Wednesday, March 24, 2010

Convo 2010

Aizat and Dayana parents
Sotsugyou 2010

Tahun ini 7 anak-anak JPA berkonvo dari Ryukyu Univ. Akhir Mac ini, mereka dihantar pulang. Dua orang di antara mereka telah mendapat jawatan di pulau ini dan dengan keizinan imigrasi, akan menyambung kehidupan seterusnya di sini. Empat orangtelah mendapat tawaran bertugas di syarikat-syarikat ternama di Malaysia seperti Sony, Panasonic dan Romh-Wako di Kelantan.
Buat julung-julung kalinya, ibu-bapa dua orang di antara anak-anak ini datang meraikan hari konvokesyen mereka. Kehadiran mereka amat menambah kemeriahan di majlis ini.

Mereka akan memulakan dunia kerjaya sebagai "WAKABA" atau "daun baru" pada bulan April nanti. Sebagai ahli paling rendah, waima pangkat yang digalaskan tinggi, dalam hierarki di tempat tugas baru, mereka bagai sehelai kain putih. Ilmu yang dipelajari selama empat tahun hanya untuk segulung ijazah. Selepas ini ijazah itu tidak diperlukan lagi. Lebih elok dimasukkan ke bingkai dan jadikan hiasan untuk ruang tamu.
Selepas menapak di syarikat baru dengan tugas baru, tidak semestinya proses pembelajaran mereka berhenti di sini. Ilmu dalam kolam kehidupan yang dalam perlu ditimba. Berbagai ragam manusia akan ditemui. Sebagai benih yang baru bertunas, merekalah yang perlu menundukkan kepala dan merendahkan diri dan memberi hormat kepada yang lebih berpengalaman. Juga membawa tugas dengan amanah dan ikhlas.

Dayana, Elliyas, Aizat, Hamizan, Shakri, Ajis, Amirul...korekara anatatachi otona ni nari, iro iro na taihen no koto mo ari...chikara dashite, kokoro tsuyoku shite, gambatte ikimashou.

Otona made anatatachi ni me ni kakareta, jibun no kokoro shabishikutte demo saigo made muzukashii michi aruita, jibun wa anatatachi no koto jiman desu.

Honto ni, iro iro osewa ni narimashita.

***********

2 comments:

  1. Salam Puan Hajah,
    Dah lama Pak Man tak tinggal kan komen di sini.
    Semoga mereka semua berjaya dalam karier yang diceburi.

    ReplyDelete
  2. salam sejuta rindu, 2 tahun menjeruk rasa ingin rasanya terbang ke okinawa

    -asyaraha-jb,malaysia

    ReplyDelete