Saturday, April 19, 2008

Jero-Jerome Charles White


This single is Jero's first release (Feb.2008) and by two months, the sales has reached a whooping 200,000 CD.


Untuk mendengar lagu sahaja di sini

Maksud lagu ini paling ringkas: Cinta tak tercapai bagaikan salji jatuh ke laut. (UmiYuki=tajuk lagu).

Jero' s Blog=http://blog.goo.ne.jp/jeroenka/

Jero (born Jerome Charles White, Jr. in Pittsburgh, Pennsylvania, on September 4, 1981) is an American-born Japanese enka singer. His maternal grandmother was Japanese. He is the first black enka singer in Japanese music history.

Jero majored in information science at University of Pittsburgh and graduated in 2003, and moved to Japan in the same year. Two months after arriving in Japan, he entered the NHK Nodo Jiman competition broadcast on TV.

His first single, Umiyuki (海雪, Umiyuki-literally Ocean Snow), was released in Japan on February 20, 2008. It entered the Oricon charts at number 4.

African-American people and their cultures are extremely popular among young Japanese, so many are hoping that he will be able to spark interest in enka in the younger generation.

He held a concert on February 20, 2008 in Shibuya, a popular hangout for young people.

Ref: http://en.wikipedia.org/wiki/Jero

Friday, April 18, 2008

Kebun


Tumbuhan ini kita makan sebelum ianya berbunga. Apabila sudah berbunga, bak kata kak tipah, bagaikan nasi sudah jadi bubur. Bila nasi sudah jadi bubur, boleh juga kita makan buburnya tapi dalam hal bunga ini, sudah tak boleh makan lagi segalanya.
Lainlah kalau ada orang yang ingin buat salad atau kerabu dari bunganya.
Apa agaknya tumbuhan ini?
Dan kita makan ianya di bahagian mana sebelum ia berbunga begini.

Gambar dari http://my.thanhsiang.org/klintiendharm/sumber/flora_my/ulam/0-ulam.htm

Ini pohon Ulam Raja.

Ulam raja ialah tumbuhan yang sama jenis dengan bunga cosmos. Sila bandingkan bunga gambar di atas dengan bunga Ulam Raja ini.

Wednesday, April 16, 2008

Cell phone novelist


Her pen name is Rin, short and simple. At 21, her hard cover novel has sold for 400,000 copies. The 5th best sellers in Japan for 2007.
She wrote her best sellers over a 6-month stretch, in between trains while going to and fro her part-time job.
She is a newbreed cell phone writer. After working her fingers on the buttons, she upload her writing to her blogs, where she has readers waiting everyday.
The blog monitor readers reaction and stats. Immediately she finished the novel,
publisher snapped up and a hard cover of 142-page were on sale.
This becomes the 5 top best sellers for 2007.
**********
The cellphone novel was born in 2000 after a home-page-making Web site, Maho no i-rando, realized that many users were writing novels on their blogs; it tinkered with its software to allow users to upload works in progress and readers to comment, creating the serialized cellphone novel. But the number of users uploading novels began booming only two to three years ago, and the number of novels listed on the site reached one million last month, according to Maho no i-rando.
Indeed, many cellphone novelists had never written fiction before, and many of their readers had never read novels before, according to publishers.****The New York Times
Read more here:

Sunday, April 13, 2008

Nejiribana


Orang Jepun namakan bunga ini sebagai nejiribana(hana) atau bunga nejiri.
Nejiri bermaksud putar/berputar/putaran atau twist.
Perhatikan putaran bunga ini. Saya rasa bunga ini tidak ada di tempat tropikal.

Dalam memilih kata musim atau kata alam mengikut musim, apabila mengilhamkan satu haiku, penulisnya harus mengkaji berbagai aspek perkataan tersebut.
Contoh, untuk menggunakan perkataan cengkerik. Penulis harus tahu peribadi atau character sang cengkerik atau jengkerik seperti lagunya, bentuk, warna dll.
Inilah proses pembelajaran haiku. Bukan haiku hanya haiku sahaja.
Setiap penulis haiku harus tahu latar belakang pada kata musim atau unsur alam yang digunakan dalam karya.

Baiklah, kita teruskan topik nejiribana tadi, cewah macam pensyarah biologi di dewan syarahan-tak salah berangan!


