Tuesday, November 27, 2007

kitaguni no haru



 25 tahun dulu lagu ini mengalirkan rindu pada emak dan adik-adik.

Dan sekarang...

Lagu ini melimpahkan perasaan ke anak yang selalu merindukan ibunya.

Jagalah dirimu baik-baik, doa ibumu ini sentiasa bersamamu.

Masao Sen - Kitaguni No Haru (Lyrics in Bahasa Melayu by hjh halela).
-Nov. 29, 2007

Shira kaba aozora minami kaze
(shira kaba{silver birch-nama sejenis pokok} langit biru, bayu selatan)Kobushi saku ano oka kitaguni no
(Bukit kampung utara yg mengembangkan semangat)Aaa... kitaguni no haru
(aaaa...musim bunga di kampung utara)Kisetsu ga tokai de wa wakaranai darou to
(bandar yg tidak bermusim tidak mungkin faham)Todoita ofukuro no chisana tsuzumi
(mendapat bungkusan kecil dari ibu)Ano furusato e kaerokana kaerokana
(Kuingin pulang ke kampung itu, kukan pulang)Yuki doke seseragi marukibashi
(anak sungai mengalir salji cair, jambatan kayu)Karamatsu no me ga fuku kitaguni no
(larch{sejenis pokok}bertunas daun di kampung utara)Aaa... kitaguni no haru
(aaa...musim bunga di kampung utara)Suki da to otagai ni ii dasenai mama
(kubercinta tapi sesama tidak berkata)Wakarete mou gonen ano ko wa doushiteru
(setelah berpisah selama 5 thn, apa khabarmu)Ano furusato e kaerokana kaerokana
(Kuingin pulang ke kampung itu, kukan pulang)
Yamabuki asagiri suishagoya
(Ros kuning, kabus pagi, pondok kincir air)Warabe uta kikoeru kitaguni no
(nyanyian kanak-kanak terdengar di kampung utara)Aaa... kitaguni no haru
(aaa...musim bunga di kampung utara)Aniki mo oyaji nite mukuchi na futari ga
(abangku mengikut bapa, kedua2nya pendiam)Tama ni wa sake demo nonderu daroka
(kadang2 mereka minum sake bersamakah)Ano furusato e kaerokana kaerokana
(Kuingin pulang ke kampung itu, kukan pulang)
Terjemahan lirik ini didedikasikan khas untuk Sri Diah dan pencetak pendiam lirik ini mohon masukkan nama saya bersama.

Monday, November 26, 2007

Izin Sony

Semalam waktu saya keluar, ada panggilan dari Sony Repairshop meminta izin untuk memperbaiki komputer yang saya hantar ke mereka 10 hari lepas.
Sony repairshop kata motherboard dan tv tuner dalam komputer saya harus diganti yang baru. Padanlah saya tidak dapat tengok tv kat pc dalam setahun dua ini, rupanya tuner dah blank-out.

Tapi...

kenapa harus Sony Repairshop minta izin dari saya?

Oh, mengikut lapuran dari Otto mereka kata apabila mereka memperbaiki komputer itu, semua data, gambar, driver, file yang ada dalam memory kena delete. Kalaulah saya masih inginkan segala dalam memory itu, makanya mereka tidak boleh betulkan dan ini bermakna saya tidak izinkan.
Komputer itu akan dipulangkan pada saya seperti dalam keadaan asalnya...iaitu dengan kerosakkan itu.

Berikan izin atau tidak.

Saya buat panggilan ke Sony Repairshop dan dengan rasminya memberi keizinan pada mereka memperbaiki komputer itu.

ps: lega hati ini semua gambar dalam pc saya sudah masukkan ke external harddrive seminggu sebelum ini.

Tuesday, November 13, 2007

Kucing jiran

Saya selalu baca blogger di Malaysia mengadu dan menulis dalam blog masing-masing tentang kucing-kucing yang berkeliaran keliling rumah mereka. Ada yang kata kucing jiran, ada yang kata kucing kena buang, ada kata kucing tidak bertuan.
Apa-apa pun kucing-kucing itu bukan kucing kesayangan dan kepunyaan mereka.

