Friday, September 26, 2008

From a distance, I am.



I am here...from a distance.

******************************

FROM A DISTANCE - Bette Midler

From a distance the world looks blue and green,and the snow-capped mountains white.

From a distance the ocean meets the stream, and the eagle takes to flight.

From a distance, there is harmony, and it echoes through the land.

It's the voice of hope, it's the voice of peace, it's the voice of every man.

From a distance we all have enough, and no one is in need. And there are no guns, no bombs, and no disease, no hungry mouths to feed.

From a distance we are instruments marching in a common band. Playing songs of hope, playing songs of peace. They're the songs of every man. God is watching us. God is watching us. God is watching us from a distance.

From a distance you look like my friend, even though we are at war.

From a distance I just cannot comprehend what all this fighting is for.

From a distance there is harmony, and it echoes through the land. And it's the hope of hopes, it's the love of loves, it's the heart of every man. It's the hope of hopes, it's the love of loves. This is the song of every man. And God is watching us, God is watching us, God is watching us from a distance.

Oh God is watching us, God is watching, God is watching us from a distance.

26/9/08 1:46 PM from my friend VimmiYasmin, thank you V.Yasmin for the lyric.

Monday, September 22, 2008

Susu melamine




Cantik pinggan dan cawan set ini.

Kalau arwah mak saya, dia panggil pinggan damar dan cawan damar. Rujukan pada Kamus Dewan, melamine ialah melamina. Istilah damar pula Kamus Dewan terangkan sebagai "bahan berupa getah keras yg diperoleh drpd beberapa jenis pokok."

Alahai, dia letak bahan melamine dalam susu tepung minuman bayi.

Bermakna bayi-bayi itu makan bahan getah yang beracun.

Padanlah 5 orang bayi dia dah balik ke alam abadi!

Sunday, September 21, 2008

Lailatulqadar

Hadis riwayat ibnu Umar r.a.:

Bahawa sebahagian daripada sahabat Rasullullah s.a.w bermimpi melihat lailatulqadar pada hari ke tujuh yang terakhir.
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: "Menurutku bahawa mimpi kalian pasti bertepatan dengan hari ketujuh terakhir, maka barangsiapa yang ingin menantinya, hendaklah ia menanti pada hari ketujuh terakhir (bulan Ramadhan)."

Semoga penantian ini dikabulkan-Nya, amin.

Wednesday, September 17, 2008

Hadiah Hari Nuzul Al-Qur'an

Sesuatu pelik berlaku hari ini tapi saya anggap ini satu takdir atau rezeki bulan Ramadan.
Polis inspektor menziarah rumah ini. Sebelum datang, dia telefon terlebih dulu.
Selepas meletakkan gagang telefon itu, dengan segera Otto minta siapkan kopi.
Polis Inspektor dari Pejabat Polis Besar Naha nak datang lagi 20 minit, katanya.
Berbagai soalan bermain-main dalam kepala ini.
Adakah kami telah melanggar undang-undang?
Apa polis inspektor nak tanya?
Apa motif dia datang?

Dia datang, membawa sebakul hadiah yang berisi berbagai buah-buahan.
Kenapa dia bawa hadiah itu? Hati ini bertanya dengan curiga.
Kalau rakyat jelata memberi hadiah pada pegawai kerajaan secara peribadi, itu orang panggil rasuah.
Tapi apa pula jika pegawai kerajaan memberi hadiah kepada rakyat jelata?
Kenapa dia beri hadiah itu?
Ini membuat unsur curiga bertambah besar.

Tuan nak kopi black atau sugar?
Brack, brack...dia senyum.
Saya hidangkan kopi tongkat ali dari Seremban, hah ambil kau rasa Msia!

Sambil membaca berita online, saya terdengar antara perbualan mereka.
Tahu tak mengapa mereka bertengkar? (siapa pula yang bertengkar?)
Apa perkara yang mereka bincangkan? (ada perbincangan hebat, agaknya)
Orang yang timbulkan isu itu dari negara mana dan apa namanya?

Otto pula memang tidak melibatkan diri dalam perbincangan bersama orang-orang sini. Sudah selalu berlaku kekecuhan di antara kaum-kaum dan puak-puak dari berbagai negara yang datang berkursus di pulau ini.
Otto kata orang Islam yang kebanyakan berkursus di pulau ini tidak tahu cara berbincang, pendapat mereka selalu tidak sama, tidak mendapat kata putus yang sama, keras kepala dan ego.
Saya tambah pula itu disebabkan kebanyakan mereka masih muda dan pengalaman belum dapat mengajar mereka menjadi orang penyabar.

Jadi maklumat yang inspektor harap Otto dapat menolong dalam penyiasatannya hampa belaka. Tidak ada satu pun yang inspektor ingin tahu, Otto dapat bantu.

Malang betul nasib inspektor.
Agaknya menyesal dia bawakan hadiah.
Tapi saya anggap itu rezeki kami, hadiah hari Nuzul Al-Qur'an.

Monday, September 08, 2008

Koizumi, Abe, Fukuda


Mula-mula PM ini letak jawatan...pening dengan pembangkang yang kuat sangat.

