Monday, March 30, 2009

Tatkala "missile" melintasi...

Apa agaknya rasa kita apabila bersantai-santai bersama-sama keluarga pada hujung minggu dengan pengetahuan yang negara jiran bercadang memanah sebatang peluru nuke ke arah kita.
Jika peluru itu ditembak dari utara ke selatan menyeberangi seluruh tanah melayu yang disanjung setiap para anak bumi, mungkinkah...

a] mereka datang beramai-ramai, menarik anak masing-masing, membentang tikar di padang Putrajaya, bertepuk sorak kegembiraan melihat peluru itu sedang melintas?

b] mereka diminta pergi ke masjid bersolat hajat beramai-ramai dan membuat doa selamat bersama.

c] mereka disuruh beli barang dapur dan menyimpan stok makanan dengan anggapan bom itu akan melenyapkan tanah anak bumi.

d] mereka memakai baju berwarna putih dan berarak membawa kad yang menulis "Jangan bom kami" dan "Kasihanilah kami".

e] ketua pemikir tanah air akan mengeluarkan undang-undang yang menulis jika negara jiran memanah sebarang peralatan bahaya mereka berhak untuk mengeluarkan denda yang berjuta-juta.

f] setiap anggota keselamatan berdiri berbaris di sempadan negara untuk menentang peluru nuke itu.
Tindakan apa agaknya?

Nota kaki: Untuk blogawan sdr Unsunghero, maaf ingin saya sampaikan kerana komen yang diterima itu sudah terhilang apabila saya menukar tajuk entri ini dari [Tatkala peluru berpandu menyeberang...] ke [Tatkala "missile" melintasi...]. Harap maklum dengan kesilapan teknikal ini.

2 comments:

  1. Salam Kak Lela...semoga apa yang dibimbangi tidak berlaku. moga 'jiran' yang satu itu punya belas ehsan terhadap jirannya. apa yang berlaku di rantau sebelah sana pasti impaknya akan turut dirasai oleh kami di sini. semoga kak lela sekeluarga sentiasa dilindungi-Nya...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Semoga Lela dan seluruh warga kota sakura terselamat daripada segala bencana.

    ReplyDelete