Thursday, November 20, 2003

Kad Raya



Kad yang pertama diterima dari sorang peserta JICA-OIC, kursusnya di sini 6 bulan. Dia sempat beraya eid-dil fitri dan eid-il adha bersama keluarga ini tahun lepas.

1) Noursilawati bertajuk "Buat yang Di-sayangi" adus, romantiknya. Dengan ringtone "Selamat Hari Raya" bila dibuka.
2) Md. Fabilah, Penolong Pegawai Latihan, Univ. Teknologi Malaysia.
3) Noor Adura, peserta JICA-OIC.
4) Noraida, Pegawai Sistem Maklumat, Suruhanjaya Perkhitmatan Awaw, peserta JICA-OIC.
5) Siti Sara Ismail, adik pada Siti Rodziah, yang berada di Okinawa sekarang, juga peserta JICA-OIC.
6) Halijah Abdul Razak, adik saya yang berada di Spura.
7) Masayu Abdul Rahim, anak sedara yang berada di Kuala Ina, Alor Gajah.
8) Munira Abdul Razak, adik ipar yang berada di Singapore.
9) Kak Maimon, sepupu dari sebelah emak dari Rantau, Negeri Sembilan.
10) Eliza dari Pulau Pinang juga peserta JICA-OIC (last but not in the least of appreciation).
11) Hametha Abdul Razak, adik di Spore yg baru melahirkan anak ketiga.
12) Eliza Mat Nor, kad ni sampai pada raya 10, mungkin mengikuti pos kapal.
13) Mohd.Salleh Supian, peserta JICA-OIC

Pada semua yang sudi menjenguk, saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA MA'AF ZAHIR BATIN, terkasar bahasa, tersinggung persaan dan tersentuh peribadi.

Semua kad raya akan saya tayangkan di depan pintu, kebangaan saya.

Tuesday, November 18, 2003

Apology

To the visitors of this blog, this writer apologises for not making updates due to the reasons below:-

1) Too sleepy from the after-effect of anti-histamine.

2) Too busy making cookies & goodies for the coming eid-il fitri.

3) Still planning to make an impressive Hari Raya card for this blog.

Anyway, whoever you are, wherever you're from...thanks for visiting my blog.

I'll be back, inshaAllah!

Friday, November 14, 2003

Bertemu-mesra dengan Tun.





Suami dan saya ke Dewan Sivik Naha semasa forum sudah bermula dengan ucapan pembukaan. Saya perhatikan auditorium agak penuh.

Ceramah pertama dari Mikhail Gorbachev bekas presiden Soviet Russia. Tema ceramahnya "pessimitic of future political hopes".

Selepas itu, baru lah Tun Dr. Mahathir membentangkan hujahnya yang bertemakan "paranoid". Mengatakan yang dunia politik sekarang sangat "paranoid". Yang diulas juga di akbar ini, The Star.

Penceramah ketiga dari Zbigniew Brzezinski (Former National Security Advisor pada presiden USA). Malangnya beliau tidak dapat hadir dan ceramahnya dilakukan berbentuk video conference.

Pembentang yang ke4 dari Kenneth Quinones (Director for the Korea Peninsula Programe for Asia & the Pacific).
Dia melapurkan yang Bush telah mengambil tindakan keterlaluan dengan memerangi Iraq.

Waktu rehat, pendengar tunggu kesemua tetamu undangan keluar terlebih dahulu, barulah dibenarkan keluar dari auditorium.

Waktu rehat hanya 20 minit sahaja dan penuntun diumumkan supaya masuk sebelum tetamu undangan dijemput duduk.

Persembahan ke5 dari Kim Kyung-Won (Former Ambassador to the USA and the UN of the Republic of Korea). Saya tertidur waktu ceramahnya!

Ceramah dari tetamu undangan ke 6 dari Jian Mingjun (Chairman of the Global Compact Center fo UN Program). Tema ceramahnya membentangkan cara negara-negara maju berdamai dengan semua negara tidak mengambilkira kemajuan negara lain.

