Mesej dari pejabat Imam Masjid Kampung Siglap
Beberapa silap faham di dalam masyarakat mengenai Ramadhan
1) Zakat hanya wajib di bayar pada bulan Ramadhan.
Pembayaran Zakat wajib di tunaikan apabila telah cukup nisab dan haul, dan tidaklah harus ditangguhkan hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Sekiranya telah cukup haul dan nisab, tetapi tidak ditunaikan pembayaran zakat, semata-mata kerana ingin menunggu bulan Ramadhan, maka seseorang itu akan tetap berdosa.
2) Berpuasa hanyalah setakat menahan diri daripada makan dan minum sahaja.
Seluruh tubuh badan haruslah berpuasa. Sebagai contoh: Puasa mata, telinga, tangan, kaki dan sebagainya adalah dengan menahan anggota-anggota tersebut daripada melihat, mendengar, mengumpat atau melakukan apa sahaja bentuk kemaksiatan. Barangsiapa yang tidak menahan anggota tersebut daripada melihat, mendengar atau melakukan maksiat, maka dia tidak akan mendapat pahala yang sempurna daripada puasanya itu kecuali lapar dan dahaga sahaja.
3) Makan dan minum di siang hari Ramadhan tanpa segan silu.
Sekiranya kita tidak berpuasa kerana sebab-sebab tertentu, sebaik-baiknya janganlah kita makan atau minum dikhalayak ramai.
4) Tidak salah bagi para penjaja untuk menjual makanan kepada seseorang Islam untuk dimakan pada siang hari di bulan ramadhan.
Seorang penjaja makanan yang beragama Islam tidaklah harus berjualan di siang hari Ramadhan kepada mereka yang sengaja tidak berpuasa tanpa keuzuran.,yang ingin makan di gerai makanannya itu. Ini adalah kerana dia akan dikira sebagai bersubahat dengan mereka. Namun, dia dibenarkan menjual makanan dengan cara di bungkus (take away) sebagai juadah untuk berbuka puasa.
5) Saya ingin berhenti merokok tetapi tidak pernah berjaya.
Sewaktu menjalani ibadah puasa, seorang perokok telah mampu menahan dirinya daripada merokok sepanjang hari. Ini menunjukkan bahawa sekiranya seseorang itu mempunyai azam yang kuat, maka, insya Allah dia akan berjaya menghentikan tabiat buruk tersebut. Maka, sebaik-baiknya setiap perokok harus gunakan kesempatan bulan Ramadhan ini untuk menghentikan tabiat yang buruk tersebut.
6) Adakalanya seseorang yang menjalani ibadah puasa merasa lapar di siang hari lalu ingin berbuka.
Merasa lapar dan dahaga sewaktu berpuasa adalah suatu perkara yang lumrah. Seseorang yang berpuasa haruslah menguatkan azamnya dan membuat persiapan mental dari awal lagi bahawa di siang hari nanti dia pasti akan merasa lapar dan dahaga. Itu adalah salah satu bentuk pengorbanan demi untuk mentaati perintah Allah swt dan mencari keredhaanNya.
Namun demikian, sekiranya seseorang itu memang benar-benar sakit atau keuzuran, dia dibenarkan berbuka kalau dengan berpuasa itu boleh memudharatkannya.
7) Barangsiapa yang menunaikan solat terawih, mereka akan mendapat pahala yang sangat besar. Sebagai contoh, barangsiapa yang menunaikannya pada malam pertama, dikatakan, fadhilatnya adalah "dosa-dosanya akan diampunkanseperti mana dia baru dilahirkan". Fadhilat untuk malam kedua pula adalah: "Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran". Fadhilat untuk malam ke enam pula adalah: “mendapat pahala 70,000 malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur."
Menunaikan solat terawih pada bulan Ramadhan memanglah suatu amalan sunnah yang sangat dituntut. Namun demikian, tidak ada hadith yang sohih maupun yang dhoif yang menjelaskan secara terperinci mengenai fadilat-fahdilat solat tersebut sekiranya ianya ditunaikan pada malam-malam tertentu. Adapun hadith yang menjelaskan fadhilatnya dari malam pertama hingga ke tiga puluh adalah hadith maudhu (yang direka) dan tidaklah boleh dijadikan sebagai sandaran ataupun hujjah dan tidaklah harus disebarkan.
8) Ramai jemaah akan menunaikan solat Terawih hanya pada awal ramadhan, kemudian semakin berkurangan.
Solat sunat terawih adalah antara amalan yang sangat dituntut supaya ditunaikan pada keseluruhan bulan Ramadhan. Bulan tersebut adalah bulan yang penuh dengan keberkahan dan pengampunan, maka amat rugilah mereka-mereka yang tidak memanfaatkan sepenuhnya bulan tersebut. Sebaik-baiknya, kita cubalah agar dapat menambahkan amalan-amalan soleh sepanjang bulan tersebut terutama pada malam-malam terakahir bulan Ramadhan demi mendapatkan keampunan dan pembebasan daripada api neraka.
9) Solat witir sunat di lakukan hanya pada bulan Ramadhan.
Solat witir adalah antara solat-solat sunat yang sangat di tuntut supaya di kerjakan pada setiap malam dan bukanlah hanya pada bulan Ramadhan. Waktunya adalah selepas menunaikan solat isyak dan sejurus sebelum masuknya waktu subuh. Ianya boleh dikerjakan samada satu, tiga, lima rakaat atau sebagainya.
10) Mengutamakan membeli-belah pada akhir-akhir Ramadhan dan pada malam Hari Raya kerana pada ketika itu barang-barang akan dijual dengan harga yang sangat murah.
Malam-malam terakhir Ramadhan adalah malam-malam yang penuh dengan keberkahan yang terdapat juga di dalamnya malam Lailatul Qadr. Sebaik-baiknya, ianya haruslah di isi dengan bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah swt. Alangkah ruginya sekiranya pada setiap tahun, malam-malam yang berharga sebegini, termasuk malam Hari Raya dihabiskan hanya dengan membeli-belah atau terlalu sibuk hanya untuk menghiasi rumah. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan membuat persiapan Hari Raya dari awal lagi agar malam-malam terakhir tersebut dapat dipenuhi dengan ibadah kepada Allah swt.
11) Pada Ramadhan yang lalu, terdapat beberapa gerai di bazaar yang menyediakan khidmat membuat "tatoo sementara". Memandangkan ianya bukanlah bersifat "permanent", tidaklah salah untuk seseorang itu membuat tatoo itu untuk anaknya
Membuatkan atau membenarkan anaknya membuat tatoo walaupun bersifat sementara haruslah dielakkan kerana ianya akan membiasakan diri anaknya suka atau berbangga dengan pembuatan tatoo di tubuhnya. Ini mempunyai kesan negative pada jangka masa yang panjang. Maka, walaupun ianya berbentyuk sementara, tidaklah wajar kite membuatkannya untuk anak-anak kite.
12) Meminta maaf hanyalah dilakukan pada setiap pagi raya.
Seseorang yang telah melakukan kesalahan haruslah dengan segera memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan dan tidaklah harus hanya menantikan pada Hari Raya untuk saling bermaaf-maafan.
13) Antara amalan yang dituntut pada pagi Hari Raya adalah menziarahi perkuburan.
Rasulullah saw memang menggalakkan umatnya menziarah perkuburan kerana ianya boleh mengingatkan seseorang kepada kematian. Menziarahi perkuburan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dan bukanlah menjadi suatu amalan sunat untuk dikhususkan hanya pada setiap pagi Raya. Antara amalan sunnah pada pagi Hari Raya adalah menunaikan solat Hari Raya secara berjemaah dan kemudian saling ziarah-menziarahi sanak-saudara dan sahabat-handai dan bukan menziarahi perkuburan.
14) Menunaikan solat hanya pada kedua Hari Raya di dalam setahun
Adalah satu amalan sunnah yang sangat dianjurkan bagi setiap umat Islam, Muslimin dan muslimat untuk bersama menunaikan solat kedua hari raya pada setiap tahun. Namun, selain daripada kedua solat tersebut, sebagai seorang yang beriman, kita juga diwajibkan untuk menunaikan solat lima waktu setiap hari, pada waktu-waktu yang ditentukan. Selain daripada itu, kaum muslimin dikehendaki menunaikan solat jumaat berjemaah di masjid pada setiap minggu.
15) Bersalaman di antara ipar-duai sewaktu berziarah pada Hari Raya.
Walaupun berziarah pada hari raya adalah antara amalan yang sangat dituntut, namun demikian, perlu dijaga juga hukum-ahkam di dalam berziarah tersebut. Sebagai contoh, sewaktu sibuk berziarah, tuntutan solat tidaklah harus di abaikan dan juga mereka-mereka yang bukan mahram (seperti diantara ipar-duai atau sahabat-handai) tidaklah harus bersalaman.
16) Hanya menitik beratkan amalan-amalan ritual seperti solat, puasa menutup aurat tetapi tidak mengambil berat menganai akhlak, hubungan kemasyarakatan dan sebagainya.
Di dalam Islam, seseorang itu bukanlah hanya dituntut menjalin hubungan yang baik bersama tuhannya, akan tetapi ianya juga dituntut menjalin hubungan yang baik sesame insan, tidak kira yang bergama islam ataupun tidak. Inilah yang dikatakan sebagai hablumminallah dan hablumminannas. Selain daripada amalan ritual seperti solat, puasa, menutup aurat dan sebagainya, umat Islam haruslah juga memastikan bahawa dia berakhlak mulia, berbudi pekerti yang luhur, saling hormat-menghormati, suka tolong menolong serta bermanfaat kepada masyarakat.
Wallahu 'alam
USTAZ AZMI ABDUL SAMAD
azmiabdsamad@gmail.com
Sunday, October 02, 2005
Thursday, September 22, 2005
Pandan roll
Resipi ini ditulis atas permintaan seorang suri -sunflora-yang tinggal di Saudi Arab.
Bahan-bahan roti ini saya ambil dari resipi bread-maker tapi uli dengan tangan, lagi senang!
Sekejap saja dah sebati tapi tengok pada tangan orang-orang agaknya. Mana tangan yang boleh sepak bontot gajah, mungkin senang menguli bahan-bahan ini.
Ok, get ready, here goes...
Blend daun pandan dalam 5-6 helai, perah dan simpan jus ini. Buat dalam 1 cup (gunakan amerikan size cup-itu standard).
1) 1 cup jus pandan (yang perah tadi tu)
2) 1 biji telur saiz besar
3) 3 1/4 cup tepung roti (bread flour-bukan tepung buat jemput-jemput, yang khas untuk pizza)
4) 4 tbsp sugar (nak manis lebih tambah sendiri)
5) 1 tsp garam
6) 1/4 cup majerin/butter
7) 1 1/2 tsp dry yeast
Masukkan bahan-bahan ini dalam bekas ikut nombor yang diberi. Jangan potong Q, susah nak uli nanti.
Uli sampai boleh bulat-bulatkan, saiz ikut kesukaan masing2.
Basahkan dulang pembakar dengan minyak, sambil uli sambil susun roti.
Lekatkan bijirin bijan hitam kat tengah roti, saja nak cantikkan.
Tinggalkan roti untuk naik dalam 2 jam.
Sebelum bakar roti, preheat ketuhar 180c-5 minit. (jangan masuk roti masa preheat)
Lepas preheat, masukkan semua roti, bakar 180c selama 10 minit.
Dah jadi roti pandan, itu saja...senang!
Wednesday, March 02, 2005
Amalan bulan Muharram
From The Office of Imam
Masjid Kampung Siglap Singapore
Antara Amalan Pada Bulan Muharram
1) Puasa Asyura (10 Muharram)
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas, "Sewaktu Nabi SAW tiba di Madinah, baginda mendapati bahawa orang-orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura'. Apabila ditanya, mereka menjawab, "Hari ini adalah hari kemenangan. Hari ini adalah hari dimana Allah SWT menyelamatkan Bani Israil daripada musuh-musuh mereka lalu Nabi Musa as berpuasa pada hari tersebut.
Nabi SAW kemudian bersabda, "Maka aku lebih berhak dengan Nabi Musa daripada kamu".
Baginda lalu berpuasa dan mengarahkan (para sahabat) untuk turut berpuasa."
Maka dianjurkan bagi kita supaya berpuasa sunat pada Hari Asyura' iaitu pada 10 hb Muharram.
Tujuan kita berpuasa adalah sebagai mengikut sunnah Nabi SAW berpuasa yang berpuasa pada hari tersebut.
Fadhilatnya
Diampunkan dosa-dosa yang dilakukan selama setahun yang lalu.
Nabi SAW bersabda, "Puasa pada Hari Arafah dapat menghapuskan dosa setahun sebelum dan setahun sesudahnya.
Adapun puasa Hari Asyura pula, dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya"
2) Puasa Thosu'ah (9 Muharram)
Selain daripada puasa pada hari Asyura (10 Muharram), umat Islam juga disunatkan berpuasa pada Hari Thosu'ah iaitu 9 Muharram (atau sehari sesudahnya 11hb Muharram).
Nabi SAW bersabda, "Berpuasalah pada Hari Asyura dan perbezakan (diri kalian) dengan org2 Yahudi dengan berpuasa juga sehari sebelum atau sesudahnya".
Persoalan & Perbincangan
Adakah kita disunatkan berpuasa sunat pada 1 Muharram?
Kita tidak disunatkan untuk berpuasa sunat pada 1hb Muharram kecuali sekiranya hari itu jatuh pada Hari Isnin atau Khamis dan memang telah menjadi amalan kebiasaan kita untuk berpuasa pada setiap Hari Isnin dan Khamis.