Nejiribana atau bunga putar-putar (saya mulakan istilah ini-DBP kata tak hidup di Msia hatta tak ada istilah bahasa melayu-classic excuse), ialah sejenis spesis rumput atau lalang. Samalah padi, padi juga sejenis rumput atau lalang.
Bunga putar-putar ini berputar macam bentuk tangga di belakang kedai kopi bertingkat tiga atau empat di Johor Bahru.
Spiral staircase atau tangga berputar.
Warnanya ummu lembut, bunganya halus dan tidak ada bau.
Ianya berputar-putar sampai kering, mungkin ia boleh berputar setakat 10 inci, sikit lebih kurang.
Dalam menggunakan bunga ini dalam karya haiku, kita boleh ambil metaforanya sebagai berusaha sampai ke atas, berputar menewaskan masalah, berputar untuk menyenangkan orang lain, pengorbanan, yakin dalam hidup sampai ke tahap tinggi. Itulah gambaran metafora bunga ini.
Jika ilham berhaiku tercetus setelah membaca entri ini, silakan tulis, kita kongsi.
Jika cantik dalam segala syarat-syarat haiku, saya hantarkan sedikit cenderahati. Boleh?

Thursday, April 10, 2008

What's in my head?

Have you tried translating 3 languages at the same time, at the same sitting, at the same breath?

Not just normal everyday words but words full of flowers, overflowing water, crispy clears rivers. Those sort, if you know what I mean...

This is what happened....

My husband is saying something but I am not listening. But I have to pretend, so suddenly I said...

...at last you managed the snow mountain!!!

Oooopppps!
Now, where did that come from?

He asked back, what are you talking about? What snow mountain?
I don't know where that come from *sigh*

Then, going deep in your thoughts, nothing can knock you out.
Suddenly from my son leaving the house...assalamualaikum...

out come from my mouth...Nihon no Roshodom, as a reply to that!
What mommy?

Dinner tonight, this question popped up (as usual not listening) while I was in mid-sentence...

I answered...You can eat the pelangi kembar on the table!

Oh, pelangi kembar...something new in my head (roll eyes)

I need my space...give me some space...in my head!

Tuesday, April 08, 2008

Mingguan Wasilah Oleh Darma Mohammad

Paparan artikel yang berkaitan seperti yang beikut:
Mingguan Wasilah
2-8 Mac 2008 / Sastera / oleh DARMA MOHAMMAD

"Haiku" yang menyegarkan

Peminat sastera Melayu sekian lama tertunggu-tunggu penerbitan antologi Haiku sepenuhnya yang ditulis oleh penulis Melayu di dalam bahasa Melayu. Sebelum ini pembaca pernah membaca haiku dalam benttuk antologi seperti buku "Sepanjang Jalan" kumpulan haiku oleh penulis Brunei Mas Malinja.

Haiku berakar dari sejarah puisi Jepun yang lama. Dengan bentuk yang khusus 3 baris dengan sukukata 5-7-5 itu, membuatkan haiku ini sangat unik. Ini bererti baris 1 mempunyai 5 sukukata, baris 2 mempunyai 7 sukukata dan baris 3 mempunyai 5 sukukata. Menulisnya memerlukan kemahiran yang tersendiri dengan menggunakan imej-imej alam yang menarik.

Buku yang dimaksudkan di sini ialah "Antologi Haiku 2006" yang diterbitkan oleh Abdullah Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai TabirAlam pada tahun 2007. TabirAlam sendiri menulis haiku di dalam buku ini. Antologi ini disusun oleh Lelahiro (Hajah Halela bt Haji Abdul Razak, yang bermastautin di Okinawa, Jepun) yang turut menyumbangkan haiku. Seorang lagi penulis haiku yang memberi sumbangan ialah Dipinggiran (nama bagi Rusmimi Musa) yang menetap di Putrajaya.

Membaca haiku menimbulkan semacam keindahan melalui bahasanya yang padat, jumlah kata yang terkawal dan cerita atau persoalan kehidupan sehari-hari. Haiku pastinya banyak meneroka pengalaman dan perasaan penulisnya yang berbagai ragam. Ada semacam sihir yang menyimpulkan idea haiku di dalam baris akhirnya.