Ceramah yang ke7 dibentangkan oleh Keiichi Inamine (Governor of Okinawa Pref.) bertemakan sejarah kepulauan Okinawa yang damai dan usahanya untuk mengkurangkan pengkalan tentera Amerika.

Ceramah yang ke8 dan terakhir dari Tatsuo Arima (mengantikan tempat Ryutaro Hashimoto-Former PM of Japan, yang tidak hadir). Mengharapkan setiap negara mengikut cara demokrasi dalam sistem politik negara masing-masing.

Waktu rehat tengah hari sempat saya mencari sudut yang sunyi dan meminta izin pada pak gaurd situ untuk bersolat dalam 10 minit. Izin di beri dan pak guard menghalang orang lain dari melalui sudut solat itu selama saya bersolat. Disebabkan harus melapurkan diri di pejabat, suami tinggalkan saya sendiri dan balik rumah untuk menyiapkan kerjanya.

Bahagian kedua masuk sessi perbincangan ahli penal yang dipimpin oleh Soichiro Tahara, seorang wartawan di akhbar utama pulau ini.
Banyka juga soalan yang ditujukan dan dibalas sampai masuk waktu asar.

Sessi soal jawab tamat pukul 5.30 petang. Waktu berbuka puasa 5.47 petang, lalu saya mencari air untuk berbuka puasa.

Selepas solat maghrib di sudut yang sama waktu solat zohor, saya termasuk bilik tetamu. Saya tidak tahu itu bilik tetamu, di luar bilik itu terdapat ramai anggota keselamatan dari Malaysia dan Jepun berdiri rapi.
Salah seorang di antara mereka berkata "kalau akak nak jumpa Tun, terus masuk dalam", lalu di tunjukkan ke arah pintu tetamu itu.
Ah, ada peluang bertemu Tun!

Apabila pijak ke bilik tamu, saya lihat hanya Tun dan Tun Sri sahaja berdua sedang berbual. Mereka berhenti berbual dan menoleh ke arah saya, tersipu-sipu, saya memperkenalkan diri.

Ini perbualan kami.
saya: Tun, buat lah rumah sini!
Tun: ah! mahal sangat.
saya: orang sini banyak umur panjang
Tun: oh, iyeke? Apa mereka makan?
saya: mereka selalu makan peria pahit.
Tun: iyeke? Itu saja ke?
Tun Sri: Jepun semua barang mahal. Awak dah lama tinggal sini ke?
saya: adalah dalam 7 tahun, lebih lama di pulau atas.
Tun Sri: Bagus ke sini?
saya: bolehlah tahan, macam Mslaysia juga sikit.
Tun Sri: Tenguk tu, ada orang nak ambikkan gambar! (lalu kami pun berposing).

Esok sambung Garden Party dengan Tun.
Sila lihat foto di link fotopages.

Garden Party with Tun.

After saying my departure to the Tun, I left the room with the rest of the press staff. But unexpectedly, a happy surprised came. I was invited by a personnel from one of the local press clubs to attend the garden party. Happily, I agreed and I was partnered with a lady reporter, Michiyo Yonamine, to join the Tun Entourage Convoy.

A black chauffeur-driven Toyota was awaiting for both of us. Altogether I counted ahead of our car were 6 other cars. There was no special traffic patrol on the road for the invited VIPs eventhough this time it was the rush hour period. We had to stop several times due to the evening traffic congestion.

The Garden Party was held at Shikinaen Garden. Shikinaen was a royal garden villa which was said to have been constructed in 1799. The garden was used by the royal members of the Ryukyu Kingdom not only for recreational purposes during the hot, humid summer months but also for diplomatic affairs such as when they hosted reception parties for investiture envoys from the emperor of China.
The garder was lit by soft light at every tree down the stone-path. It looked really romantic in the soft evening night. I came once before but it was in the day time and I can see the garden was more pictureque by the moonlight.

There was a welcome speech by the press staff and a welcome clap was given to our Tun. His speech was not serious, mostly light-humoured. I remembered he said there was not much difference between Malaysia and Okinawa except for the weather. He continued that it would be nice if the Japanese can transport this beautiful weather to Malaysia, everybody laughed at this! I found this to be quite amusing. He also said that this was his second trip here, the first one was few decades ago and he remembered "the Habu and the mangoose fight" he saw that time. "Anyway, there is no fight now", he joked, everybody laughed again. The Tun made a "kanpai" toast and he went round the crowd chatting away.


