Semalam cucu kembar saya menyambut ulang tahun hari lahir yang ke-3. Mereka meraikan hari ini dengan kawan-kawan dalam kelas asuhan.
Semoga cucu-cucu saya menjadi pewaris Islam yang diberi taufik dan hidayah dalam keluarga kami. Amin.
*****
Friday, May 15, 2015
Wednesday, May 13, 2015
Muslim Friendly Okinawa
Saya dilantik sebagai staf penyunting untuk majalah ini. Majalah "Muslim Friendly Okinawa" adalah majalah yang memberi maklumat dan butir-butir untuk pelancong Islam seperti hotel yang membekalkan makanan halal, pasaraya yang menyediakan tempat solat dan kedai-kedai yang menjual barangan halal di Okinawa.
Buat masa ini, kami sedang menyiapkan lay-out untuk isu kedua.
*****
Wednesday, May 06, 2015
Cuti Emas "Golden Week 2015"
Ini deretan cuit umum untuk 2015 yang dinamakan Golden Week di Jepun. Jajaran cuti umum ini bermula daripada 29 April hingga hari ini 6 Mei. Ramai rakyat Jepun mengambil peluang deretan hari cuti ini melancong ke luar negara.
Ini jiran saya. Kebunnya banyak sayur dan bukan dijual. Dia tanam untuk suka-suka. Dia makan apa yang ditanamnya. Dia tidak perlu mendapatkan sayur lain. Kami sering bertukar-tukar hasil tanaman sendiri.
Latar di belakang itu ialah rumah pekebun ini. Rumah dua aras. Dia tidak punya kereta. Dia gunakan basikal atau berjalan sahaja setiap hari.
Pekebun itu bukan orang miskin. Ini bangunan kepunyaannya, terletak di hadapan rumahnya. Bangunan ini disewakan sebagai kedai dan pejabat.
Ini hasil pertukaran hari ini.
Mungkin pembaca di Malaysia akan berkata, "alahai, berapa sen saja sayur-sayur itu!"
Pada saya bukan nilainya yang penting, kehidupan mudah begini yang saya pandang tinggi. Makan hasil tanaman sendiri, bertukar-tukar hasil kebun untuk menjalin siratulrahmi, tidak menunjuk-nunjukkan kekayaan wang ringgit dan berjimat dalam segala perkara.
*****
Subscribe to:
Posts (Atom)