Friday, April 29, 2011

枇杷

Buah Biwa
Buah ini dalam b. Inggeris adalah loquat, tapi istilah b. Melayu saya belum jumpa lagi. Panggilan dengan nama loquat berasal dari b. Mandarin. Dari mengutip b. Mandarin, saya lebih lega sebut BIWA sebab b. Jepun sudah menjadi seakan jati diri. Harap kawan-kawan yang baca pun setuju.

Buah ini saya kunyah dan baki benih itu saya berikan kepada Otto, minta dia tanamkan beberapa puluh tahun dahulu. Dia tak setuju, katanya tak ada tempat sesuai untuk ditanamkan. Saya campak biji-biji itu dan ia membesar. Lalu dibiarkan meninggi. Sesudah lebih sedekad, dalam 4-5 tahun ini kami dapat rasakan buahnya yang juicy (tak ada istilah juicy dalam b. Melayu-mereka kata buah banyak air saja-macam tertutup imaginasi). Siat kulitnya saja, makan dan keluarkan biji hitam yang biasanya terkandung dalam 2-3 ulas.

Tahun ini alhamdulillah, lebat buah biwa ini. Saya tunggu Otto petik. Tak juga dia petik (memang sudah masa, cukup masaknya). Bila ditanya kenapa tak petik, dia kata saya tak minta dipetik.
La...takkanlah nak minta. Petiklah saja, bila dah ada, pandai-pandailah saya makan. Takkan nak suruh-suruh sangat, orang lelaki mana gemar kita perempuan suruh-suruh. Menyampah diorang. Tapi tak juga petik, sampai terliur saya mendongak. Pula burung mata putih bertenggek, rajin membuat lubang pada buah-buah ini.
Maka merajuklah saya. Saya pun menyampah sebab ingin sangat merasa (buat pertama kali) pada tahun ini ia bermusim.

Saya cakaplah hati ini terkecil (bukan tersinggung-itu dah over) dia tak petikkan. Kalau saya petik sendiri, takut pedang lidah berkilau-kilau mengomel pula (tanaman bukan tugas saya). Selepas tahu hati ini, barulah dipetiknya.
Wahai kaum adam,
kita cakap susah, kita diam pun susah. Bukan baru kenal pun, dekat nak 3 dekad bersama.
Lelaki
, kita sangat-sangat perlukan mereka tapi mereka seperti biawak KOMODO.

Oh makluman...ini bukan soal peribadi, saya sedang berbincang tentang komunikasi dalam rumah tangga yang tanam pohon biwa. Harap-harap kawan-kawan yang ada pohon biwa, rajin-rajinlah bercakap-cakap dengan pasangan.

Harap-harap juga Putera William akan melahirkan zuriat, bergugus-gugus seperti buah biwa dalam gambar ini.

Yeah. Tunggulah William! Nantikan nenek engkau mangkat dan bapa engkau pergi baru dapat pijak tahta.

Happy minggu golden untuk kanak-kanak golden dan marhaen yang tidak golden juga.

*****

Monday, April 25, 2011

Poem on stone

My writing in English is after the Malay words.

Batu puisi
Tanya kepada sesiapa yang pernah datang ke Jepun. Adakah mereka pernah melihat batu-batu yang ada catatan dalam tulisan kanji. Mesti pernah. Kepada orang yang tidak kenal tulisan kanji, mesti tidak faham akan tulisan yang terpapar pada batu-batu yang berdiri itu.
Pada mula berpindah ke negara ini, saya fikir apa yang tercatat pada batu itu mungkin ayat-ayat mantera penganut shinto atau Buddha.
Setelah beberapa lama baru saya difahami ayat-ayat yang diukir pada batu-batu itu adalah rangkap-rangkap puisi.
Setelah berkecimpung dalam dunia haiku dan tanka (salah satu bentuk puisi Jepun), baru saya difahamikan batu-batu yang didirikan pada lokasi-lokasi yang strategik adalah ukiran puisi-puisi dari sasterawan ternama dalam sejarah sastera Jepun.
Puisi-puisi yang dicatatkan pada batu-batu ini terpilih di antara karya-karya yang terkenal dan mengandungi mesej-mesej nasihat atau menguatkan semangat untuk dicontohi.
Saya teringat sebuah buku yang mengalu-alukan rangkap-rangkap pantun dijadikan seperti ini di Malaysia (penulisnya dari Malaysia). Sebenarnya cadangan penulis buku itu sungguh mulia. Inilah salah satu cara bagi menerapkan bahasa dan budaya atau menonjolkan karya-karya sastera kepada khalayak ramai. Setakat ini belum pernah saya lihat batu yang diukir dengan pantun atau kertas iklan yang bertulis puisi di mana-mana kenderaan umum atau tempat umum di Malaysia.

Berbalik kepada cerita saya, gambar ini mengandungi serangkap tanka karya dari salah seorang ternama di pulau ini.

Inilah yang diukir pada batu itu. Sebuah tanka.

Di lereng gunung
berkuntum dengan megah
Si Azalea
buat selama-lama
tinggal dalam kenangan.


