunga sakura hanya bertahan 10 hari sahaja. Apabila kuntuman ini gugur, ajaibnya misteri ini juga hilang dari fikiran saya sehinggalah musim sakura mekar lagi dan misteri ini akan muncul semula.
*****

Sunday, January 18, 2015

Hamaguri



Petikan dari buku haiku Sukma Basho Dalam Haiku, hlm 161.

Hamaguri no --- Pamitan luruh
futami ni wakare --- kepah terbelah dua
iku aki zo --- tanda berpisah.

Basho bermain dengan kata-kata sedih dalam haiku ini. 
Futami ialah nama sebuah tempat di Jepun. Di tempat ini, seorang remaja dibawah latihan Basho terpaksa melencong ke tempat lain dan tinggalkan Basho meneruskan pengembaraannya sendiri. Perkataan Futami juga bermaksud "terbelah/perpisahan/terlepas" selain dari mengambil nama tempatnya, Futami.
Walaupun perpisahan mereka sememangnya terjadi di musim luruh, tapi Basho sengaja masukkan musim luruh ke dalam haiku ini untuk menunjukkan lambang luruh yang menggambarkan "kesedihan, ketuaan, kegelapan, keakhiran".
Basho juga mengambil dua makna apabila dia menggunakankan perkataan "kepah" atau hamaguri. Kepah apabila sudah dipisahkan kulit kerangnya, memang tidak dapat dilekatkan semua seperti sediakala. Ini juga meliputi maksud perpisahanya dengan teman kembara itu.

*****

Wednesday, January 14, 2015

Umurnya 104 tahun


Hari ini 14.1.2015, umur bapa mentua saya menjadi 104 tahun.
Seminggu tiga kali, dia berulang-alik ke rumah orang-orang tua yang berdekatan. Kendaraan disediakan untuk dia pergi dan balik. Di rumah orang-orang tua ini bersebelahan dengan klinik. Doktor klinik sebelah yang merawat mereka di rumah orang tua ini. Di rumah orang-orang tua ini juga bapa mentua saya mandi dan membuat aktiviti seperti bersenam, menyanyi, membuat kraf tangan dan lain-lain riadah ringan.
Jadualnya pada hari dia ke sana bermula dari pagi jam 9.30 hingga ke 3 petang. Setelah makan tengah hari baru dihantar pulang semula.
Di rumah pula, balik saja dari rumah orang-orang tua itu, kami memberinya sebotol air yakult.
Kek yang dia tidak mahu makan, diberikan kepada saya, kecil sahaja. Kek keju tetapi tidak manis langsung, hanya terasa lemak keju sedikit.
104 tahun umurnya.

*****

Monday, January 05, 2015

Senarai 2015


Untuk memulakan tahun 2015 ini, saya senaraikan semua buku-buku saya dan talian atau tempat agar mudah untuk para pembaca yang ingin mendapatkannya. Cara ini juga memudahkan saya.
Apabila ada pertanyaan daripada para pembaca, saya tuliskan sahaja pautan (link) ini.
Saya mengambil peluang ini mengucapkan semoga para pembaca yang dihormati diberi lebih kemudahan dan ruang masa pada tahun 2015 untuk membaca.

Novel Pulut Sakura Serunding Kasih

Novel Pagi Semerah Daun Momiji
Untuk pembaca di Singapura boleh dapatkan novel ini di sini
Muslimedia Bookshop
yang beralamat di
448 Changi Road #01-05 Wisma Indah (satu bangunan di Masjid Kassim-
Kembangan)
tel: +65 6346 6230

Novel Terbelah Bintang Subaru


Percikan Pelangi-Himpunan Haiku Dan Tanka

Sukma Basho Dalam Haiku
Untuk pembaca di Singapura boleh dapatkan novel ini di sini
Muslimedia Bookshop
yang beralamat di
448 Changi Road #01-05 Wisma Indah (satu bangunan di Masjid Kassim-
Kembangan)
tel: +65 6346 6230

Untuk mendapatkan secara online, sila rujuk di bahagian kanan blog ini dan
klik pada imej buku-buku itu.

Selamat Membaca.

Terima kasih.

