Thursday, September 06, 2018

Ribut taufan 21-2018/gempa bumi Hokkaido 6.7

Musim panas ini, saya ke rumah anak ke-dua di negeri Mie, Suzuka. Orang Jepun antara kawan2 saya tidak tahu sangat negeri Mie tapi apabila saya kata anak saya tinggal tidak jauh dari Suzuka Circuit, mereka mengangguk-angguk sebab Suzuka Circuit terkenal di negeri Mie. 8-18 Ogos 2018.
Dua hari lepas (4 Sept 2018) bahagian Osaka dan kawasan2 di situ dilanggar ribut taufan yang kuat 935 hpk. Ribut ini meninggalkan banyak kemusnahan dan 11 orang terkorban. 3000 orang terkurung di LT Kansai tanpa elektrik, wi-fi dan makanan.
Laluan yang satu ke LT Kansai itu dilanggar oleh sebuah kapal tanker dan rosak.
Pagi ke-esoknya, pelancong-pelancong itu dibawa oleh feri ke LT lain.
Baru 2 hari, kejadian ribut melanda Jepun, hari ini bahagian Sapporo di Hokkaido dilanda gempa bumi ukuran 6.7 scala rickter.
Apa-apa pun kemalangan-kemalangan begini adalah sesuatu perkara rakyat dan pemerintah Jepun perlu hadapi, bala atau ujian, kita tidak mampu menilai.
Semoga orang-orang yang terlibat mendapat kekuatan dalam menempuhi kejadian-kejadian malang ini.


*****