Tuesday, June 26, 2012

PERCIKAN PELANGI


BUKU: PERCIKAN PELANGI-HIMPUNAN HAIKU DAN TANKA 
TELAH TERBIT.
PADA YANG BERMINAT, SILA HUBUNGI EN. DARMA MOHAMMAD, E-MEL: ufukfikir@gmail.com 

Antologi PERCIKAN PELANGI menghimpunkan sebanyak 230 untai haiku dan 110 untai tanka karya Leyla Shuri dan Darma Mohammad.
Kata En. Wan Rafar Isyak: "Saya dengan amat gembira mengalu-alukan penerbitan himpunan haiku dan tanka karya dua orang penulis haiku berpengalaman ini. Penerbitannya, setahu saya telah melalui proses perbincangan dan pemurniaan yang agak lama. Saya harap penerbitan ini menjadi asas dan permulaan yang baik dalam perkembangan puisi modern Malaysia. Tahniah diucapkan kepada Leyla Shuri dan Darma Mohammad"
Darma Mohammad: "Terima kasih atas perhatian sdr WanRafar Ishak. Kami tetap melihat haiku dan tanka dengan amat serius. Dalam antologi PERCIKAN PELANGI kami tetap mengekalkan skema asal (teknik) haiku seperti yang ditulis di Jepun sekarang. Teknik 5-7-5 dan kigo tetap kami pertahankan walau pun ia ditulis dalam bahasa Melayu dengan mengambil nafas dan perasaan orang Melayu. Kami mahu buktikan bahawa haiku (juga tanka) mampu ditulis dalam bahasa Melayu. Sebab itu kami BERANI menggunakan istilah "haiku" (5-7-5 + kigo) dan "tanka" (5-7-5-7-7). Wassalam."
=======

No comments:

Post a Comment