*****

Thursday, January 01, 2015

2015


Culturally Japan celebrate their New Year on New Year's Day.
In the photo is my father-in-law framed certificate when he was 100 years old received from the City Mayor 2 years ago. Inside the red and white stand [besides the ikebana flower that I arranged] is glutinous rice to symbolize happiness.
My father-in-law send this greetings to all my readers and friends: "Akemashite Omedetou Gozaimasu" which means Have a Happy and Prosperous New Year.
[Location: My father-in-law's house]

Bak kat Dr.Maza yang saya petik dari Dr.Maza.com, "tahun baru hanyalah nama yang kita berikan atas bilangan angka besar..hakikatnya ia merupakan perubahan yang kita alami setiap saat dan ketika...bilah-bilah hari datang pergi..kita hanya bilangan detik dan waktu yang setiap kali denyut nadi berkurangan sehingga tiba saat yang dinamakan kematian..hari ini, semalam, tahun lalu, tahun baru dan tahun depan..sama saja..hakikatnya masa terus berjalan dan tempoh umur kita makin berkurangan.."

Hakikatnya sememangnya masa berjalan dan oleh sebab masa itu berjalan, umur kita juga semakin berkurangan, walau bagaimanapun dalam pada itu saya akan terus segarkan minda dan anggota badan, agar segala pergerakannya memberi manfaat kepada keluarga, teman-teman dan para pembaca, insya-Allah.

Semoga teman-teman dan para pembaca, jauh dan dekat, lebih bahagia dan productif pada tahun 2015 ini.

*****

Thursday, December 25, 2014

Dikurung salju


Sebelum era kemodernan, ruang tamu di rumah Jepun diletak tungku pemanas ini. Pada musim panas, lantai tungku ini ditutup. Pada musim sejuk, penutup itu dibuka dan dipasangkan api. Periuk makanan atau cerek air digantung pada tungku ini untuk menyediakan makanan sekali gus memanaskan ruang tamu itu.

Petikan haiku halaman 182 dalam Sukma Basho Dalam Haiku (ITBM).
Dikurung salju
sandar diri semula
di tiang ini.


Tiang dalam haiku ini bermaksud tiang di ruang tamu itu (ruang yang sentiasa panas).
Sekarang musim salju, rata-rata tanah Jepun dilanda salju lebat. Rakyat mereka diarah berjaga-jaga dan tidak keluar dari rumah kalau tidak perlu seperti ternyata dalam haiku ini "dikurung salju."
[imej ikhsan kabukibitojp]



*****

Saturday, December 20, 2014

Diskusi Novel Pagi Semerah Daun Momiji




Dr. Zubir Idris turut diundang sebagai pengkritik pada pembentangan.
Para moderator dan para pembentang

Pada tarikh 19.12.2014, novel Pagi Semerah Daun Momiji dibawa ke atas pentas sebagai tajuk Diskusi Novel. Pembentangan Diskusi Novel ini dianjurkan oleh para pelajar daripada Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia, pengelolaan Cikgu Che Abdullah Che ya.

Saya diberi kejutan ini pada pagi tarikh pembentangan itu dengan gambar-gambar yang disiarkan ini. Saya berbesar hati apabila novel saya dipilih sebagai Diskusi Novel. Setakat ini (apabila saya mencatat sekarang), saya telah terima salinan daripada dua orang pembentang kertas kerja sesi Diskusi novel ini. Saya ingin berjumpa mereka satu hari kelak untuk mengenal dengan teliti jalan fikiran mereka, jika diberi peluang dan ruang waktu.

Walau bagaimanapun untuk memberi asas dalam penganalisisan kertas kerja, para pembentang perlu membuat rujukan darihal politik, sosial, ekonomi, kemasyarakatan dan budaya dalam ruang waktu novel ini digarapkan. Usaha penganalisisan ini sangat penting untuk memahami keadaan perang yang melanda dunia pada era itu.
Syabas kepada para moderator dan para pembentang, juga Cikgu Che Abdullah yang telah berjaya menganjurkan sesi Diskusi Novel ini.

*****

Sunday, December 07, 2014

Kembali sediakala


 Ini cucu-cucu kepada anak perempuan saya yang kedua. Mereka tinggal sementara bersama saya bermula pada akhir April 2014 (24-4-2014). Ini kerana anak saya tiada pembantu ketika melahirkan anaknya yang ketiga.
Kerja penulisan saya terpaksa saya tinggalkan buat sementara ketika mereka berada bersama saya. Apabila cucu-cucu ini mula masuk ke taman asuhan dari pagi hingga ke petang, dalam waktu ini dapat juga saya menumpukan sedikit masa untuk menulis. Selainnya waktu saya hanya untuk menjaga cucu-cucu ini dan membantu ibunya.


Semalam (6.12.2014) mereka selamat kembali ke pangkuan ayah mereka yang bertugas di Singapura dan kembali sediakala dengan kehidupan mereka sebagai satu keluarga.

Gambar yang akhir ini waktu kami berpisah di lapangan terbang Naha. Saya masih merindukan mereka. Teringat-ingat segala peristiwa selama 7.5 bulan bersama mereka.

*****