Friday, March 28, 2008

Bashmala


Kenal tak buah Bashmala?
Mungkin banyak orang melayu pernah makan tapi masih tak tau panggilan nama buah ini.

Yang masalahnya, apa namanya buah ini dalam Bahasa Melayu, yang amat dibanggakan oleh orang Melayu (banggakah orang Melayu dengan Bahasa Melayu? - soalan ini bukan menghina, memandangkan banyak orang Melayu yang speaking-spangking).

Tak kisahlah saya orang tak cakap bahasa Melayu tapi kadang-kadang istilah-istilah bahasa Melayu belum ada lagi dalam kamus ternama seperti kamus DBP.

Ambil contoh buah ini, apa namanya dalam Bahasa Melayu?

Namanya ada dalam bahasa Portuguese, Croation, Italian, Hungarian, Spanish, Catalan, French, Hebrew, Lebanese, Greek dan Turkish. Tapi bahasa Melayu apa?

Orang Armenian menamakan buah ini dengan nama sungguh manis bunyinya, Nor Ashkhar, dan orang Arab menggunakan nama Bashmala. Jadi saya fikir dalam semua-semua nama, baiklah saya pilih nama arab pada panggilan buah ini, buah Bashmala. Terbayang pula gadis ayu dari Mekah dengan lirik mata yang jernih dan bulat.

Sebenarnya orang Cina Cantonese memanggilnya buah low Gwat atau pipa sebab buah ini berbentuk seperti gitar Cina.
Orang Jepun juga menamakannya mengikut gitar seakan-akan yang ditiru dari Cina, gitar Biwa.
Jadi buah ini orang Jepun panggil buah Biwa.
Orang Hindi mengikut panggilan orang Cina, low qwat menjadi lokaat.
Kalau ikut nama antarabangsa buah ini, ia terkenal sekarang dengan nama loquat.
Tapi nama Bahasa Melayu saya tidak tahu *sigh*

E-bonda pagi Jumaat yang nyaman hari ini meleret panjang hanya kerana tidak tahu nama buah Bashmala!
Itulah perangai e-bonda, perkara yang kecil begini boleh jadi tekanan, sabar ye e-bonda.



Saya hanya ingin catatkan yang buah bashmala ini pertama kali berbuah di halaman depan rumah saya pada tahun ini, bulan ini, hari ini, pagi ini (now you know precisely the meaning of "meleret"!).

Orang Jepun pangkatkan situasi ini sebagai hatsu biwa atau biwa pertama.

Manis, masyaAllah.

nota rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/Loquat

12 comments:

  1. Askum kak lela..kalau banyak buah bashmala tur..bolehlah kirim2kan kat kami..nanti lepas makan kami cubalah berikan nama dalam bahasa melayu :)

    ReplyDelete
  2. Puan Halela,

    Untuk pengetahuan Puan. pokok (buah) biwa itu memang bukan asalnya tumbuh di bumi Tanah Melayu. Sebab itu ia tidak ada dalam BM. Bagaimana pun kekalkan saja sebagai "biwa".

    Saya tak jumpa benihnya dijual di sini. Puan boleh bawa ke KL beberapa biji benih --bijinya--biwa ini (buah yang Puan beli di pasar atau kedai), saya ingin membelinya.

    Apa pun Puan, buah seumpama ini ada di Tanah Melayu mungkin dengan nama yang lain. Umapanya spesis jambu.

    Wassalam.

    DARMA MOHAMMAD.

    ReplyDelete
  3. salam kembali tuan darma mohammad,

    InsyaAllah, saya rasa lebih elok kalau saya dapatkan benih yang asli, keringkan dan bawah untuk tuan. Saya tidak pasti adakah biwa tumbuhan yang boleh hidup dalam cuaca tropikal seperti di Msia tapi tak salah membuat percubaan untuk menanamnya.

    Haruskan kita tetapkan namanya sebagai "biwa" walhal nama Bahasa Inggerisnya sudah terkenak sebagai "loquat"?

    ReplyDelete
  4. salam kembali azra,

    Mesej itu membuat saya tersenyum.
    Sebenarnya biwa yang dijual di kedai amatlah manis dan juicy, masyAllah. Tapi disebabkan biwa di laman ini ialah hatsubiwa (biwa pertama), ada yang tawar dan tidak juicy.
    Tak memadai harga pos jika saya hantarkan...sori, yang oooiii.

    ReplyDelete
  5. jika x silap saya tuh buah kunang..i'm frm malacca.

    ReplyDelete
  6. salam kenal eareaz,
    harap buah kunang yang dimaksudkan ini tidak sama istilahnya dengan buah kundang, warna dan bentuk seakan-akan buah biwa.
    Aunty pun dari Melaka.

    ReplyDelete
  7. k.lela, agak lama tak menjengah 'rumah' ni. owh,kalo buah biwa..noora kenal la. tapi, nama dlm BM pun tak tau jugak. eheh.. semlm baca akhbar Sinar keluaran KL-selangor. kat ruangan penulisan blog, ada terbaca entry k.lela pasal buah biwa ni... pagi ni, terus noora dtg sini. heehe

    ReplyDelete
  8. salam umeboshi,

    Ye ke? Boleh tak k lela dapatkan akbhar sinar ini online?
    Atau pun boleh tak Ume hantarkan clippings akbar itu pada alamat Okinawa?
    Onegaishimasu.

    ReplyDelete
  9. suami saya beria-ia nak makan buah ni masa di Jepun hari tu. dapat juga, tapi yang bersira gula. bukan tiada di kedai, harganya agak mahal untuk kami. hehehe...

    ReplyDelete
  10. salam lina,

    awal april, belum masuk musim lagi untuk buah ini di mainland Jepun.
    Itulah sebabnya masih mahal.

    ReplyDelete
  11. kak lela
    kemungkinan besar tak ada namanya dalam bahasa melayu kerana buah ni memang bukan asalnya dari tanah melayu. zar sekarang buat kajian buah buahan hutan di semenanjung malaysia. buah ni memang tak ada dalam inventori flora hutan kita. Yang hampir sama adalah buah kundang, mungkin dari famili yang sama tetapi spesis yang berbeza.

    Zar pernah rasa buah ni di Yokohama dulu, dan zar yakin memang buah ni sama family dengan kundang..

    ReplyDelete
  12. hah buah kundang kot..silap lak hehehe.salam perkenalan aunty.lain erk buah tuh dgn buah kundang.? i'm from durian tunggal.aunty org tampin rite..?

    ReplyDelete