Saturday, November 24, 2018

2018 Nov. 2 - 21 (Pelancaran buku haiku #anggerikdidahansakura (Anggerik di dahan Sakura).


Kali ini saya balik ke Singapore selama 20 hari untuk memeriahkan pelancaran buku antologi haiku yang saya sunting dan terjemahkan ke bahasa Inggeris. Buku kumpulan haiku ini diusahakan oleh 4 orang penulis perempuan dari Singapura. Idea buku ini terbetik 4 tahun lepas apabila 4 orang penulis ini setuju membina haiku dengan bimbingan saya. Mengumpul haiku mereka makan masa 2 tahun dan seterusnya setiap kali saya kembali ke Singapura, kami mengatakan beberapa sesi "brain-storming" pada setiap karya yang terkumpul.

Akhirnya pada 6 Nov. 2018, bersama seorang menteri Parliamen Dr. Faizal dan seorang wakil dari Kedutaan Jepun di Singapura Puan Akiko Sugita, buku ini dilancarkan sempena Pesta Penulis 2018, Singapore (Writer's Festival, 2018) di Arts House.





Kepada yang berminat mendapatkan buku ini, sila masuk ke kotak mesej Facebook saya (Leyla Shuri) dan saya akan hubungkan kepada penulis-penulis buku ini. (*saya hanya membantu, tiada ganjaran).

Perlu disebut di sini bahawa terjemahan haiku dalam buku ini ke bahasa Inggeris mengikuti format 5-7-5. Terjemahan yang mengikut format 5-7-5 tidak sama dengan penerangan yang biasa terdapat pada haiku-haiku bebas yang biasa dilakukan oleh penulis haiku dalam bahasa Inggeris.

*****