Sunday, February 25, 2007

sambung sauna

Sebagai supir, setelah mengambil makcik higa dan sachiko dari rumah mereka, saya diarahkan jalan ke tempat sauna itu.
Apabila menyerahkan tiket percuma di meja depan, saya memandang keliling. Terpandang bilik salin yang bergelas kaca dari tempat pembayaran itu. Nampak perempuan bo-gel berulang-alik. Memang bo-gel, tidak sehelai kain menutup. Semua nampak. Lagi pun mereka tidak rasa segan-silu.
Dengan gelisahnya, setelah mendapatkan towel besar untuk balut badan, saya masuk ke bilik salin itu dan memandang ke dalam lagi. Di dalamnya ada sebuah bilik sauna, sebuah kolam jakuzi, sebuah kolam air berpusing, sebuah kolam biasa dan sebuah kolam air bunga lavender/bunga camomile.
Saya ikat towel dan masuk bilik dalam. Mulanya harus mandi dan bersihkan badan. Higa dan sachiko mandi agak 15 minit. Saya buat mandi cepat dan masuk sendiri ke bilik sauna. Ada seorang terbaring bo-gel macam ketam terbakar. Dengan berkemban, saya cari tempat yang paling jauh dari sumber panas. Agaknya 5 atau 7 minit sahaja, saya rasa lemas bernafas. Panasnya mungkin suhu 50c-60c. Tak tahan terus keluar bilik sauna dan masuk kolam jakuzi sendiri. Higa dan sachiko masih mandi. Memang undang-undang situ harus berbo-gel apabila masuk dalam kolam-kolam situ. Sebelum saya masuk kolam, saya pusing dan tentukan tidak siapa memandang ke arah saya.
Mereka pun tidak pedulikan orang lain. Saya gantung towel dan terus masuk bo-gel ke dalam jakuzi.
Ada empat penjuru tekanan air keluar. Dua penjuru di pinggang dan tiap satu di kedua tapak kaki. Suhunya mungkin 45-50c.
Panas sangat dan saya masuk sedikit demi sedikit. Berendam dalam jakuzi selama 10 minit dan masuk lagi bilik sauna selama 5-7 minit.
Bila keluar kali ini saya lihat higa dan sachiko berjalan menuju kolam jakuzi.
Alamak, mereka masuk sama pula kali ini. Saya biarkan mereka masuk dulu. Sebelum membuka towel badan, saya minta mereka berdua paling ke arah lain.
Saya kata malu tapi higa kata saya bukan orang muda dan tak perlu malu lagi.
Maksudnya orang muda saja harus malu tapi orang tua boleh dedah sana-sini kot?
Lagi pun higa kata lagi tutup-tutup lagi nampak ganjil. Buat macam biasa berbo-gel.
Higa dan sachiko masuk bilik sauna hanya sekali dalam 3 minit sahaja. Higa takut mati dalam bilik itu sebab dia darah tinggi. Takut dalam panas itu pukulan darahnya naik melambung, itulah dia tidak duduk lama dalam bilik sauna.
Yang pelik, setiap kali sebelum masuk kolam, mereka mandi, basuh dan gosok badan macamlah kotor sangat. Rasanya macam nak koyak kulit mereka gosok dan gosok. Mereka duduk depan cermin, sambil berbual sambil mengosok badan.
Akhir sekali kami masuk ke dalam kolam bunga lavender/camomile. Agaknya untuk mewangikan badan sebelum tukar pakaian semula.

Saya masuk sauna berulang 3 kali antara 5-7 minit dan jakuzi berulang 3 kali antara 10-15 minit. Rasanya seperti saya baru habis jimak, penat semacam. Rasa longlai semacam, lemah pun semacam. Mungkin suhu panas sauna itu mencairkan lemak tepu badan ini kot?
Yang bagusnya, masuk hari ini sudah 5 hari pinggang saya tidak sakit dan nyenyutan di tapak kaki sudah hilang, alhamdullilah. Mungkin tekanan air dari kolam jakuzi atau mungkin suhu panas membuang toksik yang berlingkaran dalam badan. Tak tahu nak buat teori lagi.
Buang air kecil juga jadi licin dan puas. Tidak terasa macam ada yang masih tertinggal, rasa puas semua keluar.
Higa dan sachiko kata elok kita buat sessi sauna sebulan sekali atau dua kali dan minggu depan kami akan pergi lagi.
Dengan niat untuk mempersihatkan badan saya sanggup berbo-gel bersama mereka.
Saya berdoa janganlah perbuatan ini menjadi dosa.
Oh, tak sanggup mengumpul dosa begini sebulan sekali, kalaulah berbo-gel itu dianggap berdosa.

Wednesday, February 21, 2007

Sauna

Saya tidak pernah masuk bilik sauna di Jepun. Kata omputih "there is always the first time".
Sebenarnya, Sachiko (ahli haiku) dapat tiket percuma masuk bilik sauna. Dia jemput saya dan mak cik Higa yang berumur 74 tahun.
17 tahun dulu, masa otto (sebut: oht-to) berkerja di Spore, kami diberi kondominium yang dilengkapkan dengan fasiliti sauna. Selalu juga saya bersauna masa itu. Bab main asap ini habis di situ sahaja apabila kita pindah ke negara lain.
Saya tanya Sachiko bila dia telefon untuk menetapkan waktu pergi esok, cara orang Jepun bermain asap.
Dia kata berbogel!
Bogel! Honto ni hadaka desuka (betulke bogel?)
Saya tak percaya, takkanlah berbogel langsung?
Mesti ada tuala membalut, mungkin Sachiko pun belum pernah masuk bilik sauna tapi saya tak sempat tanya.

Sebenarnya Sachiko jemput saya pergi sebab dia mau gunakan kereta saya. Saya jadi supir. Supir pun supirlah, saya tak kisah pun.
Tapi yang masalah sekarang, memikirkan esok.
Berbogel terus ke masuk bilik sauna sini?
Walaupun jenis puan sahaja bersama dalam bilik sauna itu tapi kita tidak boleh paparkan "perhiasan peribadi" itu, betul?
Adalah saya terbaca dalam hadis tapi dah lupa bab mana.

Macamana nak elakkan tidak berbogel, dilemma betullah hidup ini.

Monday, February 12, 2007

Bermula lagi.

Hujung minggu ini, saya tukar template ini dan mula memasang fungsi google untuk blog ini. Setiap entri dilabelkan dan ejaan, juga guna bahasa yang salah diperbetulkan.
Ada banyak lagi yang perlu saya ubah-suai tapi saya akan buat mengikut waktu yang ada.
Mulai sekarang saya akan mula menulis di sini. Masa membetulkan ejaan pada entri lama, sambil membaca, saya teringat semula perkara dan kejadian yang berlaku di setiap entri. Banyak juga yang saya sudah terlupa dan membaca entri lama itu mengembalikan nostalgia dan kenangan seperti tayangan gambar lama.
Fungsi google sekarang boleh dikumpulkan setiap entri mengikut topik yang diceritakan. Itulah yang saya sibukkan sekarang, masukkan label pada setiap entri lama.
Banyak saya ingin ceritakan...