Thursday, January 31, 2013

詩仙と自然はよい詩選になる。

Shisen to shizen wa yoi shisen ni naru (pada tajuk).
Ini ayat saya ilham sendiri. Ayat ini banyak persamaan aligrasi (atau mainan bunyi).
Ayat ini bermaksud:
PUISI DAN ALAM MENJADIKAN SEORANG PEMUISI CEMERLANG.

Menyedari alam ini hidup, alam ini bergerak, alam ini mempunyai peribadi sendiri, alam ini bernyawa ialah asas bagi seorang pemuisi menjadikan bahan dalam karyanya.
Bacalah Williams Wordsworth dengan puisi daffodil atau Blake dengan sajak Tiger.
Sajak-sajak sasterawan ini masih hidup sampai sekarang sebab penulisnya membaca alam dan menghidupkan alam dalam puisi-puisi itu.

Ini patung Basho. Di Jepun, patung Basho didirikan pada laluan pengembaraan yang dilaluinya untuk mengingati orang ramai haiku-haiku yang diilhamkan di tempat itu. Cara ini sebagai menghormati karya sasterawan ini dan menghidupkan karyanya.


Dari peringkat sekolah rendah, kanak-kanak diajar menulis puisi dan untuk bermula meneroka ilmu ini, mereka dilatih melihat alam dan persekitaran.


Sajak dan haiku yang dihasilkan dipamerkan di pinggir jalan untuk ditonton orang ramai dan untuk menggalakkan lagi minat kanak-kanak dalam sastera.


Ini contoh-contoh karya dari kanak-kanak sekolah rendah yang dipamerkan di sekeliling sekolah dan pada pinggir jalanan.





Alangkah menjadi kebanggaan kepada kanak-kanak ini mendapat penghargaan dari orang ramai apabila karya mereka dipilih menghiasi jalan raya.

Ini sebahagian dari contoh bagaimana sekolah-sekolah menggalak perkembangan sastera di Jepun.

*****

Thursday, January 24, 2013

サーラム マウーリーヅール ラースル


Hari ini 12 rabiu-awal dan hari kelahiran nabi rasullulah.

Nabi rasulullah kita dilahirkan pada awal tahun, masa bumi sedang dihangatkan semula dari kedinginan, waktu kegelapan dalam suasana sejuk di kutub utara perlahan-lahan menjadi terang semula. Bukan kah ini kalau dimuhasabahkan ada maksud disebalik kelahiran nabi rasulullah bahawa gelap menjadi terang, muram menjadi cerah dan memerhatikan sakura yang berguguran di atas cermin kereta saya (dalam gambar ini), kelahiran baginda juga membawa kecantikan kepada alam ini.

Mari kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w. (setiap hari).

*****

Thursday, January 03, 2013

Tengahnya dahan Pain (Pine).


Catatan pertama untuk tahun 2013 ini, saya keluarkan hiasan bunga perayaan tahun baharu yang saya gubah sendiri untuk rumah bapa mentua. Saya memang tak masuk campur dalam perayaan mereka, dan sebelumnya hiasan bunga ini saya tak ambil kisah pun. Entah kenapa sejak tahun lepas, kakak ipar yang selalu membuat gubahan ini kata dia tak buat lagi. Tahun lepas katanya dia pergi luar negara melancong jadinya dia serahkan kepada saya tanggung-jawap ini. Tapi tahun ini katanya dia tak buat lagi gubahan bunga hiasan.

Bunga hiasan tahun baharu dijual dalam set. Kalau dalam set, harganya lebih murah dari kalau beli berasing-asing. Saya yang tidak tahu bahan-bahan untuk hiasan perayaan, membeli yang dalam set sahaja.

Berasakan ilmu ikebana yang saya pelajari satu masa dahulu, dapatlah saya gubah mengikut aturan yang saya pelajari. Tapi pada hari perayaan, setiap bunga dalam set yang dijual ada maksud masing-masing. Contoh maksud pada bunga-bunga itu seperti daun pain perlu disusun di tengah pasu sebab ia paksi dalam kehidupan. Ada bunga yang membawa kebahagiaan, ada bunga yang membawa kekayaan, dan selanjutnya. Saya tidak perlu ambil tahu lambang pada bunga-bunga ini, ia menjatuhkan akidah orang Islam.

Jadi saya susun mengikut suara hati, mengambil kira aturan warna, aturan panjang pendek dahan, kehijauan daun dan hasilnya dalam gambar itu. Walaupun tidak memuaskan saya tapi saya rasa agak memadai memandangkan kesingkatan ilmu gubahan yang ada pada saya.

"Gubahan kamu ikut cara orang Malaysia!" kata ipar itu.

Kalau sudah tidak mahu lakukan, janganlah bersuara sebab bila sudah menolak, hak mengkritik tidak ada lagi. Sekurang-kurangnya kemukakan sahaja satu ucapan terima kasih.

*****