Tiga hari tanpa cell phone saya habiskan masa senggang membaca novel ini. Mula baca saya tertarik dengan watak Tsuru yang laungkan azan di telinga bayi Sachiro. ehh azan?
Saya terus membaca....tak sukar saya bayangkan penceritaan kerana digarap dengan jelas oleh penulis...seolah saya sedang menonton drama. Petikan kata bahasa Jepun menambah penghayatan saya...kisah ini berlaku di Jepun....bukan zaman Jepun di Tanah Melayu, ya 😁
Tertarik dengan kisah Sachiko dan Hairuki...ada rasa sebak. Paling menarik kisah perkahwinan mereka....cam familiar je kak Leyla Shuri hahaha....seperti yang pernah saya komen ketika mendengar kisah sebenar dulu...memang romantik. Ada unsur kelakar dan sedih buat emosi saya turut dibuai rasa.
Kisah ini banyak membuka mata tentang perkataan cinta. Keberanian mempertahankan cinta. Keikhlasan menerima cinta. Kisah sejarah yg diselitkan membuatkan kita rasa kisah ini benar belaku. Juga buat kita terkenang pelajaran tawarikh semasa di sekolah dulu...Shogun Tokugawa . Penamat kisah ini buat saya rasa sebak dan tersentuh. Puas!
Saya beri 4 bintang. Pasti tak keciwa siapa yang beli.
*Catatan pembaca bernama Kak Yong di Facebook 30 Jan. 2017*
*****