PERISTIWA GOOD FRIDAY DARI KACAMATA ISLAM
Selang beberapa hari lagi kebanyakkan penganut-penganut agama Kristian sedunia bakal menyambut hari Good Friday yang bakal jatuh pada hari Jumaat ini 14 April 2006.
Pada hari tersebut mereka akan menghadiri upacara khas memperingati peristiwa Nabi Isa alaihis salam (a.s.) atau Jesus sebagaimana yang mereka katakan "disalib dan dipalang" oleh musuh-musuhnya.
Dalam pegangan akidah kita sebagai umat Islam,Nabi Isa a.s. merupakan salah seorang nabi dan rasul yang wajib kita percaya dengan teguh.
Baginda a.s. bukanlah anak Tuhan sebagai yang di percayai oleh kebanyakkan penganut-penganut Kristian.
Dalam hal ini Allah s.w.t telah berfirman dalam
surah Al-Maidah,ayat116 - 117 yang bermaksud,
"Dan ingatlah ketika Allah s.w.t.bertanya (kepada Nabi Isa a.s) :'Wahai Isa putera Maryam !
Engkaukah yang mengatakan kepada manusia : Ambillah saya dan ibuku sebagai dua tuhan selain Allah?"
Jawab Nabi Isa a.s.:
Maha suci Engkau , tidak sepatutnya saya mengatakan perkara yang bukan hakku (menyebutkannya).
Jika sekiranya saya pernah menyebutkannya , tentulah Engkau mengetahuinya .
Engkau sahajalah mengetahui apa sahaja yang ada pada diriku sedangkan daku sendiri tidak mengetahui apa yang ada pada diri-Mu . Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib .
Saya tidak pernah mengatakan kepada mereka selain dari apa yang telah Engkau suruh saya katakan iaitu sembahlah kamu kepada Allah Tuhanku dan Tuhan kamu!
Dan saya pernah menjadi saksi terhadap mereka selama saya bersama mereka .
Kemudian setelah Engkau mewafatkan daku (mengangkat diriku ke langit) ,
Engkaulah yang mengawasi mereka dan Engkaulah yang Maha Menyaksikan segala sesuatu ( yang mereka lakukan ) . "
Maka sudah jelas dan terang sekali bahawa sesungguhnya ayat-ayat suci Al-Quran sendiri telah menafikan Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan. Adapun mengenai peristiwa Baginda a.s. disalib dan dibunuh oleh musuh-musuhnya.
Allah s.w.t telah merakamkannya menerusi Kitab SuciNya dalam
surah An-Nisaa' , ayat 157-158.
"Dan dakwaan Ahlil Kitab (orang-orang Yahudi)
Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa putera Maryam "Utusan Allah" (dengan nada sindiran).
Yang sebenarnya mereka tidak membunuh Nabi Isa a.s. dan tidak pula menyalibnya , akan tetapi penglihatan mereka dikaburkan . Sesungguhnya mereka (Ahlil Kitab) yang berselisih faham tentang perkara itu (kewafatan Nabi Isa a.s.) .
Mereka tidak mengetahui dengan pasti tentang perkara itu melainkan hanyalah mengikut persangkaan sahaja .
Mereka pula tidak yakin telah membunuh Nabi Isa a.s. bahkan Allah telah mengangkatnya (Nabi Isa a.s.) kepada-Nya(naik ke langit) . Dan Allah itu Maha Berkuasa lagi Bijaksana."
Kesimpulan terhadap perkara ini adalah Nabi Isa a.s. merupakan satu-satunya nabi dan rasul yang masih hidup di sisi Allah s.w.t.
Bahkan Baginda a.s. akan diturunkan ke bumi ini di saat berleluasnya fitnah-fitnah Dajjal di seluruh dunia pada akhir zaman nanti .
Dan dalam masa yang sama Baginda a.s. akan ditugaskan menghancurkan Dajjal serta pengikut-pengikutnya serta mempimpin umat manusia ke arah melaksanakan Syariat Islam .
Semoga kita dapat memantapkan dan mengukuhkan lagi keimanan kita kepada Allah s.w.t.
Wallahu A`lam
Tulisan Imam Masjid Kampung Siglap-Ustaz Suhaimi Hassan.
Wednesday, April 12, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment