Thursday, August 07, 2008

Casino Genting

Photo credited to: http://www.goldendays.co.uk/Images/DiscoverMalaysiaPics/Genting-Highlands-1.jpg

Link ke penulis asal Adik Aliff Mustakim: http://www.esasterawan.net/esasterawan/1_weblog.asp?uid=131

Dari Genting ke Hutan Rimba

Saya menerima permintaan agar haiku yang pernah ditulis oleh Lelahiro semasa berkembara di Malaysia agar disiarkan di blog saya. Saya tidak dapat menyiarkan kesemuanya kerana hanya satu haiku sahaja yang berjaya dimiliki(ini pun diberikan sebagai ‘hadiah’ daripada Lelahiro-sensei). Haiku ini saya anggapkan ditulis ketika Sensei mengembara di bumi Genting. Haikunya seperti dibawah ini;

Di Bukit Genting,
rimba menebus dosa,
tangan penjudi.


[halela-okinawa]
20 Julai 2008, KL Sentral, Kuala lumpur.

Membaca baris pertama sudah menunjukkan haiku menggambarkan latar Genting. Pada baris ke 3 dapat digambarkan ia mempunyai hubungan kaitnya dengan baris pertama iaitu kegiatan perjudian yang aktif di Genting(sangat mahsyur di Malaysia ini). Di baris kedua menyatakan bahawa ‘rimba (kigo – kata musim) menebus dosa’ ditamsilkan bahawa rimba atau hutan yang melata di bukit-bukit sekitar Genting itu seolah menebus semua dosa yang dilakukan oleh penjudi (baris 3 ‘tangan penjudi’).

Penjudi melalui hutan rimba yang menghijau sepanjang perjalanan pulang. Rimba itulah seperti berjaya menangkap dosa tersebut dimana mata penjudi menikmati panorama hutan yang luas seperti meninggalkan semua dendam, suka duka semasa berjudi kepada flora. Disini boleh dikatakan sudah ‘menanggalkan’ dosa-dosa tersebut.

Pada mulanya saya merasa baris ke 2 ini agak aneh. Mengapa? Sebagai muslim mana mungkin rimba/hutan dapat menebus dosa (erti kata lain dosa terhapus/zero kembali dengan mudah) sang penjudi walaupun sekadar menjamu mata pemandangan hutan tebal. Kemudian saya tersedar bahawa penjudi itu sebenarnya/seharusnya non-muslim. Lelahiro betul pada baris 2 dengan tamsilan yang logik. Dari segi kepercayaan tentulah si penjudi berbeza kepercayaan/pegangan dengan seorang muslim.

Dari segi ini kepercayaan non-muslim mungkin pada pandangan saya, alam atau sekeliling dapat mengawal pahala, dosa, nasib, kesihatan dan sebagainya. Contoh mengenai nasib, kaum cina khususnya terpengaruh dengan Feng Syui. Elemen-elemen seperti pokok, bunga, air, batu, warna dan sebagainya dapat mempengaruhi nasib mereka. Begitu juga dengan alam dan keadaan sekeliling mereka. Haiku ini memang berjaya mengajak kita untuk berfikir sebentar. Haiku ini mengingatkan saya kepada Basho seorang yang berpegang kepada konsep-konsep agama (buddhist).


Sebagai tambahan saya mahu mengajak pembaca fikir-fikirkan tentang hal ini;
Bolehkah alam menghukum kita?

2 comments:

  1. Salam sdr.Aliff,

    (1)

    Pada saya sdr. telah berjaya menyelami maksud tersirat haiku puan jahrera itu. Bukan senang hendak membaca makna sebenar kepada B2 dan B3 itu. Malah sebelum membaca tafsiran sdr. itu, pembaca terus keliru dengan apa maksud sebenar haiku itu. Syabas atas ketajaman pemerhantian sdr. itu.


    (2)

    Sehubungan itu (oleh kerana sdr.menyebut Basho), maka saya ingin menurunkan apa kata Dorothy Britton tentang haiku dalam kata Pengenalan terjemahan karya Basho (A Haiku Journey): "A haiku makes demands. So much is left unsaid that its three brief lines need more than a casual reading. One should try to immerse oneself in the poem and let the images propel one's thoughts to deeper meanings."

    (3)

    Pembacaan sdr. Aliff menepati apa yang disuguhkan oleh Dorothy Britton itu. Haiku menuntut renungan mendalam, ia perlukan lebih daripada pembacaan kasual,tetapi perlu menyelam ke dalamnya dan mengarah pemikiran pembaca kepada makna yang tersirat (jauh mendalam). Dengan cara itulah haiku, bagi saya dapat dinikamti dari segi keindahan bahasanya dan makna yang dibawanya.

    Syabas sdr.Aliff atas huraian yang menarik.

    Peminta haiku,
    DARMA MOHAMMAD.

    ReplyDelete
  2. Salam kepada semua.

    Merujuk komen Darma Mohammad di atas, saya ingin membetulkan kesalahan ejaan.

    Para (1) "pemerhantian" sepatutnya dibaca "pemerhatian".

    Akhir komen itu "Peminta haiku" sepatutnya dibaca "Peminat haiku"

    Harap maaf akat kecuaian penulis.
    Wassalam.
    DARMA MOHAMMAD.

    ReplyDelete