Ini deretan cuit umum untuk 2015 yang dinamakan Golden Week di Jepun. Jajaran cuti umum ini bermula daripada 29 April hingga hari ini 6 Mei. Ramai rakyat Jepun mengambil peluang deretan hari cuti ini melancong ke luar negara.
Ini jiran saya. Kebunnya banyak sayur dan bukan dijual. Dia tanam untuk suka-suka. Dia makan apa yang ditanamnya. Dia tidak perlu mendapatkan sayur lain. Kami sering bertukar-tukar hasil tanaman sendiri.
Latar di belakang itu ialah rumah pekebun ini. Rumah dua aras. Dia tidak punya kereta. Dia gunakan basikal atau berjalan sahaja setiap hari.
Pekebun itu bukan orang miskin. Ini bangunan kepunyaannya, terletak di hadapan rumahnya. Bangunan ini disewakan sebagai kedai dan pejabat.
Ini hasil pertukaran hari ini.
Mungkin pembaca di Malaysia akan berkata, "alahai, berapa sen saja sayur-sayur itu!"
Pada saya bukan nilainya yang penting, kehidupan mudah begini yang saya pandang tinggi. Makan hasil tanaman sendiri, bertukar-tukar hasil kebun untuk menjalin siratulrahmi, tidak menunjuk-nunjukkan kekayaan wang ringgit dan berjimat dalam segala perkara.
*****
Puas!!!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Delete