Sunday, December 20, 2009

Padang Sebang

Ruang Tamu rumah kampungku

Ini rumah ambo usahakan sebelum ambo menjadi isteri orang. Rumah ini ambo buat untuk dihadiahkan kepada arwah emak. Segala alat moden diperlengkapkan di dalamnya seperti air mandi panas, tandas moden, dapur gas, peti ais tapi penghuninya tidak menetap di sini. Rumah ini dijadikan sebagai pension sesekali adik beradik ambo balik bercuti ke kampung.

Lihatlah kedamaian ruang ini
damai sungguh daun nyior yang melambai
damai juga burung kuning yang menghinggap
ke dahan rambutan
namum damai ini tidak kekal
di naluriku ini.

Adakala hujan emas melimpah dari langit
taburan emas itu menghampari rumput
dari pagar ke tapak pintu
namum emas itu bukan
hak milik
walaupun digenggamanku ini.


Kuhanya berlalu sebagai penumpang
Hargaku bukan pada emas di negerimu
bukan juga pada masjid yang bercandelier
biarlah solatku di tanah lapang
nun di pulau sana
kucapai hujan batu buat genggaman hidupku.

***********

Thursday, December 17, 2009

Keluaran PSSK

Hari Pertama PSSK

470 halaman
glosari perkataan Jepun 2 halaman
Senaskah rm19.90

Hari ini pada satu haribulan Muharram tahun hijrah 1431 tercatat keluaran novel PSSK.

Boleh mendapatnya di kedai buku Kinokuniya yang menerima konsainan pertama minggu depan.

Terima kasih kepada semua teman dan kenalan jauh dan dekat yang sudi mendoakan kejayaan dan keluaran novel ini.

Alhamdulillah...

********

Tuesday, December 15, 2009

Prof. Wan Mohd. Nor Wan Daud


Pada 14 Dis. 2009, saya berkunjung ke pejabat Prof. Wan Mohd. Nor Wan Daud di ATMA, UKM. Saya berpeluang mendapat penerangan ringkas tentang buku beliau yang baru sahaja diterbitkan bertajuk 'Knowledge, Language, Thought and The Civilization of Islam' (Essays in Honor of Syed Muhammad Naquib al-Attas).
Di samping itu beliau banyak membicarakan tentang konsep ilmu dan Islam. Ini termasuk karya-karya beliau yang sudah tersebar ke serata dunia baik dalam Bahasa Inggeris dan juga Rusia, Bosnia, Turki dan juga Parsi. Disentuh juga karya-karya beliau dalam bidang falsafah Islam dan juga puisi-puisi beliau yang berunsur falsafah. Beliau juga tertarik dengan kerja-kerja saya menterjemahkan haiku-haiku Basho ke dalam Bahasa Melayu.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku ini sila hubungi Prof. Wan Mohd. Nor di ATMA, UKM.

***********

Wednesday, November 25, 2009

Kelahiran Pulut Sakura Serunding Kasih



Hari ini saya keluar rumah sejak tengah hari hingga ke malam, melakukan berbagai tugas peribadi. Sebaik sahaja menghidupkan talian internet, saya menerima berita yang amat memberi kesyukuran bagi diri ini.

Novel Pulut Sakura Serunding Kasih sudah dipromosikan di dalam laman web penerbitnya KarnaDya.

Saya mula menulis manuskrip novel ini sebulan selepas emak meninggal. Waktu emak meninggal, saya baru balik ke Okinawa sesudah dua bulan bersama mak di Singapura. Selanjutnya dalam kesedihan, saya memerap diri di dalam bilik gelap.

"Puan, menulislah. Gunalah pengalaman puan yang luas itu sebagai isi kandungan untuk manuskrip itu. Cubalah menulis prosa. Kalau puan tidak cuba, puan tidak akan tahu!" inilah semangat dan dorongan dari seorang penulis.
Seterusnya penulis ini menjadi penyelia dalam proses melahirkan novel ini.

Sebulan setelah emak meninggal, saya mula menulis agar dapat mendamaikan hati ini semula. Saya curahkan segala perasaan hiba ke dalam tulisan novel ini. Kedukaan ini terbawa-bawa sampai adakalanya, saya menangis bersama watak-watak yang saya garap sehingga saya tidak dapat menyambung penulisan manuskrip buat beberapa hari.

Arwah emak (yang masih hidup di kalbu) "memberi" benih untuk saya mengarang novel ini. Menggarapnya selama sembilan bulan dan seterusnya, penyemakan manuskrip mengambil selama tiga bulan sehingga ia melahirkan bayi sulung ini. Alhamdulillah.

*********************

Monday, November 23, 2009

Glosari Jepun @ PSSK

Ini catatan bersiri untuk mengenalkan pembaca kepada novel Pulut Sakura, Serunding Kasih. Kali ini saya bicarakan tentang glosari Jepun yang tersenarai di dalamnya.

Terdapat lebih kurang 80 ayat-ayat pendek dan istilah atau katanama Jepun yang digunakan dalam dialog dan ucapan watak-watak di dalam novel ini. Setiap istilah, ayat-ayat pendek dan ucapan itu diglosarikan mengikut abjat.

Pertama-tama niat saya menyelitkan istilah-istilah Jepun adalah istimewa untuk pembaca yang berminat dalam bahasa Jepun. Cara penggunaan istilah-istilah dalam senarai glosari boleh dijadikan contoh untuk pembaca memahirkan bahasa Jepun.

Keduanya, jalan cerita PSSK bertempat di Jepun dan Malaysia. Memang saya tidak dapat elakkan situasi yang memerlukan istilah-istilah Jepun dan ucapan-ucapan yang sering digunakan dalam bahasa Jepun.

Adegan yang tercatat di dalam novel ini bukan hanya bertempat di Jepun. Seperti benang sutera (baca: Jepun) ditenun dengan benang emas (baca: Melayu), komposisi novel ini mengabungkan budaya Melayu seperti makanan, kehidupan kampung/bandar dan kekusutan orang-orang muda dalam menyelesaikan masalah seharian di zaman pesat dengan kemodenan ini, digandingkan dengan budaya Jepun seperti yang telah tercatat dalam siri bertajuk Sosio-budaya @ PSSK sebelum ini.

Harapan saya agar pembacaan novel ini dapat memberi ilmu dari segi kehidupan, budaya dan bahasa di antara dua negara, ia itu Jepun dan Malaysia, dapat memberi manfaat kepada pembacanya.

***********

Monday, November 16, 2009

Sosio-budaya Jepun @ PSSK

Kebanyakan orang Melayu yang datang ke Jepun tergolong dari tiga kumpulan. Sebahagian besar di antara pelawat-pelawat itu terdiri dari pelajar-pelajar yang dihantar dari Jabatan Pelajaran atau institusi Pengajian Tinggi atau pun mereka yang dianjurkan oleh syarikat besar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda atau sarjana atau kedoktoran .
Selain daripada kumpulan pelajar ini, ada pelawat yang datang untuk menyempurnakan urus-niaga. Sebahagian kecil daripadanya adalah pelancong yang datang pada musim cuti untuk bersantai-santai buat beberapa hari.

Dalam perhatian saya, mereka yang diberi kesempatan datang tidak begitu "adventurous".
Contohnya dari kumpulan pelajar yang datang, walaupun mereka tinggal bertahun-tahun di Jepun, ada yang balik hanya membawa segulung ijazah.
Bila ditanya pernah minum teh macha? Tidak pernah!
Pernah mandi beramai-ramai di dewan mandi umum? Tidak pernah!
Pernah tinggal di ryokan atau sejenis rumah tumpangan tradisional di Jepun? Tidak pernah!
Pernah masuk panggung kabuki? Tidak pernah!
Pernah makan sayur gobo atau yamaimo atau natto atau mozuku? Tidak pernah!

Pengalaman di rumah mandi umum dan penginapan di ryokan dikatakan mahal atau membuang masa, tidak bermanfaat untuk diketahui dan tidak menambah markah untuk mendapatkan ijazah. Juga makanan-makanan halal yang dipandang ganjil oleh orang Melayu juga tidak berani dicuba. Ini sungguh merugikan.

Inilah budaya Jepun yang tidak dapat dirasai melainkan hanya di negara mereka. Nilai-nilai hidup tradisional mereka banyak terdapat dalam buku-buku tapi tidak akan sama dengan apa yang dialami sendiri.

Jalan cerita novel Pulut Sakura, Serunding Kasih bertemakan sosio-budaya Jepun. Pergaulan bebas anak-anak muda dan kenakalan mereka yang tidak disebut dan menjadi taboo jika diluahkan kepada orang luar/asing menjadi bahan asas pengkisahan buku ini.

Kesan-kesan sosial yang negatif menimpa masyarakat Jepun setelah zaman berzaman mengamalkan nilai-nilai tradisi kekeluargaan. Salah satu gejala kejatuhan sosial di dalam masyarakat Jepun berpunca daripada kebebasan kaum wanita bertugas di luar rumah dan tema ini melatari jalan cerita novel.