Lihat bagai mana Lelahiro menulis: "pulau bergegar / mata taufan menghirup / tenaga alam".

Atau Dipinggiran menulis: "di persimpangan / gelap mencari jalan / sengat si jengking".
Begini pula pula tulis TabirAlam: "hujan tengkujuh / gunung yang kian lembut / tidak berjumpa".

Ada rakaman peristiwa yang terkesan di hati penulis-penulisnya. Lelahiro agak terkesan dengan suasana yang dialaminya di pulau Okinawa yang selalu terdedah dengan ribut taufan.

Manakala Dipinggiran berdepan dengan dilema kehidupan yang cukup mencengkam sehingga terpaksa mengalami keperitan hidup.
TabirAlam pula musim tengkujuh mendatangkan gejala lain yang mengharukan.

Haiku menuntut ketajaman akal pembaca. Melalui tiga baris yang padat itulah haiku menyampaikan pengalaman atau perasaan penulisnya. Biasanya unsur alam menjadi unsur yang dominan di dalam penulisan haiku. Suka duka kehidupan dapat diterapkan di dalam baris-baris haiku.

Peristiwa berkaitan dengan agama cukup digemari oleh tiga penulis di dalam antologi ini. Di sini dikemukakan tiga contoh daripada tiga penulis haiku yang terdapat di dalam antologi ini.

Tulis Lelahiro: "di masjid usang / cengkerik pun getar / solat sendiri". Dipinggiran menulis: "gelap meraba / denyut zikir dan wirid / semut meniti". Manakala TabirAlam mengungkapkan, "Qiamullai / khalwat mencari waktu / tujuh anggota".

Terdapat lagi untaian haiku yang berunsur agama di dalam antologi ini. Peristiwa yang dialami atau direnung oleh penulis diolah dengan bahasa yang indah. Pembaca akan terpikat kerana kepadatannya. Tidak ada masa untuk penulis haiku untuk bertele-tele dengan penceritaannya, atau memanjang-memanjangkan kata kerana haiku amat terikat dengan skema sukukata yang ketat.

Bagaimana pun mengikut Hajah Halela, "Terdapat lebih kelonggaran dalam persembahan haiku moden dari segi kebebasan pengiraan sukukatanya. Ini bermakna terlebih atau terkurang satu atau dua sukukata tidak menjadi kesalahan dalam persembahan haiku moden".

Untaian haiku di dalam antologi ini adalah hasil karya sepanjang tahun 2005 dan 2006 yang tersiar melalui laman web Komuniti Haiku di http://www.esastera.com/. Dimaklumkan bahawa penerbitan antologi ini adalah ilham daripada Lelahiro yang merupakan ahli Persatuan Haiku Ishimine, Okinawa, Jepun tempat beliau menetap sekarang ini.

Malah Halela merupakan pengarang haiku dalam tiga bahasa iaitu bahasa Jepun, Inggeris dan pastilah bahasa Melayu. Di Jepun, Halela merupakan pengarang haiku (dalam bahasa Jepun) yang disegani. Tidak hairanlah ramai penulis haiku (di Malaysia) yang menjadikan beliau sebagai guru haiku.

Pengucapan haiku di dalam antologi kaya dengan imej alam (malah ini semacam kemestian dalam menulis haiku), permainan bunyi dan metafora yang menyegarkan. Haiku memerlukan metafora yang mampu mengindahkan bahasa. Idea, persoalan atau pemikiran di dalam haiku bertolak daripada kehidupan zahir dan batin. Penulis-penulis haiku di dalam antologi ini mempunyai daya persepsi yang tajam dan penguasaan bahasa yang kuat.

Adalah dicadangkan penggemar puisi yang belum terdedah dengan haiku, membaca antologi ini dengan serius. Sejumlah 150 buah haiku di dalam antologi mampu menyentuh perasaan pembaca yang berjiwa halus. Setiap halaman dihiasi dengan gambar atau pun dengan lakaran yang berseni. Semua itu memikat hati.

Haiku patut dirakyatkan juga di dalam masyarakat kita melalui penulisan dan pembacaan.

Bak kata Hajah Halela, "Haiku wa jinsei atau Haiku itu kehidupan."
Syabas kepada lelahiro, Dipinggiran dan TabirAlam yang berjaya menghasilkan untaian haiku yang menawan hati.

