BUKU: PERCIKAN PELANGI-HIMPUNAN HAIKU DAN TANKA
TELAH TERBIT.
PADA YANG BERMINAT, SILA HUBUNGI EN. DARMA MOHAMMAD, E-MEL: ufukfikir@gmail.com
Antologi PERCIKAN PELANGI menghimpunkan sebanyak 230 untai haiku dan 110 untai tanka karya Leyla Shuri dan Darma Mohammad.
Kata En. Wan Rafar Isyak: "Saya dengan amat gembira mengalu-alukan penerbitan himpunan haiku dan
tanka karya dua orang penulis haiku berpengalaman ini. Penerbitannya,
setahu saya telah melalui proses perbincangan dan pemurniaan yang agak
lama. Saya harap penerbitan ini menjadi asas dan permulaan yang baik
dalam perkembangan puisi modern Malaysia. Tahniah diucapkan kepada Leyla Shuri dan Darma Mohammad"
Darma Mohammad: "Terima
kasih atas perhatian sdr WanRafar Ishak. Kami tetap melihat haiku dan
tanka dengan amat serius. Dalam antologi PERCIKAN PELANGI kami tetap
mengekalkan skema asal (teknik) haiku seperti yang ditulis di Jepun
sekarang. Teknik 5-7-5 dan kigo tetap
kami pertahankan walau pun ia ditulis dalam bahasa Melayu dengan
mengambil nafas dan perasaan orang Melayu. Kami mahu buktikan bahawa
haiku (juga tanka) mampu ditulis dalam bahasa Melayu. Sebab itu kami
BERANI menggunakan istilah "haiku" (5-7-5 + kigo) dan "tanka"
(5-7-5-7-7). Wassalam."
=======