********

Tuesday, November 10, 2009

Gunung Fuji @ PSSK

Puncak Gunung Fuji: 3776 meter


Pada Ogos tahun 2007, saya berpeluang mendaki Gunung Fuji bersama sekumpulan pendaki dari Malaysia.

Pengalaman dari awal pendakian sehingga tiba ke puncak gunung itu semuanya saya catatkan ke dalam nota kecil yang tersimpan di dalam saku beg sandang. Saya rakamkan pemandangan pada setiap aras gunung itu. Setiap fauna dan flora yang hidup meliar di pemukaan gunung dicerap ke dalam album memori.

Setiap nafas kelelahan, setiap keluh keletihan, setiap langkah keperitan, setiap jerit kesakitan, saya selitkan ke dalam lapisan kenangan.

Hampir ke puncak gunung


Tapi bukan itu sahaja.

Ada di antara pengalaman itu telah saya jadikan jalan cerita dalam novel Pulut Sakura, Serunding Kasih.

**************

Saturday, October 31, 2009

Bio-ethanol @ PSSK



Ethanol sebagai bahan bakar altenatif mengganti gas. Japun sudah berjaya menghasilkan bahan ini untuk penggunaan domestik. Sumber-sumber alam untuk mendapatkan ethanol tidak sukar memandangkan Jepun memang negara pertanian dari asal sejarah.
Bahan-bahan yang boleh menghasilkan enthanol termasuk jagung, kentang, rumput, tebu, bunga matahari, keledek, balak, gandum dll.

Kenapa saya mengeluarkan topik ini?

Inilah salah satu persoalan yang dikemukakan dalam novel Pulut sakura, Serunding Kasih.


******************

Thursday, October 29, 2009

Tama watak @ PSSK



Ini kucing baka American short-hair. Jenis kucing ini banyak terdapat di rumah-rumah orang Jepun. Raut wajah jenis kucing ini sebiji anak harimau dan susuk badan besar, tidak kurus.
Jenis kucing ini juga yang menjadi watak utama berlakon di dalam wayang klasik Breakfast at Tiffany's.

Saya pernah memelihara dua ekor jenis ini (pada masa yang berlainan). Seekor berwarna seperti gambar di atas dan seekor lagi berbulu kelabu. Kedua-dua kucing itu sudah mati. Seekornya mati akibat diracun atau termakan racun (mulutnya berbuih pada waktu dijumpai sudah mati di belakang rumah). Seekor lagi dilanggar kereta di jalan depan rumah. Kucing itu sebenarnya tidak menyedari bahaya di jalan raya. Dia tidak berganjak sehingga kereta melanggarnya.

Pengalaman saya dengan kucing-kucing itu memanggil saya untuk mengabadikan mereka di dalam catatan Pulut Sakura, Serunding Kasih.

************

Sunday, October 25, 2009

Searching for the same rainbow's end tyme.



Moon River, wider than a mile,
I'm crossing you in style some day.
Oh, dream maker, you heart breaker,
wherever you're going I'm going your way.
Two drifters off to see the world.
There's such a lot of world to see.
We're after the same rainbow's end--
waiting 'round the bend,
my huckleberry friend,
Moon River and me.

© 1961 Paramount Music Corporation, ASCAP

Its going into four days, the typhoon rain is pouring over this island non-stop. I wanted to leave this house, to do my things out of the house but is discouraged.

"Alright, then. If I'm not allowed to drive, you drive me to the bath-house. I need to get rid of this bloating body from all the accumulated toxic food!" telling that to my beautiful person here.

Anyhow, I love the rain. I can see from where I sit now, the winds bending and twisting the yamamomo branches. I feel excited with the weather. I feel I'm with the trees, bended and twisted, letting go my inner self wild with not a care in this world. What freedom if that is not freedom!

I was watching Audrey Hepburn in her classic "Breakfast at Tiffany's (1961)" while the winds went through yesterday.

I saw this movie many, many times over. Its not like I sit and wait for it. But the channel people must like it as well to make it run many times over. The story tells of this glamour girl going around with so many men and not minding a thing about it. But, the best part is, this movie is very, very clean. Not a single breast come poping up, not the heavy breathing in bed scenario, if you get what I mean.

Actually, other than the dashing hero and the beautiful Audrey Hepburn, there is another main player that my eyes are fixed on.
The Cat!
His name is the Cat. They just called him The Cat.
This cat is the American short-hair breed. This cat just play his natural part in this movie. He moved around as naturally as he liked.

How can you teach a cat to act! But in this movie this cat did a superb act. Tell you the truth, after a few rounds of watching this movie, I just look at the cat all the time.

See the lyric of the songs, "we're after the same rainbow's end."
Aren't we all searching and reaching for the same rainbow's end?

The thing with reaching for this same rainbow's end is when we reach and get what we strive for at the rainbow's end, the reward should be clean. The reward should belong to us. We should not steal this reward from someone else. We should not take the fortune and claim it to be ours and to grap it when it belongs to someone else.

How long can someone sleep peacefully, without having the guilty flashes in the head every night, night after night while holding on to the pot of gold that is not rightly his.

I don't know about other people but I would not trade anything for a good, clean sleep everynight.

Enjoy the song.


***************

Monday, October 19, 2009

Tatkala ilmu belum cukup...

Sejak semalam, perasaan ini bercampur baur. Nak marah tidak, rasa bosan pun tidak, nak sedih tidak pula, nak mengamok lagilah tak berfaedah. Semuanya tidak tapi semua-semua perasaan itu ada dalam dada ini...marah, bosan, sedih dan mengamok. (Sambil mengetuk kekunci ini...terkeluar nafas panjang!)

Ini semua sebab Si Tomo, si bujang yang masih berbaki di rumah ini. Dia kata dia nak wirelesskan laptop yang ada di biliknya. Sudah berapa kali dia sebut. Kali ini terasa perlu bertindak juga. Kami pergi ke Deo Deo (kedai menjual segala peralatan elektrik dan komputer). Kami pilih wireless router. Sebelum membuka kotaknya, saya membaca arahannya, macam senang saja untuk setting.
Balik rumah bila dah siap keluarkan segalanya, kami pun mula configure. Dekat dua jam, tak juga dapat masukkan sistem wireless. Tomo keluar, hampir sejam dia menghilang. Bila dia balik, katanya lap top saya masih terkunci. Butang kekunci wireless belum buka lagi. Alahai...macam nak ketuk kepala dengan anak lesung!
Kita tidur, esok pagi sambung. Selepas membuka access wireless. Buat punya buat akhirnya lap top dapat signal wireless tapi tak dapat detect sambungan modem.
Tomo keluar lagi. Dia pergi ke Deo Deo. Dia balik bawa alat lain. Yang lama itu rupanya defective. Rosak! Padanlah, setting sampai nak mampus 2 jam pun tak jadi-jadi.
Wireless router yang baru ini tak besar. Saiznya sebelah tapak tangan sahaja. Mulalah kami buat configure semula. Buat punya buat, setting punya setting. Agaknyanya dah 2 kali hampeh pun tak jadi, kali ini ingat dapek kan? Tak juga...jadah mana yang salah?
Itulah saya kata...perasaan bercampur baur. Bosan, marah, sedih, mengamok tapi kenalah tunjuk contoh baik kepada si bujang ini bukan?
Si bujang sambil buat boleh menyanyi-nyanyi lagi. Hisss...sabar betul hati anak aku seorang ini!
Emak dia pula yang tak boleh tahan!
Signal dah dapat tapi masih tak dapat sambungan ke modem. Tomo call syarikat router dan menanya. Syarikat router mengajar cara configuration. Dia faham. Cuma satu saja yang perlu.
User password untuk configure setting wireless router.
Mana nak dapatkan user password ini. Kenalah tanya syarikat broadband. Cari pula cari kotak modem untuk broadband. Punggah punya punggah.
Akhirnya terjumpa. Tapi tak ada pula tertulis user password. Mana nak dapatkan benda Allah ini?
Bosan, geram, sedih, mengamok dah masuk ke dalam dada. Tapi saya sebagai emak, mesti tunjuk contoh. Si bujang yang di sebelah cool saja. Aman saja wajah dia. Dalam dada emaknya pula dah macam lada berkisar-kisar dalam blender!
Giliran saya pula memicit butang telefon. Panggilan ke syarikat modem itu untuk mendapatkan user password-NTT.

Bila saya beli modem itu? Bulan November, tahun 2005.
Maaf puan, database kami hanya simpan data setakat 2 tahun sahaja. Komputer ini tidak ada data puan lagi...manis suara di hujung talian. Hormat dan berhemat. Yalah inikah Jepun, mana ada pekerja menengking-nengking.
Tapi saya pula rasa nak tenking dia!

