Saya tidak pernah masuk bilik sauna di Jepun. Kata omputih "there is always the first time".
Sebenarnya, Sachiko (ahli haiku) dapat tiket percuma masuk bilik sauna. Dia jemput saya dan mak cik Higa yang berumur 74 tahun.
17 tahun dulu, masa otto (sebut: oht-to) berkerja di Spore, kami diberi kondominium yang dilengkapkan dengan fasiliti sauna. Selalu juga saya bersauna masa itu. Bab main asap ini habis di situ sahaja apabila kita pindah ke negara lain.
Saya tanya Sachiko bila dia telefon untuk menetapkan waktu pergi esok, cara orang Jepun bermain asap.
Dia kata berbogel!
Bogel! Honto ni hadaka desuka (betulke bogel?)
Saya tak percaya, takkanlah berbogel langsung?
Mesti ada tuala membalut, mungkin Sachiko pun belum pernah masuk bilik sauna tapi saya tak sempat tanya.
Sebenarnya Sachiko jemput saya pergi sebab dia mau gunakan kereta saya. Saya jadi supir. Supir pun supirlah, saya tak kisah pun.
Tapi yang masalah sekarang, memikirkan esok.
Berbogel terus ke masuk bilik sauna sini?
Walaupun jenis puan sahaja bersama dalam bilik sauna itu tapi kita tidak boleh paparkan "perhiasan peribadi" itu, betul?
Adalah saya terbaca dalam hadis tapi dah lupa bab mana.
Macamana nak elakkan tidak berbogel, dilemma betullah hidup ini.
Wednesday, February 21, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hehe. Bab2 sauna ni tak leh tahan. sebab kalu masuk sauna susah nak nafas sbb penuh dengan wap2. Nasib baik sini orang pakai towel.
ReplyDeleteP/S: Saya takde blog sebab selalu hangat2 tahi ayam saja.Slalu ikut mood. Fotopages tu pun terbengkalai begitu saja walaupun slalu mengambil gambar.Skarang balik ke hobi lama - painting.
oh ye ke? Lenny suka painting ke?
ReplyDeleteBulan April ini, klela mula kursus melukis. Postcard painting sebenarnya. Niat ingin lukiskan gambar pada setipa haiku sendiri.
Nanti dah pandai melukis, klela uploadkan kat blog, insyaAllah.
takkan "hadaka" masuk sauna kaklela? Tak melecur ke? Hehehe..saya "onsen" penah masuk sekali jerk dengan "kohai", itupun tengah malam masuk dengan baju2 sekali...tak sanggup rasanya kalau nak ikut cara diorang tu..auww
ReplyDeleteah ha, ryu-chan,
ReplyDeleteada sambungan pada entri ini :-)
kak lela, bawak kain batik panjang, berkemban dalam sauna. mesti diorang tanya mana dapat kain lawa tu!! nanti ada orang tiru :D
ReplyDeleteHani, hanya boleh pakai towel dalam bilik sauna. Itu tak apa tapi masuk kolam jakuzi, kena berbo-gel!
ReplyDelete