Yang menyebab mereka tulis di blog tentang kucing tidak bertuan itu ialah masalah pembuangan najis kucing itu. Ada yang masuk dalam kawasan laman mereka menggorek tanah dan memberak lalu menutup najis. Kucing begini bernama kucing beradap, pandai menutup taik masing-masing tapi ada pula kucing yang berak tapi tidak segan meninggalkan tanda.
Inilah masalahnya.

Sebenarnya adakala kucing-kucing itu bertuan tapi saja tidak mengotorkan halaman rumah tuan sendiri, lalu membuang najis di rumah jiran.
Kucing begini dipanggil kucing masuk ajar, kucing yang ber-understanding dengan tuan rumah sendiri.
Kalaulah setiap kucing yang bertuan tahu membuang najis di laman rumah tuan sendiri, alangkah amannya dunia di Malaysia, tak gitu?


Di Jepun, tuan-tuan yang punya kucing masing-masing beriktiar untuk mengamankan halaman jiran. Walaupun berpagar rapi sekalipun, kucing-kucing dari luar tetap dapat masuk juga dalam laman rumah yang bersih.

Idea yang paling berkesan kalau dilihat dalam gambar ini, isikan 1-liter botol pet dengan air dan dirikan berbaris atas pagar.
Cara ini sememangnya berkesan untuk melarang kucing dari melompat pagar jiran.
Mungkin juga kucing boleh masuk ke laman jiran melalui jalan bawah dan tidak perlu melompat pagar, untuk jawapan ini pandai-pandailah jiran itu memikirkan.
Saya cuma boleh syorkan cara ini sahaja.

Susah-susah pun racun saja kucing jiran itu sebab salah seekor kucing saya mati diracun. Kucing itu selalu sangat masuk dapur jiran mencuri makanan yang terhidang atas meja.

Moral cerita ini: Biarlah kucing sendiri mati, asalkan jiran bahagia.

ps: kita diwajibkan berdamai-damai dan beraman-aman dengan semua jiran sekeliling rumah, tak kira jiran lain ugama atau jiran lain bangsa. Ini sunnah Nabi Mohammad SAW dan ada tulis dalam hadis.

Saturday, November 10, 2007

Pengacau Jepun

TOKYO: Gates urges Japan to become more involved in world affairsTHE NEWS TRIBUNE Published: November 9th, 2007 01:00 AM
U.S. Defense Secretary Robert Gates urged Japan to take a wider role in world affairs today, a position that is controversial with both the Japanese and other East Asian nations.
In an address at Sophia University, a Jesuit institution, Gates said he hoped that Japan would take on more “global security responsibilities” in the year ahead.

“Japan has the opportunity – and an obligation – to take on a role that reflects its political, economic and military capacity,” Gates said.

After the speech, students pressed Gates on what he meant by pushing Japan for a more aggressive role. He said he hoped Japan would increase its contributions to peacekeeping, humanitarian relief and reconstruction.

Los Angeles Times

Robert Gates datang Jepun minggu lepas mohon kerajaan Jepun sambungkan semula pembekalan percuma minyak gasoline.
Setiap tahun Jepun bekalkan gasoline untuk kapal-kapal tentera mereka di laut India sampai 80 juta gelen untuk kerja mendamaikan kawasan itu. Percuma.

Konon Jepun tak ambil bahagian dalam perang Iraq-Iran.
Kebelakangan ini diketahui mereka gunakan bekalan minyak ini untuk kapal-kapal perang, bukan mendamaikan tapi memusnahkan dan membunuh. Ini sudah lari dari perjanjian utama mereka.

Bertepuk tangan sendiri apabila saya dengar pengumuman yang Jepun putuskan bekalan minyak ini di berita minggu lepas.
Dengan cepatnya mereka pun bertindak, Gates datang Jepun pujuk supaya Jepun sambungkan semula bekalan ini.
Dengan alasan yang ditulis media Los Angeles Times kat atas.

