Berita Harian, Dis. 17, 2010
Berita Harian Dis. 17, 2010
Susur galur yang mengalir dalam badan ini bukan Melayu asli. Boleh saja saya mengaku diri ini bukan Melayu. Emak dan bapa saya bertemu di Singapura dalam era penjajahan Inggeris. Seorang dari India dan seorang lagi dari Melaka, mencari rezeki dalam bandar yang serba membangun untuk meneruskan kehidupan.
Emak saya bukan orang sekolah tinggi dan bapa pula tidak fasih berbahasa Melayu. Pertuturan saya dari kecil hanya meniru cara emak saya yang pekat dengan loghat Negeri. Apa diharap kepada bapa saya pula dengan bahasa yang meniru imigran baru pada era itu.
Pada peringkat awal persekolahan, kami diajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Bahasa Inggeris menjadi bahasa utama. Kelas kurang sejam dalam 2 kali seminggu. Apa diharap kepada saya, anak separuh Melayu untuk meningkatkan bahasa Melayu.
Selepas menamatkan zaman persekolahan, kerjaya tidak menggalakkan pertuturan Bahasa Melayu.
Mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka Jepun dan selepasnya mengikutnya merantau selama 20 tahun, sejujurnya telah menghilangkan Bahasa Melayu yang daripada asal sudah mengalir lembap dalam diri ini.
Saya tidak sedar bahasa yang saya tuturkan hanya campuran dari berbagai-bagai bahasa. Ini amalan orang-orang di sekeliling saya dan saya hanya meniru sama seperti bapa, imigran dari India, yang meniru juga.
Seorang sahabat menyarankan saya menulis pengalaman hidup di pulau ini dalam blog. Saya mengambil saranan itu dan mula menulis. Pada awalnya catatan saya masih mengikut gaya penulisan pra-Merdeka bersama e-tanda dan segala ejaannya.
Ramai yang membantu untuk memperbaiki kelemahan ini sehingga senaskhah Kamus Dewan juga dihantarkan untuk saya.
Ramai juga yang menghina (mereka orang bijaksana dalam bahasa) kelemahan ini sehingga saya terpaksa berehat dari menulis dan berusaha sendiri untuk mempertingkatkan diri ini.
Berdikit-dikit saya membaca dalam diam tulisan orang-orang bijaksana dalam bahasa. Berdikit-dikit selama 5 tahun, bersendiri.
Dengan bantuan seorang sahabat yang mendorong penulisan novel ini dari awal ia berbenih, saya memanjat gunung itu sampai ke puncak jaya.
Saya bukan mengharapkan nama. Saya hanya ingin membuktikan kepada orang-orang yang pernah menghina saya.
Nah! Saya lulus!
*******
Monday, December 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam...tahniah kak lela. moga kejayaan ini perintis kepada kejayaan yang lebih besar. juga moga kak lela tidak menjadi seperti 'orang bijaksana dalam bahasa' itu :)
ReplyDeleteas salam unsunghero,
ReplyDeleteK leyla banyak lagi perlu belajar utk bersaing dgn org2 pandai di luar sana, K leyla tak layak menghina org lain sebab k leyla sendiri masih terkial2, lainlah mereka yg bergelar bijaksana.
InsyaAllah, k leyla akan terus dan terus mempertingkatkan diri dalam 3 bahasa.
k.lela...omedetou!! alhamdulillah dgn kejayaan hari ni, moga jadi pembakar semangat utk kejayaan yg lebih besar akan dtg. ganbare k.lela!!!
ReplyDeleteLeyla.. jangan jadikan cacian satu kelemahan. Kita telah buktikan.. sampai sekarang pun, ada juga yg suka menggelakkan orang lain, dia sendiri, serangkap pun tak boleh tulis.
ReplyDeleteorg yg ;menghina; hanya menganggap diri mereka bagus.. tidak mengapa, 'merendah diri' adalah mulia di sisi Allah.. Hanya DIA yg MAHA TAHU!
Teruskan menulis!
salam kak lela...Ha nih..ingat x..yg dulu dok beppu....tahniah kak...saya pun ader terbaca pasal nih kat paper....belek punyer belek..eh kak lela nih...tak sangka giat menulis dan aktif hasilkan buku lak....nah kaka dah buktikan pun....omedetou ne!!!
ReplyDeleteAssalamualaikum Puan Halela.Kak Mahaya Mohd.Yassin, PEN Negeri Sembilan ni.
ReplyDeleteTahniah kerana berjaya melakukan sesuatu yang bermanfaat. Teruskan cita-cita, teruskan usaha tanpa lelah, teruskan menghimpun pengalaman indah.
Akak singgah sementara di Jepun, menemankan anak bongsu. Aduhai, memang terpesona akan keindahan Negara Matahari Terbit ini. Keramahan, sopan santun serta semangat patriotik rakyatnya mengagumkan!
Selamat maju jaya!
Salam takzim.
Mahaya Mohd.Yassin
as salam sirasain,
ReplyDeleteye masih ingat sirasain yg tinggal di beppu tapi bila dah balik msia dan tak berhubung lagi, hampir2 lupa :-o
tahniah kak lela
ReplyDeletedari anjakan realiti
Saya kagum dengan kegigihan Puan Halela belajar menguasai bahasa dan menghasilkan karya. Tahniah!
ReplyDeletesalam lebaran kak,
ReplyDeletesaya baru jer tahu tentang buku akak dari website 2 bulan lalu,
tp bila cari kat kedai, tiada stok lagi..
hingga kini saya belum lagi memilikinya..
sedih..
Salam lebaran buat Leeya,
ReplyDeleteBaru 2 bulan lepas ada pembaca yang nyatakan novel ini ada stok di Gramedia Sunway.
Tapi kalau leeya ada facebook, masuk page ini dan buat pertanyaan tentang pembekal mereka.
http://www.facebook.com/karnadya.solutions
atau masuk ke link ini, buat pertanyaan.
http://www.store.karnadya.com.my/
Terima kasih kerana ada niat untuk mendapatkan novel ini.
Salam lagi Leeya,
ReplyDeleteSaya baru mendapat maklumat ini dari KarnaDya (syarikat yg menerbitkan novel PSSK).
Sila e-mel ke info@karnadya.com.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang kedai-kedai buku yang mempunyai stok novel tersebut, memandangkan terdapat banyak kedai buku di dalam list kami... Terima kasih.
Harap maklumat ini dapat membantu cik Leeya.
wassalam.