Monday, April 07, 2008

Pesta Buku 2008

-Gambar ihsan dari blogger sakurako-
Pesta Buku AntaraBangsa di PWTC dari Apr. 4 - Apr. 13, 2008
Buku Antologi Haiku juga ada bersama
********
di booth Pustaka Yamien TR2 (2025-2026) dan
di Kedai Buku Banggol TR3 (A03-A09).
*********
Terima kasih pada kawan-kawan sehati yang sudi mengusahakan urusan ini.

Saturday, April 05, 2008

Sinar Harian


Artikel yang kucatatkan diantara entri dalam blogspot telah mendapat perhatian seorang penulis dari akhbar tabliod Sinar Harian. Artikel itu menggambarkan buah biwa yang belum ada istilahnya dalam Bahasa Melayu. Pohon ini untuk pertama kalinya menghasilkan buah di laman depan rumah saya. Saya mengambil istilah dalam bahasa Arab untuk buah ini, buah Basmala.


Sila lihat entri ini

http://halela.blogspot.com/2008/03/bashmala.html

sedikit maklum balas dari penulis Sinar Harian itu.

"Ruang itu dinamakan Dari Blog ke Blog dari Sinar Harian. Ia macam memberi publisiti kepada blog yang ada di alam maya.

Sinar Harian itu adalah daily paper dari KarangKraf.

Friday, April 04, 2008

Hydrangea

Photo courtesy of http://www.flowersbulbs.com/
Ada orang kata nama bunga ini Raja Deli, rasa seperti seorang Puteri bangsawan.
Ada orang panggil bunga ini Siti Zubaidah, rasa macam penyanyi nasheed dari Masir.
Ada orang namakan kembang 3-bulan, rasa macam kambing bunting.
Ada pula yang mengelarkannya sebagai bunga 7-warna, seperti pelangi bertukar-tukar ke 7 warna pelangi dalam satu kuntuman.
Ada pula yang sebut kembang bokor, saya tak undi nama ini, tak sedap!
Hydrangea nama Inggeris dan
ajisai nama Jepun.
Sebenarnya saya ingin menterjemahkan sekerat sajak Jepun, tersangkut pula dengan kerumitan mencari nama bunga ini dalam Bahasa Melayu!

Thursday, April 03, 2008

Tempe basah, telur mentah

Inilah makanan saya untuk tengah hari tadi.
Tempe basah dan telur mentah lumatkan dalam nasi tiga sudu besar.
Tempe itu basah atau natto sebutan Jepun. Ianya masih dalam proses fermentasi, busuk dan berlendir.
Telur itu telur ayam kahwin bukan telur keluaran karan.

Mentah dan berlendir.

Loya tekak?

Perut ini sudah mengalami proses perubahan. Makanan melayu sudah tidak dapat diterima lagi walaupun air liur mencurah ingin rasa. Akhir sekali balik Malaysia, hari pertama makan di lapangan terbang Changi, black pepper mushroom. Kena perit perut sampai 40 hari. Dah janji berjumpa dengan blogger MA di Blue Wave Hotel-JB, tak jadi jumpa. Memual-mual perut.

http://halela.blogspot.com/2008/03/maccha.html

Keputusan jawapan perasa air batu kacang yang di entri ini, saya jelaskan sekarang. Sesudah 2 minggu yang saya janjikan.
Malangnya tidak ada sesiapa yang dapat menjawab dengan tepat pada kedua-dua perasa itu.
Bukan corn dengan ubi.
Bukan caremel dengan ubi.
Bukan coklat dengan ubi.

Jawapannya:
Yang berwarna coklat itu perasa tepung kacang soya atau kinako.
Yang berwarna uggu(purple) itu perasa tepung ubi keledek unggu atau beni-imo yang hanya ditanam di pulau ini. Lain-lain kawasan di Jepun tidak ada.

Sorilah...lain kali kita cuba lain soalan ye.

Wednesday, April 02, 2008

Aida Mitsuo-Shiawase

Shiawase
====
Shiawase wa
itsu mo
jibun no
kokoro ga
kimeru

Aida Mitsuo
===========

Happiness

Happiness is always decided by our own heart

=========

Kebahagian

Biasanya kita yang tetapkan kebahagian sendiri
==========
Copyright Translation in English and Bahasa Melayu by jahrera

Tuesday, April 01, 2008

Me

Tolonglah berikan saya masa. Saya perlukan masa. Saya perlu bersendiri.