(See the Tun & Datok Marzuki-the ambassador to Japan-behind me!).

Then, the Governor of Okinawa made a speech about the history of Shikinaen Garden, followed by The ex-Pm of Russia, Mikhail Gorbachev.
I was with Tun Datin Sri Dr. Hasmah when we were served a plateful of sushi. It seemed quite difficult for her to stand while trying to negotiate the chopsticks on the sushi. I pointed to her some chairs nearby to sit but she rejected this offer, prefering to stand. I brought to her attention that she was eating "belut panggang" or barbecued eel and she said "yes, I like this".
She was eating half way through the sushi and someone informed her to get ready. Immediately she and the rest of the protocol troop put down their plates and rushed to follow Tun Dr. Mahathir. This is really the meaning of loyalty and puntuality.
They made their way gingerly towards the convoy of cars waiting. They have to walk gingerly because the footpath was just lumps of gravel stones and quite hard to manoeuvre with the low glow lightning.

After the last convoy left slowly, other prominent guests made their departures as well. We waited for the closing speech and made our way out. This is what I call a Personal Historical Happening of My Life.

Note: Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali (born 12 July 1926) is the wife of the 4th and 7th Prime Minister of Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali is the wife of the 4th and 7th Prime Minister of Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. She served as wife of the Prime Minister of Malaysia for 22 years from 1981–2003. Wikipedia

Sunday, November 09, 2003

Forum Tun Dr. Mahathir pada 11 Nov.2003

See Invitation Card here

This news was published in The Star.

Saya dapat tahu kunjungan Tun Dr. Mahathir ke pulau ini seminggu lepas dari kawan lama yang pernah berkursus pada tahun 1989.

Sebenarnya tidak ada desas-desus pun tentang kedatangan beliau dari media berita tempatan. Saya belum pasti sangat berita yang saya dengar dari kawan itu tapi selepas 2 hari, ada dimaklumkan di berita tempatan. Dengan segera saya buat tiga panggilan.
Pangillan pertama pada seorang pensyarah di universiti Ryukyu.
Pangillan kedua pada seorang pelajar melayu di universiti Ryukyu.
Pangillan ketiga pada seorang kawan yang berkabel.

Keesokkan hari, pensyarah universiti itu menggatakan yang dia agak terlambat mendapatkan tiket forum itu dan kalau saya ingin juga ke forum itu tanpa tiket, hadirkan diri di hari itu dan berdoa supaya diizinkan masuk.
Jawapan dari pangilan kedua juga tidak berjaya mendapatkan tiket forum itu sebab dia tidak tahu tentang forum itu. Walaupun pelajar ini sudah lama berkursus di pulau ini sejak 1989, tapi berita yang penting seperti ini tidak dimaklumkan dari kedutaan Msia. Sungguh pelik!

Pada tahun 1989, Shiela Majid pernah datang buat persembahan dan sempat peserta dari JICA-OIC datang bertemu-bual dengannya. Masa itu, kedutaan yang memaklumkan kedatangan penyanyi itu.

Harapan terakhir ada pada Emi, kawan yang berkabel itu. Semalam Jumaat, dia datang ke rumah dengan tiba-tiba dan serahkan dua keping tiket untuk ke forum itu.
Bila ditanyakan cara dia mendapatkan tiket itu katanya..."syy" dan dia ada cara sendiri.

Alhamdullillah, ada rezeki untuk bertemu dengan Tun terkenal itu.

Salad terung

Lihat foto terung sini


Ambil terung seperti yang di dalam gambar ini, belah dan potong dalam 50mm.
Goreng dan sejokkan.

Dressing:

2 sudu besar serbuk bijan hitam
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar air limau
secukup garam & kicap manis.

Kacau rata2 dressing ini dan taburkan ke terung yang sudah digoreng tadi. Hidang sejuk.

Ini resipi Jepun, kalau tidak dapat terung Jepun, guna yang tempatan.