Thursday, May 12, 2016

Singapore Literature Prize


Hari ini 49 buku telah disenarai-pendekkan untuk Anugerah Sastera Singapura atau Singapore Literature Prize 2016.
Novel saya TERBELAH BINTANG SUBARU berjaya mendapat senarai-pendek dalam kategori Fiksyen Melayu.
Singapore Literature Prize dipecahkan kepada 4 kategori iaitu Inggeris, China, Tamil dan Melayu. Setiap bahasa ini pula dipecahkan lagi ke genre buku fiksyen, buku bukan-fiksyen dan buku puisi.

Dalam bahagian Melayu novel saya bersaing dengan 2 pencalonan buku Peter Augustine Goh dan satu tajuk daripada Suratman Markasan.
Saya rasa amat kecil bersaing dengan kedua-dua penulis yang sudah menerima banyak anugerah dalam pengalaman penulisan yang lama.

Walau bagaimanapun saya terasa tertinggal, bersama ini sudah 2 kali, dalam perbincangan para penulis yang diuar-uarkan di akbar media Strait Times, Singapore. Sila perhatikan catatan ini.
http://www.straitstimes.com/lifestyle/arts/graphic-novel-gets-nod-for-lit-prize
Tajuk-tajuk buku dalam senarai 3 bahasa ada tercatat dalam laporan ini tapi cuba telitikan, adakah penulis artikel ini sebut bahagian Melayu?
Kenapa buku-buku Melayu begini dihina sampai penulis tidak sudi meletakkan tajuk2 buku ke dalam laporan akbar (seperti yang dilakukan kepada kategori bahasa lain)?
Tawar sungguh hati saya dengan perlakuan senget begini.

Novel saya PAGI SEMERAH DAUN MOMIJI memenangi Anugerah Persuratan 2015, setelah 6 bulan, saya terlihat Perpustakaan Negara Singapura letakkan senaskhah novel ini di sebuah cawangannya sahaja. Apa maksud saya menang anugerah tapi novel saya tidak dibawa ke pembaca umum? Siasat punya siasat, dia kata dia, dia kata dia. Akhirnya kata muktamad, novel akan ditempah pada masa terdekat.
Saya sempat menyedari perkara ini dan seterusnya menganjurkan saranan masalah ini. Saya terfikir jika saya tidak menyedari hal ini, mungkinkah novel saya, yang dikatakan memenangi anugerah itu, tidak duduk bersama-sama penulis lain di rak-rak perpustakaan itu?
Setelah dilakukan begini, saya rasa tulisan bahasa Melayu di Singapura tidak diberi tempat yang sewajarnya lagi.
Apa ada pada bahasa Melayu?
85% orang Melayu Singapura sendiri tidak bertutur dalam bahasa Melayu lagi, jadi APA ADA PADA BAHASA MELAYU?


*****


2 comments: