Monday, October 08, 2018

Penyerapan Budaya Jepun

Apabila Naomi Osaka mengambil posisi Grand Slam Tennis Ladies Open
daripada pemenang berulang Salina Williams kali ini, dia menjadi terkenal serta merta di Jepun. Rakyat Jepun berbangga atas kemenangannya sebab namanya Osaka. Naomi mengambil nama keluarga ibunya yang berasal daripada keluarga bernama Osaka. Ibunya berasal dari Jepun dan ayahnya dari Haiti. Jika Naomi menggunakan nama ayahnya dan memenangi Grand Slam itu, tidak mungkin tidak mungkin dia mendapat penerimaan oleh rakyat Jepun sebab dia membawa nama ayahnya yang bukan berasal dari Jepun.



Penerimaan rakyat Jepun terhadap orang yang dilahirkan dengan separuh darah Jepun atau kahwin campur orang Jepun dengan pasangan bukan Jepun masih berprejudis. Kanak-kanak dalam keluarga campur begini tidak dianggap Jepun 100% walaupun dilahir di Jepun. Mereka dibuli dan dipinggir. Beberapa tahun lepas, seorang wanita daripada darah campuran ini memenangi Miss Japan. Walau bagaimanapun, ramai orang Jepun mengomel yang dia tidak layak menerima taraf ini sebab dia hanya separuh Jepun. Situasi agak pelik apabila Naomi Osaka dapat merebut piala tennis itu. Kemenangan Naomi mendapat pujian tinggi oleh semua rakyat Jepun.
Lupa mereka yang Naomi itu hitam, bapanya bukan orang Jepun, dia tidak mahir bertutur bahasa Jepun tapi asalkan dia membawa namanya dari sebelah ibunya ke aras sejagat, itu kemenangan mulia bagi rakyat Jepun.



Keseluruhannya, penerimaan bangsa asing di Jepun masih jauh lagi untuk mendapat taraf setanding dalam kehidupan mereka.
Esei yang saya tulis dengan tema ini tersiar di Berita Harian, Singapura pada 24 Sept, 2018.

*****

Thursday, September 06, 2018

Ribut taufan 21-2018/gempa bumi Hokkaido 6.7

Musim panas ini, saya ke rumah anak ke-dua di negeri Mie, Suzuka. Orang Jepun antara kawan2 saya tidak tahu sangat negeri Mie tapi apabila saya kata anak saya tinggal tidak jauh dari Suzuka Circuit, mereka mengangguk-angguk sebab Suzuka Circuit terkenal di negeri Mie. 8-18 Ogos 2018.
Dua hari lepas (4 Sept 2018) bahagian Osaka dan kawasan2 di situ dilanggar ribut taufan yang kuat 935 hpk. Ribut ini meninggalkan banyak kemusnahan dan 11 orang terkorban. 3000 orang terkurung di LT Kansai tanpa elektrik, wi-fi dan makanan.
Laluan yang satu ke LT Kansai itu dilanggar oleh sebuah kapal tanker dan rosak.
Pagi ke-esoknya, pelancong-pelancong itu dibawa oleh feri ke LT lain.
Baru 2 hari, kejadian ribut melanda Jepun, hari ini bahagian Sapporo di Hokkaido dilanda gempa bumi ukuran 6.7 scala rickter.
Apa-apa pun kemalangan-kemalangan begini adalah sesuatu perkara rakyat dan pemerintah Jepun perlu hadapi, bala atau ujian, kita tidak mampu menilai.
Semoga orang-orang yang terlibat mendapat kekuatan dalam menempuhi kejadian-kejadian malang ini.


*****

Saturday, August 04, 2018

The Narrow Road to the Deep North.

The Narrow Road to the Deep NorthThe Narrow Road to the Deep North by Richard Flanagan
My rating: 5 of 5 stars

Whatever you called it. This novel could be a romance, could be historical, could be about war. The writer has ways with descriptive metaphors inserting haiku and poems. The surrounding pictures of tropical forests and climate were vivid. The horrendous tortures of POW were gruesome and I've to skip several pages to avoid nightmares in my sleep. I live in Japan, I know once the Japanese put their mind on an object of loyalty, they would obediently serve faithfully that object of power with blind loyalty. All the cruelties of war by the Japanese are base on loyalty for the Emperor. The harder the torture, the deeper the loyalty. What is the measurement or barometer of loyalty? Their minds brainwashed, warped and insanely indoctrinated in the name of the Emperor, who was unaware and uninformed of the cruelty done under his name.


View all my reviews

Tuesday, July 10, 2018

Senryu siaran Berita Harian, Singapore


Senryu (klik pautan ini)
atau
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2011917425494488&set=a.462727633746816.107441.100000287502838&type=3&theater

Daripada peminat #puisiJepun Mustafa Bachok. Karya ini tersiar di #BeritaHarianSingapore.Rangkap-rangkap adalah #senryu. Senryu tidak perlu #katamusim dan tema untuk senryu agak bebas yang boleh menceritakan perkara satira, politik atau kehidupan seharian.Tahniah kepada penulis ini. Kagum dengan semangat beliau yang kekal dan teguh.

Saya tidak lokek ilmu. Apa guna ilmu jika tidak diturunkan kepada orang lain?

Abu Hurairah pernah berkata Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseroang itu meninggal dunia maka terputuslah amalan-amalannya kecuali 3 perkara iaitu;
1.  sedekah jariah
2.  ilmu yang dimanfaatkan
3.  doa daripada anak2 yang soleh untuknya.

Darihal ini saya mengambil perkara 2.
Tidak perlulah saya membuka perkara 1 dan 3. Takut jadi ustazah terjun pula.

Apa-apa pun saya harap dapat meneruskan kerja-kerja menurukan ilmu-ilmu baik supaya dapat dimanfaatkan oleh para peminat kaum Melayu.

*****


Tuesday, June 26, 2018

Balik berpuasa dan beraya.

*Catatan seorang suri rumah Melayu (sekadar penulis biasa) yang tinggal di Okinawa, Jepun.*

Saya balik ke Spore pada 4 Jun 2018 sendiri. Suami datang kemudian, pada 3 Syawal (3 hari lepas raya) dan kami pulang bersama pada 22 Jun 2018.
Kali ini saya balik ke Spore kerana perlu membuat paspot baharu yang hanya berbaki 2 bulan. Dalam pada itu, dapat lah rasa suasana berpuasa dan beraya. Tiba di Spore setelah separuh Ramadan agak mencabar untuk menyesuaikan diri dengan cuaca tinggi had kelembapan. Terik matahari tidak berbeza dengan Okinawa tapi udara yang sangat lembap di Spore membuat saya kurang berdaya melakukan kerja-kerja di luar rumah. Berjalan dalam cuaca begini mudah memenatkan, hendak-hendak lagi apabila berpuasa.

Hari ke-2, saya perlu ke JB untuk mengemaskini data-data dalam akaun bank. Perjalanan bas ke imigrasi mudah, namun disebabkan cuti sekolah di Spore, dewan imigrasi saya kira ada 10 kaunter dengan 100 orang yang sedan beratur bergerak lembap. Hampir 2j 45m baru dapat ke depan kaunter untuk mendapatkan setem masuk. Itu pun baru sedar yang baki tarikh paspot hanya tinggal 2 bulan. Saya menyatakan kepada pegawai imigrasi bahawa saya tidak sedar tarikh baki yang pendek itu, jika tidak luluskan saya masuk, tidak mengapa, saya akur.
Alhamdulillah pegawai imigrasi faham keadaan saya dan meluluskan masuk.
Apabila di JB, saya masuk satu cawangan bank tapi diminta pergi ke cawangan asal apabila membuka akaun buku. Dalam matahari tengah hari tengak di kepala saya berjalan balik ke JB Sental dengan kehausan yang tidak tertahan lagi. Sampai ke cawangan lain dengan teksi, saya masih tidak dapat melakukan tugas atas sebab-sebab tertentu. Ini bermakna perjalanan saya ke JB tidak mendatangkan hasil. Keletihan hari itu menuntut dua hari rehat di rumah.

Beberapa urusan mengemaskini data-data diri dengan pemerintah seperti memperbaharui alamat rumah, membaharui data-data dalam akaun CPF dan mendapatkan token untuk urusan Singpas berjaya saya lakukan dalam 10 hari.
Selama ini ada satu dua mesyuarat penulis yang saya perlu hadir, walau bagaimanapun keletihan dan kelemahan tenaga memerlukan saya membatalkan urusan-urusan itu.

Apa-apa pun bunga2 di rumah saya tetap segar waktu ketiadaan kami.
Buah kedondong dan buah limau purut berputik, buah peria bergantungan, buah papaya masak ranum, buah pic (peach) lebat hingga pohonnya rebah kerana berat menanggung buah2 yang membesar.

Daun keledek


Kacang Botol


Limau purut berputik


Papaya masak ranum


Kedondong berputik buah


Pertama-tama sampai rumah, saya petik lada-lada yang sudah masak ranum. Kami tanam 3 jenis lada, lada merah, lada padi dan lada habanero.


Suami datang pada 3 Syawal, anak sulung bawa kami ke Kebun Bunga (Botanic Garden) dan Garden by the Bay. Waktu kami masuk G by the B, ada pameran bunga jenis Begonia. Terkejut melihat ada begonia sebesar bunga matahari atau sebesar tapak tangan dewasa.

Selepas dari Kebun Bunga, kami berjalan dari pangkal ke hujung Orchard Road.
Dah lama, saya tidak ais krim roti. Duduk dengan cucu, menikmati roti ini.



Ada banyak jenis begonia, yang ini kecil-kecil seperti manik-manik.


Begonia jenis ini yang selalu saya lihat. Begonia yang sebesar matahari, nanti saya masukkan gambarnya kemudian.

Ini nasihat saya kepada pembaca. Seburuk-buruk rumah sendiri, elok berkali-kali rumah sendiri walau di mana jua rumah itu, selagi ada kasih dan sayang bersama.

*****

Monday, May 28, 2018

Haiku Ramadan


Berita Minggu, Singapura.
Haiku ini bertemakan Ramadan dengan kata musim/kigo Ramadan juga.
Format pada rangkap haiku disusun 3 baris serangkap. Mohon dibaca dengan rangkap 3 baris.
Penulis haiku ini, Puan Faridah Taib, bersama 3 penulis lagi sedang memproses buku antologi haiku. Buku ini dianggarkan siap pada September 2018 nanti.


*****

Wednesday, May 23, 2018

PM Tun Mahathir in Okinawa

The newly-minted and champion new PM Tun Mahathir came to Okinawa with his entourage as a panellist in Ministerial Forum to World Peace on 11 Nov. 2003. Amongst other panels of the forum came from the ministerial position of which included the ex-Pm of Russia, Mikhail Gorbachev.


 Date 11 Nov. 2003

They were in the Reception Room after the forum ended. The security personnel allowed me in the room. I was alone. Before entering the room, I thought there should be many political people and their security personnel. Imagine my surprise when I found out that I was alone with the Tun and his wife, Tun Dr Siti Hasmah.


They were both staring at me when I entered through the door. So, I panicked. What topic to talk and how to greet them?
The Tun has just retired. I didn't even know who took over his position as PM of Malaysia that time.

So, I just smiled and suddenly became speechless. But Tun Dr Siti Hasmah started first by asking me how long I've stayed in Okinawa, am I a student.
She was soft-spoken and her quiet personality brought calm in me.
I told them many native people of Okinawa live through the ripe old age of 100. The Tun asked what is their magic diet. I told him the island people take lots of goya or bitter gourd.

The Tun asked many things of Okinawa and its people. Easy, I thought.
We went to a garden party after this conversation. The garden party with many politicians and media people were held on the ground of the Emperor of Okinawa. The ground has a summer palace where the once Emperor of Okinawa and his family members escaped the humid summer in town.
That meeting was 15 years ago. I had thought the Tun would retire peacefully into mature old age.

But just 10 days ago, 10 May 2018. He was elected again as the PM of Malaysia at age 92.
I wish him healthy and strong to perform the hopes of his people and success in making his country "clean" again.

*****


Saturday, May 05, 2018

Home Karaoke


Semalam saya ke rumah kawan membawa buah telur kuning ini (canistel). Sampai di rumahnya dia menunjukkan beberapa haiku dan menanyakan pendapat saya. Yoko (nama kawan itu) sudah lama (mungkin lebih daripada 18 tahun) mengarang haiku. Kali ini saya datang, dia saja-saja tunjukkan haikunya ingin tahu pendapat saya.




Selepas itu Yoko pasang home karaoke dan minta saya nyanyikan lagu Stevie Wonder, I just call to say I love you. Yoko ingin latih kemahiran menyanyi lagu itu sebab ada beberapa tempat sebutannya tidak betul.
Lalu dipasangnya lagu Kawa no nagare no yo ni yang bermaksud seperti sungai mengalir dan kami nyanyi bersama.
Pada akhir lagu itu, mike terlepas dari tangan saya dan kedengaran kami sedang berebut mencapai mike yang jatuh.


*****


Saturday, April 28, 2018

Internet dan ikan terbang


Zaman belum ada internet, buku sangat perlu untuk segala maklumat, penerangan dan ilmu. Bandingkan sekarang, dengan kemudahan internet semua masalah untuk mendapatkan maklumat boleh diselesaikan di hujung jari sahaja.
Ini buku-buku yang saya simpan sejak zaman belum ada internet dari tahun 70-an. Buku-buku perubatan, ramuan herba dan kesihatan. Sekarang buku-buku ini tidak perlu lagi. Haruskan saya simpan atau buang?
Masalahnya rumah orang Jepun bertemakan minimalis. Minimalis bermakna konsep "lagi sikit, lagi elok", konsep buang segala yang tidak perlu, konsep tiada barang simpanan. Barang simpanan memerlukan ruang, dan ruang adalah sesuatu yang bernilai. Rumah sempit, tiada ruang, bermakna tidak nilai pada rumah itu.
Saya perlu ajar diri menjadi seorang minimalis. Buang segala yang tidak perlu, jangan simpan.




*Imej dari Google*

Minggu ini selama 10 hari, di Jepun orang meraikan cuti-cuti Mingguan Emas atau Golden Week. Dalam masa yang sama juga mereka menyambut Hari Kanak-Kanak. Pada Hari Kanak-Kanak ini, mereka menaikkan tiang. Pada tiang ini mereka gantung 3 bentuk bendera ikan, besar, kecil dan sedang. Apabila ditiup angin, bendera2 ikan ini seperti menongkah arus, berenang ke hilir. Kononnya didoakan anak-anak mereka mendapat kekuatan ikan-ikan ini memenangi masalah kehidupan seperti ikan-ikan ini berenang melanggar arus untuk ke hilir (bukan hulu). Mereka gunakan bendera ikan salmon sebab ikan salmon berenang ke hilir untuk bertelur, mungkin kawasan hilir lebih selamat. Janganlah tanya kenapa lagi sebab itukan Tuhan sudah settingkan dalam kepala ikan-ikan itu.
Di Okinawa, tiada ikan-ikan salmon, jadi orang Okinawa terbangkan bendera ikan tuna.
Saya terfikir, kalau orang Melayu ingin terbangkan bendera ikan, elok juga ambil ikan patin. Ikan patin atau ikan keli. Ikan-ikan ini lebih kena pada budaya orang Melayu.
Itu saja.

*****

Saturday, April 14, 2018

Kait


Hari ini buku kait ini datang dari Bristol, Gloucester, England. Tempah online dari Amazon. Harga asalnya GBP20 tapi dijual murah kurang GBP4. Sudah lama tertinggal kegemaran ini. 30 tahun dulu pernah kait baju kardigan dan sweater. Rasanya kalau tidak balik semula mengait, mungkin akan terlupa cara-cara memegang kayu pengait. Lagi pun mengait sangat mendamaikan hati saya. Waktu celah-celah tulisan yang memerah fikiran, mengait sangat melegakan kepala. Itulah saya mula mengait semula.


Ini pohon terung pipit. Pohon ini tubuh liar di sisi jalan besar. Ia sedang berbunga. Saya kata apabila sudah berbuah nanti, akan datang petik buah-buahnya. Tapi diberitahu hanya burung-burung saja makan buah terung pipit ini. Tidaklah, buah terung ini boleh buat ulam makan dengan nasi, saya pula nyatakan. Orang itu ketawa besar seperti saya berkata perkara pelik.
Saya teringat seorang kawan di Singapore mengadu yang pembantu di rumahnya kata kangkung hanya digunakan untuk makanan babi di kampungnya. Orang Singapura makan kangkung tapi untuk orang dia, sayur itu diberi kepada babi.
Adakah perbezaan ini menunjukkan kelainan taraf hidup pada kedua-dua bangsa ini?
Saya tidak pasti.


*****

Thursday, April 12, 2018

Penjualan novel

Hari ini saya terima surat pemberitahu darihal pembayaran royalti daripada penerbit novel saya. Novel itu terbitnya 7 tahun lalu. Pada saya pengukur sebuah novel itu yang masih menunjukkan ia diminati pembaca adalah selepas 10 tahun. Jika sesudah 10 tahun, ia masih dicari pembaca bermakna novel itu berjaya menakah ruang sastera yang banyak penghalangnya waktu ini.

Saya ingin menceritakan sebuat anekdot yang terjadi hari ini.
Selepas sauna di kolam panas hari ini, di depan cermin besar, seorang perempuan Jepun, saya rasa dalam lingkungan 75 tahun bercerita tentang kepayahan kehidupannya. Sudahlah payah, dia terpaksa menjaga cucu-cucunya yang dalam peringkat sekolah rendah. Katanya pinggang sakit, kaki letih apabila banyak bergerak. Saya tanya adakah dia berkerja. Jawabnya dia berkerja sebagai heruppa (helper). Helper adalah pembantu (kerja) rumah.
Sakit2 begini seharusnya kamu yang perlu heruppa, kata saya.
Dia minta saya teka umurnya. Terus terang tanpa berfikir lagi, saya kata 75.
Alamak, kamu teka tepat. Tak tahu nak suka atau tidak, tak tahu memuji atau tidak selepas mendengar jawapannya itu.
Patutnya kamu teka 65.
Adei, sebenarnya saya lihat dia dalam 80 tahun tapi bagi muka beri 75. Itupun markah kasihan.
Marah pula dia.
Ada orang kata beruk kah, monyet kah, itu tekaan kita. Kita berhak ke atas tekaan kita.
Itu saja anedot kali ini.

*****

Wednesday, March 21, 2018

Fobia glemer



Hati ini tidak menentu apabila terima makluman daripada Google bahawa gambar-gambar kembara dirujuk 10,000 kali. Apakah itu nilai kiraan orang glemer (glamour)? Tapi kalau disiasat lagi, rasanya orang glemer menerima rujukan hingga bermilion-million.
Jadi dengan perasaan ini, rasanya tidaklah perlu saya risaukan penyataan dari Google ini.

Tak perlu jadi glemer.

*****

Wednesday, February 07, 2018

Haiku Tahun Baharu Cina


Apabila penuntut berjaya, saya tumpang bahagia. Haiku yang bertemakan Tahun Baharu Cina terbit di Dewan Budaya (bil. 2).
Puan Amirah Syazwani (nama Facebook). Tahniah.

Komen saya : Tema keseluruhan haiku ini berpusing pada kigo Tahun Baharu Cina. Kigo ini diselitkan di baris 2 untuk cukupkan suku kata. Budaya Cina diketengahkan dalam haiku ini dan kegiatan2 perayaan ini dinyatakan sebagai budaya orang Cina. Klimaks haiku ini terdapat pada rangkap akhir dengan sorakan "Malaysiaku". Satu saja perkataan ini sudah menggambarkan perpaduan rakyat Malaysia yang berdamai dalam berbilang kaum menyambut bersama percutian ini.
*****

Wednesday, January 24, 2018

Osaka trip


When my first daughter and her family visited us this January 2018 (12-19), I went along with them to visit my second daughter's family in Osaka. After a short stay with us in Oct and Nov.2017, my second daughter moved to Osaka. So, this would be our first visit to her in Osaka.
One thing about Osaka now is that it is crowded with tourist from Korea, China and other Asians countries, that sometimes I wonder if Osaka is still in Japan.
Those famous eating places and frequented places in Osaka do not look like the typical street of Japan anymore. I see trash littering everywhere and the bad odour from public toilets are getting intolerable. 
But, good thing these unwanted conditions are not found in public housing areas where tourists do not tramp around.
Anyway, I managed to grab some delicious dishes like their famous sea crab, beef sukiyaki and beef shabu-shabu. I'm quite surprised at the numerous eating place that caters to the Muslim customers that sprang up the last 5 years in Osaka. Even at Kansai Airport, there are several eating places that offer Halal menu.
It was sheer happiness to have my kids and grandkids gathered together at the same time and place. 
I have a special tune that just flows from my mouth whenever I'm with my grandkids.
I will sing it like "sayang, sayang. Yang sayang. Yang sayang, sayang."
My last grandchild imitate me when he was alone at home after I left his house.




Before I went to Osaka the cherry tree on my front porch was about 20% in bloom.



After coming home, it is about 90% blooming. (image below). 22 Jan 2018.




*****

Thursday, January 04, 2018

Totto-chan


Towards the last three months of 2017, I've glued myself to the telly every afternoon between 12.30 pm to 12.45 pm. After Kuroyanagi Tetsuko afternoon talk show, it's the daily drama Totto-chan.
Kuroyanagi Tetsuko is the writer of Madogiwa no Totto-Chan or the English translated version The girl by the window.


The daily drama is about Totto-Chan which is not written in the book. Actually, it is a biography of Kuroyanagi Tetsuko (the writer). It started with the romantic love story of Totto-chan parents. The meeting of her father (a violinist) and her mother (a chorus singer). Totto-chan's mother was disowned by her family for marrying a violinist. How the couple go through a poor living condition as the violinist husband is not paid for playing in concert. Totto-Chan is born as a talkative and inquisitive girl. In fact, she was suspected of having a light autism syndrome but at that age, the medical condition in Japan has still not been able to recognise such malady.
The book started when Totto-Chan had to change to Tomoe School (the classroom in a train coach). The book did not get into how Totto-Chan's life changed during the WW2. Her father was called up by the military. Left hungry and undefended with her mother in war-tormented Tokyo, the mother decided to move to the countryside to get away from the bombings.
When the war was declared over, they moved back to Tokyo. Coming back from the war, the father continued as a violinist.
Totto-Chan took up an interview with NHK (Japan's television company) and successfully passed through. Within a couple of years, she becomes a celebrated tv personality. When she changed to another tv company, she is given a slot every lunchtime to interview other celebrities.
She had a romantic link with a pianist from French. She rejected his marriage proposal as she wants to concentrate on her tv career. They meet secretly at every chance when both are out of work obligations.
You may be wondering if they get married at last, but I'm a cruel person. AM NOT TELLING ~la~la~la~
Anyway, what you read in that small book is only a small part of her life. By the way, Kuroyanagi Tetsuko is still doing the talk show daily with TV Asahi now.
(4 Jan. 2018).
Originally Kuroyanagi was not a writer. She started her career as an actress. Upon insistent from her pianist lover to write about her life at the school in the train coach, she agreed to write. The book Madogiwa no Totto-Chan became instant bestsellers at that time. Even now the bookshops all over Japan still stock it.

Good thing I followed the drama daily for 3 months.

This is the link to the drama and the singer who wrote and sing for the theme song of the drama. Kuroyanagi Tetsuko keeps her onion hairstyle since she started the talk show 60 years ago.
 https://www.youtube.com/watch?v=VZsmdHIumrY
*****