Tapi sabar. Kena tunjuk contoh baik kepada anak bujang itu.

Apa punya database kalau tak simpan data? Data apa kan jadah?

Baiklah, saya tahan kebosanan, kesedihan, kemarahan.

Bila si manis hujung talian beri nombor ke pusat database. Saya pun dengan gembiranya ikutlah arahah.

Terdengar di hujung talian...waktu perkhidmatan kami dari pukul 9 pagi hingge ke 5 petang. Segala pertanyaan, sila... (dengan menghela nafas sepanjang-panjang...sepanjang-panjang, (sekali lagi) sepanjang-panjang..saya teringat Allah. Ini ujian. Sabar Leyla Shuri, sabar!

Itulah saya kata sehari dua ini, saya amatlah bosan, mengamok, sedih dan marah!

Wednesday, October 14, 2009

Tyme to laugh Japanese-style...

When I first came to Japan 28 years ago, with nothing on my back and nothing in my head, this is the only TV weekly I enjoyed. Every Saturday evening, exactly 8pm, I would sit myself in front of the TV. The Drifters with Shimura Ken.

Eventhough, it's very cheap and uncivilised, I still laughed out loud.

Here, Shimura is a royal person going around freely in the palace peeping at palace ladies.

If you find this shot cheap, don't fuss. This is what the Japanese like. They sit around the TV, from oldest to youngest members of the family, laugh out loud to let off the stress.

This is a family show.

Friday, October 09, 2009

Tatkala menunggu kelahirannya...

Sekalung sakura buat



*********
Menunggu kelahiran
PULUT SAKURA, SERUNDING KASIH


**************

Thursday, October 08, 2009

In Tyfoon 18, 2009: Death or alive

As I'm sitting comfortably now watching the news, tyfoon 18 is roaring over in Aichi, Kochi towards Osaka and northwards.
I see the Japanese government has grouped everybody in the path of this torrential rain and fierce winds in emergency centers. I wonder how my friends up there are doing.

I need to renew my National Health Insurance which will expire soon. Otto said he needs to write the application for me. There is something new. He said I can choose to be an organ donor and it will show on the card.

That is good, I said.
I don't mind donating my organs except that my pair of eyes and my heart is not so good.
So leave those out, I said.
Put on the application form that they can have the rest of my body, I remind Otto.

The rest of the body without the mouth, otto rolled his eyes as he said this.

Otto said it's very dangerous to donate my organs.

I don't understand what dangers can there be after I died!

Muslims can donate there organs, that's what MUIS (Masjlis Ugama Islam Spore) announced a couple of years back, so go ahead. Make my day (in Afterlife)!

Otto said that is not what he meant. I still don't know where his mind is going.

You might be the target of organ-robbers just so they can get their hands on your liver, pancrease and the rest of your body parts.

To donate or not to donate. To live or not to live. Death or alive,nobody is safe now.


****************

Tuesday, October 06, 2009

Tatkala menerima surat hantu...



Pagi ini usai menyemak peti surat, terlihat sebaris mel.

Penghantar: drzaims

Rujuk: Akhirnya saya temui di sini...

Mel begini (kalau dalam Bahasa Inggeris) lazimnya saya bakulsampahkan tanpa dua kali pandang. Tapi kali ini apa yang membuat saya tidak mengambil tindakan yang sama ialah ayat sebaris itu yang ditulis dalam BM seperti saya seorang kawan yang sudah lama hilang.

Tapi yang pelik, saya tidak pernah ada kawan seperti nama si penghantarnya. Baiklah, mungkin dia mengguna nama pena atau nama log masuk.

Tapi saya masih tidak yakin lagi. Ya, saya tidak kenal penghantar ini.

Kalau sesiapa membaca catatan ini dan itu adalah kamu, silalah maklum itu kamu dan yakinkan diri ini yang mel itu bukan bom-rebak virus.

Saya akan tinggalkan mel ini selama 3 hari. Jika masih tidak ada sesiapa berhubung, saya akan bakulsampahkan tanpa membuka kandungannya.

Hisssh, saya takut!

**********

Nota Kaki: saya baru dimaklumkan ini mel iklan. Jadi saya akan bakulsampahkannya.

**************
Untuk menggantikan catatan ini saya masukkan lagu Utada Hikaru bertajuk Come back to me.
**********

Ibu kepada Utada Hikaru ialah penyanyi pop Jepun di zaman 70'an. Ibu ini mengasah bakat anaknya sehingga menjadi seorang penyanyi J-POP terkenal di Jepun. Tidak puas dengan bakatnya yang hanya mampu menyanyi lagu Jepun sahaja, Utada Hikaru berlatih di USA dan lagu inilah hasil daripada latihan itu.
Lagu ini menjadi juara carta J-POP untuk beberapa minggu di Jepun.

***********

Monday, September 28, 2009

Tatkala bahasa terpinggir...

Saya dilantik sebagai ahli penel temuduga untuk Jabatan Sumber Manusia Negeri Okinawa.

Mereka akan menaja seorang peserta ke Malaysia untuk menjalani kursus Masters selama dua tahun dalam program Pelancongan.
Setelah tamat kursus ini, peserta tersebut diharapkan dapat memperkenalkan pulau ini sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menarik untuk rakyat Malaysia.
Duit rakyat akan dicurahkan kepada peserta ini sebanyak hyakuman setahun (lebih kurang RM3,200 /bulan) dan kursusnya berlangsung selama 2 tahun.

Peserta ini pernah belajar di sebuah kolej di Petaling Jaya selama 4 tahun. Pembelajarannya selama empat tahun di KL itu menggunakan hanya BI.

Saya bertanya kepada peserta ini kenapa memilih belajar lagi di Malaysia.
Katanya senang!
Semua pelajaran dijalankan dalam BI. Lagi pun kawan-kawannya bercakap dalam BI. Tak perlu membuang masa lagi belajar BM.

Saya minta beliau menyebut perkataan Melayu yang beliau masih ingat. Beliau menyebut nasi ayam, makan, air, ikan.

Adakah selama empat tahun, itu sahaja perkataan yang beliau tahu?

Bandingkan dengan pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Jepun selama empat tahun.
Mereka membawa balik ke Malaysia kemahiran Bahasa Jepun!

Saya tanya apa yang bagus sangat di Malaysia.
Peserta kata dia suka orang Malaysia yang laid-back, yang tak fussy.

Saya tanya lagi apa yang dimaksudkan dengan tak fussy.

Peserta itu menjelaskan bahawa orang Malaysia tak kisahkan apa-apa. Tak kisahkan masa, tak kisahkan bahasa. Itu senang, katanya.

Peserta itu menyatakan kalau dia belajar di negara Thai, dia harus belajar bahasa Thai. Sama juga negara-negara lain tapi untuk negara Malaysia, tak perlu belajar BM!

Saya terdiam. Mengeluh dalam batin.
Jengkel betul. Benci bukan kepada peserta itu. Jengkel kepada sikap orang Malaysia.

Orang Malaysia rugi betul.

Mana hilangnya maruah orang Malaysia sehingga begini tanggapan anak-anak muda dari negara lain.

Universiti Ryukyu di pulau ini mengadakan kelas bahasa Thai, kelas bahasa Indonesia, kelas bahasa Cina, kelas bahasa Sepanyol, kelas bahasa Perancis tapi tak ada kelas bahasa Melayu.

Agaknya pihak Malaysia sendiri memandang BM tidak penting.
Mana salahnya kita?

Saya di Okinawa. Hidup saya di Malayisa hanya beberapa tahun sahaja. Saya tidak bertutur dalam bahasa Melayu lagi di sini dan saya terasa sangat kehilangan sesuatu yang sungguh berharga. Sebab itu saya mengambil kesempatan menulis dalam Bahasa Melayu di blog ini untuk terus menghidupkannya di pulau ini.
Tidak ada apa yang saya boleh banggakan darihal bahasa Melayu lagi. Apa yang ada pada bahasa Melayu, jika pelajar yang pergi ke Malaysia pun tidak perlu belajar BM?

Kata-kata "Tidak hilang Melayu (Baca:BM) di dunia", sudah tidak relevan.

Bahasa Melayu sudah pun separuh hilang.

Mungkin orang Melayu sendiri tidak sedar hal ini.
Mereka tidak sedar.
Mereka betul-betul tidak sedar (kecuali beberapa orang sahaja!).

*********

Friday, September 25, 2009

Raya 1430 (20 Sept. 2009)

Salam Syawal.

Friday, September 18, 2009

Tatkala tarawih pergi...

Hari ini umat Islam menyempurnakan tarawih akhir di bulan Ramadhan 1430 ini.
Saya mengambil kesempatan yang berbaki di bulan Ramadhan ini untuk memohon maaf kepada semua pembaca-pembaca yang sudi melayan catatan saya yang tak berapa ini.
Maafkanlah jika ada tersalah kata,
maafkanlah jika saya tak balas komen anda,
maafkanlah jika saya tak siarkan komen anda,
maafkanlah jika sindiran saya terkena kepada anda,
maafkanlah jika saya tak balas e-mel anda,
maafkanlah jika saya tak endahkan jemputan anda di Facebook,
maafkanlah jika saya tak masuk blog anda lagi,
maafkanlah jika saya masuk blog anda tapi tak tinggalkan komen,
kalau ada lagi...sila tambah di kotak komen. Sangat dialu-alukan.

Saya hendak buka buku baru bulan Syawal nanti. Segala hutang harus saya bayar.

Selamat meneruskan ibadah 2 hari akhir Ramadhan. Raya bulan Syawal, ada 30 hari. Tak perlulah saya tergesa-gesa buat ucapan raya sekarang.

Wassalam.

***************

Wednesday, September 09, 2009

Tatkala pembangkang menang...09/09/09

Minggu lepas, sehari sesudah pilihan raya, saya duduk berderet di bangku sauna (jgn terperanjat, saya masih diberi rezeki untuk bercuti...hah!). Dalam kamar yang diliputi kabus panas dan bahang yang berwap-wap menikam ke kulit muka, menembak segala tepu dan kedut, di bangku sauna yang penuh itu saya pun bertenggek. Mereka berbual dalam samar-samar tapi saya hanya mendengar perbualan mereka.

Parti buli dah menang...
Nak tengok apa mereka boleh buat dah menang sekarang...
Mereka kata nak buat ini, nak reform itu, nak beri ini, nak tarik itu...kita tengok!
Cakap-cakap politik dalam kamar berkabus.
Cerita habis di sini.

Minggu lepas juga...
Otto kata dia tak suka parti baru ini...
Tomo kata dia tak pilih parti baru itu...
Tapi parti baru itu menang sampai memalukan parti lama...
Kenapa Otto? saya tanya. Pelik rasanya...
Otto kata entahlah...
Cerita habis di sini.

Parti bangkang tak perlu bangkang lagi.
Apahal dengan senario politik Jepun?
Entahlah...
Cerita habis di sini.

Nama ketua pembangkang: Hatoyama Yukio sama dengan Salji jantan di Gunung Merpati. 09/09/09


*********

Sunday, September 06, 2009

Opera hit Japan tyme



As I am knocking this keyboard, I heard this song in the background. I like to put on the FM while doing my work. This song has been playing on and on for the past couple of weeks in Japan. But this week, it hit the top chart for popular songs in Japan. I feel this is so strange. Hear the song than you might agree with me.

First, the lyric is English and Italian. Most Japanese people don't speak or understand both these languages.
Same thing goes for me. I like this song but I only understand the English lines.
I have not been inside a hall that is fully furnished with every kinds of musical instrument. But I know my heart will burst with excitement listening to this song in Albert Hall (maybe die on the spot, my poor heart is weak now).
By the way, the male singer, Andrea Bocelli is blind.

Have you ever seen such handsome blind person with such gifted voice? Masya-Allah, I am melting in this bright moon of Ramadhan.

**************

ps: how strange the effect of full moon have on people. Some see wolf in themselves but I see beauty in other people while the magical power of the moon ray showers me.

***********

Tuesday, September 01, 2009

Free IPHONE tyme



Softbank the main carrier for IPhone 8GB is giving it away for free. This campaign will end in September 2009.

Free? Yes, free!

Well, not really free. There is a tag! There is a monthly charge of ¥980 for a period of 24 months. That means the equipment is actually selling at US$215 for a spread time of 2 years.

Some of you may salivate after knowing this really cheap offer.
But still I'm not buying.
Why? After all most of my communication (written or spoken) are using broadband. This should be oh so, so very good for me.
Oh no!
The SIM card is locked. Let's say I buy IPhone in Japan, I still cannot use foreign SIM card (to replace the Softbank SIM card). Instead, I have to use the roaming service (same as any other mobile phones) when not in Japan.

Until the carrier unlock the SIM card slot, then only I'll get IPHONE . I can wait. I am good at waiting.

**************

Sunday, August 30, 2009

Tatkala hidup berbenih...



命が物種 (Inochi ga mono dane)  When there is life, there is hope.

This is a Japanese proverb.

Go over it in Bahasa and it sounds: Hidupan itu benda berbenih.

Hidup kita ini sesuatu yang berbenih. Orang Jepun kata begitu.

Bashou (guru haiku) duduk bersendirian di ladang yang penuh dengan daun kentang.
Dilihatnya petani-petani sedang sibuk mengeluarkan kentang pada musimnya. Bashou duduk di kelilingi dengan timbunan kentang.

Lalu Bashou teringat peribahasa ini. Hidupan itu benda berbenih.

Kentang itu berbenih. Selagi ada kentang (yang berbenih), ia boleh menyara kehidupan manusia. Setidak-tidaknya manusia tidak mati kelaparan.

Lantas, Bashou mengilhamkan haiku ini.

命こそ 芋種よまた 今日の月

Inochi koso/ imodane yo mata/ kyou no tsuki

Yang bermaksud:

Kentang bertunas/
hidup itu berbenih/
bak sang purnama
******
Translation by jahrera ryukyu
*********

Thursday, August 27, 2009

Trashing out tyme

Other than having less time to blog-hop nowadays, the write-up below is another reason why I don't visit blogs anymore.
Once my firewall (which is set to very high), annouces that your blog is a high security risk, you are out of my reading list. Maybe for a trial period of 2 months.
But if the same problem persist, your blog will be categorised as history.

So please, I beg blog-writers, make sure you keep your site save for reading visitors. That is, if you want that high visitors stats. But if high visitors stats is not your type, you are free to let online threats hang on your sites that eventually will slow down your pc performance and delete all files (including photos) from your hard drive.

Not only do I keep a high security firewall. I set my email box to trash all forwarded mails,
multi-receipients mails,
mails without my name,
mails wiithout the senders name,
mails with weird attachments,
mails with invitation to become friends,
and chain letters mails.

I keep my mails (have several mail addresses for different functions) guarded tightly and never display them freely.

So, don't mind me, if I stop reading your writings. Maybe the problem is from your own pc!

************
Reuters - Tuesday, August 25

Biel, 27, who shot to fame in the TV show "7th Heaven" and most recently starred in "Easy Virtue," was deemed the most dangerous, with fans having a one-in-five chance of landing at a website that has tested positive for online threats, such as spyware, adware, spam, phishing, and viruses.

"Cybercriminals are star watchers too - they latch onto popular celebrities to encourage the download of malicious software in disguise," McAfee's Jeff Green said in a statement.

"Consumers' obsession with celebrity news and culture is harmless in theory, but one bad download can cause a lot of damage to a computer."

"Every day, cybercriminals use celebrities' names and images, like Kim Kardashian and Rihanna, to lure surfers searching for the latest stories, screen savers and ringtones to sites offering free downloads laden with malware," the statement added.

Coming second in the list for the second year running was pop star Beyonce, with McAfee finding that putting "Beyonce ringtones" into a search engine yielded a dangerous website linking to a distributor of adware and spyware.

*************

Wednesday, August 26, 2009

Tatkala belulang berkasar...



Semalam saya selak-selak sebuah majalah terbitan Malaysia (tak perlu namakan) dan membuat kiraan.
Menjaga kecantikan tapak kaki.

Yang diperlukan:
Pembasuh lawan kuman RM15
Pembuang kalus RM30
Krim RM18
Krim pelembut RM18
Spray lawan kuman RM13
Semua campur RM94.

Mencantikan tapak kaki perlu siapkan RM94!

Saya syorkan duit itu masukkan saja ke tabung anak-anak yatim (hendak-hendak bulan Ramadan mulia ini-dapat markah ke syurga!) sebab saya ada cara lain.
Cara yang saya lakukan paling murah, paling mudah, paling berkesan dan terjamin tapak kulit kaki licin hingga menjilat jari...(pinjam slogan ayam Kentaro!)
(Dapat seorang macam saya dalam 10 orang pembaca majalah itu, nampak sah...industri kosmetik di Malaysia gulung tikar).

Ini cara saya.

Pertama sekali...sebelum mandi siapkan bangku. Bawa bangku ini bersama ke kamar mandi.

Penuhkan air panas suam dan rendam kedua-dua belah kaki selama 10 minit. Sambil menunggu, basuhlah rambut dll. Itulah sebab saya kata bawa bangku. Bangku itu untuk didudukkan.
Lagi lama dapat rendam kaki itu, lagi senang untuk menjalankan operasi mengasah belulang.
Lepas berendam, lumatkan tapak kaki dengan sabun mandi dan dengan menggunakan papan pengasah, teruskan operasi mengasah. Kalau kalus agak banyak, gunakan pengasah batu (tengok gambar). Asahlah dengan lembut, tapak kaki itu nak guna lama.

Dah. Itu sahaja. Jangan lupa masukkan RM94 ke tabung anak-anak yatim ye!

YES. Itu SAHAJA.

Keluar kamar mandi, sapukan krim pelembut kulit (baby losen pun jadilah) pada tapak sehingga ke betis. Sebelum tidur, selepas bersihkan kaki (sebelum tidur bersihkan kaki!), sapukan krim pelembut dan guna stokin. Kalau stokin rasa rimas, sejam pun cukup.

Ulang proses operasi ini 3 kali seminggu.

Kalus perlu dihilangkan sebab jika dibiarkan lama-lama, ia akan merekah dan tercalar. Luka terbuka begini mengundang jangkitan kulit seperti kurap.

Lain kali saya beri lagi tip mencantikkan badan (tak janji). Khidmat dan nasihat saya percuma tapi hulurkanlah RM94 itu ke tabung kebajikan!


********************

Saturday, August 22, 2009

Selamat berpuasa 1430/2009

Selamat menunaikan ibadah bulan Ramadan. Semoga ibadah kita di bulan mulia ini mendapat keuntungan di akhirat, insya-Allah. Amin.


*******************

Sunday, August 16, 2009

Tanka Darma Mohammad



Tanka dibawa tersiar dalam Majalah PEREMPUAN, Ogos 2009



2. Naratif ringkas Tanka berkenaan :-

[1]
Hirisan zaitun dimakan selepas menunai solat Subuh. Zaitun
bukan sahaja didapati di negeri asal tumbuhnya, malah di mana-
mana sahaja di dunia ini. Perkenalan dan silaturahim terjalin
antara manusia melalui memakan buah zaitun itu.

[2]
Bintang merupakan ciptaan Tuhan yang memberi manfaat
kepada manusia. Kerdipannya dapat ditafsirkan sebagai
pedoman atau isyarat kepada manusia untuk mencari jalan
kebenaran atau mengenali Tuhannya. Melaluinya manusia
taat beribadat.

[3]
Makhluk di laut (juga di bumi, dll) tetap bertasbih kepada
Tuhannya. Manusia (pelaut) gigih berjuang memenuhi tuntutan
hidup dan patuh kepada suara hati nurani dalam mencari
keredaan Ilahi.

Nota kaki: Tanka/Haiku yang disiarkan di cetak media telah disemak dan diluluskan oleh empunya blog.


***************

Wednesday, August 12, 2009

Tatkala bimasakti mengalir...


Bimasakti-Amanogawa (kata musim luruh)

1. 荒海や 佐渡に横たふ 天の河

Araumi ya/ Sado ni yakotau/ amanogawa
Sang Bimasakti/ merentas Pulau Sado/laut gelora
(Sado: Sadogashima= Sado Island)
***********
Sungai bimasakti di cekerawala mengalirkan taburan bintang-kemintang.
Saya pernah menyoalkan darihal haiku ini. Mungkinkah Bashou hanya berkhayal apabila menghasilkan karya ini?
Haiku (sejenis puisi Jepun) berasal dari Bashou Matsuo. Dialah orang pertama (guru) yang memperkenalkan haiku di Jepun.
Saya mempersoalkan kewujudan sungai bimasakti. Mana ada sungai bintang-bintang yang mengalir setiap tahun di cekerawala? Mana ada?
Tapi Bashou kata ada. Siap dengan haiku di atas.
Bashou kata setiap tahun lewat musim panas atau musim luruh, sungai bintang-kemintang ini mengalir di angkasa.
Selama ini saya tak yakin...
Tapi...
Terbukti sudah! (Lihat laporan di bawah)
Memang ada sungai bimasakti. Bashou bukan berkhayal.
*******************
AFP - Wednesday, August 12PARIS (AFP)

Perseid meteor showers heading your way

The night sky will sparkle with "falling stars" on Tuesday and Wednesday as Earth passes through a trail of dusty debris from the Swift-Tuttle Comet, say scientists.
The light show, called the Perseid meteor shower, kicks off each year in late-July and increases in intensity, peaking a couple of weeks later.
The Perseids occur when Earth runs into a trail of dust and pebbles deposited by the comet Swift-Tuttle in its 130-year orbit around the Sun.

This debris strikes the upper atmosphere at around 60 kilometers (37 miles) per second, a speed that causes it to burn up into a white-hot streaks. Bigger chunks can be seen as fireballs.

Meteor showers vary from year to year, depending on the amount of debris.

In the early 1990s, there were several spectacular Perseid shows, with bursts of several hundred meteors per hour.

Meteors are named after the constellation from which they seem to appear -- in this case, Perseus, a northern constellation lying east of Cassiopeia and north of Taurus.

The light show, called the Perseid meteor shower, kicks off each year in late-July and increases in intensity, peaking a couple of weeks later.

On a clear night in a dark sky "you should see dozens of meteors per hour," notes Bill Cooke of NASA's Meteoroid Environment Office.

East Asia is best placed to see the shower at its most intense moment, which is predicted for 1800 GMT on August 12, according to the US publication Sky and Telescope (skyandtelescope.com).

The meteors are also active for many days before and after this date, though the light reflected by a waning quarter moon may obstruct the view somewhat.
***********************

Monday, August 10, 2009

Tanka Aliff Mustakim



Aliff Mustakim boleh dihubungi di blog ini.



*********************

Friday, August 07, 2009

Hujan cambah Karya Darma Mohammad



Puisi (bentuk: haiku) bertajuk HUJAN CAMBAH, siaran DEWAN MASYARAKAT (terbitan DBP), Ogos 2009.

[i]

Bila hadir dua unsur serentak iaitu hujan (air) dan panas (cahaya),
maka terbitlah pelangi. Ia ciptaan Tuhan yang ajaib, kerana walaupun
pelangi nampak dipandang, tetapi tidak pernah dapat disentuh jari.
Tujuh lapis warnanya tetap tersusun begitu, tidak pernah berubah
dari dahulu hingga sekarang. Tafsirakanlah!

[ii]

Waktu fajar (Subuh) tetap muncul, tanpa mengira cuaca atau musim.
Pelaut (perenang) terus berjuang menuju ke pantai, tempat asal dia datang.
Di sana insan yang takwa tetap menunaikan kewajipannya tanpa mengira
susah atau senang, dia tetap bertutur dengan Tuhannya.

[iii]

Makhluk dicipta berpasang-pasangan untuk menikmati Rahmat Tuhan.
Samalah sang angsa, saling memerlukan cinta kasih di dalam kehidupan.
Kiasan kepada manusia, mereka berijab-kabul untuk membentuk ikatan
perkahwinan yang sah di sisi agama.

[iv]

Alam akan musnah. Manusia akan juga kembali kepada Tuhan,Maha Pencipta.
Jasad akan hancur dan bersatu menjadi tanah. Bagi anak-anak dan kaum
keluarga, doalah ke atas roh yang pulang (insya Allah) mampu memberi pertolongan
kepadanya di akhirat.

Tahniah Sdr Darma Mohammad. Sekali lagi haiku Melayu berjaya menyisip pembaca di Malaysia.


****************

Thursday, August 06, 2009

Massive terror tyme USA-style



Back in history 64 years ago. Exactly Aug. 6, 1945.
A visit drop by Little Boy that carried an explosive that yeild 15000 tons of TNT.

After the visit, 90,000 people varnished from the earth's face just by one second. A month later another 145,000 lives gone.

See the video. I only see it once. I cannot see it the second round. I don't dare, too scary for my small heart.

"A bomb can now be manufactured which will be 25000 times as powerful as that which destroyed Hiroshima." - Betrand Russell

Hopefully what Clinton did today, going all the way to N-K, will benefit all mankind.
Hopefully, that communis:t country will stop its nuclear activity.
Hopefully, when we die, we die peacefully...
Hopefully...


*****************

Sunday, August 02, 2009

Umeboshi-making tyme

For my home-made umeboshi (dried plum), I used the items below. The quantity is all up to you, but this is my measurement.

I use:

10 kilograms fresh-plucked Japanese apricot (ume/ bahasa Melayu word not invented yet). Abundant only during apricot season.

2 bottles of leek vinegar (leek bahasa Melayu...not invented yet)

1 pack of red shisou leaf (beefsteak leaf/ bahasa Melayu...not invented yet)

With lots of sunshine and patience.



Step one: Pick off stalks from base of apricots. Wash and drain water well.

::::::::::::::


Step 2: Pour 2 bottles of leek vinegar and mix well. Hands should be cleaned with vinegar before mixing. Mix with shishou leaves here.


::::::::::::::::


Steps 3: Weight down with 10kg stones. Weighing stone and the base must be cleaned with vinegar first.


:::::::::::


Step 4: Leave in cool (below 26c) place for 2 weeks. If bubbles and white particles appear, pour more vinegar and mix again with vinegared-covered hands.