Diganti dengan ini pula...dia pun letak jawatan.
Katanya perut sakit, ada lubang dalam perut, kena rehat.


Lawan pun lawan, undi punya undi...yang ini pula dapat jawatan tinggi ini.
Tapi...
dia pun angkat tangan...tak sanggup!

Gaji sebula rm 40,000 (US$10,000)
Bonus setahun rm 200,000(US50,000)
Elaun rasmi rm 15,000 (US5,000)
dan lain-lain penerimaan wang rasmi (tidak dapat dijelaskan).

Gaji bulat sikit lebih kurang 1 juta rm setahun atau US$300,000!

Tapi kenapa mereka letak jawatan berturut-turut?
Pembangkang kuat?
Perut berlubang?
Tak sanggup segalanya?

Entah!

Kita tunggu siapa lagi yang kena "gantung" lagi.

Tuesday, September 02, 2008

Iftar awal ramadan

Tahun ini Ramadan datang dengan kami saja bertiga di rumah ini. Tahun ini ramadan menjelang dengan melihat saya beriftar seorang. Otto habis tugasnya sejam selepas waktu iftar dan Tomo, si bujang yang tinggal, balik dari kelas mengajarnya 3 jam selepas waktu iftar. Tomo membuat kerja sampingan luar waktu belajar. Dia mengajar di Pusat kelas malam. Untuk bekal berbuka, saya bungkuskan nasi kepal bermacam rasa atau burger dengan sebotol air.
Jadinya saya berbuka seorang sahaja.
Hari pertama Ramadan, kedua-duanya Otto dan Tomo, tidak dapat duduk bersama beriftar, jadi saya menjemput beberapa pelajar JPA yang masih ada di sini, yang lain sudah balik ke rumah di Malaysia masing-masing sebab sekarang cuti penggal musim panas.


Menu:
Gulai lemak cili padi nangka dengan ikan masin (yang kuning).
Rendang daging nogori.
Sup petula bersama telur.
Ulam kacang botol dengan sambal tempoyak
Pulut kuning dengan serunding daging

Manisan:
kurma
Hum chee paeng
Buah jambu air, buah naga, buah belimbing manis dan buah anggur hitam.
Antara perbualan yang terdengar...
Eh, mana auntie dapat buah nangka?
Aik, engkau tak nampak ke pokok nangka depan rumah auntie tu?
Dah bertahun keluar-masuk rumah auntie, masih tak perasan ke?
Itulah nangka buah sulung, hah ini rezeki engkau dapat rasa buah nangka sulung tanaman uncle.
Sebenarnya nangka itu belum masak sangat lagi tapi agaknya terlampau berat, dia merekah. Auntie takut lalat dapat masuk dalam sarungnya, jadi berulat pula. Itulah auntie suruh uncle potong sebelum nangka itu masak.
Yang buah naga itu pun dari laman rumah auntie, tak nampak ke berjuntaian di tempat letak kereta depan rumah tu?

Depan belakang rumah auntie menjalar-jalar buah naga. Sekarang musim dia berbuah, bergantung sana sini, berbuai-buai sana sini.
Jambu air tu mana auntie dapat, pun tanam ke?
Oh, jambu air tu kakak ipar auntie bawa dari rumahnya, dia ada sepohon buah itu, manis sangat.
Auntie kalau ada petis rojak, lagi sedap buat cecah.
Oh, ada...
Tempoyak nie mana auntie dapat?
Oh, tempoyak auntie bawa dari Seremban, tempoyak itu auntie buat sendiri. Masa balik Seremban bulan lepas, auntie tengok durian berlambak-lambak di belakang rumah sedara, auntie pungut semua dan ramaskan isi durian, masukkan sikit garam dan masukkan dalam botol.
Bila bawa sebotol balik Okinawa hari tu, sikit durian masam itu tertumpah. Nasib pegawai itu memang malang, dalam banyak-banyak bagasi yang auntie bawa, dia pilih yang bag durian tumpah itu.
Bila auntie buka bag itu untuk diperiksa, alangkah berbaunya...auntie mengaku memang bau durian jeruk, sememangnya busuk. Pegawai Jepun itu, ialah orang Jepun, manalah tau itu durian jeruk, menjadi takut menjenguk lama-lama. Cepat-cepat dia minta auntie tutup bag itu dan kata lulus, lulus.
Selamat auntie, save by the durian busuk...alhamdulillah.

Kacang botol itu dicecahkan dengan tempoyak pun sedap. Kacang botol itu, jiran auntie kasi. Kacang botol banyak menjadi di pagar rumahnya, sampai tak termakan. Bila dia tau auntie suka ulam kacang botol, hari-hari dia hantar kacang botol ke rumah ini.
Engkau dah habis makan tempoyak ini ke?
Auntie kena tutup cepat-cepat, nie uncle sibuk kata busuk, busuk...

Hah, nanti balik bawalah balik gulai nangka ini, auntie tak habis makan.
Kalau boring-boring, datang rumah auntie, berbuka sama.
Auntie memang berbuka seorang saja.

Selamat bersahur dan beriftar semua. Rahmatullah.