Maka sekiranya demikian, kita berpuasa sebagai puasa sunat Hari Khamis.
Adakah doa-doa tertentu yang disunatkan untuk dibaca pada awal dan akhir tahun dan apakah fadhilat-fadhilatnya?
Secara umumnya, umat Islam memang digalakkan agar sentiasa memperbanyakkan doa di dalam menjalani kehidupan ini.
Namun, tiada doa khusus yang disunatkan untuk dibaca pada Awal atau Akhir Tahun.
Begitu juga, fadhilat-fadhilat membaca doa tersebut yang masyur sebenarnya bukanlah daripada kata-kata Rasulullah SAW.
Antara fadhilat yang tidak benar tetapi tersebar dengan meluas adalah sebagai berikut:
***** ***** *****
Sesiapa yang membaca Doa Akhir Tahun (yang telah disediakan ini), syaitan akan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku
satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
Sesiapa yang membaca Doa Awal Tahun ini, Syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
***** ***** *****
Al Imam Abu Syamah, Jamaluddin al-Qhasimy, Muhammad Abdus Salam as-Shuqairy dan Dr. Bakr Abu Zaid didalam
kitab-kitab mereka menyatakan bahawa doa awal dan akhir tahun tidak tsabit daripada Nabi SAW, para sahabat, atau para Taabiin.
Bahkan mereka menyatakan bahawa fadhilat doa ini tidak terdapat didalam kitab-kitab hadith yang bersanad atau kitab-kitab hadith maudhu’aat (palsu).
Mereka menekankan bahawa dakwaan tentang fadhilat doa itu sememangnya adalah palsu dan bukan daripada Rasulullah SAW.
Namun, perkara sebegini tidaklah harus menjadikan sebab perpecahan dikalangan umat islam.
Kita secara umumnya memang di galakkan untuk memperbanyakkan doa.
Sesiapa yang ingin berdoa pada waktu-waktu tertentu, bolehlah melakukannya asalkan tidak meng'itiqadkan dengan itiqad-itiqad yang salah.
Wallahu 'alam
Wassalam

Tuesday, February 15, 2005
Petua mencantikkan haiku
Petua mencantikkan haiku.
Oleh: Lelahiro
1) Ketiga baris tidak menjadi ayat.
2) Pengarang haiku tidak menulis perasaannya, terpulang pada pembaca untuk mentafsirkan apa yang tersirat.
3) Asalnya haiku tidak bergambar, haiku yang cantik akan memberi gambaran serta-merta pada pembaca,
Haijin: Nakamura Kusatao
(5) Ba-n ryo ku no
(7) na-ka ya a-ko no ha
(5) ha e so mu ru.
Ribuan daun/
hijau, gigi anak ku/
mula menumbuh.
Kata musim: daun hijau (musim panas).
Kata warna: daun-hijau, gigi-putih
Pembaca boleh mentafsirkan perasaan ibu ini.
Haijin: Takahama Kiyoshi
(5) No o ya-i-te
(7) ka-e-re-ba to-ya
(5) ha-ha ya-sha-shi.
Membakar ladang/
balik rumah yang terang/
emak penyayang.
Kata musim: Membakar ladang bermulanya sebelum musim sejuk.
Haijin letih membakar ladang sehari suntuk dan ingin balik rumah
segara, perasaan haijin tidak ditulis tapi dapat digambarkan.
Haijin: Masaoka Shiki
(5) A-ka-tom-bo wa
(7) Tsu-ku-ba ni ku-mo mo
(5) na-ka-ri ke-ri.
Pepatung merah/
awan gunung Tsukuba/
tak ada langsung.
Kata musim: Pepatung banyak dimusim gugur.
Udara Gunung Tsukuba nyaman, cuaca cantik.
Gambaran haijin apabila dia merenung gunung tsukuba.
Perasaan tidak ditulis, pembaca mesti gambarkan sendiri.
Haijin: Yamaguchi Seishi
(5) Pi-su-to-ru ga
(7) po-o-ru no ka-ta-ki
(5) mo ni hi-bi-ki
Pistol berbunyi/
kekerasan air kolam/
ombak bergegar.
Kata musim: Pool (berenang musim panas saja)
Kata warna: Air biru
Sebelum menjunam ke kolam, haijin berperasaan yang air kolam itu keras,
bila pistol berbunyi, haijin terasa air kolam bergegar.
Haijin ingin menunjukkan perasaan takutnya sebelum menjunam ke kolam itu.
*****************************************************************

Subscribe to:
Posts (Atom)