Tahun ini banyak orang kuat "ulamak" di pulau ini dah balik negara masing-masing. Yang tinggal hanya banyak orang baru datang, muda dan tidak berpengalaman dalam masalah menetapkan tarikh hari raya.
Kalendar letak 30 hari Ramadan kalau ikut falak dan esoknya baru satu syawal. Tapi di negara sebelah arab dan orang-orang di Mekah hanya berpuasa 29 hari dan ramadan 30 tidak ada sebab sudah nampak anak bulan maka mereka beraya.
Telefon di rumah saya mula berdering sejak maghrib pada malam 29 ramadan, banyak yang menanyakan tarikh raya. Saya kata belum ada maklumat lagi yang esoknya raya sebab saya juga masih menunggu pengumuman.
Kalau ingin tahu lebih teliti, silalah telefon Islamic Center of Japan sebab ini badan yang sudah diistikharkan menjadi wakil rasmi untuk mengumumkan tarikh raya.
Pada malam ramadan 30 itu, seorang pelajar melayu memberi tahu yang esoknya kemungkinan 90% jatuhnya satu syawal (entah dari mana dia mendapat maklumat ini).
90%?
Kenapa 90%?
Yang saya tahu raya 100% atau tidak raya 100%, pertama kali saya dengar raya 90%.
Saya belum pasti dan tidak ada pengumuman dari mana-mana sumber rasmi lagi, lalu saya teruskan berterawih untuk malam yang terakhir pada bulan ramadan ini.
Kami juga bersahur untuk berpuasa hari akhir ramadan.
Kalau tak jadi raya esoknya, kita masih ada niat berpuasa tapi kalau jadi juga raya keesokkannya, boleh batalkan saja niat puasa dan terus beraya.
Itu langkah saya yang praktikal.
Pagi 30 ramadan seperti biasa saya sekeluarga berpuasa dan menerima panggilan yang ada beberapa orang telah berkumpul untuk solat sunat pagi raya.
Hah? Raya? Saya masih berpuasa! Korang dah raya!
Hah? Dah laungkan takbir malam tadi? Tapi saya masih berterawih malam yang sama itu!
Entah dari mana mereka mendapat pengumuman yang hari itu masuk satu syawal. Tapi sebelum mereka dapat mulakan solat sunat raya, ada orang sempat menhentikan majlis dengan menggatakan yang raya bukan hari itu dan sebenarnya raya jatuh pada hari keesokkannya.
Saya apalagi, mengucapkan syukur yang saya masih berpuasa untuk ramadan hari yang akhir itu.
Kumpulan ini masih mengganggap yang hari itu hari raya sebab ada negara yang sudah beraya pada hari itu.
Disebabkan banyak orang kuat sudah balik negara masing-masing, terjadilah berbagai fatwa yang membolehkan kumpulan kecil ini beraya dan sebahagian kumpulan lain tidak beraya.
Banyak sangat orang pandai yang tinggal membuat fatwa yang membolehkan beraya sebelum mendapat pengumuman rasmi.
Suka hati merekalah, yang saya tahu mereka rugi satu hari barkat bulan ramadan.
Dan.
Mereka harus mengantikan puasa yang mereka sengaja lepaskan pada hari itu.
Kalau mereka tidak berniat untuk mengganti puasa itu, itu antara mereka dengan Ilahi sahaja, saya tidak masuk campur.
Saya harus jaga amalan dan ibadah diri sendiri dan anak-anak sebaik-baiknya.
Pada tahun 1427, terjadilah 2 sambutan raya untuk perkampungan orang Islam di pulau kecik ini.
Chess!
Wednesday, November 01, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah haru biru jugak ye klela.. walaumcmanapon hanya DIA yg lebih mengetahui
ReplyDeleteSalam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.
ReplyDeletecam kat tanah air ni pun kekadang ada gak group yang bertindak membelakangi kerajaan (source: bkn dari sumber utama, just dengar2 jer).
Kalau dah nampak anak bulan pun, tapi majlis raja² dah isytihar kena puasa lagi kena la puasa gak, sbb negara kan luas, ada tempat nampak, ada tempat tak nampak.. macam² faktor yang membolehkan tak nampak spt terlindung dek awan, teropong buat hal time tu dsb.
cuma di okinawa maybe macam kak lela nyatakan, telefon lah islamic center.. depa yang boleh bagi keputusan..
satulagi, kalaulah manusia ini tahu dan nampak akan hikmah ramadhan, dan jika diberi peluang memilih 29 atau 30 hari nescaya dah tak wujud 29 hari..
assalamualaikum kak lela.
ReplyDeletedulu rajin visit blog akak yg lama tu, dari yg first ada haiku tu sampai le ke okinawa..lama tak ziarah..tup..tup dah tak dpt masuk lagi...missed yr writings...
salam aidil fitri dari saya
The blog pemastautin-okinawa is undergoing some restructuring. Klela masih menulis tapi tukar ke laman ini.
ReplyDeletehttp://www.lelahiro.esasterawan.net/
Kat atas situ pun ada letak link.
Terima kasih zieza, masih membaca catatan klela yang tak seberapa ini.
Esok hari akhir syawal, masih tidak terlambat mengucapkan salam lebaran untuk zieza.
Shah,
ReplyDeleteterima kasih sudi menulis nasihat itu. Tahun depan klela nak print kasi budak2 dan orang2 yang memandai kat pulau ini.
InsyaAllah.