Tuesday, June 26, 2018

Balik berpuasa dan beraya.

*Catatan seorang suri rumah Melayu (sekadar penulis biasa) yang tinggal di Okinawa, Jepun.*

Saya balik ke Spore pada 4 Jun 2018 sendiri. Suami datang kemudian, pada 3 Syawal (3 hari lepas raya) dan kami pulang bersama pada 22 Jun 2018.
Kali ini saya balik ke Spore kerana perlu membuat paspot baharu yang hanya berbaki 2 bulan. Dalam pada itu, dapat lah rasa suasana berpuasa dan beraya. Tiba di Spore setelah separuh Ramadan agak mencabar untuk menyesuaikan diri dengan cuaca tinggi had kelembapan. Terik matahari tidak berbeza dengan Okinawa tapi udara yang sangat lembap di Spore membuat saya kurang berdaya melakukan kerja-kerja di luar rumah. Berjalan dalam cuaca begini mudah memenatkan, hendak-hendak lagi apabila berpuasa.

Hari ke-2, saya perlu ke JB untuk mengemaskini data-data dalam akaun bank. Perjalanan bas ke imigrasi mudah, namun disebabkan cuti sekolah di Spore, dewan imigrasi saya kira ada 10 kaunter dengan 100 orang yang sedan beratur bergerak lembap. Hampir 2j 45m baru dapat ke depan kaunter untuk mendapatkan setem masuk. Itu pun baru sedar yang baki tarikh paspot hanya tinggal 2 bulan. Saya menyatakan kepada pegawai imigrasi bahawa saya tidak sedar tarikh baki yang pendek itu, jika tidak luluskan saya masuk, tidak mengapa, saya akur.
Alhamdulillah pegawai imigrasi faham keadaan saya dan meluluskan masuk.
Apabila di JB, saya masuk satu cawangan bank tapi diminta pergi ke cawangan asal apabila membuka akaun buku. Dalam matahari tengah hari tengak di kepala saya berjalan balik ke JB Sental dengan kehausan yang tidak tertahan lagi. Sampai ke cawangan lain dengan teksi, saya masih tidak dapat melakukan tugas atas sebab-sebab tertentu. Ini bermakna perjalanan saya ke JB tidak mendatangkan hasil. Keletihan hari itu menuntut dua hari rehat di rumah.

Beberapa urusan mengemaskini data-data diri dengan pemerintah seperti memperbaharui alamat rumah, membaharui data-data dalam akaun CPF dan mendapatkan token untuk urusan Singpas berjaya saya lakukan dalam 10 hari.
Selama ini ada satu dua mesyuarat penulis yang saya perlu hadir, walau bagaimanapun keletihan dan kelemahan tenaga memerlukan saya membatalkan urusan-urusan itu.

Apa-apa pun bunga2 di rumah saya tetap segar waktu ketiadaan kami.
Buah kedondong dan buah limau purut berputik, buah peria bergantungan, buah papaya masak ranum, buah pic (peach) lebat hingga pohonnya rebah kerana berat menanggung buah2 yang membesar.

Daun keledek


Kacang Botol


Limau purut berputik


Papaya masak ranum


Kedondong berputik buah


Pertama-tama sampai rumah, saya petik lada-lada yang sudah masak ranum. Kami tanam 3 jenis lada, lada merah, lada padi dan lada habanero.


Suami datang pada 3 Syawal, anak sulung bawa kami ke Kebun Bunga (Botanic Garden) dan Garden by the Bay. Waktu kami masuk G by the B, ada pameran bunga jenis Begonia. Terkejut melihat ada begonia sebesar bunga matahari atau sebesar tapak tangan dewasa.

Selepas dari Kebun Bunga, kami berjalan dari pangkal ke hujung Orchard Road.
Dah lama, saya tidak ais krim roti. Duduk dengan cucu, menikmati roti ini.



Ada banyak jenis begonia, yang ini kecil-kecil seperti manik-manik.


Begonia jenis ini yang selalu saya lihat. Begonia yang sebesar matahari, nanti saya masukkan gambarnya kemudian.

Ini nasihat saya kepada pembaca. Seburuk-buruk rumah sendiri, elok berkali-kali rumah sendiri walau di mana jua rumah itu, selagi ada kasih dan sayang bersama.

*****