Berilah saya ruang untuk menulis, janganlah masuk dalam fikiran ini.

Tolonggg...
Saya ingin bersaing dengan penulis lain, rancak menulis.
Berilah saya kebebasan!
--------------------
afterthought: tidak ada kaitan dengan kawan/kenalan/pembaca/perindu di alam siber, harap maklum.

Monday, March 31, 2008

Aida Mitsuo - Issho benkyo Issho seishun

Issho benkyo Issho seishun

Lifetime learning Lifetime youth

Seumur pembelajaran Seumur kemudaan
========
Copyright Translation in English and Bahasa Melayu by jahrera

Homeless Chugakusei

The cover of novel Hiroshi Tamura "The Homeless Junior High School Student."

Comedian’s autobiography on homeless childhood becomes record bestseller
Comedian Hiroshi Tamura’s autobiographical novel “The Homeless Junior High School Student” (Wani Books) has in the only two months that have passed since its Sept. 3 release sold more than 1 million copies, the Sports Daily reported Monday.

Now 28-year-old Tamura, member of the comedy duo Kirin, saw his family break up while he was still in junior high school, forcing Tamura to in periods spend his nights in public parks. The autobiography tells frankly about hardships Tamura went through, such as having to eat cardboard to survive, according to the Sports Daily.

His autobiographical novel, “The Homeless Junior High School Student,” has become the fastest selling non-fictional book in Japan on record, and the publisher is currently looking into sending an application to Guinness World Records for fastest selling non-fictional book ever, while bids for the rights to make screen adaptations and TV-series out of the novel are flooding in.
Link: http://www.japannewsreview.com/entertainment/books/
20071113page_id=2998

I showed this book to my husband when I saw the attractive title. He remarked it is impossible for a secondary-age school boy to live as homeless in Japan. The social welfare department see to it that he should not live a homeless life.

This is an autobiographical novel, his true life.
Question is how did he end up as a homeless high school boy?
He was living in the neighbourhood children's playground, hungry all the time, eating cardbox paper and on top of that he managed to attend school everyday.
In Japan, every neighbourhood children's playground is facilitated with a small public toilet and wash basin. He used this public toilet and washed himself everyday while living in the cardboard box.
How did he end up homeless in a rich country like Japan?

This is a light review of the book.
His mother died and his father was unemployed due to the re-structuring economic trend during the early 1980's.
His father left them, his brother studying in the university, his sister in high school and him.
One day, they have to vacate their house due to unpaid rent. The brother and sister decided to stay at a temple but he told them he wanted to stay at some friend's house. But he ended up at the playground secretly.
Imagine a boy who had warm meals home-cooked and home-served everyday, imagine a boy who has clean clothes laid out for him every morning. Imagine how he managed his life while sleeping in the public playground.

His homeless plight for one month was known and they were put in the government's children home. He becomes a well-known television comedian now. Lately, there was some rumours that he found his father but that is another story.

Within two months of release, the novel sale jumped into the one million mark!
The fastest best-sellers ever!

Saturday, March 29, 2008

Mitsuo Aida: Honki

Honki
===
Nan de mo ii kara sa
honki de yatte goran
honki de yareba
tanoshii kara
honki de yareba
tsukarenai kara
tsukare demo
tsukare ga
sawayaka dakara
Aida Mitsuo
************
Sungguh
===
apa-apa pun tak kisahlah
cubalah buat dengan bersungguh
jika dibuat bersungguh
rasa seronok
jika dibuat bersungguh
tak rasa letih
jika letih
keletihan itu
menyegarkan
**********
Earnest
====
whatever it may be
try to do in earnest
if done earnestly
it becomes fun
if done earnestly
there is no exhaustion
even if exhausted
the exhaustion is
refreshingly good.
***********
Copyright Translation in English and Bahasa Melayu by jahrera
*********

Friday, March 28, 2008

Bashmala


Kenal tak buah Bashmala?
Mungkin banyak orang melayu pernah makan tapi masih tak tau panggilan nama buah ini.

Yang masalahnya, apa namanya buah ini dalam Bahasa Melayu, yang amat dibanggakan oleh orang Melayu (banggakah orang Melayu dengan Bahasa Melayu? - soalan ini bukan menghina, memandangkan banyak orang Melayu yang speaking-spangking).

Tak kisahlah saya orang tak cakap bahasa Melayu tapi kadang-kadang istilah-istilah bahasa Melayu belum ada lagi dalam kamus ternama seperti kamus DBP.

Ambil contoh buah ini, apa namanya dalam Bahasa Melayu?

Namanya ada dalam bahasa Portuguese, Croation, Italian, Hungarian, Spanish, Catalan, French, Hebrew, Lebanese, Greek dan Turkish. Tapi bahasa Melayu apa?

Orang Armenian menamakan buah ini dengan nama sungguh manis bunyinya, Nor Ashkhar, dan orang Arab menggunakan nama Bashmala. Jadi saya fikir dalam semua-semua nama, baiklah saya pilih nama arab pada panggilan buah ini, buah Bashmala. Terbayang pula gadis ayu dari Mekah dengan lirik mata yang jernih dan bulat.

Sebenarnya orang Cina Cantonese memanggilnya buah low Gwat atau pipa sebab buah ini berbentuk seperti gitar Cina.
Orang Jepun juga menamakannya mengikut gitar seakan-akan yang ditiru dari Cina, gitar Biwa.
Jadi buah ini orang Jepun panggil buah Biwa.
Orang Hindi mengikut panggilan orang Cina, low qwat menjadi lokaat.
Kalau ikut nama antarabangsa buah ini, ia terkenal sekarang dengan nama loquat.
Tapi nama Bahasa Melayu saya tidak tahu *sigh*

E-bonda pagi Jumaat yang nyaman hari ini meleret panjang hanya kerana tidak tahu nama buah Bashmala!
Itulah perangai e-bonda, perkara yang kecil begini boleh jadi tekanan, sabar ye e-bonda.



Saya hanya ingin catatkan yang buah bashmala ini pertama kali berbuah di halaman depan rumah saya pada tahun ini, bulan ini, hari ini, pagi ini (now you know precisely the meaning of "meleret"!).

Orang Jepun pangkatkan situasi ini sebagai hatsu biwa atau biwa pertama.

Manis, masyaAllah.

nota rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/Loquat

Wednesday, March 26, 2008

Maccha

I heard something is wrong with this comment box for the past couple of days. So, feel free to make your comment so I can rectify this little problem.

Maccha is tea but its in the powdered green form. This powdered green tea is extracted from the newest and softest green leaves, dried up and grind into powder. It is more expensive that the normal tea leaves sold for drinking. The dietery value of the leaves are not reduced in any form during the production into powder state.

I saw from a blogger who is known for her skill in producing beautiful cupcakes in Brunei, Nina Suria when she made Maccha mini doughnuts.

But here on this island, I want to show another version of this beautiful, green maccha.



This is Maccha baumkuhen. Actually, I've known this cake as kek lapis all along. I loved the rempah kek lapis from Indonesia. But Baumkuhen or bamukuhen, the Japanese call it, here is all maccha, made from the powdered green tea. The taste of green tea in this cake is refreshing.

Then again, Okinawa people have their own version of air batu kacang or shaved ice with sweet toppings.


These three air batu kacang are of different flavours. I know you, my beautiful readers have already guessed that green colour is Maccha air batu kacang. The white, round ball is pulut or glutinous powdered rice ball.

But, here is the interesting part. What is the flavour from the purple plate and the brown plate?

Anybody who can make the right guess of both plate (not one plate-must be both), will get a packet of green Japanese tea from me (not maccha).

Hey, I'm just making life interesting, so go ahead, make a guess.

Thursday, March 20, 2008

Maulidur Rasul Mar.20, 2008

Today in the hijri date is our Messenger Mohammad Rasulullah SAW birthday.

What do we do on this date? I would do my normal routine and read the selawat. I mean, its not like I am doing it just on this day.
Actually, selawat on Nabi Rasullullah is istiqamah. Meaning, would be barakah to say the selawat any day of the year. Not just today.

But some people would do the "doa selamat" at home calling some imam to read doa and having good food after that.