Why can't they leave Japan out of their wars, why must they always get Japan involve in their shit?
After the Second World War, Japan has declared a peaceful, non-involvement and non-armament country, can't they get that in their stone-head?

They want Japan to take arms and be the policemen of the Asia-Pacific region.
Apa nak suruh Jepun control kawasan Asia-Pasifik ke? Jadi polis, jaga Msia, Cina, Taiwan, Indonesia?

Jepun dah serik dikalahkan dan dibom di Hiroshima dan Nagasaki, berjuta-juta rakyat mereka jadi mangsa. Siapa jatuhkan bom itu? Bangsa stone-head ini juga.
Sekarang pula mereka minta Jepun campur tangan dengan politik negara jiran.

Masa era Koizumi jadi ketua menteri di Jepun, segala yang disuap oleh mereka, Koizumi makan dan telan. Koizumi berkawan rapat dengan Bush, menyanyi dan menghiburkan keluarga Bush dengan lagu Elvis Presley dan main golf selalu atas undangan mereka.
Tapi sejak Fukuda jadi ketua menteri, nampaknya agenda politik Jepun terus berpusing.
Secepat sahaja dia naik kuasa, Fukuda putuskan bekalan tentera mereka...selepas ini saya harap, Fukuda halau dan campak tentera mereka yang berpoya-poya di beberapa pengkalan di pulau ini.

ps: kawan dan teman Islam yang bertugas dan menginap dalam base, ini bukan soal peribadi antara kita. Saya tidak setuju, Jepun yang bersikap aman di kawasan ini dipermain-mainkan sesuka hati mereka.
Saya tidak sanggup melihat Jepun dijadikan pak sanggup dalam politik mereka yang menganggap negara-negara Islam melatih pengganas untuk membunuh kaum dan puak mereka.

Thursday, November 08, 2007

Pucuk Labu

"kak lela tak rasa nak balik kampung ke?"

"Tak"

"Tak teringin nak makan makanan kampung ke?"

"Tak"

Alhamdulillah, pulau ini cukup dengan segala benda yang ada di kampung.
Pokok pisang ada merata, kalau inginkan daun pisang, mana-mana boleh tarik.

Lidah dan citarasa ini juga sudah berubah. Saya boleh makan sop miso dengan tauhu-lobak putih hari-hari, ikan bakar, akar gobo, akar bunga teratai, rebung, rumput laut, ulam shiso, ulam mitsuba juga peria katak dan petula.

Sesekali bila terasa ingin makanan melayu, bahannya senang didapati sebab keadaan cuaca sub-tropikal di pulau ini.



Ini pokok cili padi yang menjadi kebangaan Otto. Dia petik 2-3 biji hari-hari diulam dengan tauhu bakar. Berpeluh-peluh dan merah satu muka tapi dia kata dia boleh habiskan satu pokok itu. Pokok cili yang lebat begini bukannya satu keistimewaan di pulau ini. Kadang-kadang terdapat tumbuh liar di tepi-tepi jalan hutan.
Rasa cili padi ini jauh lebih pedas dari yang ada di Msia tapi malangnya saya sudah tidak boleh makan makanan pedas lagi.
Sesekali adalah saya masukkan dalam lemak cili padi, itu pun dalam 5-6 ulas sahaja...bukan segenggam seperti orang yang suka pedas.



Ini ayam masak lemak cili padi dengan labu dan daun labu. Daun labu itu dari kebun seorang kawan. Sebenarnya sungguh sedap daun labu, manis sangat.
Cili padi itu saya masukkan dalam 6-7 biji saja, takut saya pedas sangat.

Saya rasa makanan sebegini pun sudah jarang amat orang-orang di Malaysia dan Spore makan. Ada labu, daun labu, cili padi dan serai...semua bahan kampung.

Jadi tidak hairanlah kalau saya kata saya tidak rasa perlu lagi balik ke kampung...alhamdullilah.

Hidup saya simple, makanan saya kampung...I want nothing more.