********

Anybody who have been to Japan would surely have seen such stones as in the picture above. For people who cannot read the Japanese kanji character, those words might mean some Buddhist mantra or Shinto incantation.
I thought that was so during my early living in Japan.
This is not likely so, as the Japanese are people who feel religion is a private matter and cannot be imposed on another person so publicly.
Actually, I came to know this information after I was active writing haiku and tanka, that those words written on the standing stones are poems of famous people, past or present. These poems are selected for their inspirational messages or message of hope.

Written on the stone is a tanka.

Over the mountains
blossoming in full glory
The Azalea
remaining for a long time
in the looker's memory.


******

Monday, April 18, 2011

花王 

Yang tersirat

Tentu pernah melihat logo ini bukan? Mungkin produk ini ada di dalam rumah sendiri. Logo ini ada pada botol syampu, sabun mandi, lampin pakai-buang bayi (Merries), tuala wanita, pencuci cecair dan banyak lagi.
Nama logo ini senang saja. KAO. Memang sengaja dipermudahkan agar mesra pengguna dan sebutannya tidak menyukarkan.

Istilah
KAO membawa erti rupa, wajah, iras, muka. Itulah yang digambarkan bersama lambang logo ini.
Kita belah maksud tersiratnya pula.

Tulisan yang berbentuk  (KA) itu bermaksud hana atau bunga.
Di sisi hana itu pula 王 (OU), ini berbunyi ou yang membawa maksud raja.
Kedua-dua abjad ini 花王 jika dicantumkan berbunyi hana ou atau Raja Bunga. Lebih tepat maksudnya dikaitkan dengan raja segala keharuman bunga.
Tanpa meneliti tulisan kanji pada logo ini, Kao hanya difahamkan dengan rupa, wajah,iras atau muka sahaja.

Tetapi orang Jepun membacanya dengan abjad kanji yang membawa lebih dari maksud harfiah KAO iaitu Raja Bunga. 花王

*****

Thursday, April 14, 2011

Friday, April 08, 2011

上を向いて歩こ



Lagu ini memberi semangat kekuatan untuk mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di Tohoku Jepun.
Liriknya saya jadikan puisi.

Pandanglah ke langit, berjalan
Jangan menitiskan air mata,
Kenangan musim bunga,
Malam itu aku bersendiri.

Lihatlah langit, berjalan
Kirakan bintang setiap satu,
bersama air mata
memori pada hari2 yang hangat,
Malam itu,
aku bersendiri.

Kebahagiaan ada di sebalik awan,
Kebahagian ada di langit.

Berjalanlah dan pandang ke atas,
jangan biarkan air mata tumpah.
Berjalanlah dalam kesedihan,
Malam itu,
aku bersendiri.

Kesedihan di sebalik bintang,
Kesedihan di sebalik bayang bulan,
berjalanlah dan pandang ke langit
jangan biarkan air mata berlinangan
berjalanlah walau hati sedih,
Malam ini...aku bersendiri.

******

Thursday, April 07, 2011

Upper-case Sensitive

Interlok

Petikan dari Interlok karya SN Abdullah Hussain.

* Huan Na: Orang Hutan

Hlm 195: Cing Huat tidak berapa suka anak-anaknya itu bergaul dengan anak-anak Huan Na. Dia takut kemalasan mereka itu menular kepada anaknya.

Hlm 198: "Gua lihat lu banyak berkawan dengan anak-anak Huan Na itu," kata tauke Cing Huat pada anaknya, Yew Seng.

"...Lu mahu ikut macam Huan Na. Malas, tak tahu cari duit. Gua tak mahu lu jadi macam mereka."

Hlm 202: "...dia berasa lega juga kalau Yew Seng duduk-duduk di rumah membaca buku daripada berkawan dengan anak-anak Huan Na, dengan anak-anak malas itu..."

Tiga kali buku ini menonjolkan orang hutan (Huan Na) dari golongan orang-orang malas.

Huan Na adalah panggilan Cina pendatang kepada kumpulan yang berbangsa Melayu.

Orang Melayu seharusnya rasa lebih sensitif dari bangsa Cina atau Hindu setelah membaca buku ini. Perhatikan betapa kasarnya anggapan orang Cina terhadap bangsa Melayu sehingga terbukti jelas dalam 3 halaman.

Hlm 216: ...hampir semuanya tahu bahasa Tamil. Malayali dan Telugu pun berasal dari satu rumpun bahasa Dravida. Satu perkara besar yang membuatkan mereka senang bergaul ialah kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria. Mereka tidak takut mengotori sesiapa kalau bersentuhan dan mereka bebas lepas bergaul.

Kata saya: Terdapat beberapa isu sensitif (contoh di atas) berkaitan bangsa dalam buku ini. Sebagai novel untuk dibaca oleh khalayak ramai, buku ini amat digalakkan. Walau bagaimanapun, ia terlalu sensitif untuk dijadikan buku teks KOMSAS.

Menengadah membilang layas, menangkup membilang lantai.Take the consequence!

Pertanyaan: Bolehkah dikatakan buku ini tepat dengan promosi imejan 1Malaysia?

******