:::::::::::


Step 5: After 2 weeks, pick all fruits and arrange on filter to dry. Keep the vinegar.

This vinegar makes sore throat better, prevents bad breathe, creates appetite, balances the acid/alkaline level in intestional tract.

I use it for salad dressing and cooking. Whenever I feel tired, I drink about 5 tablespoon directly.

See the link I attached below for more info.

::::::::::::::::


Step 6: Cover friuts from flies and insect and put in very hot sun for 2 days or until fruits really dry up.


:::::::::::::::::::


Step 7: Keep fruits in air-tight jar. Keep in cool place. Eat anytime you like.

Another information about umeboshi: Bacteria cannot penetrate it!

***************************

Friday, July 31, 2009

The making of umeboshi-tyme

Please read this page first, then I will tell you how I make umeboshi.


******************
PS: ayuk, since you mention it, insert yr email add. in the comment box (will not publish).

Monday, July 27, 2009

Tatkala tahi gigi kering...



Ini Ai Miyazato. Anak tulin Okinawa. Dia menang Pertandingan Wanita Golf Evian Masters semalam. Yang peliknya Otto. Tak habis-habis dia menatap permainan budak ini (sama umur anak sulung). Dari satu berita sehingga berita lain. Berita yang sama diulang-ulang. Pelik betul. Punyalah Otto dan umat Okinawa yang lain berbangga! Pengumuman di radio beri ucapan tahniah. Berita tempatan di televisyen pun beri ucapan tahniah.
Lagi satu, budak Ai ini berasal dari kampung Higashi-son. Wah, bukan main gembira ria betul orang-orang kampung dia. Nenek dan datuk tua yang dah kerepot umur 70, 80, 90 joget-joget beramai-ramai. Berpimpin tangan, berpusing-pusing kesukaan.
Mendapat tempat pertama, budak Ai ini dapat bawa balik seguni duit sebanyak US$487,500.
Datuk bandar Higashi-son tersenyum sampai kekeringan tahi gigi. Nak tahu kenapa?
Ingat tak cukai pendapatan?
20% kemenangan ini dikenakan cukai. Kira, tolak, bagi, darab jumlan US97,500 masuk ke akaun cukai. Nak tahu siapa dapat duit cukai ini?
Kampung dia dapat, Higashi-son.

Sekarang dah tahu kan kenapa datuk bandar tersenyum sampai tahi gigi kering?


********************

Wednesday, July 22, 2009

Solar eclipse-tyme



The sun is covered about 30% as I am writing this. The whole sun will be covered in about 50 mins time. It will pass through Kikai island south of Japan, north of Okinawa island chains. The last solar eclipse was 46 years ago. After calculations, the next solar eclipse might pass over Tokyo in 26 year's time.

The sky up my head is dark suddenly. I thought it might rain but it's the side-effect of the moon slowly covering the sun.

If you guys in Malaysia get this message now, go out and check the sun immediately.
Maybe make solat dhuha or solat sunat matahari gerhana.

Time: 11.30 am- The moon cover the sun completely. NHK is making a live view of the whole event. Kikai island is covered in darkness. The temperature drops 4c. All the star admirers coming in from around world are gathered and all pointing their giants scope towards the sky. The people on Kikai islands are outside their houses. The people in my neigbourhood are hanging out on the street. We just want to be a part of this great phenomena. The sun is covered for 6 minutes only. The whole sky is dark.
Tomo said all teachers stopped the classes in campus and they went to the ground outside to witness the show of the universe.

Nota kaki: Dilaporkan cengkerik di bumi dan unggas di langit tidak berlagu dan bersuara selama 7-10 minit tatkala buana ini dalam kegelapan. Subhana-Allah!


********************************

Tuesday, July 21, 2009

Sa..Sa..Eisa-tyme




Mirukumunari

The Summer school holiday started yesterday. Of course, I didn't know about it but when I see many children on the street with their bikes burning in the hot sun, I can guess as well. 40 beautiful days for these children. 40 days of harassful time for their mothers.
Also, this sound , the taiko drum is heard every eveniing around the corner in my neighbourhood. I think these people are doing their practise for various upcoming festivals, again I'm no sure what festivals.
If you hear the video up there, you can feel the beat of Okinawa. You can't help it. Everytime I hear this taiko drum, the adrenalin level shoot. Actually, the singer sings in Okinawa dialect. Don't request for translation of it, my head feels too overload right now and I don't want to include Okinawa dialect or any other foreign languages, for that matter.

Friends or people who have ever step on this island, be aware. After you hear this beat, you will cry for this island again!


*********************************

Friday, July 10, 2009

Tatkala nafs diibadahkan...



Gelombang umat Nabi Mohammad SAW mentsunamikan alam...amin.


********************

Tuesday, June 30, 2009

Tatkala kumbang mogok...



Bolehkah madu diganti?

Saya selalu bermuhasabah pada konotasi yang terdapat di baris bidalan ini:

Kumbang tidak seekor, bunga tidak sekuntum.


Saya bukan renungkan dari aspek seseorang yang kecewa dalam bercinta. Sebenarnya ayat ini memaparkan kata-kata bersemangat dan positif untuk mereka yang bercinta separuh mati tapi dikecewakan. Lantas, dunia bagaikan zombie yang hidup segan, mati tak mau yang ditayangkan dalam Thriller nyanyian arwah MJ.

Saya bukan merenung ayat ini dari segi zombie yang melonjat-lonjat itu tapi dari jantina kumbang dan bunga. Bidalan ini menggambarkan kumbang itu semestinya jenis lelaki dan bunga pula semestinya perempuan.
Boleh tak kita pusingkan gambaran ini. Kita letaklah kumbang itu perempuan dan bunga itu lelaki. Ada orang tak boleh pusingkan pandangan ortodoks ini! Kenapa agaknya, kepala kita dibentuk begini? Mungkinkah peribahasa ini yang mengukir pemikiran kita begini? Sehingga kita melihat semua kumbang itu lelaki dan semua bunga itu perempuan?

Dari pengalaman, dari siasatan, dari pemerhatian, ini bukan halnya pada kerangka fikiran orang Jepun. Menjangkakan kumbang itu lelaki membawa tuduhan seksis.
Kumbang dan bunga adalah anugerah alam, pemberian-Nya dan mengikut fitrah mempunyai dua jantina. Juga bunga, fitrahnya ada bunga jenis jantan dan ada bunga jenis betina.

Kumbang yang menghisap madu bunga itu dari golongan kumbang askar. Kumbang askar diperintahkan-Nya mengumpulkan madu untuk Maharani Kumbang yang melahirkan beribu-ribu anak kumbang. Madu itu dikumpulkan untuk menghidupkan anak-anak kumbang.

Bolehkah madu diganti jika kumbang hilang dari busana tua dan kerepot ini?

Pertanyaan besar, janganlah dipermain-mainkan soalan ini. BIG Happening.

Kumbang semakin berkurangan di Jepun! Rakyat kumbang di Jepun sangat rendah sampaikan tahun ini pasaran madu di Jepun tidak mencukupi.

Balik lagi...bolehkah madu diganti?

Masalah kumbang mati, kumbang kurang...itu juga masalah saya.

Bolehkah madu yang saya sapukan bersama roti panggang dan taburan tepung kacang soya buat sarapan setiap pagi digantikan?


*********************

Thursday, June 25, 2009

Miyou Jyou/Tatkala bintang masih bersinar...


Totas Matsumoto

The suicide rate for the first half of the year has reached more that 35,000. That's double the yearly figure of 33,000 deaths.
The older people over 90 years old seem to hang on to life but the opposite is happening to the younger people in Japan.
Most of suicide happened to people within the age group of 50s-60s years of age.

This song The Shining Star, debut last month.

I don't have time to go into the fine line. This is my best effort.


Everything that happened in this world has a reason.
We have only one life. The only way to go is up. Look positive.
Whatever we do is not wrong. Whatever we do is not a mistake.
We have to go on with life. We have only one life. Our life is not a mistake.

My cute girl left for America. She went without telling me. Then, this morning I received a line saying she forgot to let me know. How stupid can she be!
I want to be with her. Its a dream. But, I still want to be with her.

I picked a magazine from the train floor, after reading, I cried so much. Still life goes on.
I'm hungry, very hungry. I want to eat but I can't. But life goes on.

Life has to go on. Life is not a mistake. Life is everything.
Look at the shining star. That is our life. Just one star. One shine. One life.


*****************

Friday, June 19, 2009

Tatkala komunis bermain...

AFP - Friday, June 19

Japan's defence ministry believes that North Korea might now be planning to launch a two-stage or three-stage Taepodong-2 missile towards either Japan's Okinawa island, Guam or Hawaii, according to the report.

But the ministry said launches toward Okinawa or Guam were "extremely unlikely" because the first-stage booster could drop into waters off China, agitating Beijing, or hit western Japanese territory, the report said.

