Monday, July 18, 2016

Hadiah Sastera Singapura 2016

Sebelum saya teruskan catatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ini. Jika ada tulisan yang menguriskan perasaan, dalam berdiam itu, tentunya tiada siapa yang tahu, saya mohon kekhilafan dalam diam juga sambil duduk menulis ini.

Saya berangkat ke Singapura selepas seminggu Syawal kerana menghadiri majlis makan anugerah dan makan malam Hadiah Sastera Singapore 2016 atau Singapore Literatura Prize 2016 yang berlangsung pada 14 Julai 2016 di Hotel Regent, Singapura.
Ini gambar keputusan yang telah ditetapkan oleh panel-panel penilai.


Berikutan selepas keputusan yang telah diumumkan, beberapa acara berkaitan anugerah ini dijadualkan.



Ini gambar kenangan pada malam anugerah Hadiah Sastera Singapura 2016 di Hotel Regent, Singapore.


Di malam majlis Singapore Literature Prize malam tadi, pertama kali dikenalkan dengan Datuk Mohd Anuar Ridhwan, Puan Kartini bite Anuar, Prof. Mawar Safei, Puan Hafiza Talib, Puan Hartinah Ahmad dan Pn Aishah Mohd. Kassim. Semoga persahabatan kami membawa manfaat, amin.
Semakin lama semakin ramai teman2 dalam bidang persuratan.


Terus berbahagia menyambut keriangan Syawal.

*****