Tuesday, January 19, 2010

MyJica Envisioning 2010


Hujung minggu yang lepas, saya menghadiri satu bengkel yang dianjurkan oleh MyJica.
Kertas kerja yang membentangkan sesi perancangan strategik bengkel ini bertujuan untuk merangka program dan aktiviti yang lebih berdinamik, berdaya maju serta memberi menafaat bukan sahaja kepada ahli-ahli MyJica juga kepada masyarakat Malaysia, masyarakat Jepun dan negara lain amnya.
Keahlian saya sebagai ahli ad-hoc dari Human Resource Development, Overseas Development Assistance (ODA), Japan melayakkan saya memberi sumbungan kepada bengkel ini.

Saya kenal kebanyakan ahli-ahli yang hadir. Ada di antara mereka telah berkursus di Pulau Okinawa anjuran JICA dan ada juga di antara mereka yang saya telah ketemui dalam berbagai aktiviti yang diaturkan oleh MyJica sebelum ini.

Sebelum bengkel bermula, kami bersarapan. Apabila melihat wajah-wajah yang ramai saya kenal makanya kenangan-kenangan silam bersama mereka kembali semula. Ini menjadikan perbincangan kami lebih berimpak dan menghasilkan idea-idea yang berkesan dalam tujuan kami untuk mengukuhkan strategik yang boleh menafaatkan ahli-ahli.

Saya berasa sangat beruntung kerana dapat menyumbang bersama kepada bengkel ini tatkala saya masih di Tanah Melayu sekarang. Entah bilakah saya dapat bengkel bersama lagi!
Selalunya masa saya balik ke Tanah Melayu ini, jarang-jarang bertembung dengan bengkel-bengkel atau mesyuarat seperti ini.

Harapan saya setelah membilas, memerah dan mengeringkan otak, sehingga ada juga ahli yang demam selepas balik ke rumah, agar perbincangan kami mendapat kesan baik dan berhasil untuk matlamat yang disasarkan.

**********

No comments:

Post a Comment