Saya datang untuk memberitahu beliau yang saya akan bercuti dan tidak akan hadir perkumpulan haiku buat waktu yang panjang. Sensei menghadiahkan saya sebuah buku haiku terbitan berkala dan menggalakkan saya menyumbang beberapa karya haiku selepas kembali daripada cuti nanti.
Karya-karya haiku yang dimuatkan dalam WA dikumpulkan daripada para penulis haiku seluruh Jepun. Karya-karya itu disemak oleh guru-guru haiku yang sudah berpengalaman berpuluh-puluh tahun.
Haiku-haiku saya sudah diterbitkan dalam dua buah terbitan WA pada tahun 2007 dan 2008. Saya terdesak untuk menghabiskan projek-projek yang sedang saya lakukan sekarang tapi perkara ini tidak saya ceritakan kepada Machiko-sensei.Saya sangat-sangat terasa waktu sungguh singkat sekarang. Insya-Allah, saya akan sambung projek dengan Machiko-sensei.
*****
No comments:
Post a Comment