If the missile were fired in the direction of Hawaii, the booster could drop in the Sea of Japan (East Sea) well before the missile's remaining part flies over northern Japan and towards North America.

This would put "enormous military pressure on the United States," the Yomiuri said, citing the ministry report.

The ministry concluded that it was "most likely" that North Korea's next ballistic missile test would be directed toward Hawaii, the daily said.

WOHO!

SATU PERTANYAAN: Apa pasal tak ada orang berani heret kepala komunis ini ala Saddam Hussein?

******************

Sunday, June 14, 2009

Number 53 tyme

Bukan sekalung rantai emas, bukan sebiji mata putih berkarat atau sebuah Honda Prelude...bukan, bukan tapi dua buah bergantungan dan berjuntai-juntai. Inilah hadiah istimewa itu. Hasil titik peluhnya sendiri.

That is goya grown especially for me. Goya or bitter gourd or peria. We are eating goya almost everyday now. Some Japanese eat it raw like salad but I do a half stir-fry and eat it still crispy. It is very bitter. But I'm used to the taste. I can't compare the Okinawa goya with the goya found in Malaysia simply because I forgot the taste of the Malaysia version.

When we were newly married, I could not hold hands like this. I was very conscious of people around us looking. Menyampah! Nak tunjuk-tunjuk!
But now, that doesn't bother me anymore. Holding each other is like eating and drinking after more than 27 years into the marriage.

My birthday dinner
Replying to a question in the previous entry from Sara atorako about halal food in Okinawa. So far no muslims have died of hunger in Okinawa. Even if there is no muslim shops in Okinawa, there are varieties of Japanese food that muslims can eat. If you insist on eating halal meat, go to the dining hall at Okinawa International Center (JICA) in Urasoe. That's the only place as far as I know that serve halal meat.
Hope your stay in Okinawa is pleasant.

******************

Sunday, June 07, 2009

Tatkala "tanka" diMelayukan...(2)


Rangkai satu---Sunyi membawa kepada kenangan lampau bagi manusia. Ingatan itu kadang kala manis namun sekaligus menusuk sampai ke hulu hati.

Rangkai dua---Tatkala seseorang berada di tempat bersejarah, seperti di Jabal Rahmah, dia rasakan apa yang dirasai oleh Adam dan Hawa, cinta luhur dua makhluk yang terpisah. Keduanya seakan menapak ke Ka'bah (Kaabah) kerana itulah lambang cinta agung (Cinta sesama manusia semata-mata kerana Allah).
*************************

Friday, May 29, 2009

Tatkala pengemis berbicara...

Dalam pengalaman peribadi ini (: bukan buku, bukan dari laporan orang lain) yang telah mengembara ke separuh pulusuk dunia, Indonesia ialah negara yang paling ramai pengemis. Tapi pengemis di Indonesia tidak menganggu dan tidak memaksa orang ramai. Kebanyakan pengemis Indonesia adalah dari kaum wanita. Mereka muda. Mereka mengendung anak-anak kecil, berpakaian koyak-rabak, berwajah kotor dan bermuka muram. Kadang-kadang mereka biarkan anak-anak itu menangis untuk mendapat simpati dari orang yang memandang. Tapi tektik ini adalah teknik yang banyak pengemis-pengemis di negara lain juga lakukan. Terpulanglah kepada orang yang melihat untuk memberi wang dan saya rasa ini cara ikhlas. Maksud saya orang yang memberi sedekah tidak dipaksa dan jumlah wang yang diberi juga ikhlas.

Saya dapati cara pengemis di Malaysia lain sedikit. Mereka tidak meminta duit cara berdepan-depan. Mereka (:selalunya OKU mata) mainkan biola atau seruling atau membaca ayat-ayat suci dari kitab Al-quran di kawasan ramai untuk menarik simpati orang yang melihat. Ini saya rasa elok (bukan menjadi pengemis elok tapi saya katakan caranya!). Kita yang melihat, menarik duit dalam seluar dan terus berikan secara ikhlas.
Ada cara lain yang menggunakan anak-anak kecil (:entah dari mana-tak pandai cakap bahasa Melayu) untuk menjual ayat-ayat suci di tempat makan. Beberapa kali, apabila saya sedang menumpukan pada perbualan atau hidangan, mereka datang dengan senyap-senyap. Terpacak tiba-tiba di depan muka dan menghulurkan buku-buku yang dicetak ayat-ayat suci. Baiklah kita kira anak pertama datang, anak kedua datang tapi bila dah anak ketiga juga datang...saya menghalau dengan bosan.
Hinggakan nak suap makanan ke mulut pun terganggu!

Kebelakangan ini, tatkala saya balik Singapura, saya lihat ada juga pengemis tapi very high class, dude! (pembaca yang tak suka saya campurkan ayat melayu bersama perkataan orang putih-jangan marah, dude!).

Ada sekali dalam bas, saya duduk menikmati alam dari cermin dalam bas. Datang dari belakang seorang anak muda, berpakaian baju sekolah.
"Aunty, can give me $5?"
"Hah!" terkejut katak aunty.
"I want to buy lunch, I'm hungry, aunty!"
Aunty terpinga-pinga, terus Aunty seluk bag duit dan berikan beberapa duit syiling yang ada.
"Take this, I only have this!"
"Aunty, not enoughlah"!
"Alamak, demand lagi!" kali ini aunty terkejut monyet (: tergaru-garu).
"Sorry, aunty only have this, if you don't want, aunty take back!"
"Okay aunty, I take this. Thank you, aunty!"
Itu pengalaman pertama dengan pengemis moden di negara kaya itu.

Di Tokyo, apabila berada di stesen Shibuya, seorang perempuan separuh umur datang mendekati diri ini. Ingatkan dia nak tanya saya dari mana dan bangsa apa (: pertanyaan biasa dari orang-orang yang kita tak kenal di Tokyo) tapi bukan!
"Minta sen yen!" dia kata.
"Sen yen?" saya terperanjat kuda (: macam rasa nak melompat lari).
Tau tak sen yen berapa nilainya? (Y1000=RM36.40)

Rupanya lagi kaya negara itu, pengemisnya demand lagi banyak!
"Saya tak ada sen yen tapi kalau nak hyaku yen ada(: nilai 100= RM3.80)!"
"Tak apalah, hyaku yen pun boleh!" dia kata lalu dia pergi.

Saya bukan cerita percuma tentang pengemis dan juga bukan nak heboh-hebohkan segala pengembaraan yang saya pernah lakukan. Mungkin ada yang mengata "nyampah kak lela!"
Bukan!

Isi cerita ini.

Selama 18 tahun saya tinggal di pulau ini, di pulau yang paling miskin di antara semua kawasan di Jepun, saya belum pernah berjumpa dengan seorang pengemis lagi.

Ironi kan?



*********************





Tuesday, May 26, 2009

Tatkala khayalan menjadi nyata @ PSSK

Saya ingin tanya kepada penulis-penulis novel di luar sana, adakah mereka terbawa-bawa dengan watak yang mereka khayalkan (baca:karya). Saya tidak mengharap jawapan mereka. Mereka tak baca catatan ini pun!

Buat masa ini saya sibuk "bercakap-cakap" dengan seorang pemuda. Pagi selepas sarapan dan hingga ke lewat malam. Segala perasaan pemuda ini saya rasai.
Tatkala dia riang, saya riang.
Tatkala dia bimbang, saya bimbang.
Yang susahnya, tatkala dia mengalami kesedihan, saya juga bersedih. Kadangkala, menitis air mata jika diteruskan perbualan kami.

Seharusnya saya tidak boleh terbawa-bawa dengan emosi ini. Sungguh pelik. Adakala, wajah pemuda ini terbayang-bayang di balik kelopak mata. Selalu juga terasa pemuda ini merenung saya, tatkala saya merancangkan "nasibnya".

Mungkin saya jatuh cinta padanya.
Dia yang saya wujudkan.
Dia yang saya beri satu wajah.
Dia yang saya ...

Susah sungguh untuk meneruskan...


***************************

Friday, May 22, 2009

Tatkala monyet dan tupai sedahan...



Jahrera merenung haiwan ini, digelar sebagai Squirrel Monkey. Haiwan ini tupai atau monyet?
Wajahnya bagai tupai tapi perangainya bagai monyet. Dengan kekuatan yang ada pada monyet dan keligatan yang ada pada tupai, mungkinkah haiwan ini terjatuh ke tanah?
Bak peribahasa melayu ini.


Ini sebaris peribahasa Jepun.

Saru mo ki kara ochiru.

Even monkeys fall from trees.

Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal juga.


Rupa-rupanya orang Jepun juga ada peribahasa yang seakan-akan dengan peribahasa tupai itu.



**************************

Wednesday, May 20, 2009

Tatkala momo itu momo...

Japanese proverb
Sumomo mo momo mo momo no uchi
********
Can you say the whole proveb with a straight lip?
Literally, if you take the sentence it means.
Prune and apricot are both from the peach family.
***********
Cuba baca peribahasa Jepun di atas itu dengan bibir yang lurus. Mustahil!
Prun pun aprikot pun dari keluarga pic.
****************

Thursday, May 14, 2009

Shiori-Smile



Shiori is borned and bred in Okinawa. When Shiori was in the second year of high school, a class mate came to her. Pouring to Shiori her troubles with family members and friends. Shiori consoled that friend as best as she can. But that incident has inspired Shiori to write this lyric. That was 4 years ago. Now this song brings hopes and comfort to school children everywhere in Japan.




Lyrics: Shiori
Music: Shiori
English Translation: Jahrera Okinawa

sono hoho o namida de nurasanaide kimi no kokoro ni hikari o
(your heart is shining, don't let tears wet that cheeks)

umareta toki kara kimi wa zutto dareka ni sasaerarete ikite kita
furikaette omoidashite goran kimi wa hitori ja nai nda yo
(somebody has always taken care of you since you were borned,
always look back, you are not alone)

ame ga fura nakutatte saiteru hana wa aru kara
dakara makenaide
(there are flowers that bloom even without the rain,
so, don't give up)

chorus: kimi no egao ga ichiban suki nanda kimi no egao ga minna o shiawase ni suru
dakara waratte ite kono aozora no shita de kimi yo tsuyoku nare
(The best is your smile, your smile brings happiness to everyone,
so please smile, you will be strong under this blue sky)

tatoe kono saki kimi ni donna tsurai koto ga atta toshite mo
kimi no hoho ni mata namida ga nagarete mo zutto sobani iru yo
(even right now, if your problems are so bad,
and tears flows on your cheek again, I will be by your side)

taiyou ni mukatte saku ano himawari no you ni
saa mae o muite
(like the sunflower that looks at the sun,
let's move forward)

chorus: kimi no egao ga ichiban suki nanda kimi no egao ga minna o shiawase ni suru
dakara waratte ite kono aozora no shita de kimi yo tsuyoku nare
(see above)

sono hoho o namida de nurasanaide
(don't wet that cheeks with tears)

chorus: kimi no egao ga ichiban suki nanda kimi no egao ga minna o shiawase ni suru
dakara waratte ite kono aozora no shita de kimi yo tsuyoku nare
(see above)

kimi no egao ga ichiban kagayaku toki ushiro o furimukazu aruki daseru darou
dakara waratte ite kono aozora no shita de kimi yo tsuyoku nare
(walk ahead and don't look back, the best is your smile that shines through,
so please smile, you will be strong under this blue sky)

dakara waratte ite kono aozora no shita de kimi yo tsuyoku nare
(so please smile, you will be strong under this blue sky).

Translation by Jahrera-Okinawa
******************************


Monday, May 11, 2009

Tatkala "Mother's Day"...



On this Mother's Day, one lump beating heart with one pack Kappa Ebi.

Sekepal hati/ sebungkus Kappa Ebi/ di Hari Ibu.


***********************

Thursday, May 07, 2009

Tatkala haiku diMelayukan...

*******
(Klik pada imej untuk dibesarkan)
*******
Haiku, karya Sdr Darma Mohammad di atas telah diterbitkan dalam majalah SOLUSI, Edisi ke-7 (Mei 2009).
4 rangkap haiku yang disiarkan itu dengan jelas membawa persoalan agama (berunsur Islam). Ini hendak menunjukkan bahawa haiku (bentuk puisi klasik Jepun yang memenuhi syarat asli teknik penulisannya), mampu ditulis dengan membawa berbagai persoalan yang digemari oleh sdr Darma Mohammad sendiri.

Haiku yang berunsur Islam sebelum ini telah ditulis oleh jahrera
seperti yang terdapat dalam ANTOLOGI HAIKU 2006 (Terbitan 2007) (lihat side bar di kanan halaman ini) yang lalu.
Sdr Darma Mohammad yang selama ini berminat menulis puisi-puisi
berunsur Islam, kini telah memasukkan unsur Islam dalam haiku pula.
Perkembangan haiku melalui kegigihan Sdr Darma Mohammad untuk mempertingkatkan mutu penulisan dan penyebarannya di dalam masyarakat Melayu semakin ketara. Unsur-unsur keIslamanan dalam haiku berkenaan membuktikan bahawa haiku bukan sahaja terhad untuk masyarakat Jepun, malah haiku sekarang sudah tersebar ke serata dunia dalam bahasa ibunda masing-masing (Tamil, Urdu, German, Perancis, Inggeris dll).

Inilah usaha jahrera memberi bimbingan kepada peminat-peminat haiku di Malaysia sudah menampakkan kejayaan.

***********

Friday, May 01, 2009

Google e-book tyme

80% of writers in Japan oppose Google e-book project.

A recent case involving Google may help provide a blueprint for content creators. In October, Google settled a dispute with authors and publishers over its scanning of 7 million books for digital versions of printed material. The company paid $125 million to publishers and authors and will, from now on, provide a percentage share of the profits from ads and downloading fees. Under the agreement, Google would receive 37 percent of revenue while publishers and authors would get the rest. The settlement could pave the way for similar agreements within other industries.
Source: Intellectual property copyright
************************************

Monday, April 27, 2009

Tatkala Cermai diBelandakan...

Tajuk kali ini sungguh berkobar-kobar dengan semangat keMelayuan. Tatkala cermai itu diBelandakan, namanya bertukar menjadi Cermai Belanda. Sikit pun tak berkait dengan negara Malaysia lagi. Tapi bolehkah jahrera diJepunkan?

Oh NO! Tidak!

Sejak FIL balik dari hospital, setiap pagi Otto masakkan sop tauco atau miso shiru untuk sarapannya. Dalam sop ini ada miso atau tauco. Pes miso ini seakan pes tauco yang orang melayu masukkan ke dalam kuah mi rebus. Dalam sop miso ini dimasukkan juga sayur, tauhu dll. Ia boleh dimakan dengan nasi, menjadi lauk. Sudah mencukupi sebagai satu hidangan.
Otto masak seperiuk kecil tapi FIL makan hanya sebekas sahaja setiap pagi. Yang lebih dalam periuk itu kami bertigalah harus habiskan setiap hari. Kenapa Otto masak sarapan, ada yang ingin tahu bukan?
Otto masak sarapan dan membuang air kencing FIL yang disimpan dalam botol kencing setiap pagi. Jahrera masak untuk tengah hari dan malam. Tengah hari 3 jenis lauk, malam 3 jenis lauk lain. Jadi kasihanlah pada Jahrera ya pembaca yang budiman. Janganlah kata jahrera ini bini buruk pula. Sedih, rasa terharu akibatnya.
Otto paksa jahrera habiskan sop yang berlebihan itu. Nak tahu apa jahrera kata pada dia?
"I'm not a Japanese, don't force me to eat Japanese food everyday!"
Ya betul. Ke mana jahrera pergi pun, di mana jahrera menetap pun, tekak ini masih tekak melayu lagi. Hati ini masih bersemangat melayu lagi. Bahasa ini masih melayu lagi dan lidah noghori masih menjela-jela pekat lagi.
Tak macam buah cermai itu. Dia sudah menjadi Belanda. Merah bukan kuning lagi. Dia sudah lupa asal usulnya. Walaupun dia merah di luar tapi di dalam dia masih masam. Mana boleh hilang naruni seseorang yang ada di dalam? Bukan senang berpura-pura seumur hidup.

Sebenarnya cermai itu ada di kebun jahrera. Selama ini jahrera namakan aserola tapi rupanya orang melayu menamakannya sebagai cermai belanda.

Pohon Cermai Belanda

Lepas entri bunga kesum di bawah itu, ada kawan nun jauh mengajar jahrera masak nasi kerabu dengan irisan daun kesum. Jahrera cubalah cara yang diajarkan. Sedap sangat. Tiga hari jahrera makan nasi kerabu seorang diri.



Kerabu Kesum/Cermai Belanda

Tentang baja asli untuk daun kesum itu, kalau tak jadi subur macam dalam gambar jahrera itu, jangan salahkan takdir atau jangan salahkan jahrera atau jangan salahkan kesum itu. Sebenarnya blogawan budiman kena tahu terlebih dahulu kandungan kimia dalam tanah sendiri. Kalau tanah itu tanah liat bermakna lebih bahan alkali dan air kencing yang banyak mengandungi bahan asid akan mengimbangkan kandungan kimia dalam tanah tersebut.
Jadi kalau tanah itu sudah mengandungi bahan asid dari asal, janganlah ditambah lagi dengan air kencing. Itu sudah melebihi paras asid dan mungkin kesum mendapat keracunan asid dengan air kencing itu. Berwaspadalah wahai blogawan.

Jangan kencing sebarangan sebelum mengetahui keadaan yang sebenar terlebih dulu.

**********