Orang Jepun amat pentingkan kesihatan. Adakah kerana nak rasa duit pencen semua jaga kesihatan. Kak Lela..tolong komen sikit!!!! Kawan blogger, Inai, yang tinggal di Niigata hampir 3 tahun, minta penjelasan.
Wujudnya sistem pencen ini baru saja dalam era perindustrian Jepun. Baru tertakluk dalam undang-undang kementerian. Ugama orang Jepun asalnya dari negara Cina, Buddist. Ugama ini tidak makan segala macam daging. Lembu asalnya diimpot dalam tahun 1800 dan daging lembu bukan makanan asli orang Jepun.
Sumber pertama makanan asli orang Jepun ialah dari laut. Ikan, kerang, ketam dan sayuran laut.
Konbu, seaweed, nori, hijiki dan wakame, semua ini sayur-sayur dari laut.
Khasiat sayur laut menambah mineral badan, melawan kanser, membuang tosik badan.
"Research shows that algin in these underwater treasures have anticancer properties and remove radioactive substances and heavy metals from the body. If you live or work in a polluted environment, eating sea vegetables daily is common sense prevention. It normalises the level of cholesterol, prevents high blood pressure and normalises the level of sugar in the blood."
Orang Jepun mempraktikan memakan secara "Eating with the Seasons".
"Wherever you live in the world, the influences of your climate, daily cycles of lightness and darkness, and what fresh foods you eat affect your body's natural rhythms; and these rhythms are influenced by the change of seasons."
Sayuran yang mengikut musim lobak putih (daikon), lobak merah (ninjin), akar teratai (renkon)=Lotus root, ubi udo, ubi kledek, ubi keladi, ubi kentang, akar gobo, ubi konnyaku dan rebong.
Orang Okinawa terkenal dengan panjang umur mereka berbanding dari lain-lain daerah di Jepun. Salah satu sayur yang ditanam di merata sini ialah goya=peria pahit..
Bila musim panas, nak katakan hari-hari makan goya...tak jelak-jelak!
Tauhu, natto, air kacang soya, miso (sejenis taucu buat sop) dan segala yang diperoleh dari kacang soya.
Bermula musim panas banyak orang Jepun menanam sayur-sayur walaupun mereka tidak ada tanah. Dalam pasu, pagar-pagar, di veranda, depan rumah, celah dapur...terung, tomato, piman (green peppers). Yang ada tanah pula akan menanam lebeh dari itu timun, jagung, kacang boncis, bende, peria, petula, lada merah, sayur sawi, bayam, kledek, kentang, lobak putih dan merah.
Kalau cendawan atau mushroom pula ada 14 macam jenis. Musim cendawan dan musim anak rebung, orang Jepun pergi ke bukit untuk mencari cendawan dan rebung.
Minuman tradisenal mereka ialah teh hijau.
Khasiat teh hijau jauh lebeh tinggi dari kopi.
"Green tea is especially helpful in reducing cancer risks. It contains powerful antioxidants which counteract the free radicals that are believed to cause cancer. Many other tea varieties can prevent or treat the following:
high cholesterol and heart attack
rheumatoid arthritis
cardiovascular disease
impaired immune system functioning
infections."
Bukan nak kata makanan orang Melayu tidak ada khasiatnya, bukankah tiap-tiap rezeki yang halal ada nikmatnya diberi Allah?
Tapi bandingkanlah "main dish" orang Jepun ialah sayur. Daging hanya membuat tumis atau perasa saja.
Contoh makanan tengahari...sop wakame dengan tauhu berkicap, peria goreng dengan tauhu, lobak merah goreng dengan telur atau natto (kacang soya) dengan hijiki (sayur laut).
Kebetulan umur mereka panjang sebab cara pemakanan mereka baik.
Friday, April 09, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hang dok laaa kat jepun tu lama2 ..... nanti hang panjang umur .....
ReplyDeletesalam pak ahmad,
ReplyDeleteamin, hehehe, apa kabar dgn cendawan Jepun itu, laku tak?