Thursday, May 16, 2013

Jaras Cinta Rumi


Untain puisi-puisi Rumi yang diterjemahkan dalam buku ini dikutip dari buku "The Mathnawi of Jalalu'ddin Rumi".
Petikan sejumlah 241 Untai Masnawi ini dibahagikan mengikut bab atau disebut Jaras. Dalam setiap jaras itu terdapat subtopik tertentu contoh Mafhum Kuliah Rumi, Jejak Apresiasi, Refleksi dan Bisik Kalbu.

Dalam Mafhum Kuliah Rumi dipaparkan renungan Rumi dalam bentuk prosa terhadap persoalan manusia mencari Tuhan.

Dalam Jejak Apresiasi dicatatkan secara ringkas perjalan hidup Jalaluddin Rumi. Ini meliputi riwayat hidup Rumi sejak awal kelahiran hingga beliau meninggal dunia. Dalam bahagian ini dimuatkan pandangan para ahli akademik dan penterjemah dari timur dan barat.

Pada tajuk Refleksi penulis menyelitkan pandangan dan tanggapan beliau tentang pelbagai persoalan hidup masa kini, bertolak daripada sebahagian persoalan yang ditimbulkan oleh Rumi dalam puisi-puisi beliau.

Pada subtopik Bisik Kalbu, penulisnya menghidangkan puisi dalam bentuk haiku. Kebanyakan haiku ini bertemakan persoalan yang melatari masyarakat dalam bingkai tasawwur Islam. Sebanyak 60 untai haiku memaparkan sudut-sudut bernafaskan Islam.  Haiku dalam Bisik Kalbu mampu membantu menzahirkan suara batin penulis bagi melengkapkan pengucapan dalam Refleksi.

Gabungan haiku dalam bentuk prosa berunsur Islam ini unik dan belum pernah dilakukan lagi. Penulis ingin menunjuk kelainan dalam penulisan prosa dan bukan hanya memetik dan menyalin dari buku-buku rujukan lain.
Bermula dengan untai Rumi dan berakhir dengan haiku dalam Bisik Kalbu, bagi peminat haiku, buku ini meluaskan horizon pemikiran pembaca kursusnya dalam bidang puisi yang berunsur alam dan Islam.

Petikan dalam Ungkapan Hati: "Saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan penghargaan yang tinggi kepada Puan Hajah Halela binti Abdul Razak (nama pena 
Leyla Shuri)...atas bimbingan dan memberi tunjuk ajar...dalam menyiapkan 60 untai haiku yang termuat dalam buku ini. Hanya Allah yang dapat membalas jasa bakti beliau." (amin).

Petikan dalam Jaras 7: Cinta kerana kecantikan.
Cinta yang semata-mata kerana warna (kecantikan luaran) bukanlah cinta: akhirnya ia merupakan keaiban. (B1:205)
Musuh burung merak adalah bulunya sendiri: betapa ramai raja menjadi korban keagungannya sendiri. (B1:208)

Haiku dalam jaras ini: 
Awal Zulhijjah
Makkah bertambah putih
langit ke lantai.

Petikan (halaman 51): Dalam hidup sehari-hari, setiap kejadian dapat dijadikan iktibar. Yang baik dijadikan teladan, yang jahat dijadikan sempadan. Ada ilmu tersirat dalam setiap peristiwa. Ada suara berdengung daripada rahangnya. Gunung berapi memuntahkan lahar yang panas. Manusia mendapat banyak ilmu dan hikmah daripadannya.
Belajarlah bahasa alam untuk memahami fitrah alam.
Tanah tinggi bisa runtuh setelah sekian laam bertahan diterjah hujan dan panas, apa lagi apabila dagingnya ditarah secara melulu. Tanah tinggi bertutur dengan caranya sendiri. Fahami bahasanya untuk memahami fitrah alam. Hormati anurgerah Ilahi dan layani alam dengan makruf.

Buku ini terbitan PELIMA MEDIA SDN BHD (www.pelima.com.my/media).

*****

Tuesday, May 14, 2013

初孫お誕生日

 アルハムドリッラー
How time flies. My first grand babies, the Asada twins are one year today.
Same day, last year (14 May 2012), hubby and I waited outside the operating room. When the staff pushed her into the operating room, she was smiling at us as she passed. I was feeling like standing on the edge of a cliff. I brought my laptop, while waiting for the operation, I had ample time to do my writing in the waiting room. But not one word came on the screen. After half an hour, I had to give up the attempt.

Then about an hour of waiting, they pushed two, wriggling babies. One with yellow cap and the other a blue cap. They were both quiet, just wriggling peacefully.

And today, those wriggling babies are walking with their first shoes on.



HAPPY BIRTHDAY GRAND BABIES. 

*****

Monday, May 13, 2013

銀歯

Imej bukan saya.

Di Singapura pada tahun 60'an dan 70'an (selepas itu saya tidak tahu lagi), kanak-kanak bawah umur 16 tahun diberi rawatan gigi percuma.
Masa tahun akhir di sekolah menengah, saya memimpin tangan adik saya dan kami berdua menaiki bas ke arah Hospital Tan Tock Seng untuk mengambil peluang rawatan percuma ini.
Walaupun gigi saya tidak bermasalah tapi dari pemeriksaan itu, didapati dua batang gigi geraham saya berlubang. Orang Jepun kata gigi berulat, macam ulat dah makan gigi itu-虫歯.

Gigi tampal itu tidak memberi sebarang masalah sampai sekarang.
Tapi semalam, saya agak kasar. Masa ber-flossing, tampal pada gigi itu tercabut. Jadi hari ini saya buat janji dan terus jumpa doktor gigi.
Saya tidak bawa tampal gigi itu (bukan gigi tampal-kalau keliru, tak dapek den nolong), jadi bila sampai doktor minta tampal lama itu. Kesian suami saya, bawakan tampal itu.
Selepas membelek-belek tampal gigi itu, doktor kata ia dibuat dari emas putih!
Ah, terjelir lidah saya.
Bukan saja mahal tapi kukuh, baik guna ini semula. Awak boleh tuntut duit insurans sebab ia terkeluar. Saya kata tampal gigi itu percuma, satu sen pun saya tidak bayar.
Kali ini lidah doktor pula terjelir.

Bagusnya kerajaan Singapura, kata doktor itu.

"Ye, masa saya kecil, setiap kanak-kanak dapat rawatan gigi percuma di sana," saya kata dengan bangga.

Jadi saya ingin maklumkan saya mempunyai dua batang gigi geraham yang bertampal emas putih semenjak 45 tahun dahulu.

*****



Thursday, May 09, 2013


Musim panas baru bermula. Hari ini suhu naik 25c dan semakin panas hingga 31c. Selepas September, ia menurun kembali untuk pusingan bulan sejuk pula. Suhu 25c itu seakan suhu di persekitaran bukit-bukit di Malaysia.


Makanya mulai musim panas ini, pintu utama rumah saja tidak tutup waktu siang. Terdedah memanjang menjemput pelbagai unggas dan serangga seperti burung merpati ini (tajuk hato bermakna merpati).


Ini sekeluarga merpati. Yang seekor ini berani masuk dalam rumah, meninjau-ninjau sambil berjalan-jalan. Saya biarkan saja, cuma kena bersihkan tempat-tempat yang dikotorinya selepas ia terbang pergi.
Sebenarnya merpati ini jinak sebab saya beri nasi-nasi baki setiap hari. Saya teringat masa tinggal di Singapura, bapa selalu bawa balik burung merpati. Bapa pasang jerat serkup buluh. Burung-burung yang terjerat, disembelih dan dia sendiri buat masak kari atau goreng dengan rempah bulat-bulat.
Saya pernah rasa tapi tidak ingat lagi rasa dagingnya.
Bila saya cerita perkara ini, suami beri amaran, jangan buat lauk burung-burung ini. Katanya burung-burung hanya masuk ke rumah yang aman sahaja, rumah yang tidak berbahaya.

Makanya pintu rumah saya akan terdedah setiap hari pada musim panas ini.

*****

Tuesday, April 30, 2013

起こそう



[ 11 months] She woke from nap earlier than her twin brother. Bored. So she just have to wake him up.

*****

Wednesday, April 24, 2013

3 Kuntum Hujan

3 KUNTUM HUJAN diterbitkan oleh ITBM pada Mac 2013.

Buku dalam genre cerita pendek ini mengandungi antologi sebanyak 23 cerita pendek yang disisipkan dengan 23 buah tanka atau puisi Jepun.

Pada sisipan sayap depan buku ini tercatat serangkap tanka yang berbunyi.

Hujan menjirus
bumi kuyup seluruh
bermandi fitrah
syukur basahi kalbu
cambah ribuan hikmah. 

Pada kulit belakang buku ini kita dikenalkan dengan salah sebuah cerita pendek yang membawa tema "kuntum hujan".

"Semua jari menuding kepada "HUJAN". Kemudian semua pihak sedap-sedapan dengan menghirup kopi masing-masing. Kami temui bunyi yang kami cari. Bunyi inilah yang kami takuti selama ini. Dahukukala, kami sudah hantarkan beberapa pucuk surat kepada pihak berwajib agar lereng bukit itu jangan diusik, kerana kata kami, bukit itu ada nyawa. Banyak pihak mentertawakan kami, kerana mereka anggap kami ini percaya perkara khurafat. Mereka tidak faham apa yang kami maksudkan sebagai "nyawa" dalam surat-surat kami itu. Bukit bertutur dengan bahasanya.
Sekuntum hujan kembang di lereng bukit. 

Kandungan:
Lelaki dan Sepohon Pohon
Keranda
Pensajak dan Iklah
Muraqabah Malam Jumaat
Rama-rama dan Segenggam Huruf
Pohon yang Berakar di Langit
Perjalanan
Fata-Morgana dan Fa-ta-mor-ga-na
Lelaki yang Separuh Lupa
Seuncang Telur
Pundi-pundi Buih
Bila Pohon Berbicara
Lelaki yang Datang Bersama Ribut
Surat Jennyfer Greyblood
3 Kuntum Hujan
Bumi Mencari Langit
Kura-kura Bermain Pedang
Lelaki yang Memanah Langit
Menjelang Sidang Akhbar
Kewek dan Secangkir Kabut
Bukan Aku Penunggu Godot
Surat kepada William Faulkner
Dua Orang Pendayung

Sedikit catatan pada akhir PRAKATA:
Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Institut Terjemahan & Buku Malaysia kerana sedia menerbitkan kumpulan cerita pendek ini. 
Turut dihargai ialah jasa Puan Leyla Shuri, penulis yang menetap di Okinawa, Jepun yang telah menitipkan ilmu mengarang tanka yang dijadikan sisipan di hujung setiap cerita pendek@Darma Mohammad.

Selamat Membaca.

***** 



Sunday, April 21, 2013

Walking


The Asada twins started to walk at 10 half months. Now at 11 months they are more steady. They went for the first picnic and they ate outside together more often now. Though at eateries outside, the twins are only allowed to eat senbei or Japanese rice crackers.

*****