The controversy of this "bidaah hasanah" is so difficult for me to digest. I am not at the level to consider myself able to weight the pros and cons.
Some clever people call it bidaah and yet hang the word hasanah there.
So, where do we simple, small people stand?
In between "bidaah" and "hasanah", left leg on bidaah and right leg on hasanah.
If you take a peep at Masjid Nabawi in Madinah now, where the Raudhah is...would you see people feasting on food?
Would you see people carrying banners saying the selawat out loud in rythym?

I don't have the answer, this is my musings, just my wondering thoughts.

*******************
Spring is here on this island. My pots of pandan leaf did well this winter. Maintaining its deep, green leaves on the tip with some pale, yellow leaves at the base of the stem.
Well, here is what I did to those winter pale, yellow pandan leaves and have my whole house smell so "harum" and "semerbak", even the neighbours 5-doors away are wondering what (not where) that beautiful smell is. Japanese have never seen pandan leaf and when they see one, they say those leaves are for summer "tikar".
You should see their mouths open and shut when I show them what I did with my pandan leaves.

Here it is!

Pandan bun and pandan jam. Eat your heart out!

Tuesday, March 18, 2008

Akhir sakura Mac.2008



Saya berfikir sendiri, musim sakura untuk tahun ini sudah nak habis. Kalau terlepas sekarang, kenalah tunggu tahun depan. Sebelum hujan mencabut kelopak-kelopak sakura, baiklah saya pergi menikmatinya sendiri. Baru-baru ini saya tidak bersama warga melayu di sini pergi berkelah menikmati kembangan sakura.
Inilah gambar bukit di belakang rumah saya. Kalau lihat rumah-rumah di puncak bukit, kawasan dalam lagi terdapat rumah saya.
Saya memandu sendiri pergi mencari kembangan sakura dan berhenti di tepi jalan ini.


Yang menarik sangat dengan pokok sakura ini ialah hanya kelopak-kelopak sahaja menghias jalan itu. Ia tumbuh di bawah jalan.
Saya rasa ingin tengelamkan diri ini dalam kelopak-kelopak halus dan harum itu. Sungguh terpesona dengan kecantikan kraf Allah Ta'Allah, subhanAllah.
Tak kempunan saya tahun ini!


tikaman duri
menusuk jantung
darah tak tumpah ke tanah
hanya berladung di dasar batin
menyerapi liang-liang luka.
..................................
aku meraung di dalam hujan
sampai ke lidah petir
dilarikan tangisanku
ke hujung kaki langit.
[darma mohammad]

Thursday, March 13, 2008

Pemenang Pulut Sakura

Saya ingin umumkan pemenang haiku yang layak dari segi struktur dan teknikal karangan haiku itu. Entri itu saya siarkan di sini dan hanya 3 orang yang mencatatkan sumbangan mereka.

Unsunghero dengan haikunya

Manis sakura
tak tergapai rasanya
memeram rindu.

Ulasannya: manis sakura itu ditujukan pada "pulut sakura"(dalam gambar) dan pada orang yang tidak dapat merasanya, boleh membawa pada keadaan yang biasa dipanggil sebagai "kempunan" (memeram rindu). Tafsiran ini dilihat pada ayat zahir yang tertulis di haiku ini atau tafsiran luar.
Jika dilihat pada maksud berlapis atau metaforanya atau tafsiran dalam, haiku ini membawa pada tema kerinduan. Seseorang yang "memeram rindu" dan tidak dapat merasa "kemanisan" rindu itu.
Unsunghero, kitty chan is on the way, insyaAllah.
Oh, lagi satu...darihal gambar "tikam-tikam" itu, kenapa janggutmu tersenyum simpul?
Tipah tak tertipu ahaks...

haiku dari Ummi...
Sakura yang kurindu
damai di hati
indahnya mimpi.

Tema yang sama boleh dibunyikan begini...
Pulut sakura
kelopak dalam mimpi
manis taburan.

haiku dari CikMilah...
Musim sakura
kusenyumi marahmu
di tinta warna.

Tema yang sama boleh diedit begini...
Pulut sakura
mengucup kemarahan
di kuntum bibir.

Saya tuliskan pembetulannya di sini sebagai sample untuk sesiapa yang ingin cuba mengarang haiku.

Ada sesiapa ingin mencuba? Kalau ada, saya akan siapkan Kitty Chan lagi.
Tema akan datang
Maulidur Rasul