Sesuatu pelik berlaku hari ini tapi saya anggap ini satu takdir atau rezeki bulan Ramadan.
Polis inspektor menziarah rumah ini. Sebelum datang, dia telefon terlebih dulu.
Selepas meletakkan gagang telefon itu, dengan segera Otto minta siapkan kopi.
Polis Inspektor dari Pejabat Polis Besar Naha nak datang lagi 20 minit, katanya.
Berbagai soalan bermain-main dalam kepala ini.
Adakah kami telah melanggar undang-undang?
Apa polis inspektor nak tanya?
Apa motif dia datang?
Dia datang, membawa sebakul hadiah yang berisi berbagai buah-buahan.
Kenapa dia bawa hadiah itu? Hati ini bertanya dengan curiga.
Kalau rakyat jelata memberi hadiah pada pegawai kerajaan secara peribadi, itu orang panggil rasuah.
Tapi apa pula jika pegawai kerajaan memberi hadiah kepada rakyat jelata?
Kenapa dia beri hadiah itu?
Ini membuat unsur curiga bertambah besar.
Tuan nak kopi black atau sugar?
Brack, brack...dia senyum.
Saya hidangkan kopi tongkat ali dari Seremban, hah ambil kau rasa Msia!
Sambil membaca berita online, saya terdengar antara perbualan mereka.
Tahu tak mengapa mereka bertengkar? (siapa pula yang bertengkar?)
Apa perkara yang mereka bincangkan? (ada perbincangan hebat, agaknya)
Orang yang timbulkan isu itu dari negara mana dan apa namanya?
Otto pula memang tidak melibatkan diri dalam perbincangan bersama orang-orang sini. Sudah selalu berlaku kekecuhan di antara kaum-kaum dan puak-puak dari berbagai negara yang datang berkursus di pulau ini.
Otto kata orang Islam yang kebanyakan berkursus di pulau ini tidak tahu cara berbincang, pendapat mereka selalu tidak sama, tidak mendapat kata putus yang sama, keras kepala dan ego.
Saya tambah pula itu disebabkan kebanyakan mereka masih muda dan pengalaman belum dapat mengajar mereka menjadi orang penyabar.
Jadi maklumat yang inspektor harap Otto dapat menolong dalam penyiasatannya hampa belaka. Tidak ada satu pun yang inspektor ingin tahu, Otto dapat bantu.
Malang betul nasib inspektor.
Agaknya menyesal dia bawakan hadiah.
Tapi saya anggap itu rezeki kami, hadiah hari Nuzul Al-Qur'an.
Wednesday, September 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ooo ramai ke orang asingkan pulau tu/
ReplyDeleteorang lain yang bertengkar, kak lela juga yang dapat makan buah.. hehehhe rezeki!
ReplyDeleteowh..rezeqi k.lela dan suami le buah2 tu. ehehe..
ReplyDeletebagus yer polis kat sana..bagi buah lagi...:)berbudi bahasa betul...
ReplyDeleterezeki jangan ditolak :)
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Halela.
ReplyDeletesya suka baca blog akak dan saya dah letak link kat blog saya. harap kakak tidak marah ya.
rezeki, rezeki. polis di sana adtg ke rumah pun mcm tetamu bertandang ye, siap dengan buah tangan.
ReplyDeletesalam.. rezeki jgn ditolak...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMohon izin Kak Lela beri laluan,
ReplyDeleteSesiapa yang ingin bersedekah di bulan ramadhan ini, bantulah Moon di entriku. http://nadahahs.blogspot.com
Dear Halela... semoga hari-hari terakhir Ramadan ini akan membawa kebahagiaan yang lebih bererti untuk kita semua. Salam sesuci lebaran.
ReplyDeletenak epal tu kaklela...mesti shinsen kan epal kat sana...
ReplyDelete